"APA yang kauorang semua bagi makan kat bini aku ni hah?" Suara lelaki itu menjerkah kuat pada kakitangan yang duduk di kaunter lobi. Kedua-dua tangannya sedang memapah si isteri yang wajahnya kelihatan pucat lesi.
"Kitaorang sampai sini dua hari lepas! Tapi sejak bini aku makan makanan hotel ni terus dia cirit-birit. Nak bunuh bini aku ke apa?!"
Tersentak bahu-bahu gadis di situ. Semuanya ketakutan. Qalisya berdiri di suatu sudut. Hanya berpeluk tubuh dan enak menonton babak itu.
"Saya call ambulans, muka isteri encik dah pucat sangat ni." Balas salah seorang daripada tiga orang gadis di situ.
Terus lelaki itu melihat wajah isterinya. Dipapahnya wanita tersebut ke kerusi yang berdekatan. "Sayang!"
Dua orang gadis tadi pergi ke arah lelaki tadi dan cuba untuk menenangkan si suami.
"Ambulans dalam perjalanan. Encik banyakkan bersabar ya?"
"Sabar apa kalau macam ni? Hotel apa ni bagi racun kat bini aku ni?! Hotel murah pun tak macam ni punya teruklah servis dia!"
Qalisya mengecilkan mata apabila Hud keluar berlari ke lobi iaitu kepada lelaki dan wanita tersebut.
Entah apalah yang dibicarakan oleh dua orang itu tetapi dari sudut air muka, tampak seperti Hud sedang dibendung dengan rasa tidak enak. Rasa serba salah.
"Kau cakap dengan aku, kau bagi apa kat bini aku ni?! Kau bubuh racun ya?!"
Terbuntang mata Qalisya apabila lelaki itu merenggut kolar baju Hud. Dia tidak keluar pun untuk membantu, masih lagi mahu menjadi penonton setia di situ.
"Bawa bertenang, encik." Hud memegang tangan lelaki yang sedang menggengam kolar bajunya. "Semua masakan dan minuman kami akan rasa terlebih dahulu sebelum kami sajikan kepada guest hotel. Jadi kalau encik nak cakap kami letak racun dalam makanan atau minuman encik... sepatutnya staf kami pun akan turut sakit."
Bibir Qalisya tersenyum mendengarkan jawapan Hud. Dia menggelengkan kepala sebelum meninggalakan tempat tersebut.
'Hud... kau takkan boleh jumpa jawapan tu. Takkan ada sesiapa yang jangkakan benda tu punca semua orang sakit kat Alamanda ni.' Bisik hati gadis itu.
Tiga botol air besar yang mengandungi cecair julap dituang masuk ke dalam bekas yang mengandungi air yang hendak dijadikan ais. Pada setiap minggu dia akan mencuri masuk bahagian dapur untuk mencampurkannya ke dalam bekas yang menyimpan air untuk dijadikan ais.
"Tak ada siapa akan jangkakan benda tu." Qalisya menghambur tawa sebelum bahunya dilanggar dengan seseorang.
"Eh... eh... cik Qalisya." Qalisya terus menoleh ke arah lain. Air mukanya angkuh. "Cik Qalisya dah tahu ke apa yang jadi kat kitchen kita sekarang?"
"Tahu. Kenapa?" Matanya memandang ke arah tag nama lelaki itu. Irfan. Pengurus hotel di bahagian pengemasan rumah.
"Oh, cik Qalisya tahu rupanya. Kenapa cik Qalisya tak ke sana?" Soal Irfan lagi meletakkan tangannya ke atas lengan Qalisya.
Qalisya menggelengkan kepalanya dan menepis tangan itu. "That's not my problem. Nanti encik Kamil yang akan uruskan semua tu. You lupa ke i ni siapa?"
Irfan mengeluh panjang dan memasukkan tangan ke poket seluar. "Mestilah i ingat siapa cik Qalisya ni. Our general manager. Alamanda's diva."
Kening kanan Qalisya menjongket tinggi sambil tersenyum sinis. "Tahu tak apa."
Qalisya menyambung langkahnya untuk pergi dari situ. Antara semua staff di Alamanda, Irfan yang paling dibencinya. Entah kenapa asbabnya. Mungkin kerana dia sering merasakan aura negatif daripada lelaki tersebut.
"Hud, apa semua ni? Benda ni jadi lagi? Again?" Bentak lelaki berjambang kemas itu. Dia memicit kepalanya yang pusing. Masuk bukan ini sahaja sudah tiga kes keracunan makanan yang mereka terima. Sudah sebulan Hud bekerja, tapi keadaan masih tidak berubah. Masih sama.
"Come on, Hud... aku pujuk rayu kau untuk datang semula bukan untuk ni. Aku nak nama Alamanda naik semula. Restaurant kita tu bukan guest je yang datang makan, orang luar pun. Jadi kau boleh bayang tak berapa ramainya orang yang makan di restoran?" Mata Zarif terpejam rapat. Dia gagal membendung perasaannya. Dia terlalu letih dengan aduan yang sama. Sudah banyak kali mereka mencuba semua masakan dan minuman itu, dan hasilnya masih sama. Tidak ada seorang pun staf yang mengalami masalah sakit perut dan cirit-birit.
Hud menyandarkan kepalanya pada kerusi. Dia juga bingung. Dari mana punca masalah ini. Dia sudah letih mendengar khabas angin daripada tetamu hotel. Bila melihat nilaian di Google, kepalanya makin bertambah stres.
"Aku rasa kena tutup kitchen kejap lah, Zarif. Kena double check semua bahan-bahan tu. Mungkin masa check tu..."
"Kitaorang dah pernah buat, Hud. Apa yang jadi makin membuatkan hotel bertambah rugi. Dua hari kami tutup restoran. Aku tak nak benda ni jadi lagi."
Zarif bingkas bangun dan pergi ke arah tingkap. Melihat menara KLCC dari jauh.
"Lagipun dalam sebulan lebih ni cuma tiga orang je yang terkena. Customer kita bukan sikit, ramai. Sehari mencecah ribuan orang yang masuk ke restoran. Boleh jadi yang terkena tu sebenarnya daripada punca mereka sendiri." Sambung Zarif sebelum menggigit bibir. "Tapi kenapa nama Alamanda juga yang mereka petik?"
Hud sekali lagi mengeluh. "Aku cuba cari lagi punca semua benda ni."
Zarif mengiyakan respon Hud. Tubuhnya kini dihadapkan kepada Hud. "Mama call aku, pujuk kau untuk datang ke rumah. Kenapa kau tak angkat call dia?"
Hud mengangkat kepala. Dia memberi renungan tajam kepada Zarif yang mulai menghampirinya.
"Masih lagi nak tuduh yang mama ada terlibat dengan insiden kemalangan lima tahun lalu?" Soal Zarif dan melabuhkan punggungnya di hujung meja.
"Aku dah tak tuduh mama, tapi... tapi..."
"Dah dekat enam tahun kau tak balik rumah tu, Hud. Kau ada fikir tak perasaan mama bila kau buat dia macam ni?"
Hud terus berdiri dan mempamerkan wajah menyinganya. "Kalau bukan sebab mama, anak aku masih hidup. Kalau bukan sebab mama, Haura takkan keguguran!"
"Kau boleh bayang tak, isteri kau... menantu mama kau... tengah mengandung, tengah happy sebab mengandungkan anak aku. Tapi sebab dia tak suka Haura, dia buat Haura keguguran! Dia tolak Haura kat bilik air sampai gugur anak kami, Zarif!"
"Haura tak pernah bagitahu aku sampailah dia tak sengaja terlepas cakap. Dia nak jaga hati dan hubungan antara aku dengan mama. Sekarang kau dah faham kan kenapa aku tak boleh nak jumpa mama?"
Mata Hud dan Zarif tidak beralih daripada bertembung satu sama lain.
"Aku bukan tak sayangkan mama, Zarif... aku cuma masih terasa dengan tindakan mama. Haura tu mengandungkan cucu dia! Dia bukan tak tahu tentang tu!"
Zarif memeluk Hud yang matanya mulai berkaca. "Sorry sebab aku terlupa tentang perasaan kau."
Qalisya keluar daripada lif. Bosan benar rasanya hari ini. Dia tahu yang dia perlu pergi membuat tinjauan untuk majlis Kuala Lumpur Fashion Show itu, tapi dia sedang malas hendak bekerja. Dia kemudiannya berjalan ke luar, dia mahu melihat tetamu-tetamu hotel yang sedang bergolf di padang.
Mulutnya berbunyi. Dia terlupa bahawa hari ini adalah hari bekerja. Padang itu pasti akan sunyi.
"Tak apalah, dah sampai dah pun." Keluhnya sambil berjalan lagi. Apabial dia terdengar suatu bunyi, dia terus melihat zon penampan itu.
"Hud?"
Dia berpeluk tubuh. Melihat Hud yang tidak henti-henti memukul bola.
"Amboi... amboi... baru sebulan masuk kerja dah pandai mengular! Ini tak boleh jadi ni!"
Hud terus-menerus memukul bola. Hanya dengan cara itu dia dapat terlepas daripada fikiran yang kusut.
Hayunan kayu golfnya dibatalkan apabila lengannya disentuh oleh seseorang.
"Eh, Hud! Kau buat apa kat sini?!"
Hud mengerling Qalisya dan menolak gadis itu untuk jauh daripadanya. Apabila dia hendak mengayunkan kayu itu sekali lagi, Qalisya kembali menghalangnya dengan memegang kayu itu pula.
"Kau ni... kerja kau mengular je kan?! Makan gaji buta!"
Hud terus menarik semula kayunya dan memukul bola golf itu ke arah Qalisya.
"Auch!" Qalisya tertunduk mengusap jari kakinya yang terkena bola golf tadi.
"Sakitlah kau buat, orang gila!"
Hud melempar kayu golf itu ke tengah padang dan berlalu pergi dari situ.
"Hei, orang gila! I fired you!" Jerita Qalisya yang terduduk di atas lantai. Rasa berdenyut jari kakinya kerana Hud.
Zarif menyimpan telefonnya ke dalam poket apabila melihat Qalisya yang sedang berjalan dalam keadaan terencut-encut di lobi hotel. Langkahnya dipecut menuju ke Qalisya.
"Sya, kenapa dengan kaki you?"
"Kalau tuan Zarif nak tahu sangat..." Qalisya menurunkan badannya sambil mengusap kesan lebam itu. Denyutannya begitu kuat sampaikan berkerut wajah.
"Lebam ni Sya... i bawa you pergi klinik okay?"
Qalisya menepis tangan Zarif. "Sebelum tuan Zarif nak bawa i pergi ke klinik, baik tuan Zarif pecat lelaki gila tu!"
"Lelaki gila? Siapa?" Soal Zarif.
"Si Hud tak siuman tu lah! Dia lah punca kaki i jadi macam ni!" Balas Qalisya sebelum berdiri dan berjalan ke lif.
"You nak ke mana? I tolong you?"
Sekali lagi Qalisya menepis tangan Zarif. Kali ini di lengannya pula. "Tak payah, tuan Zarif. I tengah sakit hati, sakit kaki ni. Jadi tak perlu nak sibuk-sibuk tolong i."
Butang lif ditekan dan sekelip mata sahaja pintu sudah terbuka. Tergamam Zarif jadinya. Tidak pernah Qalisya berkelakuan sedemikian.
Pintu itu sudah tertutup, Zarif menukar langkahnya menuju ke dapur restoran.
"Hud mana?" Soal Zarif dengan kening yang hampir bertemu. Suaranya tegas dan lantang. Semua di dapur terkedu.
Hud terus berpaling menghadap Zarif. Dia mencapai tuala yang tersangkut di dinding dan mengelap tangannya. "Asal kau cari aku?"
Zarif terus mendekati Hud dan menaikkan jari telunjuknya. "Ini amaran terakhir aku, Hud. Jangan berkasar pada Qalisya atau sesiapa pun kat Alamanda ni. Aku tahu kau siapa, tapi tu tak bermaksud apa yang kau buat tu betul."
Hud menoleh ke kiri dan tersenyum sinis. "Jadi perempuan tu datang mengadu pada kau lah..."
"Tak. Qalisya tak datang mengadu, tapi aku yang terserempak dengan dia masa kat lobi tadi! Cuba kau fikir sikit apa akan jadi kalau Qalisya buat police report? Kau nak Alamanda ni makin jatuh ke?" Soal Zarif dengan perlahan tetapi tegas. Bimbang didengari oleh pekerja-pekerja di situ.
"Sekali lagi kalau aku dapat tangkap yang kau cuba buli staf-staf aku... aku tak teragak-agak untuk panggil mama datang ke sini."
Hud mengecilkan mata. Zarif menurunkan jari telunjuknya dan keluar daripada dapur itu.
Share this novel