38

Romance Series 10968

Setelah habis tiga hari dua malam Elhan dan Aiza pergi bercuti, kini mereka pulang ke rumah.

Elhan menolak masuk beg bagasi manakala Aiza pula sudah awal-awal terdampar atas tilam empuk.Siap berguling-guling lagi.

"penatnya..."rintih Aiza sambil terdampar atas tilam dengan kedua-dua tangannya didepakan.

Elhan yang berdiri di sebelah almari pakaian hanya mengelengkan kepala."haih..dia pulak yang terlebih penat ? padahal dari tadi asyik tidur je dalam kereta.."kutuk Elhan.

Aiza hanya menghantar jelingan maut pada Elhan.

Elhan sudah tergelak kecil.Haih..Memang Aiza dengan jelingan maut dia tak boleh dipisahkan.Fullstop ! Hahahaha..

Kaki Elhan sudah menapak perlahan ke arah Aiza yang sedang baring.Dia ikut sama baring di sebelah Aiza.

Laju saja tangan yang Aiza depakan tadi dia tarik semula.Elhan tu bukan boleh dipercayai.Panjang akal ! Kang tak pasal lengannya jadi bantal kepala dia.

Namun seperti yang Aiza jangkakan.Walaupun Aiza dah tarik tangannya tadi, Elhan menarik lembut tangannya lalu lengan Aiza dibuat bantal.

Kedua-dua kening Aiza sudah mengerut.Elhan ni memang ! Pantang je bila nampak peluang..

Elhan hanya tersengih memandang Aiza yang betul-betul rapat dengan wajahnya.Hidung Aiza dicuit manja.

Makin bertambah mengerutlah kening Aiza.

Elhan hanya ketawa kecil.Kini, pinggang ramping Aiza dipeluk rapat sampai-sampai wajahnya tersembam pada dada Aiza.

Terdengar jelas bunyi dengupan jantung Aiza.Laju seakan selepas berlari marathon.Elhan simpan senyum dalam diam.

"Han.."panggil Aiza.Sungguh, dia rasa macam nak luruh jantung sekarang ni.

"ishhh ! Han..."rengek Aiza buat kali kedua.

Barulah kepala Elhan dijarakkan dari dada Aiza.Lengan Aiza yang jadi bantal Elhan tadi dia sudah alihkan ke bawah.Dia genggam erat jari jemari Aiza manakala sebelah lagi tangannya dia tongkatkan dagunya sambil merenung wajah sang isteri tercinta.

Bibir Elhan memang dari tadi tak berhenti senyum."kenapa ? takut jantung awak terkeluar dari landasan ke ?"kutuk Elhan.

"diamlah !"marah Aiza.Pipinya mula memerah.Malu !

CUPPP !!!

Satu kucupan Elhan bagi di dahi licin Aiza.Betul-betul syahdu..

"macam biasa..denda sebab tidur sambil peluk lengan saya time dalam kereta tadi.naik lenguh tau.."ucap Elhan tatkala bibir sudah dijauhkan.

"eleh..bukan denda pun..saja je nak ambik kesempatan..macamlah tak tahu.."Bebel Aiza.

"hehehe..ketahuan jugak yaa ?"ucap Elhan.Kedua-dua pipi gebu Aiza dia gomol perlahan dengan jarinya.Comel ! Gebu gebas !

"Ahhh...ahh.."Aiza sudah mengaduh sakit.Dasar Elhan Amsyar !

"Han..pipi saya bukan mainanlah.."rengek Aiza.

"tapi comel..nanti anak kita mesti chubby macam pipi awak kan,wifey ?"ujar Elhan seraya menjatuhkan jarinya dari pipi Aiza.

"lambat lagilah.."

"kalau rezeki awal, kita tak tahu kan ?"soal Elhan sambil tersengih macam kerang busuk.

Lengan Elhan ditampar halus oleh Aiza.

"Adehh.. sakitlah.."

"gedik !"

"by the way, wifey..awak dah fikirkan nama untuk anak kita ?"soal Elhan.

"awak jelah bagi.."

"Hurmm..kalau macam tu.. Muhammad Zubair Talha ? okey tak, wifey ?"

"sedap namanya..tapi kalau perempuan ? nak letak nama apa ?"

"kalau perempuan ehh ? saya rasa nak letak nama Nur Adelia Humaira..cantikkan ?"

Aiza tersenyum."pandai awak pilih nama..Dua-dua tu sedap je namanya.."

"of course lah wifey.well, tengoklah siapa yang bagi nama.."ucap Elhan dengan gaya berlagak.

Aiza sudah tergelak melihat Elhan yang sudah 'kembang hidung' apabila dipuji.Angkat bakul sendiri nampak..Hahaha..

*****

Laila sejak dari tadi sudah berjalan mundar mandir di sekeliling keretanya.Masakan tidak, masa-masa begini pula tayar keretanya pancit.Rasanya ketika dia bawa tadi, elok sahaja.Ni, tiba-tiba pulak kempis.

Kakinya terhenti lalu dia melabuhkan punggung diatas bumper keretanya.Otak ligat mencerna apa yang harus dia lakukan.

"aduh..aku dahlah takde tayar spare..nombor telefon mana-mana mekanik kereta pun aku takde..Masak aku.. masak !"Bebel Laila sendirian.

Kemudian dia keluarkan telefonnya dari beg sandang.Dia cari kedai baiki kereta terdekat di aplikasi google.Mana tahu ada, bolehlah dia telefon.Itu sahaja harapan yang dia ada.

"young lady ? You tak balik office lagi ke ?"soal Datuk Hudzaifah.Dia berjalan mendekati Laila yang sedang sibuk meneliti telefonnya.

Laila tayang sengih ke arah Datuk Hudzaifah aka customer dia yang baru sahaja habis bincang pasal proposal kerja tadi.Datuk Hudzaifah juga adalah lelaki yang Laila ceritakan pada Aiza baru-baru ni.Umur 42 tahun tapi still tak kahwin.

"I tanya soalan..bukan nak You jawab dengan sengihan kerang busuk You tu.."kutuk Datuk Hudzaifah.

Uishh ! not bad mulutnya.Masa kerja, cara cakap punya professional tapi di luar masa kerja..MasyaAllah..Tuhan sajalah yang tahu perasaanku..Haa, tiber masuk lagu nyanyian Zamani dah ni..Hahahaha..

"err..sebenarnya tayar kereta saya tiba-tiba pancit Datuk..tapi tadi time saya bawak okey je..takde pulak kempis ke apa ke.."beritahu Laila.

"stop calling me Datuk.. Rasa macam terlalu tualah pulak..Just call me, Hud.So,You ada bawak tayar spare tak ? I boleh tolong tukarkan tayar.."soal Datuk Hudzaifah sambil melipat hujung lengan baju kemejanya.

"errr..takdelah pulak bawak..hehehe.."Laila masih lagi tayang sengih.

Datuk Hudzaifah mengeluh perlahan.Jam di pergelangan tangan dia kerling.Dah nak masuk pukul 12 tengahari.Dia kemudian memandang wajah Laila yang masih lagi tersengih.

"come with me..I tumpangkan You pergi office.."pelawa Datuk Hudzaifah.

"eh.. takpelah Encik Hud..saya baru je nak call mekanik ni..lagipun nak dekat lunch hour..nanti lambat pulak Encik nak pergi lunch.."tolak Laila, sopan.

"it's okey..I boleh je masuk lewat mana yang I nak..dah, alang-alang I pun nak keluar.dah, hurry up !"ujar Datuk Hudzaifah lalu masuk kedalam perut kereta mewahnya.

Laila masih berkira-kira hendak masuk.

"opocot !!!"latah Laila tatkala hon kereta milik Datuk Hudzaifah ditekan tiba-tiba.Laila urut dada.

"Ya Allah ! Darah panas betul Datuk ni..terkejut aku.."Bebel Laila sendirian.Dia terus membuka pintu penumpang di bahagian depan lalu duduk.

"Pasal kereta You tu..don't worry..I dah call mekanik personal I..nanti dia settlekan dan dia akan hantar kereta You bila dah siap tukar tayar.."beritahu Datuk Hudzaifah.

"Eh..buat susah-susah pulak Encik Hud..saya.."belum sempat Laila menyambung ayat,terus kena potong dengan Datuk Hudzaifah.

"tak susah..just need one call..ouh, wait a minute.."ujar Datuk Hudzaifah tatkala telefonnya mula berdering.

Laila hanya angguk lalu membiarkan Datuk Hudzaifah menjawab panggilan telefon.

Matanya melilar memandang keadaan dalam kereta mewah milik Datuk Hudzaifah."Alpaca ? look like similar.."

Laila mula bermonolog sendirian tatkala matanya memandang keychain Alpaca berwarna khaki yang bergantung di cermin tengah kereta.

"Err..Laila..I singgah tadika dulu ye ? nak kena ambik anak I kejap..driver I dia ada hal..takpe ke You lewat sikit masuk kerja ?"soal Datuk Hudzaifah.Rasa bersalah pula bila mana melambatkan masa kliennya.

"ouh..takpe..boleh je..boss saya faham je.. lagipun saya cakap kereta saya ambik masa jugak nak tukar tayar tu"jawab Laila.

"ouh..okey..sorry.."pinta Datuk Hudzaifah.

"ehh..takde apa lah Encik..takyahlah mintak maaf.."

Datuk Hudzaifah tayang senyum nipis.Laila pulak jadi tak keruan.Yelah, senyum nipis dia pun dah boleh buat jantung Laila berdengup kencang.Kalau senyum lebar ? Entah-entah boleh pengsan terus !

Kereta mewah milik Datuk Hudzaifah mula bergerak keluar dari tempat letak kereta menuju ke jalan besar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience