"Nak singgah mana-mana tak sebelum kita pergi dating ?"seloroh Elhan sambil tersenyum bahagia.
Aiza makin menjeling.
Elhan pula makin terbahak-bahak ketawa.
"Baik kau bawak je aku makan terus kalau taknak aku turun dari kereta kau.."Aiza mula bagi amaran.Matanya mencerlung lagi ke arah Elhan.
Ketawa Elhan masih berbaki."orang perempuan memang macam ni ehh ?"
"Macam ni macam apa ?"
"Kalau merajuk ke marah ke mesti nak keluar dari kereta atau motor pastu nak jalan kaki kan ?"teka Elhan.
"Nak tengok ke ?"ujar Aiza lalu membuka pintu kereta bahagian penumpang.
"Aiza !"terjerit Elhan tatkala Aiza betul-betul berani buat.Nasib sahaja Elhan sempat tarik semula pintu kereta sebelum sebuah motorsikal dari arah belakang melulu laju ke tepi pintu kereta milik Elhan.
Aiza terkedu tatkala melihat Elhan yang betul-betul hampir dengannya.
Elhan kemudiannya kembali ke tempat asalnya.Dia mengeluh perlahan."Aiza.. please.. jangan buat macam tu.. bahaya lah.."pesan Elhan,lembut.Disapu mukanya sendiri tapak tangan.
"Nanti kalau ada apa-apa macam mana ? Ya Allah Aiza ni..haih.."sambung Elhan.
Aiza terdiam.Debaran di jantungnya pun masih berdengup kencang.
Tatkala lampu bertukar hijau, terus sahaja Elhan menekan pedal minyak dan terus meluncur laju ke destinasi.
Lama jugak suasana dalam kereta jadi sunyi sepi.
"Hurmm.. Elhan.."panggil Aiza.
"Jangan buat lagi Aiza..saya dah lock pintu dah.."pesan Elhan.
"Tak.. aku tak buat dah.."
Elhan paling ke sebelah kemudian memandang ke arah jalan raya secara berselang seli."okey..good girl !"Bibirnya tersenyum.
"Sorry Elhan..kau tak marah dah kan ?"soal Aiza.
Yelah.. serba salah pulak rasa sebab tengok air muka Elhan tadi.Automatik aura muka dia lain.
"Taklah.. saya cuma risau.. awak tu..lain kali jangan buat benda diluar kawalan.. bahaya Aiza.. saya taknak awak cedera lagi.."beritahu Elhan.
Tanpa sedar,Aiza tersenyum.Han annoying ni.. macam dia pulak adik aku..Si Wan tu pun takde pun nak membebel macam mak nenek kat aku ni..
"apa bendalah kau ni Han..kau nak jadi adik aku nombor dua ke apa ? Caring betul.."
"kalau saya nak jadi yang halal untuk awak, Aiza.. boleh ?"soal Elhan tiba-tiba.
Senyuman Aiza mati."apa yang kau cakapkan ni ? Gila !"
"Saya serius Aiza..saya dah lama simpan perasaan pada awak..dari sekolah lagi.."
Aiza sunyi sepi.
"Han.. kau dah macam adik bagi aku Han.. takkan mungkin aku boleh.."
"awak belum bagi peluang, macam mana awak yakin saya tak boleh buat awak jatuh cinta ?"
Aiza terdiam.
Elhan mengeluh perlahan.Tapi dia lega.Satu beban hatinya dah dikeluarkan.Bila lagi dia nak meluahkan isi hatinya.Kalau tak bagitahu, memang sampai kesudahlah crushnya tak tahu.
*****
Makanan yang sudah terhidang di depan mata hanya dikuis-kuis dengan sudu.Dalam kepala masih lagi memikirkan butir bicara Elhan tadi.
"Aiza.. saya mintak maaf.."beritahu Elhan, tiba-tiba.
Aiza angkat muka memandang wajah sugul Elhan.Jantung Aiza mula berdengup kencang tatkala matanya bertembung dengan anak mata milik Elhan.
Asal aku berdebar ni ? Budak ni bukannya taste aku pun.. dengan perangai annoying dia tu.. memang taklah..
"Kau takde buat salah pun Elhan.. kenapa nak mintak maaf ?"
"Awak tak marah saya luahkan perasaan dekat awak ?"
Bibir Aiza diketap."Taklah..aku cuma terkejut.. yelah, kau kan rapat dengan Wan.. So, aku just anggap kau macam adik.. tak kurang dan tak lebih.. jadi.."
"Boleh awak bagi ruang untuk saya mencuba ?"
Aiza memandang lama wajah Elhan yang serius dihadapannya.
"Han.. jangan seksa hati kau.. Kalau kau tunggu aku, belum tentu.."belum habis Aiza berkata, Elhan sudah mencelah.
"It's okey Aiza.. Saya boleh tunggu.."ujar Elhan sambil tersenyum.
"Han.."
"Dah..awak makan dulu.. lama saya tengok nasi awak tak terusik.. take your time Aiza.."ujar Elhan sambil tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya.
"Han..macam mana kau boleh selalu nampak bahagia ?"
Elhan balas dengan senyuman."itu cuma luaran Aiza..Lagipun tak perlu nak tunggu bahagia, baru kita nak tunjuk kita bahagia.Cukup syukur dengan apa yang Allah bagi.."
"Aku sebenarnya jealous dengan kau tau.. yelah..aku kan jenis muka ketat 24 jam.."
Elhan gelak.
Aiza dah berkerut dahi."asal kau ?"
"Saya pun takut dengan awak waktu first-first jumpa dulu.garang yang amat..tapi comel..mungkin sebab tu kut saya suka awak.."
"Gila !"terus laju sahaja mulut Aiza memaki Elhan.
Elhan hanya tersenyum dengan terserlah lesung pipitnya.
"Lepasni kau hantar aku pergi ambik kereta terus ehh..aku barai gila harini..banyak kerja kena settlekan tadi."
"Takyahla..saya hantarkan awak balik..esok saya jemput awak pergi kerja"
"Ehh..takyah..takyah..jangan susahkan diri kau..kau pun nak masuk office esok.."
"Jangan risau Aiza..takde siapa nak marah kalau saya datang lambat.."
"Gediklah budak ni..takyahlah..buat susah-susah je.."
"Lagipun awak kata awak barai kan ? Nanti micro sleep macam mana ?"
"Aiyooo..budak ni..aku sekeh kang !"marah Aiza.Sudu di tangan dah sedia nak angkat dekat kepala Elhan yang berada di hadapannya.
Elhan hanya gelak.
Share this novel