HUD menurunkan kerusi penumpang hadapan buat Qalisya merebahkan diri. Rambut wanita itu yang menutup wajah ditepis ke belakang telinga. Hud memandang wajah itu dengan perasaan yang sayu. Kalaulah dia memberitahu Haura tentang perkahwinannya dengan Qalisya sejak hari pertama dia pulang ke Malaysia, mungkin keadaan tidak akan seteruk ini. Pipi Qalisya dielus-elus perlahan sebelum namanya dipanggil lemah oleh Qalisya.
"Hud... aku okey." Ucapnya yang sudah kembali menyedarkan diri.
Hud menggeleng perlahan. "Okey apanya kalau macam ni gaya kau? kita pergi klinik atau hospital dulu. Teruk kau kena dengan Haura tadi. Kita pergi, ya?
Qalisya menggeleng perlahan. "Kan aku dah cakap aku okey je...kanser aku dulu lagi sakit daripada ni tau. Lepas tu, waktu kat rumah anak yatim dulu lagi teruk aku pernah kena."
"Jangan degillah. Kau ni, dah sakit-sakit pun nak degil. Ni aku bawa kau pergi klinik dulu... nak kena cuci luka kat muka hodoh kau tu. Lepas tu aku hantar kau balik ke rumah terus." Hud menjeling Qalisya sebelum berdiri dan berjalan ke tempat duduk pemandu.
Qalisya tertidur sehinggalah mereka tiba di klinik. Lembut bahunya digoncang Hud. "Sya, dah sampai."
Qalisya mengeliat terlebih dahulu sebelum kembali menoleh kepada Hud. "Aku okey jelah. Kau ni, over betul."
"Oi!'" Suara lelaki itu sedikit meninggi. Telunjuknya menolak sisi kepala Qalisya. "Kalau kau okey, takkanlah kau boleh pengsan tadi? Dah, keluar sekarang!"
Qalisya menjongket bibir sebelum melangkah keluar. "Tadi je pun pengsannya. Over."
Hud bercekak pinggang apabila Qalisya berjalan mendahuluinya. "Kalau apa-apa jadi kat kepala biul kau tu, aku jugak yang susah!"
"Isteri saya ni doktor, teringin sangat nak masuk WWE. Saya pun tak tahulah apa pasal dia pergi ajak kawan ofis dia bertumbuk. Tak padan dengan badan sekeping, ada hati nak lawan." Ujar Hud apabila doktor lelaki itu menyoal punca wajah Qalisya menjadi sedemikian.
Doktor lelaki itu tersenyum kecil. Qalisya menjeling tajam wajah lelaki di sisinya. "Puan Qalisya cuma alami kecederaan yang ringan. Saya akan berikan ubat untuk surutkan bengkak di wajah dan cuti untuk beberapa hari. In case awak ada rasa sakit pada bahagian lain ataupun bengkak di muka tak surut selepas beberapa hari nanti, boleh datang ke sini lagi untuk further examination."
Qalisya mengangguk kecil. "Baik, thank you doctor."
Hud memimpin Qalisya untuk berjalan keluar daripada klinik. Selepas menempatkan Qalisya dan menutup pintu keretanya, Hud mengambil tempat di sisi isterinya.
"Apesal kau pandang-pandang aku macam tu? Kau tengok muka aku ni ada iras-iras Lee Dong Wook ke?" Soal Hud yang spontan sambil membelek wajahnya. Reaksi suaminya terus membuatkan Qalisya tidak tahan menahan memek muka. Perasan!
Tangan Hud dicapai Qalisya dan bibir Qalisya melorek senyuman yang nipis. Bengkak di wajah membuatkan setiap pergerakkan mendatangkan rasa nyeri di wajahnya. "Terima kasih sebab kau datang untuk selamatkan aku. Aku rasa kalau kau tak datang tadi, mungkin aku dah mati."
Hud melepaskan genggaman tangan Qalisya sebelum kepala Qalisya dibelai-belainya. "Tak perlu nak berterima kasih. Sebab itu memang tugas aku. Untuk lindungi kau. Walaupun dah terlambat, tapi kau masih lagi tanggungjawab aku." Hud kembali menoleh ke hadapan dan menghembus nafas yang agak panjang. "Aku nak minta maaf, sebab tak jujur pada Haura tentang kita."
"Bukan kau je, Hud. Tapi kita. Kita berdua kena pergi minta maaf dekat Haura." Jawabnya.
Hud mengiyakan kata-kata Qalisya. Tapi dimana harus mereka bermula? Tentang kejadian yang berlaku pada dua tahun yang lalu? Takkan mungkin Haura hendak percaya. Mereka berdua masing-masing bukan mabuk, tetapi khayal kerana dianiaya orang. Jika dia memberitahu Haura tentang itu, tentu Haura tidak akan percaya. Siapalah yang memasukkan pil khayal itu sehinggakan mereka berdua menjadi mangsanya?
"Buat masa sekarang, kita bagi Haura masa. Dia masih terkejut dan aku tak nak kandungan dia terkesan." Tutur lelaki berkemeja putih itu. "Untuk sementara waktu ni, aku nak kau duduk rumah. Bahaya untuk kau berada di luar. Kalau datang si angin gila Irfan tu, memang habislah."
"Irfan? Kenapa dengan Irfan?" Bingung Qalisya menyoal Hud.
"Irfan tu adik Haura dan macam yang kau tahu, yang dia tu bencikan kau. Selagi kau ada kat Alamanda, selagi tu dia akan bencikan kau. Apatah lagi bila dah jadi macam ni. Aku tak nak keruhkan lagi keadaan. Jadi kau duduk rumah je, okey?"
Perlahan-lahan Qalisya menganggukkan kepalanya. "Okey."
Haura mengerling jam di dinding yang sudah menunjukkan pukul 7 malam. Kereta Audi Hud masih belum terparkir di garaj rumah. Langsir itu digenggam kuat sebelum matanya kembali melihat ke arah ruang parkir yang kosong tadi.
Air matanya sekali lagi mengalir. Mengapa Hud menduakan dirinya? Kapan suaminya beristeri dua? Adakah baru-baru ini ataupun ketika keadaan dirinya masih vegetatif?
"Sampai hati awak buat saya macam ni." Haura menggigit bibir. Tangannya menggigil-gigil menahan marah. Apa salahnya sampaikan Hud boleh menikahi perempuan lain? Lupakah Hud pada janji lelaki itu diawal pernikahan mereka bahawa Hud tidak akan menduakannya?
Terduduk Haura di sudut dinding apabila matanya tidak sengaja melihat gambar pernikahannya dan Hud pada tujuh tahun yang lalu. "Sampai hati awak, Hud."
Haura menjerit sekuat hati melepaskan marahnya. Bantal-bantal di katil mereka berdua dilempar ke lantai. Semua barang-barang di atas meja mekapnya seperti alat solek dan bingkai gambar dirinya dan Hud ditolak ke lantai.
Suara tangisan Haura kedengaran sampai ke tingkat bawah. Hud yang baru sahaja menutup pintu rumah terus mendongak ke atas. Berlari laju kakinya ke atas kerana bimbangkan Haura. Pantas pintu bilik mereka ditolaknya.
"Astaghfirullahalazim, sayang!" Mata Hud membulat apabila dia melihat cecair merah di tangan Haura. Kotak tisu yang turut berada di lantai pantas dicapai sebelum dia menggendong Haura ke katil.
"Lepaskan aku!" Haura menolak Hud sekuat-kuatnya. "Aku cakap lepaskan aku, aku benci nak tengok muka kau!"
Hud terus membersihkan luka pada tangan Haura. Sambil membersihkannya, dia juga perasan yang jari kaki Haura turut berdarah. Pasti ada kaca yang dipijak Haura tadi.
"Awak tak payah nak buat baiklah, Hud!" Jerkah Haura apabila Hud mahu mencapai kakinya untuk membersihkan luka di situ. Tangisnya sudah tidak sekuat tadi. "Yang sakit bukan kat tangan atau kaki, Hud. Tapi kat sini! Kat hati saya!"
Hud tetap membersihkan luka di jari kaki Haura sebelum dia kembali mengambil tempat di sisi Haura.
"Apa kurangnya saya? Apa salah saya sampaikan awak duakan saya, Hud?" Soalan Haura dituruti dengan linangan air matanya. Sakit benar rasanya apabila kebenaran itu nyata. "Sebab saya vegetatif bertahun-tahun? Sebab itukah?!"
"Tak... tak, sayang. Awak tak ada kurang apa pun, sayang. Saya. Saya yang banyak kekurangannya." Balas Hud yang turut sama beremosi. Matanya mulai berkaca. "Saya minta maaf sangat-sangat sebab rahsiakan perkara ni. Saya pun mencari waktu yang sesuai tapi saya tak jumpa. Saya minta maaf... sebab awak tahu dengan cara yang macam ni."
"Dalam banyak-banyak perempuan kat dunia ni, kenapa dia Hud? Apa sebab awak kahwin dengan dia? Bila? Bila awak kahwin dengan dia? Betul ke anak tu anak awak dengan perempuan tu?"
Berbakul-bakul soalan Haura berikan. Dia tidak mahukan jawapan pun tapi hatinya meronta-ronta inginkan jawapan. Walaupun sakit sangat hatinya. Hud telah berlaku curang dibelakangnya!
Hud menepis air mata Haura yang masih tidak mahu berhenti. Kepalanya menggeleng-geleng. "Demi Allah, sayang... pernikahan antara saya dan Qalisya adalah atas dasar keterpaksaan. Bukan sebab cinta."
"Qalisya mengandungkan anak saya. Sebab tu saya nikah dengan dia."
Terdiam Haura ditempatnya. Dipalingkan seluruh anggota tubuhnya membelakangi si suami. Satu badan menggeletar menahan gabungan emosi marah, benci dan hampa. Tersedu-sedan jadinya apabila dia membayangkan si suami dengan Qalisya. Gagal menahan emosinya, Haura terus berdiri dan mahu pergi meninggalkan Hud.
"Tapi demi Allah, saya dan Qalisya tak sengaja." Sambung Hud lagi apabila Haura mahu melangkah. Tangan Haura terus dicapainya agar Haura tidak pergi dari dirinya. "Kami berdua sama-sama khayal malam tu, masing-masing tak sedar. Bila bangun, saya dan Qalisya..."
Hud mengunci mulutnya untuk menghabiskan ayat. Dia tahu yang Haura takkan sanggup untuk mendengarkannya.
Haura merentap tangannya. Namun dia juga tidak berganjak. Hanya ingin mendengarkan sambungan cerita perih itu.
"Saya dan Qalisya ingatkan yang Qalisya takkan mengandung sebab kesan daripada kemalangan kita dulu, doktor dah cakap yang saya takkan boleh bagi sesiapa zuriat pun. Tapi saya salah. Itu cuma sebahagian daripada ingatan saya."
"Tiba-tiba suatu hari, Qalisya pengsan dan doktor sahkan yang dia mengandung. Waktu tu baru saya teringat doktor yang merawat saya dulu tersalah fail. Saya nikah dengan Qalisya hanya untuk bertanggungjawab atas kesalahan saya. Itu saja, sayang. So please, I'm begging you to forgive me. Forgive us."
Hud berdiri di belakang Haura. Kedua-dua bahu Haura dipegangnya. "Tolong maafkan saya sebab tak pernah bagitahu perkara ni pada awak."
Tangan Haura meramas rambut sambil menggeleng-geleng tidak percaya. "Macammana? Macammana awak boleh percaya macam tu je, Hud? Awak yakin itu anak awak?"
"Sayang, Qalisya bukan perempuan macam tu."
"Kalau dia bukan perempuan macam tu, jadi dia perempuan yang macammana? Perempuan suci ke, Hud Ukasyah Arman?!" Haura menengking kuat. "Disebabkan budak tu, awak duakan saya... kalau awak dan dia betul-betul tak sengaja, tak sedar... awak sepatutnya gugurkan budak tu! Kenapa awak..."
Haura memukul dadanya berkali-kali. Banyak kali rumahtangga mereka berdua diuji dan setiap ujian dia terima dengan reda. Cuma kali ini hatinya sangat-sangat terluka. Perempuan mana yang sudi berkongsi suami?
Haura melangkah ke almari dan mencapai bagasinya. "I hate you so much, Hud! Awak betul-betul dah hancurkan hati saya hanya disebabkan perempuan dan budak tu!"
Hud lekas-lekas mendekati Haura. Tangan Haura yang laju menarik keluar pakaian-pakaiannya daripada almari ditahannya. "Sayang... please, saya tak boleh hidup tanpa awak!"
"Awak rasa macam nak mati, kan?" Soal Haura yang dibalas dengan anggukkan kepala Hud. "Macam tu juga dengan saya. Hati saya ni awak patah-patahkan, Hud! Takkan boleh bercantum dengan sempurna walaupun kita hidup seribu tahun lagi!"
"Qalisya alami molar pregnancy, jadi doktor sarankan untuk gugurkan kandungan dia... budak tu dah tak ada lagi, sayang."
Haura mendekati wajah Hud dengan air mata yang masih laju turun ke pipi. "Kalau awak nikah dengan perempuan tu sebab awak nak bertanggungjawab, kenapa awak tak ceraikan perempuan tu lepas kandungan dia gugur?"
Soalan Haura membekukan Hud. Kalau dia jujur, adakah Qalisya dalam bahaya?
"Sebab Qalisya sakit, sayang. Dia ada barah otak, sebab tu saya tak lepaskan dia lagi. Dia tu sebatang kara, mungkin dia perlukan sokongan untuk teruskan hidup."
"Oh... sakit? Hah, baguslah tu. Jadi tak lama lagi dia akan matilah, kan?"
"Astaghfirullahalazim, Haura... kenapa awak cakap macam tu?" Hud menyoal. "Dia akan sembuh. Saya akan pastikan yang dia akan sembuh dan boleh jalani hidup macam orang sihat semula."
Bibir Haura tersenyum sinis. "Kenapa nak kena pastikan yang dia akan sembuh? It is a brain cancer, Hud. Brain cancer! Kenapa?! Kalau umur dia panjang, awak nak teruskan lagi perkahwinan kauorang berdua ke? Macam tu?!
Ditelan mati mak, diluah mati bapa. Hud merasakan seperti ada batu besar tiba-tiba terjatuh di atas kepalanya.
"Sayang..."
"Jawapannya ya atau tidak sahaja, Hud. Ya ataupun tidak?"
Hud menelan liur sambil menganggukkan kepalanya perlahan-lahan. "Tak. Tak, sayang. Please, Haura... don't leave me. I love you so much, really... really much!"
Haura mengangguk perlahan. "Kali ni saja, Hud... kali ni je saya maafkan awak dan Qalisya sebab dah menipu saya. Tapi itu tak bermaksud yang saya boleh terima perempuan tu!"
"Sayang!" Panggil Hud apabila Haura berjalan keluar daripada kamar.
Share this novel