23

Romance Series 10968

"Hannnnn !!!"jerit Aiza dari dalam bilik air.

Elhan dah terkekek ketawa."Haa..itulah.. orang dah cakap.. tak nak dengar kan ? padanlah muka.."Bebel Elhan, sendirian lalu sambung ketawanya.

Pintu bilik air dibuka kasar.Nasib je tak tercabut.Langkah kaki diatur laju ke arah Elhan yang sedang berdiri di tepi tingkap biliknya.

"Han !!! kau ke letak katak gemuk tu kat dalam bilik air hah ? baik kau cakap !"marah Aiza.

"wo.. wo..wo..rileks.. takkanlah saya nak letak katak pulak kat situ.. takde kerjalah..mungkin katak tu lompat dari tingkap ?"Elhan dah sediakan jawapan tak berapa cerdas pada Aiza.Tak pandai kelentong langsung ! Hahahaha..

"huh ? gila ! katak tu takkan masuk kalau bukan kena tolong dengan orang gila !"Dua das tembakan "gila" kena pada Elhan.

Elhan hanya tergelak.

Memang plan dia pun nak kenakan Aiza..Yelah, masa balik tadi pun Aiza bawak motor macam nak pergi racing.Dihiraunya kata-kata Elhan.Mana tak sakit hatinya.Pening lalat dah Elhan waktu balik tadi.

"dasar ! kau pergi buang makhluk gemuk tu ! aku gelilah dengan makhluk kulit lembik tu.."pinta Aiza dengan riak muka yang berkerut.Sah, memang geli gila dengan makhluk bernama katak.Eukk !

"kalau saya buang dia, saya dapat apa ?"soal Elhan sambil matanya melilar memandang segenap tubuh Aiza yang hanya berkemban di hadapannya.

Aiza yang perasan, terus menyilangkan tangan pada dadanya.Giginya diketap."Dasar budak gatal !"

Elhan dah tersenyum manis.Seram ! Lagi seram dari hantu..

"Ishhh !!! cepatlah buang.. aku tak habis mandi lagi ni.."rengek Aiza.Yelah, baru je dia nak ambik botol sabun badan, tiba-tiba katak tu muncul.Mahunya dia tak menjerit.Nasib tak kena terkam.

Elhan masih tergelak sambil menapak menuju ke arah bilik air.Katak yang berada di sebelah botol sabun mandi dipegang dengan tangan.

Kemudian, dia menghulurkan pada Aiza yang berdiri tegak macam patung."eeee.. Elhan ! buanglah !"marah Aiza.

"ciumlah dia..mana tahu nanti bertukar jadi putera katak ?"

"ee..kau gila ke apa ? sekalipun dia putera katak yang hensem, aku takkan sesekali pegang dia..eukk !!"

"hahahaha.."tawa Elhan masih tak putus-putus.Dia masih galak kenakan Aiza dengan mendekatkan katak tadi pada Aiza.

Dan tanpa diduga, katak tadi terlepas dari pegangan Elhan.Huru-haralah dalam bilik tu.Aiza dah panjat katil bila katak tadi melompat ke lantai.

"Elhan !!!"jerit Aiza yang sudah berdiri atas katil.

"ehh.. sorry..sorry.."pinta Elhan lalu dengan pantas menerkam ke arah katak tadi.Dia terus campak ke bawah makhluk kulit lembut tu dari tingkap biliknya.

Aiza dah hela nafas syukur.Terlepas sudah dia dari makhluk kulit lembut tu..Eukk..betul-betul mengelikan.

"kau memang sengaja kan Han ?"ujar Aiza dengan matanya tirus memandang Elhan.Kakinya sudah turun dari tilam.

"main-main jelah..Mana lah tahu dia nak lompat pulak tadi.."balas Elhan.

"memang dia lompatlah..dia tu kan katak..urghh ! nak mandi pun tak senang !"ucap Aiza sambil menapak ke arah bilik air.

"nak teman tak ? Mana tahu ada anak dia pulak ke dalam tu ?"soal Elhan tatkala melihat Aiza dah masuk sebelah kaki dalam bilik air.

Aiza merenungnya tajam."jangan nak mengatallah budak !"

Terus sahaja dia menutup kembali pintu bilik air.Kuat.

Elhan hanya ketawa.

*****

Elhan merenung ke luar halaman perkarangan rumah milik ayah mertuanya.Dia masih teringat kejadian yang berlaku malam tadi.Rasa macam nak luruh je jantung, nasib sahaja imannya kuat.Tapi tak pastilah sampai bila boleh bertahan.Hahahaha..

* FLASH BACK *

Elhan menanggalkan baju t-shirt yang sedang dia pakai dek suhu dalam bilik Aiza terterlalu panas.Dia masih belum biasa tidur dalam bilik yang hanya ada kipas.Kalau di rumah papanya, memang wajib dia bukak air-cond.

Tapi memandangkan dia hanyalah menumpang, nak taknak kena hadap.Bajunya tadi dia letak di kepala katil.

Dia mula rebahkan diri tanpa selimut.Matanya melirik ke arah sang isteri yang masih tidur tanpa sebarang gangguan.Mungkin dia dah terbiasa tidur tanpa perlukan air-cond.

Elhan mengiring ke kiri tatkala melihat rambut panjang milik sang isteri menutupi sebahagian wajahnya.Dia menyelak rambut ke belakang telinga Aiza.Pipinya pulak dia cubit perlahan.Geram !

Sesekali wajah Aiza mengerut.Mungkin dia rasa cubitan manja dari Elhan tadi.Elhan pulak hanya tersenyum melihat wajahnya yang seakan tidak selesa.

Kemudian, telinganya menangkap suara titisan hujan.Boleh tahan jugak lebat, mungkin sebab itulah tadi terasa bahang panas.Nak hujan rupanya.

Elhan membetulkan pembaringannya menjadi straight memandang kipas syiling yang sedang berpusing di atas kepalanya.Lama dia temenung sehinggakan suhu bilik sudah beransur menjadi sejuk dek kesan dari hujan.

Barulah matanya perlahan-lahan terasa ingin tertutup.Namun tiba-tiba sahaja lengannya terasa dipeluk.Dia pandang sebelah.

Dilihatnya, Aiza sudah memeluk erat lengannya sehingga pipi montel Aiza sudah lekat di bahu Elhan yang tanpa baju.

Jantung Elhan tiba-tiba sahaja dipam laju.Mahunya tak gelabah, kedudukan Aiza terlalu dekat dengannya.Nak pulak dah halal.Memang banyak kali Elhan telan air liur.

Imannya pun dah naik turun naik melihat wajah polos sang isteri.Elhan menggambil nafas dalam-dalam.Sabar Elhan.. Sabar..

Elhan memaksa matanya untuk terus tidur.Lebih baik dia tidur sebelum perkara diluar jangkaan berlaku.Mahunya si Aiza mengamuk esok pagi nanti.

Aiza yang mula tersedar dari tidur, perlahan-lahan mula merasa pelik tatkala 'bantal golek' yang dia peluk sekarang terasa suam-suam.Aikk ? bantal pun ada suhu ke ?

Matanya masih tertutup tapi bila dia makin menguatkan pelukan, terasa pulak bunyi dengupan jantung.Aiza terus bukakan matanya.

Matanya terus terbuka luas.Gila ! Apa yang jadi semalam ?

Baru sahaja Aiza ingin menjarakkan tubuhnya dari badan Elhan yang tidak berbaju itu tapi terhalang tatkala pinggangnya dipeluk erat oleh lengan Elhan.

"lepas awak dah sedap peluk saya malam tadi,terus awak nak larilah ?"soal suara garau Elhan.Mungkin baru tersedar dari tidur.

Gulp !

Aiza dah terasa macam salur darahnya terhenti mengalir di segenap tubuh.Sejuk yang amat !

"Errr..sorry.."pinta Aiza sambil menolak perlahan dada bidang Elhan yang melekat elok dipipinya.

"nope ! awak kena bayar denda.."ujar Elhan sambil mengendurkan pelukannya.Dia meringkuk badan supaya dapat melihat wajah Aiza.

Aiza mendongak.Dia telan air liur melihat wajah Elhan yang baru bangun tidur dengan rambutnya yang berserabut jatuh ke bawah.Seriuslah, comel gila !

Melihat Aiza yang masih seperti mamai itu, terus sahaja dia memagut lembut bibir Aiza.

Aiza terkedu.Dahla tadi angau dengan wajah baru bangun tidur Elhan, ni pulak dapat morning kiss dari dia.Tak ke terkejut beruk dia ?

"okey done denda ! thanks, wifey.."ucap Elhan tatkala bibir dijauhkan.Bibirnya tak henti-henti tersenyum.

"Haaa ! temenung apa tu !"tegur satu suara yang buat lamunan Elhan terhenti.Dia pandang ke arah si penegur.

Rizwan menyandarkan belakang badan pada beranda luar rumahnya."so, amacam kau dengan kakak aku ? setakat ni okey tak ?"

"Hurmm..okey tu, okey lah..tapi aku masih dalam proses nak ambik hati dia.."beritahu Elhan.

"kakak aku tu luar je haa nampak ganas..keras kepala..tapi kalau kau pandai jinakkan dia, tak mustahil dia boleh jadi semanja kucing"

"ye ye lah tu manja..aku masih belum nampak manja dia macam mana.."

"haa..itulah kau.. orang yang terpilih je boleh dapat layanan manja dari dia.."ujar Rizwan separuh berbisik.

Elhan dah senyum senget."Hurmm..yelah tu..ni, Mana ayah ? dari tadi aku bangun, dia hilang dah.."

"dia pergi pasarlah tu..pagi-pagi kan orang baru balik laut.Ikan pun fresh-fresh.Pastu mesti dia singgah warung kalau lewat balik.Dapat secawan kopi pun jadi.."

"ouh..patutlah.."

"Han..mak panggil suruh makan.."panggil Aiza yang tiba-tiba muncul.

"hai, takkan suami tercinta je panggil makan.. adik tercinta ni taknak ajak sekali ke ?"ucap Rizwan sambil acah-acah merajuk.

Aiza buat rolling eyes.Bukan tak kenal dengan perangai adiknya.Gedik !

"tak payah nak mengedik Wan..aku sekeh jap lagi kang.."ujar Aiza sambil bercekak pinggang.Gaya dah macam mak-mak berleter kat anak pun ada.

"alaaa.. nak manja pun tak boleh.."Rizwan buat-buat suara sedih.

"tak kuasa aku nak manjakan kau..pergi suruh bini kau tu manjakan kau.."halau Aiza.

Elhan yang menjadi penonton hanya mengekek ketawa.Maaflah Rizwan..aku pun tak berani nak masuk campur.Tak pasal aku sekali kena tarik masuk dalam pergaduhan ni nanti..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience