Aiza merebahkan tubuhnya di atas tilam bersaiz king yang gebu gebas setelah penat mengemas barang-barangnya sebentar tadi.
Rambutnya yang tadi disimpul, dia lepaskan bagi memudahkan untuk baring.
"Ahhh ! leganya dapat baring.."Bebel Aiza, sendirian.Matanya tertutup dan bibirnya tersenyum.
Elhan yang masih mengemas almari bajunya, hanya melirik ke arah sang isteri yang terbaring.Bibirnya tersenyum.
"Aiza..Aiza..bahagia betul dapat baring.."monolognya sendirian sambil mengelengkan kepala.
"Han..aku nak tido jap.."beritahu Aiza tanpa memandang ke arah Elhan.
"okey, wifey..nanti saya bangunkan awak dengan kasih sayang ye ?"usik Elhan sambil ketawa.
"apa-apalah.. nak tido..jangan kacau aku.."Aiza malas nak melayan.Baik dia tidur je.Mata dia pun dah berat sangat nak buka.Selang satu
minit, Aiza dah hilang dari dunia nyata.Terus ke alam mimpi.
Setelah 20 minit menyusun baju yang bergantung dalam almari, Elhan beralih ke meja solek.Bibirnya dah tersenyum.
Semua barang peribadi miliknya dan Aiza serta barang make up sudah disusun elok di dalam bekas yang bergambar teddy bear.Barang peribadi Elhan diletakkan di dalam bekas gambar teddy bear warna biru laut manakala Aiza punya warna unggu.
"Aiza ni.. sejak bila dia susun barang-barang aku dekat sini ? Dengan gambar teddy bearnya..muka je ketat 24 jam tapi still ada perangai budak-budak.."Bebel Elhan sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.
Elhan yang merasa badannya sudah berlengas dengan peluh, terus sahaja mencapai tuala lalu menapak kearah bilik mandi.Bagi segar sikit badan.
Sudahlah lima jam dia berada atas jalanraya lepastu ditambah pula dengan dua jam mengemas rumah.Mahu tak berlengas badan.
Berlengas tu maksudnya berpeluh.Tak pastilah bahasa negeri mana tapi Jua memang selalu pakai perkataan tu.. kitonya asal Pantai Timur.. Hahahaha..
Setelah siap membersihkan badan, Elhan menapak keluar dari bilik mandi dengan hanya bertuala.Rambutnya yang basah dibiarkan jatuh kebawah.
Kakinya kemudian menapak menuju ke arah katil.Dia melabuhkan punggung tepi birai katil sambil memandang wajah polos Aiza yang sedang beradu.Comel.Takde langsung wajah ketat seperti biasa.
Jari-jemarinya gatal betul nak sentuh rambut panjang milik sang isteri.Hitam berkilat rambutnya.
Kemudian, jarinya jatuh pada kening, hidung dan terakhir pada bibir si dia yang sudah dioles dengan lip tint dan sedikit lips matte berwarna nude.Makin terserlah anggun bibirnya.
Namun terus sahaja, tangan Aiza menolak laju tangan Elhan yang mengacaunya tidur.Walaupun mata masih tertutup, kening Aiza yang sudah berkerut menandakan dia tak selesa.
Elhan hanya ketawa kecil."saya akan jaga awak sampai akhir hayat saya, Aiza..awak tolong bukakan hati awak untuk saya masuk ye ? bagi saya peluang untuk bahagiakan awak.."ucap Elhan sambil merenung wajah Aiza yang nyenyak tidur.
*****
"Han, kau nak makan apa esok ?"soal Aiza sambil memandang Elhan yang sedang menolak troli supermarket disebelahnya.
"wifey nak masak untuk breakfast esok ke ?"Elhan bukan menjawab soalan tapi dia pula bertanya soalan pada Aiza.Tidak menepati kehendak soalan betullah si Elhan ni..
"iya..sebab tulah aku tanya.. bertuah betul budak ni.."Bebel Aiza.
Elhan dah tersengih macam kerang busuk."wifey masakkan nasi lemak sambal paru boleh ?"
"suka sangat panggil wifey.. rasa janggal lah, Han.."
"halah..lama-lama nanti wifey okeylah.. so, boleh tak ni masakkan nasi lemak ?"soal Elhan.
Aiza hanya menjeling ke arah suaminya."Hurmm..boleh je.."
Elhan dah senyum sampai nampak dimples dia.Suka sangat dia bila dapat makanan kegemarannya plus dimasak oleh isteri tercinta.Bahagia yang tak terkata.
"pastu kan..wifey masak lebih sikit ye.."beritahu Elhan.
"kenapa pulak ?"
"nak bawak bekal..sebab nak repeat makan time lunch esok.."
"pulak dah..yelah.."
"thanks wifey.."ucap Elhan sambil tersengih.
Aiza pulak hanya pasang muka tanpa riak di wajah.Padahal, kalau tenung Elhan lama-lama, dia boleh mengeletar jugak.Tapi kena kawal..Kena acah-acah beku.Macam tu..Hahahaa..
Satu persatu barang keperluan Aiza capai dan dimasukkan ke dalam troli.Elhan hanya memandang.
Yelah..nak harapkan Elhan ? Lambert lagi..Budak tu pun bukan pandai nak beli barang dapur.Dia tahu makan je haa..Orang kaya katakan..Dia pulak asyik dimanja dengan Mak Som, lagilah.Apa yang dia nak makan, semua ditunaikan oleh orang gajinya yang sudah dianggap sebagai ibunya sendiri.
Namun tiba-tiba sahaja terdengar sapaan dari seseorang.
"Abang Han.."panggil seorang gadis yang sudah sampai di hadapan Aiza dan Elhan.
"eh.. Kaseh.." balas Elhan sambil tersenyum.
Gadis yang bernama Kaseh tadi sudah tersenyum ke arah Elhan."Wow..makin hensem ehh Abang sekarang ?"
"takde lah Kaseh..Masih maintain macam dulu lah..Ni, Kaseh ni..manis je nampak.."
Kaseh sudah tersipu malu apabila dipuji sedemikian rupa oleh Elhan.
"ni siapa pulak minah ni ? Siap panggil laki aku Abang bagai..kata tak kenal mana-mana perempuan..tipu aku ke apa budak ni ?"monolog Aiza.
"ni ke.."belum sempat Kaseh bertanya, Elhan sudah mencelah.
"ouh ye..lupa nak kenalkan..Ni lah wifey Abang Han, Kak Aiza..Cantik kan ?"soal Elhan sambil memeluk lengan Aiza secara tiba-tiba.
"Wah..Cantik..sama padan dengan Abang Han..sorry tau Kaseh tak dapat nak datang wedding Abang Han baru ni.Kaseh ada final exam..memang tak boleh nak skip.."beritahu Kaseh.
"it's okey Kaseh..Pak Long dah inform dah awal-awal haritu.."
"hehehe..ni, Kaseh nak cepat ni..mama pesan beli barang..Semalam papa salah beli barang..mama suruh beli halia, papa pergi bantainya beli lengkuas.mana lah mama tak mengamuk.."
"ouh..hahahaha..Pak Long memang selalu macam tu.memang kena bebel lah jawabnya"
"okeylah..Kaseh mintak diri dulu..Bye Kak Aiza dengan Abang Han.."ucap Kaseh sebelum dia berlalu pergi.Sempat juga dia melambaikan tangan ke arah mereka berdua.
Elhan membalas lambaian sambil tersenyum.
"siapa dia tu ? siap ber-abang abang bagai.."ucap Aiza tapi perlahan sahaja ayat dibelakangnya.
Elhan yang berada disebelah dah melirik sambil tersenyum sumbing."wifey..."panggil Elhan mendayu.
Aiza pandang Elhan yang memanggilnya."apa ?"suara Aiza sudah berton sedikit kasar.
"wifey jealous ehh ?"soal Elhan.Matanya dikecilkan memandang Aiza.
"eukkk..tak kuasa nak jealous..ni, apa ni pegang-pegang ni.. tepi ! rimas !"Aiza mula tukar topik.Tangannya sudah menolak laju tangan Elhan yang masih lagi memeluk lengannya.
Elhan sudah melonggarkan pengangan lengan Aiza"ouh.. sorry..tak perasan..tindakan drastik tadi.."beritahu Elhan sambil garu kepalanya yang tak gatal.
Aiza hanya menjeling tajam.
"still merajuk ke, wifey ?"soal Elhan.
"bila masa aku merajuk ?"
Elhan sudah tergelak memandang wajah Aiza."kalau jealous, bagitahu je.. okey wifey.. yang tadi tu sepupu saya lah..Kaseh Aurora namanya..Dia anak Pak Long saya..tak perlu pun awak jealous, wifey.. dia tu tengah belajar lagi..takde maknanya saya nak curang ke apa ke dengan awak..dekat mata saya, awak sorang je yang bersinar bak rembulan"
Tanpa sedar, Aiza tersenyum sedikit.Tapi cepat-cepat dia cover semula dengan wajah bekunya.
"ehh.. ada senyumlah tadi..So, wifey tak merajuk dah ?"soal Elhan.
"ishh.. sudahlah.. dah pukul berapa dah ni..jap lagi kedai nak tutup..banyak lagi nak kena beli ni.."Aiza sudah berlalu pergi ke arah tempat rempah ratus.
Elhan hanya tersenyum sambil menolak troli mengikuti Aiza.
Share this novel