Hari yang dinanti-nantikan oleh Elhan sudah tiba iaitu malam annual dinner syarikatnya, Tuah Holding Sdn. Bhd.Seperti yang telah dikatakan dulu, tema annual dinner ialah 'Melayu Klasik'.
Elhan sudah menyarungkan baju layang kain lace songket berwarna hitam dan dikoleberasikan dengan sedikit warna emas pada tubuhnya.
Sudah nampak aura-aura pendekar-pendekar bangsawan zaman 50-an dulu.Cuma satu tak cukup..Bunga silat.Kalau tidak, boleh dah ni refresh semula zaman-zaman dahulu kala.
Aiza pula memakai baju kebarung yang berwarna sedondon dengan suaminya.Ditambah pula dengan aksesori iaitu dokoh kebaya rantai tiga beradik berwarna emas dan kain batik yang tersarung elok di bahunya.
Kalau dilihat, memang mereka berdua sama cantik, sama padan.Bak kata pepatah, bagai pinang dibelah dua.
Tanjak sisir panglima yang berada di atas meja solek dicapai oleh Aiza.Tangan Aiza sebelah lagi menarik hujung baju layang Elhan tatkala Elhan sedang membetulkan rambutnya di hadapan cermin.
"wifey..saya tengah nak 'handsome' kan diri ni.."ucap Elhan tatkala badannya sudah senget ke arah sang isteri.
"tak payah nak handsome sangat ! rambut tu nanti tak nampak jugak..sini kepala awak tu.."suruh Aiza.Kalini lengan Elhan dia tarik.
Elhan akur.Dia tayang sengih pada sang isteri.Kepalanya dia tundukkan sedikit bagi memudahkan Aiza memakaikan tanjak di kepalanya.
Dengan teliti, Aiza letakkan tanjak sisir panglima yang sama padan dengan baju layang milik Elhan di atas kepala.Setiap sudut Aiza tengok sama ada senget ataupun tidak.Sampai-sampai matanya sudah menjadi sepet.
Elhan sudah tertawa kecil melihat wajah Aiza yang random itu.
Pinggang sang isteri dipeluk erat.Automatik tangan Aiza sudah melekap pada dada bidang Elhan.
"dah dah lah wifey.. dah stabil dah tu tanjak atas kepala saya ni..ke awak nak ukur guna pembaris bagi betul-betul straight ? huh ?"perli Elhan.
"ishh ! gila ke apa nak guna pembaris ! tak dibuat orang lah.."marah Aiza.
"dah tu ? muka awak tu serius sangat tengok tanjak saya ni okey ke tak.."ucap Elhan.Ketawanya masih berbaki.
Aiza hanya menjeling Elhan yang berada depan matanya.
"janganlah marah wifey..gurau..gurau.."beritahu Elhan.Kemudian, laju sahaja bibir Elhan mendarat pada dahi licin Aiza.
Aiza sudah senyum simpul.Pipinya sudah berona merah.
"harini wifey betul-betul cantik..rasa taknak lepaslah pelukan ni.."ujar Elhan sambil tersenyum lebar.
"gediklah.."
"betullah.. saya jujur ni.."
"eleh..mengada lebih !"
Elhan mula mendekatkan mukanya dengan Aiza sehingga dahi mereka berdua berlaga perlahan.Kemudian hidung mancung milik Elhan dia lagakan pada hidung sang isteri tercinta.
Kedua-duanya sudah melakar sebuah senyuman.Senyuman bahagia mungkin ?
Setelah beberapa detik, kedua-dua telapak tangan Aiza dia pegang pipi Elhan.Wajah Elhan dia tatap penuh minat.
Elhan hanya membiarkan sahaja perlakuan isterinya sambil tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya.
"husband.."panggil Aiza mendayu.
"ya, my lovely wife ?"jawab Elhan.
"terima kasih sebab hadir dalam hidup saya.awak banyak ubatkan luka saya sampaikan saya boleh tersenyum bahagia macam sekarang ni..tak sangka jugak saya boleh jatuh cinta dengan 'budak tak cukup umur' macam awak ni.."ujar Aiza lalu mencubit pipi Elhan yang tak berapa nak ada isi tu..Hahahaha..Jahat kan ?
Aiza sudah tersengih melihat Elhan yang sudah menyeringai kesakitan.Dahinya pula sudah berkerut dek menahan sakit di kedua-dua belah pipinya.
Setelah puas, Aiza mula menurunkan tangannya dari mencubit pipi Elhan.Dia sudah menghamburkan ketawa depan Elhan.
"ohh.. suka ehh main kasar ? ambik ni !"ucap Elhan sebelum mencucuk kedua-dua tepi perut Aiza secara berselang-seli.
Memang Elhan taknak kalah dengan Aiza..Ishh ! Ishh ! Ishh ! Tak patut..Tak patut..
Aiza apa lagi ? memang sudah kegelian sampai-sampai air mata sudah terkeluar.Geli punya pasal.
"Han !!! hahaha..Han !!!! hahaha.."nama Han dengan ketawa sudah berselang-seli dikeluarkan oleh suara Aiza.Dasar Elhan !
Elhan hanya meneruskan geletek Aiza dan hanya ketawa.
******
"Wah ! Cantiknya cik Puan harini.. betul-betul macam golongan bangsawan dulu-dulu..vibes teruk !"puji Zalika.
Mulutnya sudah terlopong melihat Aiza yang ayu dengan berbaju kebarung berwarna hitam.Ada sedikit sulaman berwarna emas di hujung-hujung bajunya.
Aiza hanya membalas dengan senyuman manis.
"cik adik hoi..mulut tu nak tunggu siapa tutupkan ? terbukak bukan main luas lagi.."perli Kak Salehah yang berada di sebelahnya.Kepala digeleng banyak kali.
"opsss ! hehehe.."Zalika terus tutup mulutnya lalu tayang sengih pada Kak Salehah.
"cik Puan ! jom kita selfie ? Mana boss ?"soal Zalika.Matanya melilar mencari figura bossnya.Namun tidak kelihatan.
"ouh..Elhan, dia pergi tandas tadi..kejap lagi muncullah dia tu.."jawab Aiza.
"ohh..okeylah..Kita tangkap bertiga jelah dulu.."ujar Zalika.Dia menggambil tempat untuk berdiri disebelah kanan Aiza manakala Kak Salehah berada di kiri Aiza.
Telefon yang berada di dalam tas tangannya dikeluarkan lalu dihulurkan di depan untuk bersedia menggambil gambar selfie.
"okey..sedia ehh ? satu..dua..tiga !"ucap Zalika sebelum beberapa gambar selfie dia tangkap bersama.
Bermacam-macam 'posing' mereka tunjukkan.Ada mini love lah.. kenyit mata sebelah lah..bibir muncung itik lah.. Macam-macam ragam ada.Yang paling menyerlah, tak lain tak bukan, mestilah si Zalika tu.Hyper semacam !
"amboi.. seronok nampak ?"sapa satu suara.
Mereka bertiga menoleh ke arah gerangan suara tadi.Siapa lagi kalau bukan si Elhan Amsyar aka Mr. Dimple kepunyaan Aiza.Haa, gitu..
"Uishh ! seriuslah boss ? betul-betul sedondon dengan cik Puan kita ni..caya lah boss.. macam gini !"puji Zalika.Tangan kanannya sudah menunjukkan isyarat 'best'.
Elhan sudah tertawa kecil."ada-ada jelah awak ni, Zalika.."
"benda betul boss..kan, kak Salehah ?"soal Zalika sambil menyiku lengan Kak Salehah.
"betul tu boss..memang betul-betul serasi..patutlah jodoh kuat.."tambah Kak Salehah.
Aiza dan Elhan hanya membalas dengan senyuman.
"Dah alang-alang kan..boss dengan cik Puan berdiri situ.. saya ambikkan gambar..buat kenang-kenangan.."beritahu Zalika.Dia sudah berdiri di hadapan Aiza dan Elhan.
"boss.. rapatlah sikit..jangan malu-malu.."ucap Zalika.
Elhan garu belakang telinga.Acah-acah gatal padahal tak pun ! Konon malu-malu..Gedik !
Zalika hanya ketawa kecil melihat gelagat bossnya.
Tangan Elhan perlahan-lahan sudah selamat memeluk pinggang ramping Aiza.Kedua-dua mereka memandang kamera.
KLIK !!! KLIK !!! KLIK !!!
Beberapa keping gambar sudah Zalika tangkap menggunakan telefon pintarnya.Dan satu dari gambar tadi, memang betul-betul 'random'.
Gambar di mana Elhan dan Aiza saling bertatapan sambil tersenyum bahagia.
Setelah selesai, terus sahaja Zalika menghantar gambar-gambar yang dia tangkap tadi ke aplikasi Whatsapp bossnya.Done !
Ada sinar-sinar bahagia gitu.. Hahahaha.. Part ni paling Jua minat.. sendiri buat cerita, sendiri minat..Lain macam.. Hahahaha.
Share this novel