"Amboi.. makin bahagia je Pak Long tgok kamu ni Elhan ?"tegur satu suara yang menyentakkan Elhan dari sesi makannya bersama 'crush'.
Kepala didonggakkan ke arah suara penegur.Bibirnya tersenyum."Kacau line betullah Pak Long ni.."balas Elhan malu-malu.
Aiza hanya tersenyum nipis.Suapan demi suapan di suakan dalam mulut.
"bila nak ke arah serius ? Mana tahu nanti bolehlah Pak Long merasa nasi minyak kamu.."ucap Datuk Ghani.
Aiza yang ralit makan tiba-tiba tersedak.Cepat-cepat dia tumbuk perlahan dadanya banyak kali kemudian mencapai segelas air.Dia meneguk air dengan rakus.
"Aiza..awak okey tak ni ?"soal Elhan, cemas.
"aku okey.."balas Aiza sambil menganggukkan kepala.Mukanya masih berkerut dek sakit tersedak tadi.
"Tuan ?!"panggil seorang staff hotel lelaki sambil menerpa ke arah Datuk Ghani.
"tetamu VIP dah sampai Tuan.."beritahu staff tadi.
"ouh..okey.."jawab Datuk Ghani.
"Elhan..cik buah hati Elhan, Pak Long mintak diri dulu ye.. ada tetamu nak kena serve.."
"jaga-jaga dengan Elhan ye.. dalam diam, dia berbahaya ye.."pesan Datuk Ghani dalam nada berbisik pada Aiza.
Mata Aiza membulat.
Datuk Ghani hanya tergelak kecil melihat reaksi Aiza.
Elhan berkerut dahi."Pak Long ngumpat apa dekat Aiza haa ?"
Datuk Ghani mencebik sambil angkat bahu.Kemudian dia ketawa kecil dan berlaku pergi.
"apa yang Pak Long cakap dekat awak ? haih..orang tua tu.. Bab mengenat memang nombor satu.."Bebel Elhan.Bukan dia tak tahu..Mesti ada je dia nak mengenat orang.
"tak..takde apa-apa.."jawab Aiza lalu menyuapkan lagi makanan ke dalam mulutnya.
"Jangan ambik hati ye..Pak Long memang macam tu.. Ada je idea dia nak mengenat orang.."beritahu Elhan.
Aiza hanya diam.Tangannya sejuk.Bahaya ? boleh jadi jugak.. biasa orang yang nampak senyap-senyap ni.. ada agenda tersembunyi..Eee..Tak sanggup aku nak kahwin dengan budak ni.. Tak terbayang kalau aku kahwin dengan dia..Dahla muda.. tapi dari segi rupa..boleh tahanlah jugak..
Hoi Aiza ! Sedar ! Sedar ! Jangan melalut !
Elhan pelik tengok Aiza yang tiba-tiba mengejamkan mata sambil geleng kepala banyak kali."Aiza..awak..okey ke ?"soal Elhan pelik.
Terus Aiza kembali ke dunia nyata.Matanya tertacap pada wajah Elhan yang kebingungan."huh ?"
"kenapa awak geleng-geleng kepala tadi ? migrain ke ?"
"errr..takde apa.."
Elhan tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya.
Han..jangan pandang aku macam tu..Senyuman kau boleh bekukan pergerakan aku, kau tahu tak ? Jantung aku pun dah tak boleh nak bergedup stabil tengok senyuman kau..
"Hurmm..Aiza, kejap lagi kita pergi funfair nak tak ?"soal Elhan dengan nada gembira.Seumpama macam budak-budak yang teruja.
"nak buat apa ?"soalan dibalas dengan soalan.
"Kita pergi mainlah cik Aiza hoi..ke kita nak naik roda ferris ?"
"err..taknaklah..aku gayatlah Han..Nanti tak pasal aku pitam kat situ.."tolak Aiza.Kalau tingkat satu pun aku dah rasa pusing-pusung mata, tak mustahil naik roda ferris tu aku boleh pitam terus.
"halah.. tak tinggi pun lah..jomlah..lagipun harini diaorang ada buat pertunjukkan bunga api tau.. sebab fun fair tu baru bukak.."
"taknak lah Han..aku ni dahla darah rendah jugak..apa kata kita masuk rumah hantu..lagipun aku dulu tak sempat nak merasa pergi situ sebab nanti tak pasal-pasal si budak Wan tu nak ikut..Mak aku tak bagi Wan masuk time tu..yelah..si Wan tu masih lagi bocah kan ?"
Elhan telan air liur kesat.Alamak ! Rumah hantu ? Aku dahlah fobia time sekolah dulu..Tapi kalau aku tolak..lambat lagi nak dapat peluang keluar dengan Aiza..
"aa..boleh..boleh..kejap lagi kita masuk rumah hantu.."ujar Elhan tergagap-gagap.
******
Suasana dalam rumah hantu tak perlu diceritakan.Memang vibes dia seram giler..Dengan cahaya merah samar-samar.Rasa menyesal pun ada ni..
Elhan dah banyak kali telan kesat air liur.Nak patah balik dah tak guna..Apa yang boleh buat ialah teruskan sahajalah..
Elhan hanya menyorok di belakang Aiza.Dari sejak mula-mula masuk sampailah sekarang.Mujur sahaja hantu masih belum muncul.Kalau tak..Hurmm..
"huarghhhh !!! ahhhhhh !!! ahhhh !!!"
Tak sempat nak cakap, Elhan dah keluarkan suara jantan dia dah.Hahahaha..
Aiza yang berada di hadapan hanya tertawa halus."Ya Allah budak ni.. penakut rupanya.."
Macam mana tak takut ? Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja muncul patung pocong yang terikat terbalik dari atas di tepi Elhan.Mahu tak tercabut anak tekak dia menjerit.
Elhan menarik-narik lengan baju Aiza kemudian makin mendekatinya."Aiza..jalanlah cepat sikit.. nak keluar...tak sanggup dah.."rengek Elhan serupa budak kecik.
"itu patung jelah Han..apa nak takut ?"jawab Aiza sambil berjalan pada kelajuan biasa.
"patung pun seramlah Aiza.. kalau tiba-tiba muncul.. ahhhhhh !!! ahhhhh !"Elhan menjerit lagi tatkala muncul pulak rambut panjang yang berbaju putih dihadapannya secara tiba-tiba.
Aiza pulak hanya steady.Bibirnya terukir senyuman dalam diam."tulah..nak sangat kan ajak aku.. sekali..padan muka !"
Setelah 10 minit masa berlalu, barulah Elhan bersama Aiza menjumpai jalan keluar.Aiza masih dalam keadaan yang stabil cuma Elhan jelah.. Keadaan dia dah 50-50.Muka pun dah pucat lesi.Bertabahlah nak..
"sumpah ! ni last saya masuk rumah hantu.."ucap Elhan yang masih tercungap-cungap.
Aiza ketawa kecil."hahaha..takleh blah kau ni.. badan je tough tapi takut hantu.."
Dengar sahaja Aiza ketawa, terus sahaja Elhan menatap lama wajah Aiza.Ya, bukan senang nak tengok Aiza gelak sakan.Tanpa sedar, bibirnya sudah tersenyum melihat wajah Aiza yang sedang ketawa ikhlas.Manis !
"lawak doe kau ni.. tak padan dengan umur tapi penakut kalah budak-budak !"perli Aiza sambil tersenyum sampai-sampai matanya menjadi sepet dek terlalu geli hati.
KLIKKK !!
Suara tangkapan gambar mengejutkan Aiza sampai-sampai senyumannya mati.Automatik muka menyinga Aiza keluar.
"Han !!!!"jerit Aiza.
Elhan tersenyum sambil melihat gambar yang barusan dia ambil curi-curi mengunakan telefonnya.
"Padam balik gambar tu Han !!! bak sini !"marah Aiza lalu cuba merebut telefon milik Elhan.
Pantas Elhan mengangkat tinggi tangannya supaya Aiza tak dapat capai."nope !"
Aiza tak mengalah.Dia masih mencuba sampai melompat-lompat demi dapatkan telefon Elhan."Han.. bagi aku.."
Elhan mendekatkan wajahnya dengan Aiza sambil tersenyum manis.
Aiza terhenti dari melompat.Kakinya ke belakang dek Elhan yang semakin mendekati dirinya.Aiza telan air liur.Matanya tak mampu nak balas pandangan mata Elhan.Takut cair.
PLUBBB !!! PLUBBB !!! PLUBBB !!!
Kedengaran letupan dari bunga api yang terbakar di awan.Aiza dan Elhan masing-masing melihat ke arah pemandangan bunga api yang terhias di kaki langit.Cantik !
Share this novel