Elhan yang baru sahaja menapak masuk ke dalam bilik memandang pelik pergerakan Aiza.Tangan isterinya sibuk membetulkan toto tebal di atas lantai.
"Awak buat apa Aiza ?"soal Elhan sambil berjalan ke arah sang isteri.
Gulp ! Aiza telan air liur.Kenapalah setiap kali dekat dengan budak ni, aku asyik je gelisah ? stress !!!
Aiza mengangkat muka memandang Elhan yang sudah berdiri disebelahnya.
"errr..aku..aku kemas tempat tidurlah..kan dah malam.."jawab Aiza,polos.
Aiza yang tadi duduk mencangkung terus diangkat oleh Elhan lalu diletakkan di atas tilam empuk miliknya.Elhan menahan kedua tangannya di kiri dan kanan Aiza.Pergerakan Aiza dimatikan.
Muka dirapatkan dengan Aiza.Aiza pulak dah serupa cacing kepanasan."kau..kau jangan macam-macam Han.."
Elhan merenung tajam mata Aiza."siapa suruh awak tidur dekat bawah ? ada saya bagi izin ?"
Gulp ! Lemas ! Panahan mata Elhan betul-betul buat sistem pernafasan Aiza tersekat-sekat.
"see ? tak boleh jawab kan ? awak tu dah jadi hak milik saya, Aiza..jadi, malam ni tidur sebelah saya..bukan dekat lantai.."pesan Elhan.
"Han please..aku.. aku belum sedia nak.."belum sempat Aiza menghabiskan kata-katanya, bibir mungil Aiza sudah selamat dikucup lembut oleh Elhan.Tanpa sedar, Aiza mula terhanyut dan membalas ciuman sang suami.
Seketika kemudian, Elhan menjarakkan bibirnya.Merah padam wajah Aiza dia kerjakan.Elhan hanya mengekek ketawa.
Aiza terjerit kecil lalu menolak dada bidang Elhan.Dengan pantas, dia menarik selimut dan bergulung di dalam selimut.Malu punya pasal !
Arghhh ! asal aku boleh terhanyut dengan budak annoying tu ? Sentuhan bibir dia.. Arghhh ! apa benda aku fikir ni ? gila !!! itu semua kerja gila !!!
Elhan hanya tersengih sambil mengelengkan kepalanya."senang rupanya nak jinakkan singa betina ni.."monolognya di dalam hati.
Dia bangun dari tilam lalu mengemas semula toto yang ditebarkan oleh Aiza tadi.Dia melipat kemas lalu dimasukkan ke dalam beg jernih dan dizipkan.
Elhan membuka lampu tidur yang berada di atas almari kecil disebelah katil.Kemudian dia melangkah ke arah suiz lampu bilik yang berada di tepi pintu masuk bilik.
PAKKK !
Suasana bilik hanya disinari oleh cahaya lampu tidur yang samar-samar.
Tilam empuk milik Aiza sudah sedikit mendap menandakan Elhan sudah berada di sebelahnya.Nasib dia dari tadi sudah gulungkan badannya dengan selimut tebal.Punyalah takut Elhan ambik kesempatan.
"sejuk sangat ke sampai bergulung macam Vietnam roll tu, wifey ? macam sedap pulak tengok.."usik Elhan dengan ketawa di hujung kata.
Kurang asam boi punya Elhan ! Vietnam roll dia panggil aku.. Base betul !
Aiza yang hanya menampakkan mukanya merenung Elhan yang seronok mentertawakannya.Mata helangnya dipanahkan pada Elhan.
Idea jahat muncul dikepalanya.Dengan kudrat yang dia ada, dia menolak kaki Elhan dengan kakinya yang bergulung dengan selimut.
"Aduhh !"Elhan yang sudah jatuh beegolek ke bawah sudah mengaduh sakit.Punggungnya digosok perlahan.
Aiza dah mengekek ketawa."padan muka !"
Elhan kecikkan matanya memandang sang isteri."ouh..main kasar ehh ! sini saya balas balik.."ujar Elhan lalu menolak badan Aiza yang masih bergulung kemas dengan selimut tebal.
GEDEBUK !!!
Automatik vietnam roll versi gergasi tergolek ke bawah."Han !!!"jerit Aiza.
Kini giliran Elhan pulak yang bergelak ketawa sampai senak perut.Setelah puas gelak, dia menerpa ke arah Aiza yang terkial-kial nak bangun untuk duduk.Dia tolong leraikan balutan pada badan Aiza.
"dah-dahlah jadi vietnam roll yang tak sedap ni..jom tidur !"ucap Elhan lalu mendukung Aiza dan dibawa ke atas tilam.
Elhan mula baring disebelah Aiza dan memeluk kemas pinggang isterinya.
"Han.."panggil Aiza lembut.
Elhan hanya tersenyum memandang raut wajah isterinya yang hampir nak menangis."I know it, Aiza..saya takkan sentuh selagi awak tak izinkan..just be my bantal busuk every night, okey ?"beritahu Elhan.
Ya, dia tahu.Aiza memang masih dalam proses nak membaik pulih hatinya.Memang tidaklah dia memaksa cinta hatinya menerimanya terus.Kena ikut step by step.Haa, gitu..
Aiza hanya berdehem perlahan lalu membiarkan sahaja suaminya memeluknya erat.Tak dinafikan,terasa selesa dan hangat apabila berada dipelukan Elhan.
"I love you, wifey..."ucap Elhan sebelum dengkuran halus dikeluarkan.Aiza yang mendengarnya hanya tersenyum nipis.Seketika kemudian,mereka mula hanyut dibawa mimpi.
*****
"nah kunci ! kau bawak motor !"suruh Aiza sambil menghulurkan segugus kunci berserta keychain patung Doraemon yang bergayut bersama kunci motorsikal milik Encik Khalid.
Bukan kaleng-kaleng ehh minat ayah Aiza.Dalam banyak-banyak kartun, Doraemon jugak menjadi pilihan.Comel je..Hahahaha..
"awaklah bawak.. saya mana tahu jalan dekat sini..Kang terbabas pulak dah.."tolak Elhan padahal boleh je..Acah je lebih..
Bukan apa, bila lagi nak merasa naik dengan ex minah rempit.Payah nak dapat tu..
"gediklah budak ni.."ucap Aiza sambil buat muka menyampah.Dia melangkah ke luar rumah menuju ke arah motor kapcai milik ayahnya.
Terus sahaja dia melangkah besar kakinya untuk duduk di atas seat motor.
Elhan dari jauh dah terlopong.Mak ai ! bini aku ke tu ? ganas betul dia langkah kaki naik motor.
"tunggu kena langgar dulu ke, baru nak naik wahai tuan putera ?"sedas Aiza bagi bila tengok Elhan yang terlopong.
"ehh.. hehehe.."Elhan sudah tersengih bila ditegur sedemikian rupa.Cepat-cepat dia naik di seat belakang Aiza.Bibirnya tersenyum bahagia.
Sebelum enjin motor dihidupkan, Aiza memandang cermin sisi.Selendang hitam yang dia pakai, dia betulkan dan kemaskan.Kang tak pasal melayang selendangnya ditiup angin.
Bila dah rasa semuanya perfect, Aiza mula menghidupkan motor kapcai ayahnya menggunakan kaki.Trottle dipulas.Bagi panaskan enjin dulu sebelum memulakan perjalanan.
"jangan pegang bahu ehh ? aku geli.."sempat Aiza memberi arahan sambil memandang sipi-sipi ke arah Elhan di belakangnya.
"kalau peluk boleh ?"soal Elhan, teruja.Amboi..Gatal !
"tapi jangan nak rapat sangat.."pesan Aiza sebelum dia mula masuk gear dan meluncur laju keluar dari perkarangan rumah.
So, time ni lah boleh kenakan Elhan.Yelah, asyik budak tu je kenakan aku.So, kalini aku bawak dia merempit dengan helmet pun tak pakai.Hahahaha..
Jangan ditiru okey..Bahaya..
"Aizaaaaaaaaa !"jerit Elhan sekuat hati.Pinggang Aiza dipeluk kuat sampai-sampai dada Elhan melekat dekat belakang badan Aiza.Punyalah takut dengan cara Aiza bawak motor.
Habislah anak teruna orang kena rempit dengan si Aiza ni.Dia punya rempit tu, dah umpama dia naik sorang motor.Memang tak hirau dah Elhan yang dekat belakang terpekik terlolong.Kasihan Elhan.
Tulah, nak sangat kan ? Tu makan dia.
Tatkala destinasi sudah sampai, Aiza membrek mengejut dek tak sempat nak buang gear.Bertuah betullah.Tapi yang pastinya, memang dia sengaja.
"amacam ? syok tak ?"soal Aiza.
Elhan melepaskan pelukan dan cuba menggambil nafas baru.Nafasnya sudah tercungap-cunggap."Ya Allah, Aiza.. nak gugur jantung saya, awak bawak motor macam tadi.."
Aiza dah terkekek ketawa."itulah..aku suruh kau bawak..kau taknak..tak pasal mood rempit aku keluar balik tau.."
Nafas Elhan mulai kembali stabil.Dia turun dari seat motorsikal lalu memerhati pemandangan pantai di hadapannya.Cantik !
Aiza pulak hanya duduk diatas seat motorsikal dan menongkat dagu dengan telapak tangannya dek sikunya diletakkan diatas meter motorsikal.Dia merenung Elhan yang masih tegak berdiri dihadapannya.Menghayati keindahan alam mungkin ?
Dalam diam, Aiza mengeluarkan telefonnya lalu dia menggambil gambar Elhan dari belakang secara curi-curi.
Okey, done !
Aiza membuka gallery pada telefonnya dan disentuhnya pada gambar yang baru dia ambil tadi.Hurmm..not bad..
Laju jarinya ditekan pada skrin untuk gambar tadi dijadikan sebagai lock screen.Done ! Tanpa sedar, bibirnya sudah tersenyum manis.
Share this novel