Aiza berdengus kasar.Matanya langsung tak memandang ke arah figura yang berada di hadapannya ketika ini.Rimas !
Pertemuan yang tak terduga terjadi.Padahal niatnya cuma ingin me time sendirian di cafe namun boleh pulak berjumpa dengan si Iqbal.Nasib saja coffee yang dipesan baru sampai, kalau tidak..sudah lama dia chaw dari situ.Semak je rasa !
"I'm sorry Aiza..Tapi please..bagi I masa untuk settle kan masalah I dengan wife I..I sayang You, Aiza.."pinta Iqbal dengan nada yang kasihan.
"I..I tak boleh nak bangkang apa yang mummy I cakap..You tahu kan, hanya I je satu-satunya anak dia..I taknak jadi anak derhaka.."tambahnya lagi.
Aiza senyum senget."dahla Iqbal..kau masih berharap ke aku nak dekat kau balik ? tskk ! jangan pernah berharap sebab aku dah buang nama kau jauh-jauh..jadi, baik kau berambus je dari pandangan aku..Aku benci kau !"bentak Aiza sambil merenung tajam wajah lelaki yang pernah dia cintai setulus hati dahulu.
Tanpa sedar, orang yang pernah dia cintai, khianati cinta dan memperbodohkan dia hidup-hidup.So, perlu ke aku untuk percaya lelaki lagi ? Of course takkan ! cukuplah sekali.. Hanya kerana cinta, aku jadi buta dan bodoh !
"Aiza..I still sayangkan You..please, jangan buat I macam ni..bagi I masa untuk perbaiki semula..please, Aiza..I merayu dekat You.."rayu Iqbal.
Nafas Aiza ditahan dalam-dalam.Keluhan berat dilepaskan.Air mata yang ingin menitis jugak ditahan.Tak mahu dia menangis depan lelaki tak guna seperti Iqbal.Cukup Elhan sahaja yang selalu nampak sisi lemahnya.
ELHAN..
Ya.Satu nama yang mungkin boleh buat Iqbal berputus asa dengannya.Tanpa berfikir panjang, terus je Aiza melantunkan kata-kata yang jauh sekali pernah ada difikirannya.
"Aku bakal berkahwin..Jadi, baik kau lupakan semua tentang aku.."
"You jangan nak menipu dengan I..tak semudah tu You boleh cintakan lelaki..I kenal You macam mana Aiza.."
"kenal ? tak..kau takkan boleh kenal aku lagi dah, Iqbal ! Aiza yang dulu kau kenal dah mati rasa dekat kau ! kau, faham ?!"bentak Aiza.Muka Aiza sudah berubah menjadi bengis.
"tak..tak mungkin..You sengaja nak I mengelak dari You kan ? I tahu You masih cintakan I..jangan tipu perasan You, Aiza.."Iqbal masih lagi tidak mahu mengalah.
"tskk ! kalau kau tak percaya, kau tanya boss kau !"lancar sahaja mulutnya berkata-kata tanpa berfikir jauh.
"boss ? apa kena mengena boss I dengan kita ?"soal Iqbal, blur.Dia masih tak faham.Elhan ada apa-apa hubungan ke dengan Aiza ? Tak mungkin..
Aiza tersenyum seperti joker."Aku dengan Elhan rancang nak berkahwin dalam masa yang terdekat..Dan yes, hati aku dah berpindah pada Elhan..bakal suami aku.. bukan lagi pada kau !"beritahu Aiza jelas dan padat walhal jantungnya sudah bergedup laju seperti berlari marathon.Tangannya pula digengam kuat dek sudah sejuk beku.
Melopong mulut Iqbal yang mendengar ucapan dari Aiza.Kepala digeleng banyak kali."tak..tak mungkin secepat itu You.."
"terserah kau nak percaya atau tak..tapi itu kenyataan..Aku tak buat cerita..lagipun kau boleh direct dengan Elhan kalau nak kepastian.."ucap Aiza walaupun hati dan fikirannya sama-sama tak sehaluan.
Riak muka Iqbal berubah 100%.Bibirnya digigit tanda tidak berpuas hati dengan ucapan dari mulut Aiza.Dia bangun kemudian berlalu pergi dari meja tempat Aiza duduk.
Setelah Iqbal hilang dari pandangan mata, Aiza mengeluarkan nafas berat.Air matanya mengalir deras di pipi.Dia gigit bibirnya sambil mengesat kasar air matanya yang jatuh banyak kali.
Sungguh dia tak kuat !
Kemudian, tangannya menyeluk tas tangannya lalu mengeluarkan telefon pintarnya.Nombor Elhan Annoying dicari lalu ditekan punat call.
Skrin telefon dilekatkan pada telinga yang ditutup oleh tudung bawal yang dipakainya.Bunyi sot set sot set dek menangis masih jelas kedengaran.
"Han.."panggil Aiza dengan suara yang garau dek menangis tadi.
"are you okey, Aiza ?"soal suara yang berada di hujung talian.
"aku tak okey..aku nak jumpa kau sekarang Elhan.."beritahu Aiza dengan suara yang masih sot set.
"aa..okey..okey..saya on the way jumpa awak..awak send location.."balas Elhan.
"okey.."ucap Aiza sebelum mematikan talian telefon.Dia mula menghantar alamat cafe kepada Elhan melalui chat Whatsapp.
*****
Elhan yang baru sahaja sampai ke destinasi yang diberi oleh Aiza, terus sahaja berlari ke arah meja yang menempatkan Aiza.Mejanya berada di hujung dan di tepi dinding kaca luar.
Dari jauh terlihat Aiza yang hanya temenung ke luar dinding kaca.Dia segera menapak ke arah Aiza.Kerusi di hadapan Aiza ditarik lalu duduk.
"Awak ada cedera apa-apa ke Aiza ?"soal Elhan, cemas.Matanya melilau memandang segenap tubuh Aiza tapi langsung tiada kesan cedera atau luka.
Memang takdelah wahai Han si annoying oii..Sebab yang luka tu hati..Memang takkan boleh nampak dengan mata kasar..
Aiza yang tadi membuang pandangan keluar kedai sudah beralih ke arah Elhan yang sedang berwajah cemas di hadapannya."Han, kita kahwin"
Suara Aiza yang tiada nada itu buatkan Elhan terpaku.Matanya tak berkedip tengok tatapan kosong dari Aiza.
Kahwin ? Aiza ajak aku kahwin ? Aku tak mimpi kan ? ke aku je yang berkhayal sorang ni ?
"sorry..aku buat keputusan terburu-buru..aku.."belum sempat Aiza melanjutkan kata-katanya, Elhan mencelah.
"awak serius Aiza ? awak tak menyesal ?"soal Elhan yang sudah kembali ke dunia nyata.
Aiza diam seribu bahasa.Bibirnya terkunci rapat.Entahlah betul atau tidak dengan rancangannya.Langsung tak pernah dia fikirkan sebelum ini.Tiba-tiba sahaja mulutnya lancar berkata-kata.
"Awak buat ni sebab taknak Iqbal ganggu awak ke ?"soal Elhan,tiba-tiba.
PAKKK !
Bagai satu tamparan yang kuat di pipi Aiza ketika ini.Ya, memang itu sebab utama Aiza buat keputusan ini.
Matanya mereka berdua saling bertatapan.Lama.
Kemudian, Elhan mengeluh perlahan."Aiza..baik awak fikir semula..Kalau awak jadi isteri saya, takkan sekali saya lepaskan awak.."beritahu Elhan, jujur.
Hanya orang gila jelah yang akan lepaskan 'crush' kalau dah sah jadi hak milik.Memang Elhan ikat ketat-ketat Aiza dihatinya.
Lama Aiza berfikir lalu dia merenung sepasang mata coklat milik Elhan."aku dah habis fikir..Kita kahwin..kalau boleh secepatnya.."
"you will not regret, huh ? saya tak jamin kalau awak boleh lepaskan diri dari saya nanti.."ujar Elhan.
Aiza telan air liur.Muka Elhan sekarang betul-betul serius.Tiada langsung riak senda gurauan dari wajahnya.
Dengan kentalnya, Aiza menjawab"aku takkan pernah menyesal dengan apa yang aku buat.."
"okey, then..jom settlekan hal nikah kita.."ucap Elhan.Dia sudah bangun dari duduk.
"huh ?"soal Aiza,blur.
"awak nak kita kahwin cepat kan ? so, let's go made it !"ucap Elhan sambil tersenyum.
Aiza dah terkebil-kebil.
Share this novel