HUD laju meninggalkan Alamanda selepas menerima panggilan daripada pembantu rumah. Dia langsung tidak tahu bahawa Qalisya sudah meninggalkan hospital pada pagi tadi. Mujur si isteri pulang ke rumahnya dalam keadaan yang selamat.
Kakinya deras menaiki anak tangga supaya dia biaa cepat sampai ke bilik Qalisya. Pintu itu terus dikuak dan Hud melihat Qalisya sedang berpeluk tubuh di balkoni kamarnya.
"Qalisya! Kenapa kau discharge tak bagitahu aku?" Hud menyoal seraya menarik bahu Qalisya agar mereka bertembung mata. Dia terkejut melihat air mata Qalisya sedang mengalir di pipi.
Telunjuk Qalisya naik perlahan-lahan menunjuk tepat ke wajah lelaki di hadapannya. "Bagitahu aku sekarang... apa reaksi Qalisya Irdeena bila dia dapat tahu yang dia adalah isteri kedua kepada Hud Ukasyah Arman?"
Hud menelan liurnya. Tangannya mahu menarik lengan isterinya untuk duduk terlebih dahulu namun wanita itu pantas mengelak daripada disentuh.
"Hud, aku ni tak gila lagi sampaikan aku boleh bersetuju... nak kahwin dengan sesiapa. Apatah lagi gila sampai sanggup nak jadi isteri kedua seseorang!"
Hud cuba menyentuh kedua-dua bahu isterinya. Jelas di matanya bahawa Qalisya sedang terkejut. "Aku tahu kau terkejut sekarang ni, Qalisya. Tapi..."
"Just explain to me, Hud!" Pinta Qalisya dengan mata yang mahu menangis lagi. "Betul ke aku ni rampas suami orang?"
"Tak!" Balas Hud dengan laju menggeleng. "Kita kahwin sebab..."
"Sebab apa Hud? Cepatlah cakap!"
"Sebab kau dah mengandungkan anak aku."
Qalisya terus tolak tangan Hud yang berada di atas lengannya. Air muka itu berubah kelat. Cepat-cepat dia menahan Qalisya yang hendak pergi dengan menggengam kemas kedua-dua bahu itu. "Wait, kau kena dengar dulu sampai habis."
"Kita masing-masing tak sedar pada malam tu dan aku kahwin dengan kau sebab aku nak bertanggungjawab. Kau mengandung cuma untuk tiga bulan sahaja, selepas tu anak kita kena digugurkan sebab kandungan tu ada masalah."
"Sungguh tak ada sekelumit cinta pun yang wujud di antara kita sepanjang perkahwinan ni berlangsung. Kita berdua tak pernah berbaik, dan kita ni... musuh kepada satu sama lain, Qalisya." Hud menjawab.
"Memang kau marah bila kau dapat tahu yang Haura tu isteri pertama aku dan kau dapat tahu sehari sebelum kita nak bercerai which is minggu lepas. But who cares kalau aku ni suami orang pun? Kau tengah mengandungkan anak aku masa tu, Qalisya. Aku cuma nak bertanggungjawab pada anak aku sendiri."
"Jadi kenapa aku masih lagi jadi isteri kau? Kenapa kita tak masih tak bercerai lagi?!"
"Sebab kau yang tak nak, Qalisya! Kau yang halang aku."
Qalisya jatuh terduduk di atas kerusi. Wajahnya ditekup lama. Dia mengunci mulutnya dari berkata-kata. Dia ingin mengetahui apakah perasaan Qalisya Irdeena yang sekarang terhadap lelaki yang tidak dikenalinya itu. "Jadi kau nak cakap yang Qalisya yang sekarang dah mula simpan perasaan pada kaulah?"
Lantas Hud tertawa sinis seraya menggelengkan kepalanya. "Aku tak tahu sama ada kau ada perasaan pada aku atau tidak, dan kau pun tak pernah bagitahu aku tentang tu. Aku tak tahu, kenapa kau halang aku daripada teruskan penceraian kita."
Qalisya mengangkat wajahnya dan terus berdiri. "Jadi kau? Kau ada perasaan pada aku?"
Hud menoleh kepada Qalisya di sebelah. Akalnya berfikir panjang sebelum menuturkan sesuatu.
"Aku tak ada setitik perasaan pun pada kau, Qalisya."
Qalisya mengalihkan pandangannya daripada melihat Hud. "Jadi kenapa kau tak teruskan penceraian tu walaupun aku cuba untuk halang kau?!"
"Sebab aku cuma kesiankan pada perempuan yang aku dah rampas maruahnya." Tutur Hud sambil memandang ke luar. "Walaupun aku tak cintakan dia, aku tetap rasa bersalah sebab aku dah hancurkan hidup dia. Atas sebab rasa kesian sahaja."
Qalisya mengalirkan air matanya sekali lagi dan menggigit bibir. Malunya berbakul. Cepat-cepat dia berlari keluar daripada kamar.
Kaki Qalisya berlari tidak berhenti sehinggalah dia berhenti berteduh di sebuah bangunan. Tangisnya dilepaskan sepuas-puasnya. 'Kau cintakan lelaki tu ke Qalisya? Kenapa kau sedih kalau kau tak cintakan dia?'
Air mata Hud jatuh ke atas pagar balkoni itu. Tipulah jika dia mengungkapkan bahawa dia tidak ada sebuah rasa kepada Qalisya. Padahal ada suatu tempat di sudut hatinya sudah tertera nama Qalisya di situ. Walau cuma samar-samar, dia yakin perasaan itu ada. Jika tidak ada mana mungkin detak jantungnya berkompang kuat walau hanya sekadar mendengarkan nama sahaja?
"Tak. Kau tak boleh terus jatuh sayang pada dia, Hud. Dia pembelot Alamanda, dia pembelot kau!"
Qalisya hanya duduk memerap di dalam kamar semenjak seminggu ini. Selepas doktor Hazwani memberitahu tentang jadual rawatan radiosurgerinya di Korea akan diawalkan pada isnin hadapan, dia terus mengarang surat perletakkan jawatan. Surat rawatannya juga diletakkan di atas meja Zarif. Dia mengelak setiap kali Zarif bertanya status terkini tentang sakitnya.
Segala persiapan diuruskan oleh suaminya secara langsung. Mereka hanya berhubung melalui jururawat Haura sahaja. Jika disuruh itu, Qalisya akan buat. Jika diminta ini, Qalisya akan memberikannya.
Rindunya pada lelaki itu semakin mendalam namun mulutnya malu hendak memberitahu Hud tentangnya. Sudah lama mereka tidak bertembung satu sama lain memandangkan Hud tidak datang ke Alamanda lagi. Dia mahu memberitahu Hud bahawa ingatannya sudah pulih sejak seminggu yang lalu. Tapi mulutnya berat hendak melakukannya.
Mana mungkin dia hendak beria-ia memberitahu tentang perkembangan dirinya jikalau suaminya sendiri seakan-akan mengelak daripadanya.
Barang-barang yang hendak dibawa ke Korea semuanya sudah dia siapkan. Malam ini dia akan bertolak ke KLIA.
"Mungkin dia busy jaga Haura sampai tak sempat nak jenguk aku kat sini, kut." Ujar Qalisya sambil melihat ke arah katilnya. Dia menggeleng-gelengkan kepala apabila teringatkan tawa mereka berdua pada pagi itu.
"Entah berapa lama aku akan duduk kat sana. Entah-entah pembedahan dan rawatan tu tak berjaya atau aku mati masa kat Korea nanti? Aku kena jumpa Hud dan Haura buat kali yang terakhir."
Kereta Qalisya tiba di hadapan rumah Hud. Dia meluncur masuk keretanya apabila pagar dibuka dengan pembantu rumah.
"Puan muda, tuan muda tak ada kat ruma sekarang. Dia ke hotel." Ujar pembantu rumah.
Qalisya tersenyum kecil sambil melihat ke arah pintu kamar Hud dan Haura. "Tak apa, saya datang nak jenguk Haura. Saya naik ke atas dulu ya?"
Qalisya terus naik ke atas tanpa menunggu respon daripada pembantu rumah. Jururawat yang berada di dalam bilik itu diminta Qalisya untuk keluar agar memberi ruang buat dirinya dengan Haura untuk berdua.
Perlahan-lahan Qalisya melabuhkan punggung di birai katil. Kedua-dua tangan Haura diambilnya. "Haura... aku datang ni sebab aku nak minta maaf: Aku jadi orang ketiga dalam rumah tangga kau dengan Hud."
"Walaupun kita saling tak mengenali satu sama lain, tapi aku harap yang... kau tak marah bila suatu masa nanti Hud bagitahu yang aku adalah isteri kedua dia. Hud tak salah pun, aku yang salah sebab dah mengandungkan anak dia. Kau akan maafkan aku bila kau dah sedar nanti, kan? Walaupun aku dah mati... kau akan tetap maafkan aku, kan?"
"Terima kasih, sebab kau sudi pinjamkan Hud untuk aku. Dia memang suami yang baik dan aku doakan kau cepat sembuh dan boleh hidup bahagia dengan Hud. Hud tu sayang sangat kat kau tau, jadi kau tak perlu risau pun tentang aku. Dia... dia tak sayangkan aku pun." Sambung Qalisya dengan mata yang mula berkaca.
"Sebagai tanda ucapan terima kasih aku pada kau, aku akan buat senaman pada jari kau. Kau kena ingat tau jasa aku. Ingat aku ni baik sangat ke nak tolong orang?"
Qalisya menahan air matanya yang mahu mengalir. Cincin kahwinnya ditanggalkan dan disarungkan pada jari Haura. "Ini cincin yang Hud bagi pada aku waktu kami nikah dulu. Kau jaga tau cincin ni baik-baik sebab aku mungkin dah tak akan jejakkan kaki aku kat Malaysia ni lagi."
"Qalisya!" Kuat suara lelaki itu menempik Qalisya yang sedang membuat senaman pada jari Haura. Terbuntang mata Qalisya apabil Hud menariknya untuk turun daripada katil. "Kau buat apa kat sini?"
"Rileklah, Hud. Aku datang sini nak ucapkan selamat tinggal pada kau dengan Haura je. Tapi kau tak ada, so aku pun datanglah kat Haura."
"Eh, kau tak payah nak tunjuk muka kaulah kat sini. Kau tahu tak aku risau kalau sesuatu terjadi pada Haura disebabkan kau? Kau tu orang sihat pun kau boleh buat bukan-bukan, apatah lagi orang terlentang macam ni!" Lantang suara Hud mengherdik Qalisya. "Kau tu menakutkan, kau tahu?"
Qalisya mengerdipkan matanya selepas dijerkah lelaki itu. Bibirnya digigit dan kepalanya perlahan-lahan menoleh kepada Haura. Lengan Hud disentuhnya.
Hud menolak tangan Qalisya di lengannya. "Jangan sentuh akulah! Aku takut dengan kau!"
"Okay, sorry... ." Tutur Qalisya sambil mengambil beg tangannya dan kembali memandang Hud. "Hud, malam ni aku..."
"Ya, aku tahu malam ni kau akan ke Korea. So? Kau nak aku teman kau? Hantar kau? Macam tu?"
Qalisya menelan liur sebelum tertawa kecil. "Tak... bukan tu aku nak cakap."
Hud mula bercekak pinggang. Qalisya terlalu lambat-lambat hendak berkata. "Habis tu? Kau nak cakap apa? Kalau kau nak buang-buang masa kat sini... baik kau baliklah. Aku ni meluatlah nak tengok muka kau."
Terkebil-kebil mata Qalisya menahan sebak. Dia berpura-pura batuk sebelum kembali memandang Hud.
"Haish... kau ni, janganlah serius sangat." Ujar Qalisya sambil menumbuk lembut perut Hud. "Aku datang sebab nak ucapkan selamat tinggal pada kau dan Haura."
Qalisya menghulurkan tangannya kepada Hud dan menarik tangan Hud untuk membalas jabat tangannya. "Aku tak tahu usaha kau untuk hantar aku jalani rawatan kanser aku ni berjaya atau tidak, tapi aku nak ucapkan terima kasih sebab kau dah tolong aku. Nanti dah sihat, aku akan balik Malaysia dan lepas tu kita patut bawa haluan kehidupan masing-masing, kan?"
"Oh, ya." Qalisya memetik jarinya. "Cincin kau aku dah sarung kat jari Haura, aku kan dah kata aku tak pakai cincin murah... jadi lebih baik aku bagi pada Haura. Betul tak?"
Hud menarik tangannya dan berpeluk tubuh. Matanya dipandang ke arah lain. "Aku rasa baik kau pergi sekaranglah, Qalisya. Kau ingat harga flight ticket tu murah ke?"
Qalisya menganggukkan kepalanya dengan laju dan menarik tangan Hud untuk diciumnya.
"Terima kasih, untuk segalanya. Suamiku." Ujar Qalisya sebelum berlari ke muka pintu. "Aku doakan Haura cepat sembuh dan hidup bahagia dengan kau!"
Hud hanya melihat bekas bayangan di pintu selepas Qalisya pergi. Dia tidak kuasa hendak menahannya.
"Ingatkan nak hidup je susah, nak mati pun susah." Bebel Qalisya saat membawa dua buah bagasinya turun daripada kereta sewa itu.
Terkocoh-kocoh dia berlari hendak masuk ke dalam apabila melihat dia sudah tidak cukup masa.
"Betul ke Korea tengah musim luruh? Macam tak logik je Korea tengah musim luruh. Sekarang Januari kut." Ocehnya lagi ketika dia berjalan masuk ke dalam kapal terbang. Dia melihat orang sekelilingnya semua sudah bersiap sedia dengan baju sejuk mereka.
"Macammana kalau kapal terbang ni tiba-tiba tersalah mendarat kat atas air dan bukannya atas tanah? Matilah aku macam tu."
Hud merenung cincin yang berada di jari manis Haura. Jiwanya kosong. Otaknya seperti gagal mengakses perasaannya sekarang.
"Oh, ya. Cincin kau aku dah sarung kat jari Haura, aku kan dah kata aku tak pakai cincin murah... jadi lebih baik aku bagi pada Haura. Betul tak?"
Hud tertawa apabila teringat pada suara Qalisya yang penuh dengan keangkuhannya itu.
"Sakit-sakit pun... kau masih nak berlagak. Qalisya... Qalisya... ." Hud tertawa sekali lagi dan menggeleng-gelengkan kepala. "Padan muka kau, Qalisya... amacam? Sejuk tak kat sana?"
"Hud si bedebah!" Qalisya menghempas bagasinya ke lantai tatkala melihat ais putih merata di luar kawasan lapangan terbang. "Tak guna kau, ini bukan musim luruh! Ini musim salji! Menyesalnya aku tak check!"
"Goodluck. Sayang." Gambar Qalisya yang sedang tampak berang itu baru sahaja diambil oleh seseorang. Bibirnya perlahan-lahan menciumnya.
Share this novel