"Aiza ! tunggu !"jerit Iqbal tatkala melihat Aiza yang sudah berjalan laju untuk menghindarinya.
"arghh ! kenapa aku kena jumpa dia lagi ? semaklah !"monolog Aiza, sendirian.Kaki dia langkah bertambah laju.
Namun terhenti tatkala lengan bajunya dipegang oleh Iqbal.
"ishh ! lepaslah !"bentak Aiza.
Belum sempat Iqbal nak lepaskan lengan Aiza, terus sahaja Elhan datang.
Kolar baju melayu teluk belanga yang dipakai Iqbal disentap laju.Dengan sekali tolakkan, belakang badan Iqbal sudah melekat pada dinding.Nasib lah tempat yang mereka berada sekarang, tak ramai orang.
"jangan sentuh Aiza.."ucap Elhan.Nampak macam masih berlembut tapi masih ada nada tegas dan serius.
"boss..boss salah faham ni.."ucap Iqbal.
"apa yang salah faham ? saya nampak sendiri awak pegang tangan isteri saya.itu salah faham ?"nadanya sudah dikeraskan.
Iqbal telan air liur."saya cuma nak bercakap dengan Aiza, boss..saya nak betulkan keadaan.."
Elhan berdehem perlahan.Tangannya yang mencengkam kolar baju melayu milik Iqbal sudah dia lepaskan.Elhan mula berundur beberapa tapak ke belakang.
Iqbal mula membetulkan kolar baju dan posisi badannya.Matanya memandang wajah bossnya berselang-seli dengan wajah Aiza.
Keluhan ringan dia keluarkan sebelum memulakan budi bicara.
"Aiza..I mintak maaf..I tahu, I dah musnahkan kepercayaan You pada I..I tahu, I tak sepatutnya tipu You..tapi jujur I cakap..masa kita bertunang dulu, I belum kahwin..I kahwin dengan isteri I selepas nenek I meninggal..I tak mampu nak tolak wasiat dari nenek I sebab tu I terus kahwin dengan dia..I betul-betul takde niat nak menduakan You.I faham kalau You masih nak bencikan I..I akan terima.."terang Iqbal panjang lebar.
Elhan memandang kearah sang isterinya.Aiza langsung tak pandang ke arah Iqbal tapi dia hanya menunduk memandang jubin lantai.
"Aiza..You jangan risau..I takkan ganggu You lagi..I dah mula terima takdir hidup I.Kita berdua memang bukan berjodoh"ucapan kali ini membuatkan Aiza mula mengangkat wajahnya.
Iqbal tersenyum memandang wajah bekas tunangnya.Kemudian dia beralih pandangan pada wajah bossnya pula iaitu Elhan.
"Boss jangan risau.. saya takkan ganggu Aiza lagi..lagipun boss dah ambik alih untuk jaga Aiza sebagai seorang suami.."ucapnya lagi sambil tersenyum memandang Elhan.
"Aiza..kalau You nak tahu,lama- kelamaan, I mula terfikir.Semua perkara yang kita nak, tak semuanya kita akan dapat tapi apa yang dah ditakdirkan oleh Allah pada kita, pasti kita akan dapat dan itulah yang terbaik.Perlahan-lahan, I dah mula lupakan masa lalu kita..Sekarang, I dah buka buku baru dengan isteri I.Dan tak lama lagi, akan ada seorang penghuni baru yang akan ada sekali dengan I dan isteri I iaitu bakal anak I..Asbab dia jugak lah, I mula berubah..I harap, You dengan boss akan kekal bahagia sampai ke syurga.cepat-cepat ye dapat baby, nanti bolehlah kita berbesan.."tutur Iqbal dengan panjang lebar.
Sempat juga dia mengenakan bossnya dengan Aiza.Tertawa halus mula keluar dari bibir Iqbal.
Tak lupa jugak dengan Aiza dan Elhan.Masing-masing sudah pecah ketawa.
*****
Seperti biasa, balkoni luar bilik menjadi tempat Aiza menggambil udara segar.Dia berdiri menghadap langit malam yang terhias dengan bintang-bintang sambil sikunya menongkat pada balkoni batu simen.
Keluhan ringan dia keluarkan.Kini, hatinya sudah terasa lapang tatkala mendengar luahan hati Iqbal.Akhirnya, masing-masing sudah menerima takdir yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T dengan redha.
Pinggang ramping Aiza menjadi santapan tangan kekar milik Elhan Amsyar.Dagunya dilabuhkan pada bahu Aiza.
Aiza sudah tersenyum lalu kekura tangan Elhan yang memeluknya dia pegang.
"wifey..lambat lagi ke turn kita ?"soal Elhan dengan nada yang sayu.
"maksud awak, husband ?"soalan dibalas dengan soalan.
Aiza berasa kekura tangan Elhan sudah menjauh dari tangannya.Perlahan-lahan kedua-dua tapak tangan Elhan sudah mencuri masuk kedalam baju yang sedang dipakai Aiza.Perut kempis Aiza diusap-usap perlahan.
"baby lah, wifey..bila dia nak muncul dalam ni ?"soal Elhan.
"ishh ! gatal !"
Tangan Elhan yang masih mengusap perut Aiza disebalik bajunya, dia tampar halus.
Terdengar bunyi ketawa dari bibir Elhan di belakang telinganya.Kemudian, badan Aiza dia pusingkan menghadap wajahnya.
Kedua-dua bahu Aiza dia pegang.Matanya tajam menikam anak mata sang isteri.
"awak dah lama tak datang bulan lagi kan ?"soal Elhan sambil mengecilkan matanya.
"haah lah..rasanya.. dah dua bulan lebih tak datang lagi.."jawab Aiza dengan polos.
Elhan tayang senyum joker.Erkk ! Seram !
"awak taknak cuba test ke ? Mana tau dapat dua garis.."ujar Elhan.
Aiza sudah tersenyum melihat wajah ceria Elhan."tak sabar betul ye ?"
"mestilah tak sabar, wifey..saya nak tengok mini versi kita..Mesti comel.."ucap Elhan dengan muka bahagianya.
Tangan Aiza sudah merangkul pada leher Elhan."dah bersedia ke nak bersengkang mata jaga baby ? buat susu baby ? basuh berak baby ?"soal Aiza bertubi-tubi.
Elhan tersengih macam kerang busuk."slow-slow lah wifey..first time kan ? lagipun pandai buat, pandailah jaga.."
"amboi..pandai ye mulutnya cakap..jap lagi bila depan-depan muka, baru tahu !"ujar Aiza.
Elhan hanya tergelak."wifey..malam ni on ehh ? sebelum awak buat pregnancy test..Mana tahu sangkut kembar ke ?"
Aiza sudah kecilkan mata memandang Elhan yang galak di depannya.
"okey..diam tandanya setuju !"ujar Elhan.
Tanpa menunggu lama, tubuh Aiza sudah selamat dia dukung dan dibawa ke atas tilam.Elhan mula menindih badan Aiza yang berada di bawahnya.Leher jinjang Aiza sudah dia jamah dan seterusnya...
Share this novel