Elhan yang sedang duduk atas kerusi di pantry dari tadi sudah tersengih-sengih.Mulutnya masih mengunyah lauk bekal yang Aiza sediakan manakala jarinya lincah menaip chat di skrin telefon.
"amboi boss.. sambil makan pun boleh tersenyum-senyum ye ? chat dengan wife tersayang ke tu ?"tegur Zalika yang baru melangkah masuk ke arah pantry.
Kak Salehah yang berada di sebelah Zalika sudah tersenyum memandang bossnya itu.Angau betul !
Elhan angkat muka dari merenung skrin telefon.Dia pandang ke arah si penegur lalu satu senyuman dia lemparkan."of course..Dia lah 'tulang rusuk' yang saya cari selama ni.."
Iqbal yang baru sahaja ingin menapak ke arah pantry terhenti tatkala mendengar suara bossnya, Elhan Amsyar.Dia berdiri di sebalik dinding pantry.
Muncul perasaan geram bercampur cemburu dengan wajah bahagia boss dan tunangnya yang sudah selamat diijabkabulkan.
Ehh ! Hello Iqbal ! bukan tunang okey ? EX TUNANG !
Buku lima sudah dikepal erat.Nafasnya mula naik turun naik.
"Uishhh.. untung cik Puan kan ? dapat suami yang handsome..kaya.. sweet pulak tu.."puji Zalika.
Elhan pula hanya senyum malu-malu."err.. takdelah.. biasa-biasa je.. ni, nanti saya ambik cuti dua hari ye ?"ucap Elhan.
Zalika sudah mengecilkan matanya.Bibir sudah tersenyum lebar."ooo..tak lama nanti muncul 'mini boss' lah ni ?"
Lengan Zalika ditampar halus oleh Kak Salehah.
"Aduh kak ! sakitlah.."ucap Zalika.Tangannya yang pedih diusap perlahan.
"mulut kamu ni.. main lepas je kan ? tak malu betul.."beritahu Kak Salehah.
Elhan hanya tergelak melihat Zalika dengan Kak Salehah berbalah.Dah macam adik yang tak dengar cakap kakaknya pula.
"Zalika, awak jangan macam-macam ye ? tak pasal nanti ?"
"potong gaji.."laju sahaja dia menyambung ayat bossnya.
"pandai..dah, jangan bazirkan masa lunch korang..pergi lunch tu..nanti mula lah lambat masuk.."pesan Elhan.
Zalika sudah tersengih macam kerang busuk.
"kitaorang pergi beli lunch dulu ye boss..boss jangan ambik hati dengan si budak Zalika ni.. boss pun tahu kan, kadang dia betul kadang dia tak betul.."kutuk Kak Salehah.
"sampai hati Kak Salehah cakap macam tu.. Saya normal okey ?"ucap Zalika sambil mencebik.
Elhan dengan Kak Salehah sudah meletus tawa melihat muka cebik Zalika.
*****
FUHHHH !
Angin yang meniup tiba-tiba di tepi cuping telinga kiri mengejutkan Aiza dari mengacau sos carbonara di dalam pan.
"Han !"bekeng Aiza berserta matanya yang menjeling tajam ke arah Elhan yang berdiri di sebelahnya.
Elhan tayang sengih.
"Humm.. sedapnya bau..mesti double sedap ni sebab orang yang masak ni suka sangat menjeling..tak pasal-pasal masakan tu boleh menusuk masuk terus dalam perut.."
Lengan Elhan ditepuk laju.
Elhan sudah mengaduh sakit.Acah je lebih..Bukan kuat mana pun Aiza tepuk lengannya.Manja !
"jangan nak mengedik ehh ? bukan kuat pun saya tepuk.."beritahu Aiza lalu memfokuskan semula pada masakannya.
Elhan sudah ketawa kecil."wifey..nak rasa ? aaaa..."Mulut sudah dibuka kecil ke arah Aiza.
"ishh..budak ni.."Bebel Aiza.Tangannya mula mencapai sudu lalu dicedokkan sedikit ke dalam sos carbonara.Sebelum dia suakan kedalam mulut Elhan, dia tiup perlahan.
"amppp..hukk ! hukk !"Elhan yang sudah telan sos carbonara tadi tiba-tiba tersedak.
Aiza sudah gelabah.Belakang badan Elhan dia usap perlahan manakala sebelah tangan lagi dia pegang bahu Elhan."ehh.. awak okey tak ni, husband ? pedas sangat ke ?"soal Aiza.
Dari muka Aiza, dah terserlah wajah cuak dia bila lihat Elhan yang sudah berkerut sambil memejamkan matanya.Tangan kanan Elhan pula sedang memegang dada kirinya.
Rasa-rasanya serbuk lada hitam yang dia letak, tak banyak pun.. takkan boleh sampai boleh tersedak kut ? Pelik ni..
Kemudian tiba-tiba sahaja keluar jari mini love dari Elhan tepat di hadapan muka Aiza.Elhan sudah tersenyum sambil menampakkan giginya yang tersusun elok.
Laju sahaja tangan Aiza yang tadi memegang bahu Elhan, sudah menolak lembut bahunya.Aiza sudah ketawa kecil.
"gediklah !"
Elhan turut sama ketawa."ambiklah mini love saya ni, wifey.."
Mini love yang dari tadi dituju ke arah Aiza hanya dibiarkan sepi.
"taknak !"
'Mini love' Elhan sudah diturunkan ke bawah.Matanya mula dikecilkan memandang Aiza.Bibir pula mula mencebik.
"eiii..tak malu ! dah besar pun nak merajuk bagai.."kutuk Aiza.
Elhan mula gigit perlahan bibirnya sambil merenung sang isterinya."ouhh.. mini love taknak ? ke nak love bite satu badan ?"
Haa..mula lagi dah ulat bulu kurus kering ni..
"eee..gatal !"
Elhan sudah terbahak-bahak ketawa melihat muka memerah Aiza.Malulah tu..Comel !
"ouh ye.. Wifey.. nanti awak ambik cuti ye dua hari ? Hari Jumaat dengan Sabtu.."
"sebab ?"
"Kita pergi dating lah, Wifey.."
"jauh ke ?"Kini matanya pula tertancap pada suaminya.
"dekat je.. dalam hati saya.."seloroh Elhan sambil tersengih.
"ishh ! main-mainlah ! jawablah betul-betul.."Aiza sudah buat kerutan di dahi.Geram !
"hehehe..rahsia.."
"halah..itu pun nak berahsia.."
"kena lah surprise..baru lah syok, wifey.."ujar Elhan.Dia muka menyandarkan punggungnya pada cabinet dapur sebelah tempat Aiza memasak.
"Hurmm..sama jugak..nanti pun saya tahu jugak.."jawab Aiza.Api dapur gas dia tutup tatkala masakannya sudah masak.
Kaki Aiza diatur pula ke arah rak pinggan dan mangkuk.Dia capai satu mangkuk bersaiz sederhana lalu menyedukkan sos carbonara yang sudah siap tadi ke dalamnya.Kemudian, dia hidangkan diatas meja makan yang terletak tidak jauh dari dapur.
Aiza menapak semula ke arah rak tadi lalu dua buah pinggan kaca dia ambil.Pinggan tadi dia cedokkan mi spegeti lalu diputarkan sedikit.Acah-acah chef buat.Hahaha..
Kemudian, sos carbonara yang dia sudah letak diatas meja, dia sendokkan sedikit lalu disiram atas mi spegeti tadi.Satu untuk Elhan dan satu lagi untuknya.
Belum sempat dia ingin memanggil Elhan, tiba-tiba sahaja pinggangnya sudah dipeluk erat oleh sang suami dari belakang.Dagu Elhan mula berlabuh di bahu Aiza.
"ouhh, mak kau !"latah Aiza.Bertuah punya suami ! Nak mengatal je kerjanya.
"ishhh ! tahu nak mengatal je kan ?"soal Aiza.Pinggangnya dia biarkan sahaja Elhan peluk.
"Terima kasih Aiza..saya dah lama idamkan awak jadi isteri saya.Selalu saya doa supaya suatu hari nanti kita jadi suami isteri.."sayu sahaja suara Elhan di tepi cuping telinganya.
Aiza menyentuh kedua-dua kekura tangan Elhan untuk merengangkan pelukkan.Dia palingkan badan menghadap Elhan.Wajah Elhan dia tenung dalam.
Elhan hanya diam sambil membalas pandangan sang isteri tercinta.
Pipi Elhan dielus lembut oleh Aiza.Bibir sudah tersenyum.
"Han.. sepatutnya saya yang cakap terima kasih.. sebab awak tak pernah putus asa pun buat saya jatuh cinta dengan awak..awak layan saya baik sangat walaupun saya banyak marah awak..hiraukan awak..jeling awak setiap masa.."
Elhan sudah tergelak tatkala perkataan 'jeling' disebut.Dah hadam sangat dengan jelingan maut Aiza tu.
"tapi awak still bersabar..terima kasih jugak Han sebab awak dah sembuhkan luka dekat hati saya..setiap kali saya jatuh pun, mesti awak ada..awak penyelamat saya, Elhan Amsyar..my beloved husband.."tambah Aiza sambil tersenyum manis.
Kaki Aiza dijengkitkan sedikit lalu tangannya tadi sudah dia letakkan di atas kepala Elhan.Rambut gaya curtain hair Aiza usap lembut.Suka betul dia main dengan rambut Elhan.
"apa dia, wifey ? ulang sekali lagi.. macam sedap pulak bunyinya.."
Tangannya yang mengusap rambut Elhan terhenti lalu berdiri seperti biasa."my beloved husband.."ucap Aiza dengan intonasi yang lembut.
Elhan sudah tersenyum sampai ke telinga.Suka sangat dia..
Dia terus menarik Aiza ke dalam pelukkannya.Aiza hanya membalas pelukan suaminya.Kemudian, satu kucupan hinggap di dahi licin milik Aiza.Syahdu terasa.
"awak boleh janji satu benda dengan saya, Elhan ?"soal Aiza tiba-tiba.
Pelukkan dileraikan.Wajah Aiza dia tenung sambil tersenyum."Apa tu, wifey ?"
"janji awak takkan tinggalkan saya ? susah tau saya nak letak nama awak dalam hati saya.."
Elhan sudah tergelak.
"Han..saya serius lah.."Aiza sudah tarik muka.Orang tengah serius, dia main-main pulak.
"okey..okey..saya janji, saya takkan tinggalkan awak, okey ? hanya maut je boleh pisahkan kita berdua.."ucap Elhan lalu mencuit hidung mancung Aiza.
"I love you, husband.."ucap Aiza.Bibirnya tersenyum bahagia.
"I love you more..wifey.."balas Elhan.Badan Aiza dia peluk buat kali kedua.Seperti tadi, Aiza membalas pelukan suaminya.
Share this novel