"Assalamualaikum..Mak ? Ayah ?"laung Aiza.Sandal yang tersarung di kaki ditanggalkan tatkala kaki sudah sampai di depan rumah.
Elhan hanya geleng kepala melihat isterinya berlari anak masuk ke dalam rumah milik ibu dan bapa mertuanya.Tangannya masih ligat mengeluarkan beg bagasi kepunyaannya dan Aiza dari dalam bonet kereta.
Kemudian dia menutup semula pintu bonet lalu menarik beg bagasi masuk ke dalam rumah.
Dari kejauhan, dia sudah nampak Aiza sedang memeluk ibu mertuanya, Puan Dania.Kedua-dua pipi pun sudah dikucup mesra.
"mak sihat ? ayah mana ? senyap je.."soal Aiza.Leher dipanjangkan untuk meneroka isi rumah.Mana tahu muncul kelibat ayahnya.
"tak payah nak panjang leher sangat, Aiza.. ayah kamu tu ada dekat kebun..katanya nak tebas semak samun.Panjang katanya.."terang Puan Dania panjang lebar.
"oo.."
Kini, Elhan yang sudah berdiri di sebelah Aiza, menundukkan kepala untuk menyalami ibu mertuanya.Tangan yang sudah dimamah usia itu dikucup lembut.
"mak sihat ?"soal Elhan.
"alhamdullillah sihat..ni, kamu kenapa tak cakap nak datang sini ? kalau tahu, pagi-pagi mak dah ajak ayah kamu pergi pasar pagi..bolehlah beli banyak sikit lauk.."ucap Puan Dania.
Elhan tayang sengih sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal.
"dah-dah..pergi rehat dulu..jauh perjalanan kamu tadi kan ?"ucap Puan Dania.
"okey, mak..Han rehat dulu ye.."pinta Elhan seraya menarik beg bagasi masuk kedalam bilik Aiza.
"kamu pun Aiza..pergilah rehat dulu.."suruh Puan Dania tatkala melihat Aiza yang masih tercongok depan mata.
Aiza tayang sengih sebelum melangkah masuk ke dalam biliknya.
Sesudah Elhan meletakkan beg bagasi di tepi almari pakaian, terus sahaja kakinya menapak ke arah tilam.Terus sahaja dia rebahkan badan.
Sekejap dia baring ke kanan.Kemudian, ke kiri.Lepastu, baring menegak.Semua posisi tak kena bila belakang badannya sudah lenguh.Dahi sudah berkerut tanda tak selesa.
Aiza yang melihat wajah cemberut suaminya terus melangkah ke arah beg bagasinya.Zip bagasi dibuka lalu satu beg travel kecil dia ambil dan dibawa ke atas tilam.
Elhan yang perasan tilam disebelahnya sudah tengelam, terus membuka mata memandang sang isteri yang sudah duduk di sebelahnya.
"awak nak tido jugak ke wifey ?"soal Elhan lalu mengesotkan badannya jauh dari Aiza untuk bagi ruang Aiza baring.
"taklah..lagipun tadi kan saya dah tido dalam kereta.."jawab Aiza.Tangannya sudah membuka penutup botol minyak angin.
Elhan yang masih dalam keadaan mamai dek terlalu letih memandang lemah ke arah Aiza tatkala hidungnya tercium bau minyak angin.
"perut awak sakit ke, wifey ? baby tendang ke ?"soal Elhan bersahaja.
Aiza sudah tergelak memandang wajah Elhan yang masih mamai.Dengan muka cemberut ditambah pula dengan matanya yang hampir-hampir tertutup.Penat sangat tu..
"baby belum membesar lagi lah husband..mana boleh tendang lagi"balas Aiza lalu botol minyak angin tadi dia letak atas meja solek tepi katil.
Aiza mendekati Elhan yang sedang baring menegak dengan sebelah tangan dia letak atas dahi.Mata pun sudah tertutup rapat.
Nasiblah Elhan pakai baju kemeja, senang sikit Aiza nak tanggalkan.Satu persatu butang baju Elhan buka.
"awak nak rogol saya ke, wifey ?"soal Elhan tiba-tiba.Matanya yang tadi tertutup sudah dibuka.Bibir Elhan sudah tersenyum.
"eee..tak kuasa ehh ?"jawab Aiza.Tangannya menanggalkan baju kemeja dari badan Elhan.Elhan hanya melemahkan badan bagi memudahkan Aiza tanggalkan bajunya.Baju tadi kemudian diletakkan di kepala katil.
"pelik..biasa awak kan blushing tengok badan tough saya ni ? kan ?"perli Elhan.
"diamlah ! pusing badan cepat !"arah Aiza lalu menolak badan Elhan supaya berpusing.Elhan hanya akur.Sempat lagi dia tarik bantal lalu diletakkan di dadanya.
Tatkala Elhan sudah berada dalam keadaan meniarap, Aiza mencapai botol minyak angin lalu dituangkan sedikit pada telapak tangannya.
Kemudian, dia usap pada bahu Elhan.Dia mula mengurut kedua-dua bahu suaminya.Bukan dia tak tahu, Elhan sedang menahan sakit belakangnya dek memandu lama tadi.
"ahhh..sedapnya..pandai jugak awak mengurut ye ?"puji Elhan.
"setakat urut biasa macam ni, bolehlah sikit-sikit..sakit lagi tak bahu ?"soal Aiza.
"dah okey sikit..lepas kena sentuhan manja awak, terus sakit tu lari.."sempat lagi Elhan buat lawak bodoh.
Laju sahaja Aiza mengumpal penumbuk lalu ditumbuk pada bahu kanan Elhan.
Elhan apa lagi.Memang mengaduh sakitlah jawabnya."aduh ! sakitlah, wifey.."
"haa..tulah balasan ! saya tanya betul-betul, jawab main-main..padanlah muka !"ucap Aiza lalu mengurut kembali bahu Elhan yang dia tumbuk tadi.
Elhan sudah tergelak.
"dah..tido ! tido ! saya nak urut pun tak senang !"Bebel Aiza.
Botol yang tadi dia letak atas meja solek, dia ambil lagi.Dituangkan sedikit lalu disapu pula di bahagian belakang badan Elhan.Perlahan-lahan dia mengurut seluruh kawasan belakang suaminya.
Tak dinafikan, memang itu kali pertama dia sentuh badan suaminya untuk mengurut.Selama ni jangan haraplah.Memang kena marahlah kalau buka baju sesuka hati.Nasib saja dia sudah sayang..Kalau tidak..dalam mimpi !
Setelah beberapa minit dia mengurut badan suaminya yang sudah berminyak dek berurut, matanya pula terasa kuyu.Ini lah padahnya bila terlebih tido.Masih lagi nak tido.
Kurang tido pun tak boleh, lebih tido pun tak boleh..Apa nasib daa ? Hahahaha ...
Aiza mula rebahkan diri sebelah Elhan.Niatnya nak buat lelap mata sekejap walaupun tadi dah tido dua jam waktu dalam perjalanan balik.
Mata ditutup rapat sebelum dia sudah hanyut di dalam mimpi.
*****
"Han.. awak nak pergi mana ? Kenapa awak makin jauh ? Han ?!"jerit Aiza tatkala Elhan sudah melepaskan pegangan tangannya.Perlahan-lahan dia menapak pergi jauh dari Aiza.
"maaf Aiza..saya kena pergi sekarang..Selamat tinggal.."ucap Elhan sebelum figuranya hilang dari pandangan Aiza.
Aiza mula menitiskan air matanya lalu berlari ke arah Elhan yang mulai hilang tadi.
"Han !!! jangan tinggalkan saya.. saya tak kuat..Han !!!"jerit Aiza. Air matanya sudah mengalir deras di pipi.Aiza sudah jatuh terduduk sambil meratapi kepergiaan Elhan.
"Han ? Han ? Jangan pergi.. Han !!!"Aiza terus terjaga tatkala pipinya terasa diusap lembut oleh seseorang.Dia pandang wajah dihadapannya yang sedang membelai wajahnya.
Air mata masih mengalir laju.Nasib sahaja itu mimpi.Memang dia belum sanggup nak kehilangan Elhan.
"wifey..kenapa ni ? dari tadi awak meracau tau..risau pulak saya tengok..okey tak ?"soal Elhan.
Aiza tidak menjawab dengan kata-kata tapi dengan tangisan.
"hey,wifey ? kenapa ni ? shuu...shuu..jangan nangis sayang.."ucap Elhan seraya menarik Aiza ke dalam pelukkannya.Dahi dikucup lalu kepala di usap berulang kali.
"jangan risau.. saya selalu ada dekat awak.."pujuk Elhan bila tangis Aiza makin kuat.Dikucupnya lagi dahi Aiza,lama.
Habis baju t-shirt yang dipakai oleh Elhan dipenuhi dengan air mata Aiza.Elhan awal-awal dah bangun sebelum Aiza tadi.Siap sahaja dia mandi dan pakai baju,tiba-tiba sahaja Aiza meracau.Mana tak terkejut kawan tu..Meracau pulak panggil namanya.Double risaulah jawabnya.
Aiza mula melepaskan pelukan perlahan-lahan.Wajahnya yang tadi tersembam pada dada Elhan dia angkat lalu merenung wajah suaminya.
"Han..."panggil Aiza dengan suara serak-serak basah.
Kepala Aiza diusap perlahan."ya, wifey..kenapa ni, huh ? awak mimpi apa tadi ?"
"saya..saya mimpi awak tinggalkan saya sorang-sorang..awak..awak.."Aiza tak mampu nak sambung ayatnya.Dirinya masih lagi membayangkan Elhan yang tadi meninggalkannya.Wajahnya terus tertunduk dek menahan untuk tidak menangis lagi.
"Aiza Nur Sofiya..pandang sini.."arah Elhan sambil mengusap lembut kekura tangan Aiza.
Aiza akur.Dia angkat muka dan memandang ke arah suaminya yang sudah tersenyum.
Pipi kanan Aiza sudah disentuh lembut oleh Elhan."wifey..saya takkan tinggalkan awak..saya akan sentiasa ada dengan awak dan anak kita..ingat tu ? dah..tak mau nangis-nangis dah..tak cantiklah.."pujuk Elhan sambil mengesat sisa baki air mata pada pipi Aiza.
Aiza sudah mula tersenyum."janji ?"
Jari kelingking sudah naik keatas tanda isyarat tangan berjanji.Bibir Elhan mengukirkan senyuman sebelum jari kelingkingnya bersatu dengan jari Aiza tadi."janji !"
Terus sahaja Aiza melepaskan tangannya lalu memeluk Elhan dengan erat.Seakan taknak lepas."jangan tinggalkan saya, Han..saya tak kuat.."
Belakangan badan Aiza sudah diusap lembut.Elhan sudah tersenyum dengan tindakan drastik Aiza.Yelah, Aiza tu bukan senang nak mulakan sesuatu yang 'sweet-sweet' ni.Selalunya Elhan yang mulakan.. Jadi sedikit janggal bila Aiza berbuat demikian.Mungkin asbab pembawakan bayi mungkin ?
"tak..saya takkan tinggalkan awak.."jawab Elhan bagi menenangakan hati Aiza.
Share this novel