Aiza jalan mundar mandir di dalam bilik mandi.Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri.Kukunya digigit dek debaran yang kuat dia rasa.
Kemudian, dia memandang ke arah cermin sebesar alam yang berada di dalam bilik mandi.Biasalah, bilik mandi orang kaya katakan.Siap ada tab mandi lagi.Memang besarlah ruangnya.
Dia merenung badannya yang terpantul dalam cermin.Baju yang Laila hadiahkan kepadanya sudah dia sarungkan.Memang betul-betul mengikut bentuk badannya.Dengan bahagian dada yang betul-betul terserlah.Belum lagi bahagian betisnya.
Tangannya menarik hujung baju lingerie supaya sedikit labuh.Tapi takde function pun..Memang baju tu diciptakan sebegitu seksi.
"Betul ke apa aku buat ni ? Apa reaksi Elhan ye nanti ?"monolog Aiza, sendirian.
Aiza mula menggambil nafas dalam lalu dihembuskan sambil kedua matanya tertutup rapat.Dua tiga kali jugak dia buat benda yang sama.
Setelah itu, matanya dibuka.
"dah tiba masanya untuk aku bagi 'hak Elhan' malam ni..ye..mungkin ini masanya.."ucapnya lalu mencapai minyak wangi yang dari awal dia sudah bawa ke dalam bilik air.Dia semburkan di segenap tubuhnya.
Kemudian, dia letakkan semula di tempat asal tadi.Rambutnya yang panjang, dia sisirkan ke sebelah depan.Setelah puas tilik seluruh tubuhnya, dia nekad.Dia akan jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada Elhan, suami sahnya sejak tiga bulan lepas.
Aiza mula menapak keluar dari bilik mandi.Haruman berperisa rose mula memasuki ruang bilik tidur Elhan.Kakinya menapak perlahan ke arah Elhan yang sedang duduk menyandar pada kepala katil.Dia sedang ralit bermain telefon ditangan.
Aiza terhenti tatkala dia sudah berada di sebelah katil.
Hidung Elhan yang tiba-tiba menghidu wangian yang kuat, terus angkat muka dari skrin telefon.Terbuntang mata Elhan melihat Aiza yang sudah berdiri di sebelahnya.
Matanya sudah memandang dari bawah sampai atas.Wow ! Merah buat abang marah !
Aiza sudah mengigit bibir sambil memandang Elhan.Pipinya terserlah dengan kemerah-merahan.Malu !
"Han..aku..err.."tergagap-gagap Aiza ingin menyusun atur ayat yang sesuai.Dia kemudian menundukkan mukanya.Berbahang rasa mukanya sekarang !
Elhan sudah menutup skrin telefonnya lalu diletakkan di atas meja kecil sebelah katil.Dia bingkas bangun dari duduk lalu berdiri di hadapan sang isteri yang sudah berdiri kaku macam patung cendana.
Bibir Elhan sudah tersungging."awak betul dah bersedia jadi hak saya sepenuhnya, wifey ?"soal Elhan yang sudah berada rapat dengan Aiza.
Aiza yang tadi tundukkan kepala, mula mendongak memandang wajah Elhan.Lama dia merenung anak mata Elhan sebelum kepala diangguk perlahan.
Elhan tersenyum"okey, then..I will do it smoothly.."ucap Elhan.
Sepantas kilat, badan Aiza sudah berada diatas tilam.Elhan mula membacakan doa sebelum dia menindih badan Aiza dan bibirnya mula meneroka segenap tubuh Aiza.Dan seterusnya..Faham-faham jelah ye, reader..Tidak perlu diberitahu.
*****
Aiza mula membuka matanya tatkala perutnya terasa geli.Ada tangan yang bergerak-gerak ingin memeluk pinggang rampingnya.Tangan siapa lagi kalau bukan si Elhan tu.Aiza hanya membiarkan perlakuan suaminya.
Badan Elhan sudah dirapatkan ke belakang badan Aiza yang tanpa ada seurat benang.Yang menutupi mereka berdua hanya selimut tebal.
"thank you, Aiza..I appreciate it so much.."bisik Elhan di tepi telinga Aiza.Bibirnya mula mendarat pada tepi leher jinjang Aiza.
Aiza pula dah mengangkat bahu dek terkejut dengan kucupan hangat Elhan yang tiba-tiba.
Elhan hanya ketawa kecil.Tahulah dia, yang Aiza sudah sedar dari tidur.
"Wifey..nak repeat lagi boleh ?"ucap Elhan.Saja nak mengenat Aiza.
"no !"balas Aiza tanpa memalingkan badan ke arah Elhan.
"ada masa lagi ni sebelum subuh, wifey.. Mana tahu, buat sekali lagi dapat twin ? takpun triple ?"usik Elhan.
Aiza mula memalingkan tubuhnya menghadap Elhan.Dia menjeling suaminya."suka hati je nak dapat twin triplelah.. ingat.."
Bibir munggil Aiza yang baru ingin membebel sudah selamat dikucup oleh Elhan.Aiza sudah mula terhanyut.Haa, sudah ! Cepat betul Aiza hanyut dengan kucupan mesra Elhan.
Masing-masing mula hanyut sehingga tidak sedar, sudah masuk kali kedua mereka bersentubuhan.Mulut je cakap taknak..Tapi badan mengiyakan setiap perlakuan sang suami terhadapnya.
*****
Sejak tadi, bibir Elhan tak henti-henti tersenyum.Manakan tidak,banyak kali pulak tu dia dengar bebelan dari Aiza selepas solat subuh tadi.
Macam mana lah Aiza tak marah, lehernya dan dadanya dipenuhi tanda 'love bites' dari Elhan.Gila betul !
"kamu ni dah kenapa Elhan ? Tersenyum-senyum je dari tadi..Biasa mulut tu riuh jugak..ni tak.. Risau pulak Mak Yuni tengok kamu ni.."ucap Mak Yuni yang sedang menghidangkan secawan kopi panas kepada Elhan.
Elhan yang sedang duduk atas kerusi di taman kecil banglo milik papanya sudah tersedar dari lamunan.Dia tersenyum sambil memandang wajah Mak Yuni yang sudah duduk di sebelahnya.
"Han tak pernah rasa bahagia macam ni Mak Yuni.. Han bersyukur sangat, Allah makbulkan doa Han.. bahagia Han tak terkata Mak Yuni.."ucap Elhan.Bibirnya memang tak lepas dari senyum.
"Pasal Aiza ke ni ?"Teka Mak Yuni.
Elhan yang baru selesai menyisip secawan kopi panas hanya hadiahkan senyuman pada Mak Yuni.Cawan kopi tadi diletakkan semula di atas meja.
"dia dah boleh terima Han dalam hidup dia, Mak Yuni.lama betul nak ambik hati dia.."
"Han..kalau betul dah jodoh kamu dengan dia..tak cepat tak lambat pun.. semuanya akan sampai bila masanya dah tiba.."beritahu Mak Yuni.
"itulah.."Elhan mengiyakan kata-kata Mak Yuni.
"ni, mana Aiza ?"soal Mak Yuni.
"ada.. dekat atas..kejap lagi turunlah tu.."
"kenapa tak turun sekali ? kamu ni pun.."
"bukan taknak turun sekali Mak Yuni tapi Han kena halau dengan Aiza tadi.."beritahu Elhan sambil tersengih macam kerang busuk.
"haih kamu ni..ada lah tu kamu menyakat dia.."Mak Yuni sudah geleng kepala.
Elhan sudah pecah ketawa.
"amboi.. seronok ketawa nampak ?"sapa satu suara.Matanya sudah menjeling ke arah tuan badan yang galak ketawa.
Elhan dan Mak Yuni sama-sama memandang ke arah si penegur.Dilihatnya, Aiza sudah bercekak pinggang sambil menjeling tajam ke arah Elhan.
Elhan tayang sengih berserta lesung pipitnya."still marah ke wifey ?"
"husband rasa ?"soalan dibalas soalan.Tapi bunyi dia macam ada kelainan lah sikit..Apa tu ?
"awak sebut apa tadi ? cuba ulang.. takut-takut saya salah dengar.."suruh Elhan.Rasanya telinganya tiada masalah pendengaran.Tapi kali ni..Macam pelik..Hurmm..
"abaikan..nak minum air..dahaga.."laju sahaja kaki Aiza melarikan diri ke arah dapur.Dia sendiri pun masih malu ingin memanggil Elhan dengan panggilan 'husband'.
Tapi itulah yang disarankan oleh Laila.Perlahan-lahan bagi Elhan masuk ke ruang hatinya yang kosong.Jangan gopoh-gopoh..Tak larilah si Elhan tu..
Share this novel