Tanpa sedar, waktu sudah berlalu dengan pantas.Hari ini merupakan hari bersejarah di dalam kamus hidup Aiza.
Perkara yang langsung dia tak pernah terfikir, berlaku di dalam hidupnya.Berkahwin dengan kawan kepada adiknya sendiri.Berkahwin atas dasar melarikan diri dari masalah dan seumur hidup akan bersama dengan orang yang dia langsung tiada perasan cinta apatah lagi sayang.Memang jauh sekali.
Dengan sekali lafaz, Aiza Nur Sofiya sudah sah bergelar isteri kepada Elhan Amsyar yang disaksikan oleh keluarga mereka, tok kadi berserta dua orang saksi.
Sempat Elhan melirik ke arah isteri yang baru sahaja dia lafazkan.Dia tersenyum manis sebelum tangannya diangkat tatkala doa sedang dibacakan oleh tok kadi yang berada dihadapannya.
"Amin rabbanal alamin.."ucap Tok kadi setelah doa habis dibaca lalu disapukan tapak tangan ke muka.
Kini, sudah masanya upacara perbatalkan wuduk.Langkah dibawa ke arah pengantin wanita yang sedang duduk di atas pelamin yang terhias dengan tema garden.
Elhan duduk disebelah Aiza.Bibirnya ditayang senyuman manis."Assalamualaikum cinta.."
Tangan kanan isterinya ditarik lembut lalu memasukkan cincin berlian dijari manis sang isteri.
"wa..waalaikumusalam.."tergagap terus Aiza ingin menjawab.
Kemudian giliran Aiza pulak menyarungkan cincin ke jari manis sang suami.Tangan Elhan ditarik perlahan lalu mengucupnya penuh hormat.
Elhan tersenyum memandang isterinya itu."Terima kasih permudahkan urusanku, Ya Allah..Terima kasih kerana makbulkan doaku selama ini..aku bermohon agar jodoh kami berdua kekal sehingga ke jannah, Ya Allah..hanya kepadamulah aku bermohon..Amin.."
Aiza mula mengangkat wajah.Dia merenung wajah Elhan dihadapannya yang dari tadi asyik tersenyum bahagia.Tangan Elhan mula mendarat ke atas kepala Aiza yang beralaskan tudung lalu satu kucupan hangat singgah di dahi licin milik Aiza.
Aiza hanya memejamkan matanya.Terasa bagai terkena renjatan elektrik dahinya.
Setelah kucupan dilepaskan, tangan kiri Elhan masih lagi mengusap lembut kepala Aiza sambil tersenyum."jadi isteri yang baik ye, wifey ? I love you.."ucap Elhan, perlahan namun masih didengari oleh Aiza.
Mata Aiza terbuntang luas mendengar ayat yang dilantunkan oleh Elhan sebentar tadi.
Wifey ? Lo..love ?
Elhan hanya tersengih lalu mencuit perlahan hidung mancung isterinya.Comel !
"Dah..jangan nak terkejut sangat..Jom ambik gambar !"ujar Elhan lalu dengan selambanya dia capai tangan Aiza lalu digengam kemas.Dia betulkan sedikit kedudukannya untuk merapatkan diri sebelah Aiza.
Aiza hanya mampu membiarkan sahaja walhal tangannya dari tadi sudah sejuk beku.Macam suhu freezer dah.Punya lah gementar hatinya.
So, bermulalah sesi bergambar bersama photographer yang disewa oleh Elhan.Senyuman memang tak berhenti-henti dari bibir Elhan.Orang bahagia, katakan.
******
"Aiza !!!!"jerit Laila yang berlari anak menuju ke arah sahabatnya.Dipeluknya sahabatnya itu.
Aiza tersenyum.Ya, Laila adalah satu-satunya sahabatnya sejak dari sekolah sehingga kini.Memang manja betul diaorang berdua.Kalau orang tak kenal, mesti ingat adik beradik.
Elhan yang berada di tepi hanya tersenyum melihat tingkah laku dua wanita itu."jumpa kawan, bukan main manis lagi ye senyuman.."bisiknya di dalam hati.
Pelukan dileraikan."Weyh..dah kahwin dah kau..Ahhh..nak nangis aaa.."ucap Laila dengan suara manjanya.Tanganya mengengam kedua-dua tangan Aiza.
Aiza tersenyum lalu perlahan-lahan air matanya jatuh di pipi tanpa sempat ditahan.
"Weyh..kau pulak yang nangis dulu.. habislah nanti make up mahal kau.."ucap Laila.
Aiza tersenyum sambil mengesat air matanya yang mengalir dengan telapak tangannya.
"ishh..kau ni Laila..nanti giliran kau pulak.."ujar Aiza.
Laila memuncung."Hurmm..masih samar-samar lagi jodoh aku ni..entah tersesat kat hutan mana entah.."
Aiza sudah tergelak kecil."akan ada masanya..sabar ya adik manis.."ucap Aiza sambil tersenyum manis.
Elhan dari tadi asyik menatap wajah isterinya.Yelah, manis betul senyuman yang dia simpan rapi..Peluang yang bukan senang nak dapat tengok.Tak elok dilepaskan begitu sahaja.Hahahaha..
Namun satu tepukan dibahu menyentakkan lamunannya pada Aiza.Tangan siapa yang kacau daun ni ? Kacau line betul !
"Amboi..tak berkedip ye mata tengok wife dia..taulah baru kahwin..Malam nanti tengoklah puas-puas.."sapa satu suara garau yang mengapa telinga Elhan.
Agak-agak siapa ? Semestinya adik Aiza, si Rizwan yang dari tadi perasan kawannya itu asyik memandang kakaknya.
"diamlah !"marah Elhan separuh bisik.
Rizwan hanya tergelak."apalah kau ni..betul-betul angau ehh ? so, welcome to my family, bro ! congrat sebab dah sah jadi abang ipar aku..so, nak aku panggil Abang Han ke ?"sakat Rizwan.
"tak payah nak mengada Wan..Aku sekeh kau kang !"ucap Elhan lalu memeluk leher rakannya mengunakan sebelah lengannya.
"ahh..ahhh..sakitlah gila !"jerit Rizwan dek kepalanya sudah dikepit Elhan.
Aiza dan Laila yang berada di sebelah sudah mengekek ketawa melihat perangai mereka berdua.Macam budak-budak !
"haa.. tulah.. nak sangat kan ?"ucap Elhan sebelum melepaskan kepala Rizwan.
"Base betul kau Han.."marah Rizwan lalu membaiki rambutnya yang kusut masai.
Elhan hanya menjelirkan lidahnya sambil buat muka menganjing pada Rizwan.
"tskk ! tak guna punya kawan !"jerit Rizwan lalu dengan pantas tangannya mahu menarik rambut Elhan tapi Elhan sempat melarikan diri dibelakang Aiza.
"Sini kau !"
Maka terjadilah sesi kejar mengejar oleh Elhan dengan Rizwan.Biasanya, kejar mengejar ni seorang lelaki dengan seorang perempuan..Tapi lain pulak kes dekat sini.. Pengantin lelaki dengan adik ipar pulak yang mainkan adegen tu.
Habis kecoh satu perkarangan rumah dengan suara diaorang berdua berlarian.Dah serupa budak tadika dah.Aiza hanya mampu geleng kepala sambil tersenyum.
"oitt ! betulkan apa yang aku pernah cakap sebelum ni ?"soal Laila, tiba-tiba sambil tersenyum.
Aiza mula berkerut dahi."maksud kau ?"
"aku pernah cakap kan..mungkin kau dengan dengan Elhan tu berjodoh..tak sangka kan, mulut aku ni boleh tahan masin ?"
"kalau aku tahu, awal-awal aku selotape mulut kau tau.."
"eleh..padahal kau pun suka kan ? kan ?"
"takde maknanya Laila..hati aku belum sembuh lagilah.."
"it's okey Aiza..aku tahu kau boleh ! jadi sekarang, kau kena kosongkan hati kau tau.. lepastu bagi ruang dekat suami kau tu untuk masuk dalam hati kau.."
"tapi Laila..aku.."
"haipp ! dia suami kau yang sah tau..tak elok kalau kau simpan lelaki lain dalam hati kau..aku tahu..mungkin susah untuk kau move on..tapi aku yakin..Elhan boleh pulihkan hati kau..aku nampak dia betul-betul ikhlas sayangkan kau.."
Aiza tersenyum."InsyaAllah.."
"Amin...semoga dipermudahkan.."balas Laila sambil membalas senyuman Aiza.
Share this novel