Elhan mula menurun dari anak tangga rumah banglo milik keluarganya.Bibirnya mengukirkan sebuah senyuman yang paling gembira.
Yelah, petang tadi duk melepak dengan si Aiza tu.Bukan main happy lagi dia tadi.
"Mak Yuni !"sapa Elhan yang sudah berdiri dibelakang Mak Yuni bersama sengihan di bibir.
"eh ! budak bertuah ni ! terkejut Mak Yuni.."balas Mak Yuni sambil mengurut dada kirinya.Tangan kanannya yang pegang sudip terhenti dari mengacau kuah tauchu lada.
"hehehe..Meh sini Han tolong kacaukan.."pelawa Elhan.Sengihan tak lepas dari bibir Elhan.
Sudip besi mula bertukar tangan.Dengan penuh ikhlas Elhan mengacau kuah tauhu lada di dalam kuali.
"Kamu ni Han..Mak Yuni tengok, sejak dari kamu balik rumah tadi, asyik aje kamu tersenyum-senyum.Siap menyanyi lagi ye tadi ?"soal Mak Yuni sambil merenung tajam ke arah anak majikannya.
Elhan gigit bibir bawah sambil memandang Mak Yuni yang berada di sebelahnya.
"dating ke tadi ?"soal Mak Yuni sambil mengangkat keningnya banyak kali.
"Mana..Mana ada dating.. melepak dengan kawan je.."jawab Elhan tergagap-gagap.
Tulah, nak tipu kan ? memang terketar-ketarlah nak jawab.
"yelah tu Han.. Kalau betul dah jumpa yang berkenan, cepat-cepatlah bawak jumpa Datuk dengan Datin.. jangan tunggu lama-lama, nanti kang melepas.."nasihat Mak Yuni.
"insyaAllah kalau dah sampai jodoh Han..memang Han ikat ketat-ketat.."seloroh Elhan sambil ketawa mengekek.
"amboi Han..yelah.. Mak Yuni pun akan doakan Han cepat-cepat dapat jodoh..bukan apa.. umur kamu ni pun, dah layak nak jadi suami.."beritahu Mak Yuni.
Elhan hanya tersengih.
*****
Iqbal mencampakkan telefon pintarnya ke atas tilam.Dia mula menyerabutkan rambutnya dek stress dengan panggilan yang tidak dijawab oleh Aiza.
Bukan tiga kali tapi lebih dari 30 kali dia cuba menghubungi nombor telefon Aiza.
Sah ! memang sah, Aiza dah block nombor telefonnya.
"Arghhhhh !!!!"jerit Iqbal menumbuk kuat cermin yang tergantung di dinding bilik tidurnya.Giginya pula diketap kuat dek menahan sakit dihatinya dan jugak tangannya yang berdarah.
TOK !!! TOK !!! TOK !!!
"awak ? awak okey ?"laung Hani dari luar bilik Iqbal.
"arghhh !!! arghhhhh !!!"jerit Iqbal sambil menumbuk lagi cermin tadi.Darah mula memancut keluar dengan lebih banyak.
Pintu bilik yang sememangnya tidak berkunci, terus sahaja dibuka oleh Hani.
"Ya Allah.. awak !!!"jerit Hani lalu menerpa ke arah suaminya yang sedang berdiri kaku sambil memandang cermin yang retak di dinding.
Tangan suaminya yang berdarah dipegangnya.
Dengan pantas, laci yang berada di sebelahnya dibuka.Kemudian tuala kecil ditarik laju lalu dibalutkan pada tangan Iqbal yang sedang berdarah.
Sedang Hani mengelap sisa darah di tangan Iqbal, terus sahaja Iqbal menempis tangan milik Hani.
"blah lah kau ! semua ni jadi sebab kau, kau tahu tak ?! "jerit Iqbal di muka Hani.
Hani pula tak berani nak angkat muka.Hanya mampu menunduk dan mengalirkan air mata.
"aku tak faham betullah dengan keluarga aku.apa yang hebat sangat dekat kau ehh ? sekadar menyusahkan aku ada lah !"bentak Iqbal.
Air mata Hana mula mengalir ke pipi tanpa dipaksa."Hana minta maaf..Hana.."belum sempat Hana menghabiskan kata-katanya, Iqbal sudah mencelah.
Bibir Iqbal dengan sendirinya tersenyum sinis ke arah Hana.
"Maaf ? kau ingat dengan maaf kau tu boleh ubah semuanya ke ? Tak semudah itu je..Aku akan pastikan kau menyesal kahwin dengan aku..Sekarang, baik kau berambus dari bilik aku.."
"tapi tangan awak.."Hana mencuba mendekati tangan Iqbal yang masih berdarah.
Iqbal laju menempis."Aku kata berambus tu berambus jelah ! Blah lah ! Aku tak perlukan perhatian kaulah perempuan !"gertak Iqbal.
"tapi.."
"blah lah ! Aku semaklah tengok muka kau ! Blah jelah !"gertak Iqbal sekuat hati.
Hana yang terkejut, terus sahaja berlalu pergi.
Iqbal menghela nafas kuat.Terasa tubuhnya mula lemah dek darah yang masih keluar dari tangannya yang cedera.
Kakinya mula jatuh sehingga melutut.Iqbal lantas menundukkan kepalanya. "arghhhh ! Kenapa aku ? Kenapa aku tak boleh dapat apa yang aku nak ?! Kenapa ?!"
sorry ye gais.. Lama Jua menghilang.. Jua akan slow2 mulakan balik menulis ye..maaf buat korang tertunggu.
Share this novel