2

Romance Series 10968

Sedang sibuk si Rizwan menyelak helaian kertas yang cikgu Kamal bagi, tiba-tiba sahaja bahunya disentuh secara mengejut.

Tersentak jugaklah si Rizwan tu.Dia berpaling ke arah gerangan yang menyentuh bahunya tadi.

"hoi ! terkejut aku.. haih, kau ni.."bengang Rizwan.Jarinya mula menyambung semula kerjanya yang tertangguh tadi.

"halah kau ni.. sentuh bahu je pun.. tu pun nak terkejut.. "perli Elhan sambil bercekak pinggang.

"memang terkejutlah.. aku tengah ralit nak baca, kau tetiba gi sergah aku..eiii ! kau ni.."marah Rizwan.

Elhan hanya ketawa."leklek ahh ! ni, aku nak suruh kau tolong pinkan nombor kat baju aku.. "suruh Elhan sambil menghulurkan secebis kain yang sudah dituliskan nombor dan empat biji pin.

"muka aku jugak yang jadi PA kau kan ? padahal berlambak je budak lain yang boleh tolong pinkan..Ni, kalau kau kahwin 10 tahun akan datang, aku rasa aku jugak yang kena jadi pengapit kau, kan ?"teka Rizwan sambil tangannya mencapai huluran teman baiknya.

Walaupun mulut tu membebel, tangan still aje buat.. Yelah, kawan baik katakan..

Elhan tersengih."yelah, memang kaulah jadi pengapit aku..dah takde orang lain dah.."jawab Elhan lalu memalingkan belakang badannya menghadap Rizwan.

Rizwan hanya menggelengkan kepalanya.Haihla.. macam-macamlah si Han ni..

Dengan penuh teliti dan berhati-hati, Rizwan mengepinkan sehelai kain yang diberi Elhan pada baju sukan Elhan."okey, done !"ujar Rizwan tatkala dia sudah selesai menghabiskan kerjanya.

Elhan memusingkan semula badannya supaya menghadap Rizwan."thanks, bro !"ujar Elhan sambil tersengih sampai nampak giginya yang tersusun cantik.

Ni kalau pelajar junior yang nampak ni, mahunya jadi angau belaka.. Yelah, si Han tu dahlah cukup pakej.

Sesudah selesai, laju sahaja kaki Elhan yang tidak berkasut sekolah itu berlari anak ke arah khemah rumah sukannya.

"Han ! goodluck !!!"jerit Rizwan tatkala si Elhan sudah sampai di pertengahan tempat antara tempat MC dengan khemah rumah sukan Elhan, iaitu rumah sukan Kuning.

Elhan yang sedang berlari anak hanya mengangkat tangan dari belakang tanda dia dengar apa yang dikatakan Rizwan.

*****

"Pada hadirin sekalian, kini tibalah pula pada acara larian 4 × 100 meter bagi kategori B, bawah 15 tahun.Para pelajar diminta bersiap sedia.."ujar Rizwan yang telah ditugaskan untuk menjadi pengacara majlis Hari Sukan Sekolah.

Elhan mula mengambil tempat lariannya.Tidak lupa juga, peserta lain juga telah bersedia untuk membuat larian.

"ke garisan.. sedia... mula !"jerit Cikgu Talha sambil menekan wisel tanda acara sudah dimulakan.

Dengan pantas, Elhan dan juga peserta dari rumah sukan lainnya berlari mengikut laluan masing-masing.

Suasana ketika itu, takyah cakaplah macam mana..sememangnya riuh rendah dengan suara para pelajar yang menyorak untuk rumah sukan masing-masing.Tak lupa juga guru-guru yang memberi kata-kata semangat semasa acara itu berlangsung.

"kini atlet dari pasukan rumah hijau mendahului para atlet dari rumah sukan lain.. Dan ouhhhhh ! atlet rumah kuning semakin hampir dengan atlet rumah hijau..itu dia.. larian yang cukup laju ditunjukkan oleh atlet rumah kuning.."ujar Ridzwan dengan nada teruja.

Semestinya teruja.Kawan baik sendiri mula mengambil tempat pertama semasa acara larian itu.

Tanpa diduga, tiba-tiba sahaja larian laju yang ditonjolkan oleh Elhan yang merupakan atlet rumah kuning menjadi semakin perlahan.

Kini, tempat pertama mula diambil.alih semula oleh atlet pasukan rumah hijau.Manakan tidak, lagi satu pusingan sahaja lagi untuk Elhan menjadi juara.Namun apakan daya.. nasib tidak menyebelahinya.

Sesudah menamatkan larian sehingga ke tempat permulaan larian tadi, terus sahaja Elhan terduduk atas rumput.

Kaki kanannya dibengkokkan sedikit untuk melihat tapak kakinya yang terasa pedih tiba-tiba.

Berkerut keningnya tatkala ternampak kakinya yang berdarah.Ada sedikit serpihan kaca terlekat di tapak kakinya.

'eh ? asal semalam time aku berlatih takde pun kaki aku kena kaca ? Ada orang sabotaj ke apa ni ?'fikir Elhan sejenak.

"huh ? boleh pulak dapat nombor 2 walaupun kaki sakit ? tskk !!!"bisik satu suara.Korang agak-agak siapa ?

"eh, kaki kamu ni kenapa ? Adli dengan Ungku, tolong papahkan dia pergi medic.."panggil cikgu Junaidah tatkala terlihat tapak kaki Elhan yang sedang berdarah.

Dua orang pelajar yang dipanggil oleh Cikgu Junaidah akur dengan arahan lalu memapah Elhan yang berincut-incut kakinya menuju ke khemah medic.

Sesudah sampai, Elhan duduk berlunjur.Mukanya memang dari tadi berkerut aje.. Manakan tidak, pedih-pedih ngilu pada bahagian tapak kakinya.

Namun tatkala melihat gerangan yang berada di khemah medic, hatinya mula berbunga-bunga.Bibir pun asyik senyum aje memanjang.

"macam mana boleh luka ni ? takkan kat padang ada botol kaca pecah kut ? lagipun semalam, okey je latihan semua.. takde pun sampai luka bagai ? pelik ni.."bebel Aiza.Iye, Aiza ni memang suka membebel.. Haihla.. bertabah ajelah labu !

"entahla.. Saya pun tak tahu.. tiba-tiba je time berlari tadi rasa macam terpijak something yang tajam.."luah Elhan lalu tersenyum melihat Aiza yang sedang berhati-hati mengeluarkan serpihan kaca kecik pada tapak kakinya.

'Ya Allah, cantiknya ciptaan Engkau.. bidadari kat dunia ni wujud ke ? cantiknyaaa..'puji Elhan.Tapi dalam hati ajelah. Depan-depan memang taklah..Kang tak pasal kena ketuk dengan first aid kit yang keras tu haa..Benjol kepala aku satt gi..

Elhan hanya memerhati gerak geri Aiza yang sedang merawat kakinya.Aiza menyapu larutan iodin pada luka tatkala serpihan kaca sudah dicabut dari tapak kaki Elhan.

"auch !"aduh Elhan.

Aiza hanya memandang wajah Elhan yang sudah berkerut keningnya menahan pedih."kata anak jantan.. luka sikit je pun.."perli Aiza tatkala jarinya terhenti dari menyapu larutan iodin menggunakan kapas pada luka Elhan.

"pedihlah awak.. takkan nak suruh saya ketawa pulak.."ujar Elhan dengan nada takde mood.bengang pulak rasa dengan 'crush' aku ni..boleh pulak dia suruh aku tahan sakit ? mana boleh main tahan-tahan sakit ni.. Haihlaaa..

Aiza ketawa sambil gelengkan kepalanya."terasa ke ?"

Aiza mula membaluti kaki Elhan dengan bandage.Lembut sahaja dia balut dan semestinya balutannya kemas.

"Hurmm.."jawab Elhan nak taknak.Merajuk !

"ehh kau ni ! tu pun nak sentap ! dah, settle dah kaki kau ni..dah, gi blahh sana tu..dahla tak ucap terima kasih.."bebel Aiza sambil mengemas kembali ubat dan barangan yang dia guna semasa merawat kaki Elhan.

"thank you.."ujar Elhan nak tak nak.Eleh ! acah je lebih..padahal happy giler kut bila 'crush' tolong balutkan luka..Ehekkk !

"macam tak ikhlas je kau ni ? ikhlas lah sikit.."suruh Aiza sambil tangan masih menyusun kembali barangan ke dalam first aid kit.

"ishh ! yelah ! yelah ! thank you so muchhhh !"ujar Elhan lalu menghadiahkan mini love dengan jari kanannya.Bibirnya mula tersenyum.Terserlah dimple di kedua-dua belah pipinya.

Aiza pula dah tergamam.Terasa bahang panas di kedua-dua belah pipinya.Ehh mamat tak cukup umur ni.. tahulah muka handsome, tapi takyahlah tayang dimple kau tu.. eiii ! geram je aku tengok !

Ouhh ! so cute betullah bila 'crush' blushing.. Haihlaa.. jantung aku pun dah berlari laju daripada kaki aku tadi.. Hihihihihi..

Aiza dah tersipu malu.

sorry lambat updated.. Jua tulis citer ni main-main je.. apa yang ada dalam kepala, Jua tulis jadikan citer.. So, enjoy this chapter !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience