8

Romance Series 10968

KRINGGGGG !!!

Bunyi jam penggera phone menyentakkan Aiza dari tidurnya.Phonenya yang terletak di atas meja sebelah katilnya dicapai lalu ditutup jam penggeranya.

Mata yang masih lagi dibuka kecil, dikelipkan banyak kali.

"arghhhh ! Malasnya nak masuk kerja..takde moodlah.. "monolognya sendiri.

Namun apakan daya, nak taknak, kena jugak pergi kerja..kalau tak, macam mana nak bayar duit ptptn, sewa rumah.. sewa kereta, makanan bulanan.. hurghh !

Malas-malas, Aiza bangun dari pembaringan lalu berjalan ke arah bilik mandi.Tuala mandi dicapai lalu melangkah masuk ke dalam bilik mandi.

Hari Isnin.Sememangnya permulaan hari yang ramai golongan dewasa tak suka.Yelah, baru sahaja rehat-rehat dan bersantai hari Ahad, esoknya kena kerja.Bila mana hari berkerja, selalunya rasa lambat je masa.. bila time cuti.. dia punya kenikmatan cuti tu.. aduhai..sekejap je...lapastu dah kena masuk kerja semula.

"good morning uoalls !!!"jerit Dania yang sememangnya mulut kepoh dalam office yang aku kerja.
Dengan sengihan yang setiap masa dipancarkan.Jarang sangat nak tengok muka minah ni masam mencuka..Lainlah aku.. Setiap masa, masam mencuka..

Kadang tu, sampai orang nak tegur pun takut..Eh, Hello ! Aku ni bukannya makan orang pun..aku makan nasi je tau.. lagipun, aku sejenis yang payah nak bertegur sapa..bukan sombong tapi tak pandai untuk menegur..Hahahaha..

"Oitt, Aiza ! Asal kau ni ? Pagi-pagi je moody.. cerialah sikit, macam aku ni.. "tegur Dania lalu mengangkat kedua belah keningnya yang dilukis rapi macam pelakon Korea.

Aiza hanya memandang dengan wajah yang langsung tiada mood."aku takde moodlah...jangan kacau aku"

Aiza mula menghidupkan komputernya.

"Haihla..aku tak faham betul dengan kau ni.. kau memang lahir-lahir takde rasa nak senyum ke apa ? Payah tahu tak nak tengok kau senyum ? kau ni asyik je moody.."bebel Dania sambil berpeluk tubuh.

Aiza menghela nafas,perlahan lalu memandang wajah rakan sekerjanya.

"Dah habis membebel ? Dahla, blahlah ! Aku takde mood ni.."halau Aiza.Tangannya mula menaip sesuatu pada papan kekuncinya.

"Ish ! Yelah ! Yelah ! Aku pergi..nak ajak sembang pun payah.."perli Dania sebelum berlalu pergi.

Mata Aiza memandang skrin komputer,akan tetapi kepalanya masih terbayangkan perbualan telefon dengan Iqbal malam tadi.

"I sebenarnya nak cakap sesuatu kat You.."beritahu Iqbal yang sedang di hujung talian telefon.

"nak cakap apa ? Pasal kita ?"soal Aiza dengan nada yang cukup teruja.

"Hurmm.."

"Apa dia ? You dah fikir dah tarikh majlis kahwin kita ? Yelah, dah 2 tahun kita tunang..You tak rasa ke nak up kan lagi status kita berdua ?"

"I rasa..I perlukan masa lagi..please, Sayang.. I tak ready lagi nak jadi husband You..Bagi I masa.."

"Berapa lama lagi Bal ? I dah lama tunggu.. Umur I pun dah nak masuk 30 dah..Kalau you rasa taknak halalkan I pun takpe..Kita putus ! Senang..You dah tak perlukan masa lagi nak tunggu untuk bersedia jadi husband I.."ujar Aiza terus terang.

Bukan apa, dah lama dia tunggu.Padahal semuanya, Iqbal mampu nak tanggung.Entah apa entah, yang buatkan dia asyik aje nak tangguh.

"No ! I sayangkan You..I taknak putuskan pertunangan kita.."bantah Iqbal.

"Tskk ? Sayang ? Kalau betul You sayangkan I, You akan cepatkan tarikh perkahwinan kita..bukan makin lambatkan..dahla..I penat..I nak tido.."ujar Aiza lalu menutup talian tanpa sempat Iqbal berbalas kata.

"Wait ! Aiza ! Aiza ?!"panggil Iqbal tatkala talian diputuskan.

"Arghh ! Shit !"carut Iqbal lalu menyerabutkan rambutnya.Dia kemudian bercekak pinggang.

"Awak..jom makan.. Saya ada masakkan lauk kegemaran awak..masak lemak telur itik..mummy cakap, awak suka sangat.."belum sempat Hani menghabiskan kata-katanya, terus sahaja Iqbal mencelah.

"Kau boleh diam tak ? Aku takde masa lah nak dengar kau cerita itu ini.. aku tengah serabut ni, kau tahu tak ?!"jerit Iqbal.

Hani hanya terdiam sambil menundukkan mukanya..Asalnya dia gembira kerana sudah menyiapkan masakan kegemaran suaminya, tiba-tiba saja terbantut kegembiraannya.

Ya, dia tahu..Iqbal dari awal tak setuju dengan perkahwinan ni tetapi demi menunaikan hajat arwah neneknya, terus sahaja mereka dipaksa untuk berkahwin.

"ma..maaf.. Saya cuma nak ajak awak makan se.. sekali.."beritahu Hani dengan nada terketar-ketar.

"mummy ? sejak bila mummy aku ada anak lain, huh ?!"soal Iqbal sambil merenung tajam ke arah Hani yang tertunduk memandang jubin lantai.

Terus sahaja rambut ikal mayang milik sang isterinya ditarik ke belakang supaya wajah polos Hani menatap wajah bengisnya.

"kau, kalau aku bercakap dengan kau.. patutnya kau pandang muka aku ni ! bukan pandang lantai ! paham ke tak ?!"teriak Iqbal.

"awak.. sakit.."adu Hani sambil memegang rambutnya yang ditarik kuat oleh Iqbal.

"ouh.. tahu sakit..Ni, hati aku ni ? kau tahu tak sakit dia macam mana bila kena kahwin dengan kau ? lagi sakit dari aku tarik rambut kau ni, kau tahu ?!"teriak Iqbal lagi.

"sakit awak.. tolong lepaskan.. sakit.."rintih Hani sambil menahan perit rambutnya yang ditarik kuat.Air mata mula jatuh satu per satu ke pipinya.

"memang aku nak kau sakit pun..disebabkan kau, aku terpaksa tunda tarikh kahwin aku dengan tunang aku ! semuanya salah kau !"ujar Iqbal lalu menolak kepala Hani sehingga dia jatuh terduduk di atas lantai.

Hani memegang kepalanya yang terasa pedih dek ditarik rambutnya oleh sang suami yang amat membencinya.Air mata mengalir deras ke pipi.

"kau jangan harap, aku akan sukakan kau.. Dan jangan harap, kau akan dapat layanan macam isteri dari aku ! kau ingat tu sampai bila-bila !"pesan Iqbal dengan nada yang kuat.

Iqbal yang mula berserabut terus sahaja mencapai kunci kereta yang berada di atas meja kecil kemudian berlalu pergi dengan pantas.

Terdengar bunyi deruman ekzos kereta, menandakan Iqbal sudah berlalu pergi dari rumah.

*****

Sedang ralit Aiza menaip sesuatu pada skrin komputer, tiba-tiba sahaja bunyi mesej WhatsApp masuk.Laju saja tangan Aiza menyambar phonenya lalu dibuka aplikasi WhatsApp.

'Aiza.. jangan lupa tau, malam ni ada majlis reunion sekolah kita tu..' - LAILA

'Iye..' - AIZA

'Kau jangan iye iye je.. jangan nak mengelat ehh ? macam aku tak tahu, bab majlis je kompem kau tak pergi.. kau jangan.. jap lagi kang, aku takde geng..' - LAILA

'iye..kali ni aku pergi.. tapi tak lama.. aku nak balik awal..' - AIZA

'Okeyy.. cun ! pakai lawa-lawa ehhh ? jangan kau pakai baju kemeja pulak.. naya oii.. pakai dress ehh ?' - LAILA

'ishh ! kau ni..aku tahulah nak pakai apa malam nanti.. sibuk je..dah, aku nak sambung keje.. kang boss nampak...saje je kena bebel..' - AIZA

'okey.. see you tonight ! ' - LAILA

Tak lupa jugak, stiker love diberi kepada sahabat baiknya.Biasalah, orang perempuan ni.. wajib ada stiker sebelum habiskan perbualan..Hahahahaha..

MALAM MENJELMA....

Aiza hanya mengenakan baju dress labuh berwarna dusty blue di tubuh langsingnya.Itu merupakan kali kedua dia memakai baju tersebut.Kali pertama adalah pada hari perkahwinan adiknya, Rizwan.

Di kepalanya pula, dia lilitkan shawl supaya terlihat lain dari yang lain.Yelah, si Aiza ni memang payah nak bergaya.Biasanya, selalu aje pakai baju t-shirt, baju kemeja, berseluar jeans atau palazo dan semestinya memakai tudung bawal.

Tapi disebabkan ajakan si Laila tu, terpaksa jugaklah dia cantikkan diri.Wajahnya yang putih bersih itu juga dioleskan dengan sedikit make up dan secalit gincu.

Kalau time berkerja, takde maknanya dia nak make up bagai.. bibir pun hanya pakai lips balm.Cukup simple !

Setelah selesai bersiap, dia mencapai tas tangannya lalu disandangkan ke bahu.Sempat lagi dia menulis perbualan dengan Laila bahawa dia sudah bersiap dan dalam perjalanan ke Grand City Hotel yang merupakan tempat dimana dia dan bekas pelajar yang lain akan hadir.

Kemudian, dia terus mencapai kunci kereta dan berlalu pergi.

*****

selamat membaca ! ☺️

Share this novel

Jenny Pait
2021-12-06 23:31:55 

update please....


NovelPlus Premium

The best ads free experience