29

Romance Series 10968

Engkaulah cahaya dalam hidup yang penuh kegelapannya,
Rasa kesakitan dalam dada, Menghilang pabila kau berada,
Cintamu kepada aku tak pernah ku rasa sebegitu,
Engkau meringankan hati ini, Engkau menenangkan jiwa sepi,

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya,
Terkunci kerna slalu terluka,
Ku ingin menjadi penutupnya,
Ku tahu kau disakiti hatimu sedang kau melindungi,
Percayakan pada cinta ini relakan ia berterbang tinggi,

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya,
Terkunci kerna slalu terluka,
Ku ingin menjadi penutupnya babak tentang pencarian cinta,
Aku untukmu sepanjang hayat,
Aku juga merasa ketakutan bercinta,
Percayakan pada kita,oh..

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya,
Terkunci kerna slalu terluka,
Ku ingin menjadi penutupnya babak tentang pencarian cinta,
Aku untukmu sepanjang hayat,
Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya,
Terkunci kerna slalu terluka, oh..

Suara merdu Elhan mula bergema di dalam dewan tertutup tempat mereka berdua mengadakan majlis menyambut menantu.Semua mata tertancap pada si penyanyi.

Aiza juga tak terkecuali.Pertama kali dia mendengar suara nyanyian Elhan.Tak dinafikan, memang semua pakej dia ada.

Elhan yang sedang khusyuk menyanyi memandang wajah sang isteri.Lagu itu betul-betul dia tujukan pada Aiza.Memang terdengar ikhlas dari lubuk hati Elhan tatkala dia mendendangkan lagu Babak Cinta dari penyanyi asalnya iaitu Tengku Adil.

"weyhh ! seriuslah suara suami kau tu.. merdu gila.. takde langsung crack !"puji Laila.

"Hurmm..not bad.."balas Aiza bersahaja.Bukan dia tak dengar dengan jelas suara 'keikhlasan' serta pandangan Elhan padanya tadi.Lagu itu betul-betul dituju kepadanya.

*****

"amacam ? sedap tak suara saya, Wifey ?"soal Elhan yang sudah berdiri di sebelah Aiza yang sedang duduk di kerusi.Kerusi sebelahnya pula Laila duduk.

"mak kau meletup !"latah Aiza.Tangannya mengurut dada.Si budak ni, bila masa pulak dia datang sini ? Tadi rasanya atas pentas dewan lagi.

Elhan sudah tersenyum sampai nampak lesung pipitnya.Tangan kanan Aiza ditarik lalu mengenggam erat tanpa dipelawa.

Aiza yang tadi duduk sudah berdiri dek ditarik Elhan.

"Laila..saya curi Aiza ye ?"ucap Elhan sambil tersenyum.

Laila hanya balas senyumannya sambil mengangguk laju."ambiklah..tu hak kau.."

Aiza dah buat muncung itik.Hurghh ! nak sembang dengan Laila lama sikit pun tak boleh !

"thanks.."pinta Elhan.

"most welcome..Aiza ! good luck ye ! "beritahu Laila sambil mengeyitkan sebelah mata pada Aiza yang sudah ditarik jauh darinya.

Aiza hanya balas dengan jelingan tajam kearah sahabatnya.

Setelah sampai di destinasi, langkah kaki Elhan dan Aiza sama-sama terhenti.
Di hadapannya sudah ada dua orang wanita.Seorang berusia lingkungan awal 40-an dan seorang lagi berusia 20-an.Kedua-duanya tersenyum memandang Aiza.

Aiza yang tidak mengenali mereka hanya membalas dengan senyuman.Dia menoleh ke arah Elhan."diaorang siapa ?"

Elhan tersenyum."kenalkan, ni Kak Salehah.. Dan yang ni, Zalika..diaorang pekerja saya dekat office.."Elhan memperkenalkan kedua-dua pekerjanya pada Aiza.

"ouh.. sorry, saya tak berapa nak kenal dengan pekerja Elhan.."pinta Aiza sambil menundukkan sedikit kepalanya.Tangan dia hulurkan untuk bersalam dengan kedua-dua figura yang berada di depannya.

Kak Salehah dan Zalika menyambut huluran Aiza sambil tersenyum.

"ehh..cik Puan mana ada buat salah.. kenapa nak mintak maaf pula ? biasa lah tu..memula..mestilah tak kenal kan ?"beritahu Kak Salehah.

Aiza hanya tersenyum nipis.

"boss..patutlah taknak tunjuk wife boss dekat orang..rupanya, cantik yang amat orangnya.."puji Zalika.

"mestilah kena sorok..takut nanti kena kebas.."jawab Elhan.

Aiza hanya mampu tersenyum.Nak bercakap pun, tak tahu apa yang perlu dikatakan.

"cik Puan..kalau cik Puan nak tahu, boss kitaorang ni tiap kali datang kerja lepas kahwin..asyik je muka tu nampak bahagia..sampaikan bila makan bekal, asyik je tersenyum.."seloroh Zalika.

Aiza sudah memandang Elhan.Bahagia ? Elhan betul-betul bahagia ke dengan aku ? walaupun aku kadang-kadang hiraukan dia ? Berdosanya aku, Ya Allah..

"amboi dia.. seronok ye mengutuk saya depan wife saya ? nasib je bukan time kerja tau.. kalau tak, gaji potong separuh !"ucap Elhan.

Aduhai Elhan..nak jugak tu balas..

"kali ni saya tak takut.. sebab harini off day.."ucap Zalika lalu tertawa kecil.

Kak Salehah hanya mampu mengelengkan kepalanya.Dua ketul tu, bergaduh sokmo pasal potong gaji kalau berjumpa.Haihh..entahla nak..

Elhan jugak sudah tertawa."sudahlah..pergi makan tu dulu..nanti lauk habis, jangan nak tunjuk protes okey ?"

"hahahaha..baik boss..saya pergi makan dulu..lapar dah ni.."ucap Zalika sambil menepuk-nepuk perutnya yang berlapik dengan baju kurung bersulam moden berwarna rose gold.

"kitaorang pergi makan dulu ye boss, cik Puan ?"pamit Kak Salehah sebelum melangkah pergi ke arah dulang makanan yang terhidang dengan lauk pauk kenduri.Si Zalika tu dah awal-awal sampai dulu.Bab makanan, memang pantang betul dia.

Elhan dan Aiza sama-sama membalas dengan senyuman pada Kak Salehah.

"Wifey lapar tak ? nak makan ?"soal Elhan sambil tersenyum.Ya, Elhan memang murah dengan senyuman.

Aiza hanya diam.Setiap wajah Elhan dia teliti.Memang muka Elhan berseri je.Mungkin betul cakap Zalika tadi.Dia bahagia.

Hidung Aiza dicuit manja.

Aiza terus tersedar dari lamunannya.Matanya tertancap pada anak mata Elhan.

"awak berangan apa, Wifey ? tahulah muka saya ni kacak..macho.. handsome..comel..tapi jangan lama sangat berangan.."

"tskk ! perasan lebih ! dahlah, lapar ! jangan sampai aku makan kau karang !"

"wow ! not bad ye ? ada peningkatan.."ucap Elhan sambil tersenyum smirk.

"eee..gatallah kau ni.."

"well..only with you, wifey..so, malam ni saya kena siap sedia ke ? kena berjaga malam nampak gayanya.."Elhan mula dah nak menyakat Aiza.

Pipi Aiza sudah memerah dek malu."Elhan Amsyar !"

Elhan hanya mengekek ketawa.Suka betul dia tengok muka Aiza yang malu-malu.Comel !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience