"Mika..hey Sayang, kenapa masam-masam muka ni ?"soal Datuk Hudzaifah tatkala dia sudah duduk berlutut depan Mikail yang sedang berpeluk tubuh.Comel sahaja mukanya yang cemberut.
Pipi montel Mikail dicubit manja.
Tangan Datuk Hudzaifah ditempis laju.Kemudian tangannya tadi bersilang semula pada dada.
"Mika..kenapa buat perangai ni ? Mika bergaduh dengan kawan lagi ?"soal Datuk Hudzaifah.
"kawan-kawan Mika ejek Mika ! Sebab Mika takde ibu ! Tadi semua lukis gambar ibu diaorang dekat kertas.Mika sorang je lukis gambar ayah.."jujur sahaja Mika memberitahu kepada ayahnya.
"Mika sayang..sini peluk ayah.."ucap Datuk Hudzaifah sambil mendepakan tangannya.Mikail hanya akur dengan arahan ayahnya.
Badan kecik molek Mikail dia peluk erat manakala rambut lembut Mikail diusap perlahan.Sesekali dia kucup dahi anaknya itu.Hampir sahaja air mata jatuh di pipi tatkala mendengarkan kata-kata dari Mikail tadi.
Laila yang duduk di dalam kereta hanya menjadi penonton.
"Betul-betul ada ciri seorang ayah..Tapi bukan dia kata dia tak pernah kahwin ke ? datang mana pulak ada anak ? Aikk ? Pelik bin ajaib ni.."Bebel Laila sendirian.
Tanpa sedar, Mikail sudah masuk ke dalam kereta di bahagian penumpang belakang.Beg sekolah diletakkan di sisi Mikail.
"Mika..harini Mika duduk belakang ye ?"ujar Datuk Hudzaifah.
Mikail hanya mengangguk faham.
"good boy sayang.."ucap Datuk Hudzaifah sambil mengusap lembut kepala Mikail.Bibir dilakarkan senyuman manis.
"tu kawan ayah..salam dengan Aunty Laila.."beritahu Datuk Hudzaifah.Laila yang pandang ke depan tadi terus berpusing ke belakang tatkala namanya disebut.
Tangan kecil Mikail mula dihulurkan pada Laila.Laila menyambut huluran anak kecil itu.Terasa seperti mak-mak pulak bila tangannya dikucup lembut oleh anak kecil bernama Mika itu.
"hai Aunty Laila.."sapa Mikail sambil tersenyum.
"ouh..hai Mika.."balas Laila.Bibirnya dilemparkan senyuman.
Datuk Hudzaifah yang tadi berada di kerusi penumpang belakang, kini sudah berpindah ke kerusi pemandu.Dia mula tarik
tali pinggang keselamatan dan dimasukkan ke dalam klip.
"bukan ke Encik Hud kata, Encik tak pernah kahwin ?"soal Laila,tiba-tiba.
Mata Datuk Hudzaifah terus memandang Laila yang berada di sebelahnya.Bibirnya sedikit tersungging.On the spot, direct terus tanya..
"dia anak arwah kawan I.Lepas je ayah dan ibu kandung Mika meninggal selepas kemalangan, I ambik alih jaga dia..lagipun arwah dah amanahkan dekat I supaya jaga Mika macam anak sendiri..So, no wonderlah cara layanan I pada Mika dah serupa macam ayah kandung dia sendiri.."terang Datuk Hudzaifah.
"sebab tu jugaklah I ni jadi bujang terlajak..Haih..nak jaga sorang ni pun dah pening kepala..belum lagi time dia merengek nak itu ini.."Bebel Datuk Hudzaifah.
Laila mula tertawa kecil."patutlah.."
"kenapa tanya ? berkenan ke ?"soalan yang tiba-tiba buat Laila terkedu.Bulat matanya memandang lelaki hot disebelahnya.
"huh ?"
Kini, Datuk Hudzaifah pula yang tertawa kecil.
Merah padam muka Laila.Malu yang teramat !
"err..tak mungkinlah Encik Hud..Kita berdua ni bukan setakat macam enggang dengan pipit je.. macam langit dengan bumi pun ye jugak"ucap Laila.
Ketawa Datuk Hudzaifah mula kendur tapi bibirnya tak lepas dari senyum.
"kalau dah betul jodoh,semua tu hanya alasan.Lagipun yang penting hati.Dah berapa banyak dah calon I jumpa, semuanya jenis hanya nak I.Sampai-sampai Mika pun trauma nak ada ibu baru.Bukan tu aje, ada yang memang awal-awal dah tunjuk yang dia kaki kikis..Last-last I fed up nak cari calon until now.But kalau You rasa nak cuba, I boleh bagi peluang..Kalau Mika okey, I just procced je"terang Datuk Hudzaifah panjang lebar.
Laila dah ternganga dengar penerangan dan 'express propossal' yang baru tadi Datuk Hudzaifah beritahu.
Namun tak semena-mena pipi kanan Laila dicubit manja oleh Mika yang tiba-tiba muncul di celah kusyen antara Laila dengan Datuk Hudzaifah."Aunty Laila ni comellah bila terkejut.."
Mika sudah tersenyum-senyum.
Laila pula sudah 'double kill' terkejut .Bukan setakat bapak budak tu buat dia terkejut.Dapat sekali pakej anaknya sekali.
Datuk Hudzaifah sudah ketawa kecil."Mika.."tegur Datuk Hudzaifah,lembut.
Mikail tayang sengih pada ayahnya."hehehe..Ayah..nak aiskrim ? Aunty Laila nak jugak tak ?"soal Mikail yang masih lagi duduk di celah kerusi penumpang depan dengan kerusi pemandu.
"eh..tak pelah..Mika jelah makan.."balas Laila.
Mika muncungkan bibirnya ke depan.
"jangan nak mengada Mika..Aunty tak minat tu..Jangan paksa-paksa okey ? dah, tak mau muncung-muncung mulut tu..nanti Ayah gigit, baru tahu .."ugut Datuk Hudzaifah.Kereta dia sudah tekan minyak lalu meluncur laju ke arah premis Marrybrown yang terdekat.
Sesudah sampai, dia hanya memandu ke arah 'drive thru'.Senang.Tak perlu turun dari kereta.
Tingkap kereta bahagian pemandu diturunkan.Datuk Hudzaifah memandang ke arah Laila.
"You nak makan apa ? alang-alang tu, boleh lunch sekali.."
"err..tak pelah Encik..nanti sampai dekat tempat kerja, saya tapaw makanan dekat cafeteria.."tolak Laila.
"dah depan mata dah cik Laila hoi..take your order..banyak kereta kat belakang tu.."
"errr..bagi chicken burger dengan pie jelah.."jawab Laila.
"okey.."
Datuk Hudzaifah mula mendekatkan muka dengan kotak suara dari staff Marrybrown."hello miss.."
"ye, hello..Selamat datang ke Marrybrown.. Encik nak order apa ?"
"bagi saya kiddy meal chicken burger satu.Satu set Chicken burger.Pie coklat satu.Satu set Jumbo meal dan aiskrim Choco dip dua.Lepastu bagi dua botol air mineral ya ?"pesan Datuk Hudzaifah.
"okey..itu sahaja ke ?"
"iyup betul.."
"okey..total semua RM65.45.Sila bayar di depan ye.."
"okey baik.."
Kereta mewah milik Datuk Hudzaifah dipandu ke arah kaunter bayaran sebelum bungkusan makanan dia terima.Bukan main suka lagi Mikail tatkala makanannya sudah mendarat di tangannya.
"nah..tolong pegang kejap.."ucap Datuk Hudzaifah sambil menghulur satu kon aiskrim pada Laila.Satu kon lagi dia sudah beri pada Mikail.Senyap terus budak tu bila dapat aiskrim kesukaannya.
Laila hanya akur.Kon aiskrim sudah berpindah tangan.Selesai saja bayar dan ambik makanan, terus sahaja keretanya dia pecut laju keluar dari premis tadi.
"Err..aiskrim ni ?"soal Laila.
"ouh lupa.."ucap Datuk Hudzaifah lalu dia ambik kon aiskrim dari pegangan Laila.Dia terus suakan dalam mulut.
"terima kasih Encik Hud sebab belanja saya.."ucap Laila.
"no hal..benda kecik je pun.."balas Datuk Hudzaifah sambil mengemam aiskrim di dalam mulut.
"makan lah makanan You tu..pie tu sedap makan panas-panas.."ucapnya lagi.
"ouh..okey.."Kotak kertas yang berisi pai coklat Laila buka.Satu demi satu suapan dia gigit.Sedap seperti selalu !
"amboi Mika..senyap je dekat belakang..tak cakap pun terima kasih dekat Ayah ?"tegur Datuk Hudzaifah sambil merenung wajah anaknya dari cermin belakang.
Mikail tayang sengih dengan mulutnya sudah comot dengan coklat dan aiskrim tadi.Biasalah, budak tadika.
"terima kasih Ayah..Sayang Ayah !"ucap Mikail.
Datuk Hudzaifah sudah tersenyum lebar."sama-sama sayang.."
"Hukk ! Hukk ! Hukk !"Laila tiba-tiba tersedak.Gila ! mendayu betul Datuk hot ni sebut 'sayang' sampai aku pulak yang tersedak.
"ehh..You okey tak ni ?"soal Datuk Hudzaifah lalu menghulurkan sebotol air mineral tatkala aiskrim yang dia makan tadi sudah habis licin.
Laila sambut huluran lalu dibuka penutup botolnya.Laju saja dia teguk.
Huhh ! Baru lega tekaknya.
"dah okey dah ?"soal Datuk Hudzaifah.Matanya memandang berselang seli pada wajah Laila dengan jalan raya.
"aa..okey..okey.."tergagap-gagap Laila menjawab.Keluhan kecil dia keluarkan.
"Ya Allah..boleh kena serangan jantung kalau tiap hari dengar dia panggil mendayu macam tadi tu.."monolog Laila, sendirian.
Share this novel