Aiza jalan mundar-mandir di dalam bilik air.Tangannya sudah memegang sekotak pregnancy test tapi masih belum dibuka.
Laju jantungnya berdengup.Dia berhenti dari jalan mundar-mandir.Nafas ditarik dalam-dalam dan dia hembus perlahan.Step by step dia ulang sehingga jantungnya kembali normal.
Bukan apa, tapi dia takut keputusan yang akan keluar pada pregnancy test itu akan mengecewakan mereka berdua.Yelah, Aiza langsung tiada masalah muntah-muntah..Mengidam makanan pelik-pelik pun takde.Itu yang dia tak berapa berani untuk mencuba.
Namun bila Elhan sudah membangkitkan isu itu, dia ikutkan sajalah.Ada atau tiada itu belakang cerita.Yang penting, dia sudah mencuba.
Kotak pregnancy test Aiza buka perlahan.Dia keluarkan tester.
"Ya, aku kena cuba ! tak cuba tak tahu !"ucapnya lalu melepaskan hajatnya.
Setelah selesai, dia menarik tester tadi lalu dimasukkan ke dalam plastik putih sebagai alas.Dia tunggu untuk beberapa detik sebelum keputusan itu keluar.
Dan hasilnya...
Dua garis terpamer pada tester tadi.Bibir Aiza sudah tersenyum sampai ke telinga melihat keputusan itu.Dia sudah terjerit kecil.Air mata mula berlinangan tatkala hatinya gembira apabila mendapat tahu perutnya kini sudah ada penghuni.
Laju sahaja kakinya melangkah keluar dari bilik air lalu menapak ke arah Elhan yang sedang mengibas tilamnya.
"Han !!!"Aiza peluk belakang Elhan tiba-tiba.
Elhan yang tadi sedang mengibas tilam sudah terhenti kerjanya.Dia sudah tersenyum dengan gelagat Aiza.
"Apa yang gembira sangat suara tu, wifey ?"soal Elhan.
Aiza melepaskan pelukan membuatkan Elhan memalingkan badan menghadap Aiza.Wajah Aiza Elhan pandang.
Senyum lebar sampai ke telinga ! Bukan main lagi ye..
"apa dia, wifey ?"soal Elhan lagi sekali.
Aiza tidak menjawab sebaliknya hanya tersenyum dan plastik berisi pregnancy test dia hulur pada Elhan.Elhan sambut huluran.
Tatkala melihat ada dua garis pada pregnancy test, terus sahaja dia pandang wajah Aiza seakan tak percaya."betul ke ni, wifey ?"
Aiza tersenyum sambil mengangguk laju.
"Tak tipu ?"soal Elhan lagi.
Aiza geleng.
Terus badan Aiza ditarik masuk ke dalam pelukkan hangat Elhan.Aiza membalas pelukan sang suami tercinta."Ya Allah..terima kasih..terima kasih menghadiahkan zuriat kepada kami.."
Dahi Aiza dikucup bertalu-talu.Sungguh tak tergambar bahagia mereka saat ini.Pelukan kemas tadi mula dilonggarkan.Elhan memegang lembut kedua-dua bahu Aiza lalu menolak supaya dia duduk di tepi birai katil.
Aiza hanya akur dengan tindakan suaminya.Kemudian Elhan duduk sekali di sebelah Aiza.Perut kempis Aiza yang berlapik dengan baju tidur dia usap perlahan.
"anak Babah duduk diam-diam tau dalam ni..jangan mengatal nak keluar awal..bagi Umi dengan Babah bersedia dulu..nanti baru keluar ye, sayang ?"ucap Elhan sambil tersenyum memandang ke arah perut Aiza.
Kemudian telinganya dibawa ke depan perut Aiza."wifey..takde bunyi baby pun.."ucap Elhan tatkala telinga sudah dijauhkan dari perut Aiza.
Telinga Elhan, Aiza tarik perlahan."memang lah takde bunyi.Telinga awak tu bukannya ada ultra sound, husband..kena pergi klinik, barulah boleh dengar.."beritahu Aiza.
"aduh wifey..janganlah tarik telinga saya..buatnya telinga anak kita capang sebab awak suka tarik telinga saya, hah ! macam mana ?"soal Elhan sambil mengusap telinganya yang baru sahaja ditarik selamba oleh Aiza.
"takde maknanya Han.."jawab Aiza.
Elhan sudah tersengih dengan terserlahnya lesung pipitnya.Kemudian, laju sahaja kepalanya dibaringkan atas riba Aiza menghadap perutnya yang masih kempis.
Tangannya sudah mengusap lembut perut Aiza lalu satu kucupan singgah pada perutnya."Tak sabar pulak Babah nak tengok anak Babah ni keluar.. "
Elhan sudah tertawa kecil.
Aiza yang lihat wajah bahagia Elhan sudah tersenyum bahagia.Rambut lembut Elhan dia main.Memang menjadi kebiasaan, rambut Elhan dikutil-kutil oleh Aiza.
"wifey.."panggil Elhan dengan nada mendayu lalu memandang wajah isterinya.
Aiza hanya berdehem perlahan sambil tangannya masih bermain dengan rambut lembut Elhan.
"terima kasih sebab sudi terima saya sebagai seorang suami dan sudi kandungkan anak kita..I'm very appreciated it, wifey.."ucap Elhan.Tangannya sudah beralih ke pipi montel Aiza.
Aiza sudah terhenti dari membelai rambut lembut Elhan.Dia pandang wajah bahagia Elhan yang sedang menatapnya dari bawah.
"itu dah jadi tanggungjawab saya,husband.."balas Aiza sambil tersenyum lebar.
Sempat Elhan tersenyum sebelum pipi Aiza dia tolak ke bawah perlahan.Mata dipejamkan saat bibir mungil Aiza dia kucup lembut.Aiza hanya membalas kucupan hangat dari sang suaminya.Lama bibir mereka bertaut sehingga nafas Aiza mula tercunggap.
"amboi, padu sangat ke kiss saya sampai hilang nafas, wifey ?"perli Elhan tatkala bibir mereka sudah berjauhan.Elhan sudah tertawa kecil.
Bahu Elhan ditampar manja oleh Aiza."ishh ! sukalah kenakan saya !"
"alololo..sian dia..jangan merajuk wifey.. gurau je.."pujuk Elhan tatkala wajah Aiza sudah cemberut.
Aiza menjeling tajam ke arah Elhan.
"baby sayang.. tengok Umi ni..jeling-jeling Babah..Umi tak sayang Babah dah.."ngadu Elhan sambil mengusap-usap perut Aiza.
"haah..tak sayang pun !"balas Aiza.
"wifey..sampai hati cakap macam tu.."suara Elhan dah macam budak kecil tak dapat mainan.Auta je lebih si Elhan ni..Gedikssss !
Pipi Aiza sudah kembung dek menahan ketawa daripada terhambur.Tapi lama-kelamaan, terkeluar sudah ketawanya.Lagi-lagi apabila melihat wajah Elhan dengan memuncung itik ke depan.Macam budak-budak !
Kali ni Elhan pulak yang merajuk.Bibir dijuihkan ke depan dan mukanya berpaling jauh sedikit dari perut Aiza.
Ketawa Aiza sudah kembali reda.Bibir ditayang senyum dan tanpa dipaksa, wajah Aiza disembamkan pada wajah Elhan yang 'merajuk' tadi.
Kali ni, bibir Aiza yang mendarat dulu pada bibir Elhan.Automatik bibir yang memuncung macam itik tadi kembali normal.Dasar Elhan Amsyar ! nak kiss je tahu !
Tatkala bibir dijauhkan, mata masing-masing bertatapan.Bibir pula sudah tersenyum lebar.
"I love you husband, Mr.Dimple !"ucap Aiza.
Elhan apa lagi.Memang tersengihlah jawabnya."I love you 2000 more, my lovely wife, Aiza Nur Sofiya.."
Share this novel