37

Romance Series 10968

Iqbal yang baru sahaja pulang dari pejabat mula melangkahkan kaki menuju ke arah bilik tidurnya.Namun matanya tertancap pada pintu bilik Hani yang terbuka kecil.

Entah mengapa kakinya seakan mahu mendekati bilik Hani.Sesudah sampai di hadapan pintu bilik Hani, dia lihat Hani sedang duduk antara sujud dengan memakai telekung.Mungkin baru selesai solat.

Lama dia perhati sang isteri dari celah pintu yang terbuka kecil tadi.

"Ya Allah.. Ya Rahman.. Ya Rahim..kau ampunkanlah segala dosaku, dosa suamiku, arwah ibu bapaku, arwah Nek Pah, ibu dan ayah mertuaku ya Allah..aku jugak bermohon kepadamu agar kau lembutkan lah hati suamiku.. bukakan lah pintu hatinya untuk terima aku dan anakku yang bakal lahir nanti.. aku teringin sangat-sangat nak ada keluarga yang bahagia, ya Allah..aku nak tengok anak aku nanti bahagia bila ada ayah dan ibu di depan matanya nanti, ya Allah..aku taknak hati dia luka sebagaimana hatiku dulu.. Hanya kepadaMu lah aku bermohon..Robbana atina fitdunya hasanah, wafil akhiroti hasanah, waqina aza bannar.Wasollallah huala saiyidina Muhammad, wa ala alihi wasoh bihi wa sallam, wal hamdulillah hi rabbil a lamin.Amin."

Telapak tangan yang ditadah tadi sudah disapukan pada wajah tatkala doa habis dibaca.

Hati Iqbal tiba-tiba tersentuh dengan setiap bait doa yang dibacakan oleh Hani tadi.Sedikit sebanyak buat dia tersentak.Terlalu banyak dosa yang dia dah buat pada Hani tapi Hani masih mendoakannya.

"tskk ! polos betul kau, Hani..aku yang jahat dengan kau pun, kau still boleh doakan ?"bisik Iqbal perlahan sebelum kakinya menapak pergi.Langkah kakinya mula menghala ke arah bilik tidurnya.

Tombol pintu dipulas lalu dibuka.Kaki diatur ke arah tilam lalu punggung dihenyakkan.Tie yang terlilit di leher dilonggarkan dan dua butang baju kemeja bahagian atas dibuka.Keluhan perlahan dikeluarkan.

Kedua-dua tapak tangannya dia buka lalu pandang sayu."tangan ni..tangan yang banyak pukul perempuan polos tu..perempuan yang sepatutnya dilindungi tapi aku ? aku pukul dia.. hina dia..layak ke dia doakan aku ? layak ke jantan tak guna macam aku ni dapat perempuan polos dan baik macam dia ? aku ni betul-betul jantan tak guna !"

Tanpa sedar, air mata jantannya mula jatuh setitis demi setitis di atas tapak tangannya.

"anak ? betul ke apa yang aku dengar tadi ? Hani mengandung anak aku ?"soalan itu dituju kepada dirinya sendiri.

*****

"Awak..awak dah nak makan ?"soal Hani sambil tersenyum tatkala melihat Iqbal yang baru turun dari tangga rumahnya.Iqbal hanya membalas dengan riak kosong.

Langkah kaki Iqbal dihalakan ke arah meja makan.Kerusi ditarik lalu dia duduk."buatkan aku coklat panas.."

Riak muka Iqbal bersahaja lalu dia keluarkan telefon pintarnya dari poket seluar.Dia mula membuka aplikasi Instagram lalu scroll skrin telefonnya.

"okey..kejap ye saya buat.."jawab Hani.Dia mula menapak ke arah dapur lalu satu cawan dia capai.

Sesekali mata Iqbal memandang sang isterinya yang sedang membancuh air coklat panas kemudian memandang semula skrin telefonnya.

"nah ! kejap ye.. saya ambilkan awak pinggan.."

Satu cawan yang berisi air coklat panas Hani letak atas meja berhadapan suaminya yang ralit merenung skrin telefonnya.Belum sempat dia berlalu ke arah rak pinggan, tiba-tiba sahaja Iqbal bersuara.

"kejap !"

Hani terhenti dari berpusing ke arah rak pinggan.Dia pandang Iqbal yang sudah merenungnya tajam.Hani telan air liur.

"Ya Allah..kuatkan aku terima ujian ini, ya Allah.."monolog Hani.

Telefon yang ada pada tangan Iqbal sudah dia letak atas meja sebelah cawan coklat panas tadi.

"kau mengandung ?"soal Iqbal,tiba-tiba.Tajam sahaja mata Iqbal menusuk masuk ke dalam anak mata Hani.

Hani terdiam.

"macam..macam mana dia boleh tahu ? takkan mummy bagitahu ?"Hani bermonolog sendiri.

"aku rasa telinga kau tu masih elok.. kau tak pekak kan ?"tajam sahaja kata-kata yang dikeluarkan oleh Iqbal kepadanya.

"saya.. saya.."tergagap-gagap Hani ingin membalas kata-kata suaminya.

Iqbal bangun dari duduk.Langkah kakinya diatur ke arah Hani yang masih berdiri tegak.Kepala Iqbal ditundukkan sedikit lalu perut Hani yang beralaskan baju t-shirt berwarna merah jambu diusap perlahan.Terasa perut sang isteri yang mula membenjol ke depan.

Hani memandang sisi wajah Iqbal yang dekat dengan wajahnya dek dia membongkokkan sedikit badannya tadi.Segaris senyuman terserlah di bibir Iqbal.

"Iqbal senyum ? betul ke apa yang aku nampak ni ? ke aku mimpi ?"Hani masih lagi bermonolog sendiri.Seakan tak percaya dengan apa yang dia nampak depan matanya sendiri.

Badan yang berbongkok tadi, Iqbal luruskan semula.Bibir yang tersenyum tadi mula mendatar.Cuma pandangan kosong dia pamerkan depan Hani.

Hani pula masih terkejut dengan perlakuan dan senyuman yang terserlah pada wajah suaminya tadi.Rasanya, itu kali pertama dia lihat suaminya tersenyum.

"kau jaga anak aku elok-elok..kalau jadi apa-apa, nahas kau, aku kerjakan !"ugut Iqbal.

Dalam takut-takut, terbit jugak rasa senang hati bila Iqbal terima anak yang sedang dia kandungkan.Bibir Hani tayang senyuman.Dia angguk kepala perlahan.

"tak payah nak tersengih-sengih bagai ! kau tunggu apa lagi kat sini ? pergilah ambikkan aku pinggan ! aku nak makan !"suruh Iqbal lalu dia duduk semula di kerusinya tadi.Air coklat panas dia hirup perlahan.

"ba..baik.."tergagap Hani menjawab tatkala tiba-tiba sahaja Iqbal menengkingnya.Tapi dari nada tengkingnya, sudah perlahan-lahan menjadi lembut.Mungkinkah suaminya mula berubah ?

Tanpa memanjangkan fikirannya pasal Iqbal, terus dia menapak ke arah rak pinggan lalu mencapai pinggan.Kemudian dia berjalan laju ke arah suaminya dan pinggan tadi diletakkan dihadapan Iqbal.

Dua senduk nasi dia sendukkan untuk suaminya.Kemudian seketul ayam masak gulai dia letakkan di dalam pinggan dan sedikit kuah ditepi nasi.

"asal aku sorang je makan ? kau dah makan belum ?"kalini nada suara Iqbal betul-betul lembut menyapa gegendang telinga Hani.

Hani yang masih berdiri di sebelah Iqbal hanya tergamam.Hani hanya mampu mendiamkan diri.

"kau duduk !"suruh Iqbal.

"huh ?"terkebil-kebil Hani memandang wajah Iqbal.Tak pernah-pernah Iqbal mengajaknya makan sekali.Kalau boleh dulu, dia langsung taknak tengok muka Hani bila mana dia sedang makan.

"jangan buat-buat pekak boleh tak ? aku kata duduk tu, duduk jelah ! susah sangat ke ? ke kau berangan nak duduk atas riba aku ?"perli Iqbal.

"ehh..tak..tak.."ucap Hani lalu duduk di kerusi sebelah Iqbal.

Kedua-dua tangan Iqbal diangkat untuk dibacakan doa sebelum makan.Setelah itu,dia mula mengaul nasi dengan kuah gulai dengan tangannya.Isi ayam dicubit lalu disuakan pada mulut Hani.

"takpe..awak makanlah.. saya kenyang lagi.."tolak Hani.

"aku bagi ni, makan jelah ! kau ingat aku tak tahu yang kau tu tak makan lagi ? lepas aku siap makan, baru kau makan kan ?"soal Iqbal.

Bukan Iqbal tak perasan.Tiap kali selepas dia habis makan, barulah Hani munculkan diri untuk menjamah nasi.Punyalah Hani takut untuk bertembung dengannya bila mana dia sedang makan.Sampai-sampai lewat malam, baru dia makan.

"tapi kan awak tak suka saya ada masa..."belum habis lagi Hani berkata, terus satu suap nasi masuk ke dalam mulutnya.Tergamam terus Hani dibuatnya.

"banyak betul mulut kau kan ? memekak je.. kunyah nasi cepat.. kesian anak aku dalam perut kau tu..asyik lambat je makan.."Bebel Iqbal.

Hani hanya akur dengan arahan suaminya.Bibirnya mula terukir senyuman pada sang suami.

Kini, suapan yang kedua pula masuk ke dalam mulutnya.Hani dengan rela, membuka mulutnya dan kunyah perlahan.Bibirnya tersenyum."terima kasih awak.."

Iqbal hanya balas dengan pandangan kosong.Tangannya menyuapkan lagi nasi ke dalam mulut sang isteri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience