12

Romance Series 10968

Senyuman dari bibir Elhan masih terpancar tatkala baru sahaja berbual dengan si 'crush'.Walaupun sekejap, ianya tetap bernilai.

Bukan senang nak dekat dengan si Aiza tu.. Dari zaman sekolah pun, jarang sangat tengok dia berbual dengan lelaki.Kalau ada pun, semestinya hal sekolah.

Dan perangai garangnya.. Perghh ! Makin garang oo..

Tiba-tiba sahaja wajah yang tersenyum tadi berubah ke arah pelik."Iqbal dah kahwin ? seriously, aku tak tahu tentang hal ni.. patutlah dia asyik kusut aje baru-baru ni.."

"memikirkan apa tu Han ?"soal Mak Yuni sambil meletakkan segelas air coklat panas di atas meja.

"eh, Mak Yuni.. hehehe.. takde apa pun Mak Yuni.. biasalah, hal kerja..banyak kena settlekan"dalih Elhan sambil tersengih.

Mak Yuni mula melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Elhan.

"kamu ni Han..kenapa perlu fikirkan pasal kerja pulak kat rumah ? kat rumah, patutnya kamu berehat.."nasihat Mak Yuni.

"hehehe.."Elhan hanya gelak dan tersengih.

*****

Aiza merenung ke arah kakinya yang berbalut.Yup, kakinya masih lagi bengkak.Nak berjalan pun payah.. Kalau terdesak sangat, barulah dia akan tahan sakit untuk berjalan.

Tangan Aiza pula membuka kertas bungkusan coklat Hersey Kisses yang diberi Elhan malam semalam.Kemudian, dimasukkan pula coklat itu ke dalam mulut.

Kunyahan tadi disertakan dengan pejaman mata sambil tersenyum.Sedapnyaaa..

Ya, Aiza memang pantang nampak coklat.Tak kesahlah jenama apa..asalkan coklat.. Haihla..tu lah sebab pipi makin tembam.

Eh ! nak salahkan coklat pulak..padahal salah si tukang makan tu.. Perempuan kan ? Mana pernah salah.. Yedok ?

Namun, sesi makannya terganggu tatkala ada orang menelefonnya.

"siapa pulak kacau daun time cuti ni ?"bebel Aiza sambil meleretkan jari untuk menjawab panggilan yang masuk.

"hello.."sapa Aiza tanpa melihat nama yang terpapar pada skrin telefon tadi.

"Aiza ada dekat rumah ?"soal si pemanggil.

Aiza menjarakkan skrin telefon lalu melihat nama pada paparan skrin.HAN ANNOYING..

Perghhh ! Dia punya set nama tu.. lain macam.. Hahahahaha..

Kemudian, dia meletakkan kembali telefon pada cuping telinga."Ada je.. asal ?"

"boleh awak keluar sekejap ? Saya dah berdiri depan rumah awak ni.."beritahu Elhan di hujung talian.

"hahhh ?! kau biar betul ?"soal Aiza dengan nada yang tinggi.Opps ! terjerit pulak..Terkejut punya pasal.

"betullah.. buat apa saya nak tipu..boleh awak keluar ? panas ni kat luar..Kang jadi ikan kering pulak lama-lama kat luar ni..hehehe.."sempat lagi si Elhan buat lawak bodoh.

"tskk ! gilo ! kejap..aku ambik tudung jap.."ujar Aiza seraya bangun dari duduk di sofa ruang tamu.

"okeyyy... be careful Aiza.. kaki awak still sakit kan ?"soal Elhan.

"leklah..aku boleh handle lah..ohh mak kau !"latah Aiza tatkala dia nyaris sahaja terjatuh dek tersepak bucu sofa.Nasib tangannya yang lagi satu sempat menyandar pada dinding.Kalau tak..lagi bertambah sakitlah kaki.

"Kan dah cakap tadi..hati-hati..you're so careless, Aiza.."bebel Elhan.

"huhh ! membebel macam mak nenek je kau ni.. Kang aku sidai kau kat luar, baru tahu !"marah Aiza sambil menyarungkan tudung sarung di kepalanya.Kemudian melangkah ke arah pintu utama.

Hanya terdengar ilai tawa dari hujung talian.Siapa lagi yang gelak, kalau bukan Elhan tu haa..

Buka sahaja pintu utama, terus terpampang wajah Elhan yang tersenyum lebar.Panggilan telefon terus dimatikan lalu disimpan ke dalam poket seluar jeansnya.

"Ada apa datang ?"soal Aiza.

"nah !"ujar Elhan sambil menghulurkan satu beg kertas.Bau makanan masuk ke rongga hidungku.

"untuk ?"soal aku dengan kerutan di dahi.

"untuk awaklah, takkan jiran sebelah pulak..ambiklah..panas lagi bubur tu.. kek coklat pun ada .."beritahu Elhan sekali dgn hulurannya.

Aiza sambut."thanks.. tapi kau tak perlu sampai nak belikan makanan bagai kat aku..aku still boleh je cari makan..macam menyusahkan kau je.."tutur Aiza.

Elhan tersengih."it's okey..Tak susah pun..lagipun kebetulan lalu sini..tu, yang tapaw makanan tu.."

"kau dah makan belum ?"soal Aiza.

"aaa..dah.. dah.. dah makan dah tadi.."jawab Elhan sambil tersengih.Kata-katanya pula tergagap.

Manakan tidak.. Lepas bersiap, terus sahaja dia pergi Mac Donald semata-mata nak belikan bubur dekat 'crush'.Bukan kebetulan tapi memang dah rancang dari malam semalam dah ..

Namun, tanpa diduga.. perut Elhan tiba-tiba sahaja berbunyi.

"Sah dah ! Budak tak cukup umur ni, menipu aku ni... dari percakapan yang gagap tadi pun, aku boleh tangkaplah !"monolog Aiza.
Mata helang Aiza mula merenung tajam muka Elhan di hadapannya."mulut boleh tipu, perut kau tu dah bagi hint dah..jomlah lepak depan tu.."ajak Aiza.

"eh, kan kaki awak still sakit lagi.. Mana boleh berjalan banyak.."halang Elhan.

"halah.. bukan jauh mana pun..depan tu je haa.. lagipun aku pun bosan, asyik duk berkurung dalam rumah je.."ujar Aiza lalu menutup pintu dan grill rumahnya.

"pegangkan makanan aku jap.. nak kunci grill ni.."ujar Aiza sambil menghulurkan makanan tadi kepada Elhan.

Elhan hanya menurut sahaja sambil melihat Aiza yang sedang mengunci grill rumahnya.

"okey, jom !"ujar Aiza lalu melangkah keluar dari perkarangan rumahnya.Nasib baiklah pondok kecil memang betul-betul berada di hadapan rumahnya dek kedudukan rumah Aiza berhadapan dengan padang kecil.

Jadi, dekat jelah kalau nak melepak luar rumah..

"slow-slow jalan tu Aiza.."pesan Elhan yang berada di belakang Aiza yang laju sahaja melangkah pergi ke padang.

Haihla..Sakit kaki pun boleh jalan laju..

"shuuuuu.. diam !"ujar Aiza sambil meletakkan jari telunjuk di bibirnya tanda suruh berhenti bercakap.

Elhan hanya tergelak."Saya bukan budak keciklah nak suruh diam macam tu.."

Aiza hanya buat derk lalu menyambung perjalanannya sehingga sampai ke pondok.Sesudah sampai, dia mula melabuhkan punggung diatas bangku.

"fuhh ! penatnya.."ngadu Aiza.

"tulah, sakit-sakit kaki pun nak berjalan bagai.."ujar Elhan yang sudah sampai di hadapan Aiza lalu dia duduk.

Makanan tadi diletakkan diatas bangku.Kedudukan mereka berdua dihalangi oleh makanan tadi.

Aiza buat muka sambil memandang Elhan di sebelahnya yang sedang membuka penutup bubur.

"diamlah !"marah Aiza.

Elhan hanya tersenyum lalu menghulurkan bekas bubur yang telah dibukanya kepada Aiza berserta sudu plastik.

Ahhh ! Asal senyuman budak tak cukup ni buat jantung aku tetiba berdebar pulak ? Aishhh !

Tanpa berkata apa-apa, terus sahaja Aiza menarik kasar bekas berisi bubur dari tangan Elhan.

Elhan hanya tersengih sambil mengelengkan kepala."Aiza.. Aiza.. perangai macam budak.."

"bila masa aku budak ? kau tu budak ! eh, mana kek ? aku taknak makan bubur..Tak sedap.."beritahu Aiza.Dia meletakkan bekas bubur diatas bangku lalu menyelak bungkusan kertas Mac Donald.

Kotak kek coklat ditarik laju.Senyuman paling manis ditayangkan tatkala kotak kek sudah Aiza buka.

Elhan yang berada disebelah hanya tersenyum melihat gelagat 'crush' depan mata.

Aiza pula dah tak kesah dah, ada orang ke takde orang ke..asal dia dapat makanan.Terus sahaja dia tersenyum memanjang ditambahkan pula dengan pakej goyang kepala ke kiri dan ke kanan.

"Sedap kek tu ?"soal Elhan sambil tersenyum ke arah Aiza.

"sedaplah..nak pulak orang belanja, memang triple sedappp !"jawab Aiza sambil tersenyum lalu sambung kembali kunyahannya.

"Ehh kejap !"ujar Elhan.Dia mula mengambil tisu yang dibekalkan oleh Mac Donald lalu mengelap perlahan hujung bibir Aiza.

Aiza yang sedap mengunyah, terus sahaja terhenti.Matanya tepat memandang wajah Elhan yang betul-betul di hadapan mukannya.

Setiap inci muka Elhan dia lihat.Tak dinafikan, Elhan memang ada rupa..Lagi-lagi bila muka dia tengah serious.. Dari kening.. mata, hidung dan bibir merah si dia yang menandakan mungkin dia bukan seorang perokok ?
Entah kenapa, muka yang serious jugak Aiza minat..Maybe sebab menampakkan muka seseorang tu macho ? Haa, gituuu..

"dah puas ke tilik muka saya, Aiza ?"soal Elhan yang kini sudah memandang tepat ke arah anak mata Aiza.

Aiza yang dari tadi asyik merenung bibir sang jejaka di hadapannya, terus tersentak.Mata mereka berdua saling bertatapan.

Namun hanya sekejap.

Aiza terus gelabah lalu memandang ke arah lain."eh, tu..makanlah bubur tu.. aku tak berapa minat bubur.."beritahu Aiza sambil menunjukkan jati telunjuk ke arah bekas bubur.

"ouh.. tak minat ehh "soal Elhan sambil tersengih.

"aku minat coklat..kalau kau bagi aku coklat, baru aku tak tolak..bubur tu.. Hurmm..kau ajelah makan.."suruh Aiza lalu menyuapkan lagi kek coklat di dalam mulutnya.

Elhan mula mencapai bubur Mac Donald dan dibukakan penutup.Satu demi satu suapan masuk ke dalam mulutnya.

"hurm.. Aiza.."panggil Elhan.

"huh ?"terus sahaja Aiza tersentak.Aduhai mamat ni.. Asal suara tu lembut sangat ? dahla jantung aku dah berlari laju pasal tenung muka dia tadi tak habis lagi..ditambah pulak dengan suara dia pulak dah..

"aa.. macam mana awak tahu pasal Iqbal dah kahwin ?"soal Elhan, takut-takut.

Yelah, ketgi keluar singa Aiza tu..Haa, mampus lah nak..

Dengar sahaja nama Iqbal tu, terus sahaja Aiza buat muka.

"pasal malam semalam tulah..aku dengar dia dengan kawan dia sembang pasal wife dia tu.. aku rasa aku ni bodoh sangat.. terlalu percayakan dia.."ujar Aiza.

"Dan kau ? asal kau boleh tak tahu ? kau kan keje dengan dia ?"soal Aiza, berang.

"aa..saya tak rapat dengan dia pun..cuma sekadar bos dan pekerja..lagipun dia hanya cakap yang dia mintak cuti dulu pun sebab nak settlekan hal bertunang..hal kahwin, dia takde pulak cakap.."beritahu Elhan.

"ehhh ? bos ? kau..."belum sempat Aiza bercakap, Elhan dah mula tersengih.

"Saya ada company sendiri..itu pun sebab papa saya amanahkan company tu.. dia pulak busy dengan company besar yang lagi satu.."beritahu Elhan.

"weyh ? seriuslah ?! kau muda-muda, dah ada company ?"terus terbuntang mata Aiza melihat lelaki di hadapannya.

Elhan pulak hanya tersengih dengan pakej malu-malu kucing."hurm..lebih kurang macam tu.."

"hebatlah ! kalah aku yang tua dari kau.. asyik jadi kuli aje.. "ujar Aiza.

"perjalanan hidup masing-masing tak sama Aiza.. Ada orang hidup susah tapi bahagia aje dengan family.. Ada orang hidup mewah tapi bahagia dengan diri sendiri aje.."bisik hati Elhan.

Namun bibirnya tetap tersenyum untuk menutup rasa sunyinya tanpa belaian mama dan papa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience