"wah ! pengantin baru dah masuk kerja.. muka banyak bahagia je boss ?"soal Kak Salehah yang merupakan orang paling lama bekerja di syarikat Tuah Holding.
Elhan yang baru sampai ke tempat kerjanya terus berhenti.Dia sudah tersengih-sengih memandang Kak Salehah.
"malulah saya, kak.."ucap Elhan dengan mukanya yang sudah kemerahan dek malu punya pasal.
Kak Salehah dan Zalika sudah tersenyum melihat wajah merah bossnya.Orangnya nampak sahaja murah dengan senyuman tapi dalam masa yang sama jugak dia tegas.Apa-apa pasal Hal kerja automatik dia akan ke arah serius.
"ehh..boss bawak bekal ehh ? untunglah.. sekarang dah ada orang masakkan.."tambah Zalika yang merupakan seorang akauntan di situ.
Matanya tertancap pada beg kertas yang dibawa oleh Elhan yang berisi Tupperware.
Tak pernah hayat bossnya bawak bekal selama dia bekerja disini.Alih-alih, lepas je dah mendirikan rumahtangga, terus bawa bekal.
Macam orang selalu kata, kena pandai ambik berat pasal perut suami supaya tak cari yang lain..Haa, gitu..Tapi jangan risau, Elhan seorang yang setia.
Lagi bertambah malu lah jawabnya si Elhan."ehh.. haah.."
"boss..lupa nak tanya..yang pasal annual dinner akhir tahun kita nanti tu tema apa ye ? yelah.. nak surveys awal-awal.. tak kalut nanti.."soal Zalika.
"ouh ye.. saya pun lupa nak inform..tahun ni kita buat tema orang Melayu klasik tahun 60-an."
"wow..menarik tu boss..nanti bawaklah sekali wife boss.. bolehlah kitaorang kenal-kenal..haritu kan kitaorang tak dapat pergi tengok boss kahwin.."teruja sahaja Zalika ingin melihat siapakah gerangan yang menjadi isteri bossnya.
"insyaAllah..nanti jemput datang ye time menyambut menantu.."beritahu Elhan.
"boleh je boss.. mesti cantikkan wife boss.."balas Zalika.
"ehh..mestilah cantik.. tengoklah rupa boss kita.. mesti bagai pinang dibelah dua ni.."Kak Salehah laju sahaja mencelah.
"itulah.. boss pun tak pernah nak updated muka wife boss kat status.. asyik bagi gambar sipi-sipi je.. kedekut betul boss ni.."seloroh Zalika.
Mulut dia ni memang laju.Takde nak bersimpang-simpang.Straight to the point orang kata.
Elhan sudah tergelak." Ada-ada je benda awak nak bahan saya ye, Zalika ? dah, pergi sambung kerja awak tu..nanti saya potong gaji awak setengah jam"ugut Elhan.Saja nak menyakat pekerjanya.
"jangan gitu boss.. komitmen saya banyak boss.."Zalika sudah merengek mintak simpati.
"haa..tahu pun komitmen banyak.. duk bersembang banyak takpe pulak ye ?"tegur Elhan.
Zalika hanya tersengih."sorry boss..okeylah.. saya start buat keje ye..kak Salehah, saya pergi berjuang dulu ye.."seloroh Zalika sebelum berlalu pergi ke arah mejanya.
Kak Salehah hanya tersenyum sambil mengelengkan kepalanya.Budak tu..perangai tak senonoh betul.
"Saya masuk dulu ye kak..Have a good day.."beritahu Elhan.Bibirnya menghadiahkan sebuah senyuman.
"baik boss.."balas Kak Salehah.
Elhan mula menapak ke arah bilik kerjanya.Pintu kaca ditolak perlahan lalu berjalan ke arah meja.Beg kertas yang diisi bekal oleh Aiza tadi diletakkan di sebelah skrin komputer.
Punggung dihenyakkan diatas kerusi lembut miliknya dan dia mula mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek sut hitamnya.
Aplikasi Whatsapp dibuka.Nama sang isteri dicari.Nama sudah digantikan dengan nama baru.No more crush ye.. Dah jadi My Lovely Wifey siap letak emoji love merah lagi.
ElHAN ANNOYING - Wifey dah sampai dekat tempat kerja ?
MY LOVELY WIFEY - Dah..baru je sampai..
ELHAN ANNOYING - okeyyy wifey.. elok-elok kerja ye..jangan angau pasal tadi ye..
MY LOVELY WIFEY - Aiza hanya hantar sticker gambar kartun mencekik leher rakannya.
ELHAN ANNOYING - Elhan pula membalas dengan emoji ketawa.
Aiza terus tutup telefonnya lalu diletakkan sebelah keyboard atas meja kerjanya.
"hurghh ! base betul Han.. Ada je idea nak bahan aku.."Bebel Aiza sendirian.
Mana tak marahnya si Aiza, semasa dia ingin berangkat kerja, Elhan cepat-cepat halang dia dari nak bawa kereta sendiri.Katanya naik berdua lagi sweet.
Erkkk ! sweetlah sangat !
Pastu, memang mati-matian jugak Aiza nak bawa kereta sendiri.Malas nak menyusahkan si budak tu time balik nanti..Semestinya akan jammed teruk dari tempat kerjanya.Bertambah lambat pulak nanti nak balik rumah.
Lama jugak nak suruh Elhan mengalah tapi otak dia memang lincah bab-bab ambik kesempatan ni.Dia setuju naik asing tapi ada syaratnya.Setiap hari ada kissing.
Dasar betul ! Menyirap jugaklah rasa.Tapi nak taknak kena akur jugak.
Selepas selesai mencium tangan Elhan, laju sahaja Elhan mencium dahi licin Aiza.Dia sudah tersenyum bahagia.Aiza pulak hanya tayang riak biasa.Walhal dalam hati sudah nak luruh jantung.
"please Aiza.. tolong bagi ruang untuk saya masuk dalam hati awak..tolong lupakan Iqbal ya ?"lembut sahaja Elhan memberi arahan.
Suara lembut Elhan masih lagi berlegar-legar dalam kepalanya dek itu kata-katanya sebelum dia berangkat pergi kerja pagi tadi.
"Aku pun masih tak tahu apa perasaan aku pada kau Han..banyak kali kau cuba tarik perhatian aku, tapi aku still keras macam tunggul..bagi aku masa Han untuk aku terima kau dalam hidup aku..maafkan aku Han.."monolog Aiza.
*****
Aiza merenung langit gelap yang dihiasi bintang-bintang dan bulan separuh penuh.Cantik dan tenang sahaja rasa.
"tengah fikirkan apa tu ?"soal Elhan yang tiba-tiba muncul di sebelah Aiza.
Aiza yang menoleh ke arah suara tadi terkesima melihat Elhan yang hanya berseluar track tanpa memakai baju.Dibahunya hanya tergantung tuala.Cepat-cepat Aiza mengalihkan semula pandangan ke arah bertentangan.
"ishh kau ni..pakai lah baju dulu kalau iya pun..tak malu ke ?"soal Aiza tanpa melihat ke arah Elhan yang sedang berdiri di sebelahnya.
"nak malu apa ? bukan bogel pun.."santai betul Elhan menjawab.
"what ?!"Aiza yang geram dengan jawapan Elhan terus memandang semula ke arah Elhan.Mulut dia ni, nak je aku tumbuk-tumbuk dengan lesung batu.
Terlihat bibir Elhan yang sudah senyum senget ke arahnya.
Aiza buat muka dingin.Matanya berpaling ke arah lain.Gila ! Takkan nak tenung lama-lama si Elhan tu.Boleh pengsan mungkin.
Dengan rambut basah yang terjuntai jatuh ke bawah.Badan tegap macam bodyguard..Mahunya luruh jantung Aiza dibuatnya.
"lewat pulak kau balik ?"soal Aiza.Cepat-cepat Aiza tukar topik.Bukan apa, Elhan ni boleh dikatakan panjang akal jugak.
"kenapa ? wifey dah rindu husband ehh ?"soal Elhan dengan suara memukau.Dia sudah menapak rapat kearah Aiza sehinggakan Aiza sudah bersandar pada beranda luar biliknya.
Kedua-dua tapak tangganya sudah menempel pada beranda sehinggakan pergerakan Aiza dikepung.
Aiza sudah meneguk air liur apabila wajah Elhan sudah mendekat dengan wajahnya.Terasa hembusan nafas Elhan yang dingin di mukanya.
Mata Aiza terus tertancap pada bibir Elhan yang masih tersenyum manis.
Elhan yang sedar mata sang isteri sedang asyik merenung bibir miliknya terus sahaja dia bersuara."you want to taste it again, wifey ?"
Laju sahaja Elhan menyakat sang isterinya.Aiza terus memandang kearah anak mata Elhan.Haa, kantoi !
Gulp ! Kesat betul air liur nak ditelan ketika ini.Wajah Elhan betul-betul mengodanya.
"eukkk ! takde maknanya..dah, tepi lah sikit !"
Tangan Aiza sudah menolak lengan sado Elhan.Namun hampa.Sikit pun tak beralih.
"ishh ! Han.."Aiza sudah merengek.Opss ! terkeluar sudah bunyi manja Aiza.
Wajah Aiza sudah cemberut memandang Elhan di hadapannya.
"ouh, I see.. not bad jugak suara manja awak ye, Wifey.. first time saya dengar..Boleh tergugat iman saya yang senipis kulit bawang ni.."seloroh Elhan sambil tersenyum.
Aiza dah menjeling tajam.
Ketawa Elhan sudah pecah melihat Aiza yang asyik menjeling tak puas hati terhadapnya.Sejak dari sekolah sampai jadi suami pun, masih lagi menjeling.Haih..Tak faham akum !
"bagi kiss dulu, baru saya lepaskan awak.."sakat Elhan sambil menudingkan jari telunjuknya ke arah pipi kirinya.
Ulat bulu sudah naik daun ! Eeee.. mengeletis !
TING ! Satu idea terpancar di dalam fikiran Aiza.Ouh..nak sangat kan menggatal.Jap ye..
"tutuplah mata.."suruh Aiza.
Elhan sudah tersengih.Dia hanya akur dengan suruhan Aiza.
Satu ! Dua ! Tiga !
Aiza sudah tersenyum mengenat.Satu jentikan padu dari jari halus Aiza kena tepat pada pipi kiri Elhan.
Si Elhan apa lagi.Terus mengaduh sakit.Pipinya yang terasa sengal dipegang sambil mengosok-gosok perlahan.
Nampak sahaja peluang keemasan, terus Aiza cabut lari dari Elhan.Namun, tak sampai satu minit, tiba-tiba sahaja Aiza sudah jatuh terjelopok atas jubin lantai.
See ! Karma is real !
Elhan yang berpaling ke belakang, hanya menyaksikan dan tergelak kuat.Geli hatinya melihat Aiza yang jatuh tiba-tiba.
Haa.. itulah.. tak dengar cakap suami..Dah dapat sakit..malu apatah lagi.Dua dalam satu dapat tu..Hahahahaha..
Share this novel