Mulut Aiza sudah terlopong melihat pemandangan di sekelingnya setelah Elhan membuka penutup mata yang dari tadi berada di matanya.
"mulut tu wifey.. masuk lalat nanti kang.."tegur Elhan.
Laju Aiza menutup semula mulutnya."Han..seriuslah ?"
Aiza seakan tidak percaya dengan apa yang dia nampak depan mata.Teruja dia bila perkara pertama yang dia nampak ialah private pool yang betul-betul ada depan bilik tidur.Hanya buka sliding door, terus boleh lompat masuk dalam kolam tu.
Elhan sudah tersenyum melihat wajah Aiza yang terpancar muka bahagia.Yelah, kalau ada kolam macam ni, tak perlulah dia pakai tudung setiap masa.Aurat pun terjaga.
"Han..saya nak terjun boleh ?"soal Aiza dengan mata yang bersinar-sinar.Macam budak kecil yang inginkan sesuatu dari si orang tuanya.
Elhan sudah ketawa kecil."boleh wifey..pergilah.."
Aiza sudah tersenyum bahagia.Laju kakinya menapak ke arah pintu sliding door lalu dibukanya.Kemudian, terus sahaja dia terjun ke dalam kolam.
"Han.. jomlah join !"panggil Aiza sambil melambai tangan ke arah Elhan.
Elhan tersenyum.Kaki mula diatur ke arah Aiza yang sudah berendam dalam kolam di hadapannya.
"suka ?"soal Elhan tatkala dia sudah berlabuh punggung di tepi kolam manakala kedua kakinya berendam dalam kolam.
"mestilah suka ! wah ! seronoknya.."ucap Aiza sebelum dia mula mengapungkan badan di dalam air.Dah macam orang terdampar atas laut.Dengan kedua-dua tangannya dia depakan.
Elhan sudah tersenyum melihat gelagat Aiza.Nampak sangat Aiza betul-betul menikmati suasana di kolam dengan tenang.
Tangan Elhan gatal pergi kacau Aiza yang sedang 'healing' dengan memercikkan air kolam pada muka Aiza.
"Han !!!"rengek Aiza.
Elhan hanya ketawa.Tangannya masih memercik air kolam.
Aiza mula mematikan mood 'healing'.Dia berenang ke arah Elhan yang masih ketawa.
Lengan Elhan ditarik laju oleh Aiza.Terus sahaja Elhan masuk ke dalam kolam.Sampai-sampai terpercik habis air keluar dari kolam.
"ouhh..main kasar ehh ?"ucap Elhan.Mata Elhan yang sudah dikecilkan memandang wajah sang isteri.
Aiza tayang sengih."padan muka ! bwerkkk !"
Aiza sudah jelirkan lidah dengan anak matanya dipandang ke atas.Erkkk ! Seram pun ada tengok ! Hahaha..
"oooo..nak main ehh ? sini, awak wifey !!!"jerit Elhan lalu mengejar Aiza yang sudah berenang jauh dari Elhan.
Sekejap ke kiri.Sekejap ke kanan.Lepastu sampai berpusing-pusing Elhan kejar.Last sekali baru dapat Aiza.Terus Elhan peluk erat dari belakang badan Azia.Taknak bagi dia lari.
Aiza sudah terjerit kecil.Kemudian dia dengan Elhan sama-sama ketawa.
"dapat pun wifey.. boleh tahan lincah ehh ?"ucap Elhan lalu melonggarkan pelukan.Dia memalingkan badan Aiza untuk menghadapnya.
Aiza hanya ketawa.
"Eh ! wifey.. ada kataklah kat situ.."tipu Elhan.Tangan sudah menghala ke arah tepi pasu yang berada di hujung kolam renang.
"hahh ? Mana ? Mana ?"Aiza yang sudah gelabah memandang ke arah tempat Elhan tunjukkan.Yelah, takut jugak..Kang tiber masuk dalam kolam.Memang tak dapat dibayangkan !
"takde pun.."ucap Aiza tatkala matanya tak nampak pulak makhluk lembik tu.Dia berpaling ke arah Elhan yang berada dibelakangnya.
Namun, tak semena-mena pipi Aiza dikucup laju.Terkedu Aiza.
"Denda sebab letih kejar awak tadi.."ucap Elhan sambil tersengih.
Aiza apa lagi ? memang bagi jelingan maut."laju je kan cari peluang ?"
"of course wifey.. peluang depan mata.. jangan disia-siakan..nanti rugi.."ucap Elhan.Bibir masih tersengih macam kerang busuk.
"eee..gedik !"
"Wifey..alang-alang tu kan..jap lagi kita sambung mandi dalam tub mandi ehh ? boleh sweet-sweet.lagi privasi.."Elhan gigit bibir sambil mengangkat kedua-dua belah keningnya banyak kali.
"aummm !"Elhan sudah buat gaya-gaya nak terkam Aiza.Sekali dengan tangan yang seumpama nak mencakar mangsanya.
"eee..seram !"ucap Aiza sambil memeluk tubuh.
"eleh..yang 'seram' ni lah yang mampu buat awak tergoda sampai terhanyut..betul tak ? huh ?"Elhan merenung ke arah wajah sang isteri yang sudah naik memerah.Malu punya pasal !
"Hannn !!!"sekali lagi Aiza mula merengek.
Elhan pula sudah meletus ketawa melihat wajah malu Aiza.Comel je..
*****
Sedang asyik Aiza menyapu jem kacang dan strawberi pada roti bakar kosong, tiba-tiba sahaja ada tangan yang berlingkar pada pinggangnya.
Aiza sudah tersenyum.Elhan ni memang.Nak berkepit je memanjang.Gedik !
"lapar.."rengek Elhan, manja.
"haa..nah, makan !"ucap Aiza lalu menghulur roti bakar yang sudah siap tadi ke arah Elhan yang sedang melabuhkan dagunya atas bahu kiri Aiza.
"Hurmm..taknak rotilah wifey.."tolak Elhan dengan nada manja.
Aiza terus masukkan satu suapan roti di dalam mulutnya.Taknak sudah ! baik aku ngapp !
"dah tu, nak apa ? kata lapar..ke nak makan maggi cup ?"soal Aiza sambil mengunyah roti.
Tiba-tiba sahaja Aiza rasa badannya seperti di awangan.Terkebil-kebil Aiza tatkala dirinya diangkat dan diletakkan di atas kabinet tepi singki.Elhan yang berdiri dihadapannya dah tersengih.
Kabinet tepi singki tu bukan tinggi mana pun..paras pinggang Elhan je.
Tangan Aiza yang memegang separuh roti bakar tadi dipegang oleh Elhan lalu disuakan pada mulut Aiza.
"saya boleh makan sendirilah, husband.."ucap Aiza dengan muka yang tak puas hati.Memandai je angkat dia lepastu letak atas kabinet.Takde kerjaan sungguh !
"nganga mulut cepat.."suruh Elhan.
Aiza hanya akur.Mulut dibuka kecil. Setelah roti yang tinggal separuh tadi masuk di dalam mulut, terus sahaja Elhan mendekati muka Aiza.Roti yang sedang digigit Aiza, dia gigit sekali.
Elhan tayang sengih lalu mengunyah perlahan suku dari roti Aiza.
Aiza pulak dah terkedu.Roti yang masuk ke dalam mulutnya tak mampu dia gigit.Terus bibirnya jadi kaku.
"awak nak saya habiskan terus ke roti dekat bibir awak tu ? boleh je kalau nak.."ucap Elhan.Wajahnya dia dekatkan dengan Aiza.
Aiza apa lagi.Terus bibir dia kembali normal.Cepat-cepat dia gigit lebihan roti tadi dan kunyah laju.Takut punya pasal ! Dasar Elhan !
Elhan sudah tergelak besar melihat muka cuak Aiza.Comel !
"ishhh ! dahla tepi ! nak turun.."suruh Aiza lalu menolak lengan Elhan yang berada di hadapannya.
Terus sahaja Aiza lompat ke bawah.Nasib lah tak tinggi mana.
Namun tak sampai satu minit, badannya berada di awangan lagi sekali.Kali ni kena dukung dengan Elhan.
Mata Elhan dan Aiza bersatu.Elhan seperti biasa.Tayang sengih.Aiza pulak dah buat muka cemberut.
"I'm very hungry with you..aumm !"ucap Elhan lalu mendekatkan wajahnya dengan Aiza.Terjerit kecil lah Aiza dibuatnya.
Elhan sudah ketawa.Dia mula melangkahkan kaki ke arah katil mereka.Badan Aiza dia baringkan atas katil.
Dan seterusnya..Lampu bilik ditutup.Hanya cahaya samar-samar yang menerangi bilik mereka berdua.
Share this novel