BWERKKK ! BWERKKK !
Hani Qaisarah mula memuntahkan segala isi perutnya berulang kali.Kini, sudah tiga kali dia berulang-ulang ke tandas apabila tekaknya berasa loya.
Tubuhnya mula berasa lemah.Manakan tidak, makan satu dua suap, terus muntah semula.Hanya air minuman sahaja yang boleh dia telan.
Bibirnya dibasuh dengan air lalu dilap dengan tisu yang yang terlekat pada tepi dinding tandas.Punat plush ditekan.
Kakinya mula diatur keluar dari tandas.Sofa yang berada di ruang tamu dia tuju.Punggung dihenyakkan perlahan lalu belakang badannya disandar.
Keluhan perlahan dia bebaskan.Dadanya yang masih perit akibat muntah tadi diusap perlahan.
"asal pulaklah aku selalu sakit ye ? dulu takde pulak nak sakit-sakit macam ni..nak pergi klinik ke ? tapi Iqbal mesti taknak bawak aku.."
Hani mula bercakap sendirian.Di rumah, memang hanya dia dan Iqbal sahaja yang tinggal.Memang rutin diaorang berdua umpama orang asing.Masing-masing buat hal sendiri.
"nak suruh mummy ke ? tapi nanti mummy bagitau Iqbal.."ucapnya lagi.
TING TONG ! TING TONG !
Bunyi loceng rumah mengejut Hani dari berfikir.Dengan kudrat yang masih bersisa, dia gagahkan jua untuk membuka pintu kepada tetamu yang datang.
Pintu utama rumah ditarik.Tersembul wajah Puan Rania, iaitu ibu mertua Hani.
Namun tak sempat Puan Rania masuk ke dalam rumah, Hani sudah jatuh longlai dihadapannya.
"Ya Allah, Hani !"Laju sahaja Puan Rania meluru ke arah menantunya yang sudah pengsan.
*****
"mummy.. Bal busy lah.. banyak kerja nak kena settle kan ni.."ucap Iqbal di hujung talian.
"untuk isteri sendiri pun tak boleh nak mintak emergency ke ? nak tunggu Hani dah takde depan mata baru nak menyesal ?"suara Puan Rania sudah naik seoktaf.Geram dengan perangai anaknya yang ambil sambil lewa tentang Hani.
"apa lagi perempuan tu nak ? apa tak cukup ke duit bulan-bulan dengan makan pakai dia yang Bal dah bagi ?"rungut Iqbal.
"Iqbal memang tak pernah nak ambik tahu ke pasal kesihatan Hani hah ? sampai dia boleh pengsan ? pucat mummy tengok muka dia tadi..kalau mummy tak datang rumah kamu, tak tahu lah apa nasib Hani tu.."bebel Puan Rania.
"takde masalah Bal nak fikirkan kesihatan dia tu..entah-entah dia berlakon sakit je tu.. saja nak suruh semua orang ambik berat pasal dia.. dahla mummy.. Bal busy.. "ucap Iqbal.Belum sempat Puan Rania membalas kata-katanya, terus sahaja panggilan dimatikan.
Mengucap panjang Puan Rania dengan tingkah laku anaknya yang sudah berubah selepas berkahwin dengan Hani.Apa boleh buat ? awal-awal ibu kepada Puan Rania sudah meletakkan wasiat kepada Iqbal.Nak taknak, kena tunaikan.
"mummy.."sayu sahaja suara Hani memanggil ibu mertuanya.
"ya, sayang.."jawab Puan Rania lalu mendekatkan diri dengan Hani yang terbaring di atas katil hospital.Terserlah muka pucat Hani yang sedang menatapnya.
Kepala Hani diusap perlahan."Hani dah rasa okey dah ? Hani lapar ? ke Hani nak air, sayang ?"
Hani hanya mengelengkan kepala."Mummy jangan bagitahu Iqbal ye Hani masuk hospital..Hani taknak dia.."
Belum sempat Hani menghabiskan kata-kata, terus sahaja Puan Rania mencelah."Mummy dah bagitahu dah Iqbal tadi.. haih..macam mana kamu boleh pengsan macam tadi, Hani ? kamu tahu tak yang kamu tu mengandung ? nasib je kandungan kamu takde apa-apa.."ucap Puan Rania.
Mata Hani yang tadi layu terus segar."me..mengandung ?"
"yelah..kamu mengandung.. doktor cakap baru dua minggu..takkan kamu tak tahu ?"
Hani hanya mengelengkan kepalanya.Sungguh ! memang dia tak tahu sama sekali.Patutlah seleranya selalu terbantut.Rupanya ada penghuni baru di dalam rahimnya.
"Iqbal tahu ke Hani mengandung, mummy ?"soal Hani.
"budak tu..haih..belum sempat mummy nak bagitau, awal-awal dia dah tutup call tadi.."beritahu Puan Rania.
Hani menarik nafas lega."kalau boleh..mummy rahsiakan dari Iqbal ye..Hani taknak dia tahu yang Hani mengandung.."tutur Hani, lembut.
"lah..kenapa pulak ? itu kan anak Iqbal.. dia berhak tahu..nanti takdelah dia selalu salah sangka dengan Hani kalau-kalau kamu selalu sakit.."
"Hani tahu..tapi Hani tak rasa dia boleh terima Hani dengan anak yang bakal lahir ni nanti..mummy pun tahu kan Iqbal tu macam mana ? Hani pun taknak dia makin stress dengan Hani.."
"Baik sungguh Hani ni..sanggup biarkan diri sendiri derita demi kebahagian orang lain..Patutlah ibu selalu puji dia.."monolog Puan Rania.
"kalau itu yang Hani nak.. mummy akan tunaikan..tapi Hani kena jaga diri.. jaga baby elok-elok..jangan paksa diri buat benda-benda berat.."
Hani mengulum senyum ke arah ibu mertuanya."insyaAllah mummy"
Kekura tangan Hani dibelai lembut oleh sang ibu mertua.Nasib baiklah dia dapat ibu mertua yang betul-betul sayangkan dia macam anak sendiri.
Nak harapkan suami sendiri ? Memang tidaklah..Hanya yang Iqbal tahu, naikkan suara dan fitnah itu ini pada Hani walhal tiada salah apa pun.
"mummy..terima kasih ya sebab sudi terima Hani jadi menantu mummy.. mummy selalu layan Hani macam Hani ni anak mummy.."ucap Hani.
Puan Rania memghadiahkan sebuah senyuman."sama-sama Hani..dari awal mummy kenal dengan Hani, mummy tahu Hani ni baik orangnya.. sama macam arwah Nek Pah bagitahu.."
"Hani rindu Nek Pah..kalaulah Nek Pah ada lagi.. mungkin Iqbal takkan benci Hani macam sekarang.."sayu sahaja ayat yang dituturkan oleh Hani.
"Hani sayang..tak baik cakap macam tu.. semua yang berlaku itu kehendak Allah SWT.Kita kena beriman dengan qada' dan qadak.Lagipun, pasti ada hikmah atas apa yang berlaku.."
"tapi Hani nampak, semakin hari semakin Iqbal benci dengan Hani.."
"Hani.. mummy percaya, suatu hari nanti Iqbal akan mula nampak perwatakan Hani yang sebenarnya..Dia cuma tak boleh terima bila kena ambik amanat dari Nek Pah.. Hani banyakkan berdoa ye ? doa supaya Iqbal lembut hati untuk terima takdir dia.."
"Amin..Hani harap sangat Hani boleh bahagia dengan keluarga kecil Hani..Hani dah lama hidup sebatang kara.."
"Hani jangan risau.. Hani tak keseorangan, sayang..Mummy kan ada ?"ucap Puan Rania sambil menghadiah sebuah senyuman.
Hani hanya membalas senyuman tanpa berkata apa-apa.
Dia rasa bersyukur kerana dikurniakan orang yang sebaik Puan Rania.Sama persis seperti arwah Nek Pah yang mula-mula menjaganya sejak dia berusia 17 tahun.
Ketika mana, dia dan arwah ibunya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.Namun, Allah lebih menyayangi ibu Hani..Hanya Hani sahaja lah yang terselamat dari kemalangan itu.Bapanya pulak, sudah meninggal dari dia berusia dua tahun.
Nek Pah yang kebetulan melalui jalan raya itu yang menolong Hani Dan ibunya.Disebabkan kasihan dengan Hani, Nek Pah menjadikannya dia sebagai anak angkat.Begitulah kisahnya.
Share this novel