22

Romance Series 10968

Angin sempoi-sempoi bahasa meniup lembut daun-daun pokok rhu yang banyak tertanam di pinggiran pantai.Waktu petang memang adalah waktu paling sibuk dengan para pengunjung dan orang-orang kampung yang ingin meluangkan masa dengan keluarga mereka.

Elhan hanya mampu melihat suasana 'keluarga bahagia' yang terpapar jelas di matanya.Di sudut hatinya, dia begitu cemburu dengan orang lain yang mempunyai hubungan keluarga yang rapat.

Tidak sepertinya.Makan sorang.Tengok tv sorang.Nak ada aktiviti bersama keluarga kecilnya ? Jauh sekali.Mama dan papanya adalah orang yang mengejar kekayaan sehingga anak kandung sendiri pun hilang kasih sayang.

"Aiza..jom pergi dekat sana.."ajak Elhan sambil menunjukkan ke arah batu-batuan yang ada tepi pantai.

"okey jap.."balas Aiza sambil mengunci motorsikal ayahnya.Dia turun dari seat motorsikal lalu menapak ke arah Elhan yang sedang menunggunya.

Tangan kekar milik Elhan dihulurkan kepada Aiza sambil bibir terukir sebuah senyuman.

"aku bukan tuan puteri untuk kau hulur tangan bagai.."ucap Aiza dengan mukanya yang tak berkenan dengan perlakuan Elhan.

Tanpa hiraukan wajah masam mencuka Aiza, dia menarik selamba jari jemari sang isteri.Digengam rapat dan ditonjolkan depan muka Aiza siap dia bagi pakej senyum dengan dimples dia.

Aiza hanya mampu mengeluh perlahan.Malas nak berbalah."kau memang tak puas ke pegang tangan aku ?"

"tak..kalau boleh setiap masa saya nak pegang..Saya taknak hilang awak dah.. cukuplah lepas SPM saya dah tak jumpa awak..kali ni, saya takkan sia-siakan peluang yang ada..Saya akan buat awak jatuh hati dengan saya.."ucap Elhan dengan senyum nakalnya.

"goodlucklah.."balas Aiza sepatah tanpa nada.Entah ikhlas ke tak entah bagi semangat.

Tanpa persediaan apa-apa, pipi kiri Aiza dikucup lembut.Membulat mata Aiza merenung Elhan yang selamba badak buat aksi depan kawasan orang ramai.

Elhan hanya tayang sengih."free gift sebab bagi kata semangat.."

"eee..tak malu ke orang tengok ?"Muka Aiza dah cuak.Buatnya ada orang tengok.Tak ke malu nanti ?

"so, kalau buat dekat kawasan tertutup boleh lah ni ?"soal Elhan dengan muka terujanya.Kerja dia nak mengusik Aiza je tahu.

Suami siapa ni ? Tolong kutip jap..Level gatal dia makin naik.

"eee..budak ni..gatal merenyam !"marah Aiza dengan dahi yang berkerut.

"my 'gatal' is only for you, wifey.."ucap Elhan sambil mengekek ketawa.

Aiza buat muka menyampah."sudahlah kau..malas layan gatal kau tu..jom pergi sana.."ajak Aiza.

Malas dia nak melayan lama-lama si ulat bulu lonjong tu.Lama-lama nanti, loya tekaknya.Eleh..padahal bukan loya tapi nafas seakan tersekat bila tengok senyuman Elhan.Siapa je tak cair tengok senyuman manis budak dimples tu.

*****

Elhan dan Aiza sama-sama duduk di atas batu besar di pinggiran pantai sambil melihat keindahan alam semulajadi.SubhanAllah, cantiknya.

"awak nak tahu tak, Aiza ? saya tak pernah tau dapat sembang-sembang time makan macam semalam.siap bergelak ketawa lagi..beruntung awak ada family yang happy go lucky.."luah Elhan tiba-tiba.

Aiza melirik ke arah suaminya.Dilihat Elhan hanya tersenyum nipis dan matanya hanya memandang laut.

"kau kat rumah duduk sorang-sorang ke apa ? mama dengan papa kau tak bersembang kalau korang satu family makan sekali ?"soal Aiza,pelik.

Yelah, tengok dari air muka Elhan.Mana ada muka sedih.Asyik aje tersenyum.Boleh dikatakan macam hidup dia selalu bahagia.Haa..macam tu..

Elhan mengalihkan pandangan ke arah isteri tercinta."taklah..saya still duduk dekat rumah papa tapi mama dengan papa selalu je busy..jarang sangatlah nak makan sekali..kalau dapat makan sekalipun, mesti sembang pasal business.."beritahu Elhan.

Bibirnya tetap diukirkan senyuman walhal hatinya sudah retak bila teringatkan kisahnya.Perlahan-lahan matanya mula kendur dan dia menundukkan kepala.Lama juga dia berada diposisi begitu.

Tatkala kepala Elhan diangkat, buat pertama kali Aiza melihat wajah ceria Elhan berubah menjadi sedih.Air matanya sudah jatuh ke pipi dan mukanya tersembam pada bahu Aiza.Semua tangisannya dihambur keluar.

Aiza jadi serba salah.Tak sangka, lelaki sekuat dan seceria Elhan jugak punya luka.Aiza mendekatkan lagi tubuhnya ke arah Elhan dan menariknya ke dalam pelukan.

Belakang badan Elhan diusap lembut.Makin kuat bunyi sendu sedan dari Elhan.Mungkin sudah lama dia pendam.Aiza hanya membiarkan saja perlakuan Elhan.

Setelah lebih kurang 15 minit dia berada dalam keadaan begitu, Elhan mula menjarakkan tubuhnya.Matanya merah dek menangis.Dia masih mengelap pipi yang berbaki air mata.

"dah okey ?"soal Aiza sambil mengintai Elhan yang masih mengelap wajahnya dengan telapak tangan.

Elhan mengangguk laju tanpa memandang wajah Aiza di hadapannya.

Aiza mengusap rambut gebu milik Elhan banyak kali."masih bocah ye kamu ?"

Elhan angkat muka.Dia merenung Aiza yang seronok saja mengusik rambutnya."Dah pandai nak sentuh eh ?"soal Elhan dengan suara yang garau dek tangisan tadi.

"lembut gila rambut kau..macam bulu kucing.."puji Aiza.ehh ? puji ke kutuk ni ? Hahahaha..Tangannya berhenti dari mengosok rambut Elhan.

"what ? bulu kucing ?"Elhan sudah ternganga.Mulut dia ni main keluar je..Bertuah betullah..

Aiza dah mula ketawa.

Elhan tersenyum melihat Aiza.Dia sudah nampak perubahan pada Aiza yang sudah mulai banyak ketawa.Peluang untuk curi hati isterinya ini tinggi.

"terima kasih bagi pinjam bahu awak tadi..sorry, saya tiba-tiba teremosi.."pinta Elhan.Dia jadi serba salah sebab tiba-tiba teremosi depan Aiza.

"it's okey..lagipun kau kan anak tunggal.. aku faham.."beritahu Aiza sambil tersenyum.Kali ini, senyuman yang diberikan oleh Aiza ikhlas.

Dia tahu Elhan anak tunggal.Kalau mama dengan papa dia pun, dia kurang bercakap.Dekat siapa lagi dia nak luah apa yang terbuku dekat hati dia, kalau bukan dia simpan sendiri luka dia ?

Elhan hanya membalas dengan senyuman di bibir.

"Aiza..awak still nak kerja ke ?"soal Elhan tiba-tiba.

"Hurmm.. better aku kerja je kut..lagipun, dah lama aku kerja situ.. kenapa kau tanya ?"soal Aiza sambil merenung wajah Elhan.

"taklah..takut awak penat je nanti..yelah, banyak awak nak galas tanggungjawab nanti.."beritahu Elhan.

"aku dah biasalah Elhan..Kau pun kenal aku dulu time sekolah macam mana kan ? asyik je ada kerja kat sekolah..balik pun selalu lewat petang.."

"awak tak penat ?"

"anak sulung mana boleh penat Han..lagipun mak ayah aku bukan orang senang..Aku kena kerja keras untuk bagi diaorang happy.."

"awak gadaikan kebahagian awak demi diaorang kan ? sampai-sampai, diri awak sendiri pun awak tak ambik tahu.."

"apa boleh buat Han ? takdir aku dah tertulis macam ni..lagipun, aku lebih suka tengok orang yang aku sayang tersenyum bahagia dari tengok diri aku senyum.."

"patutlah dari dulu awak susah nak senyum..nak ketawa apatah lagi..nasiblah saya datang dalam hidup awak..Mana tahu nanti ada sinar bahagia ?"ucap Elhan sambil tersenyum simpul.

Aiza dah keluarkan kuasa jelingan maut pada Elhan di sebelahnya.

Elhan yang perasan jelingan tersebut, hanya tergelak.Kenal sangat dengan sang isterinya.

"so, lepas ni..kita nak pergi mana wifey ?"soal Elhan.

"baliklah..dah petang kan ?"

"lah..awal lagi..apa kata awak bawak saya pergi makan dekat mana-mana warung ? laparlah.."ujar Elhan sambil tersengih.Tangannya mengusap-usap perut.

"Hurmm..yelah.."balas Aiza, malas.

"tapi satu syarat.."

"syarat apa pulak ni ?"

"jangan merempit macam tadi ehh ? kalau tak.."

"kalau tak apa ? eleh..main ugut-ugut..kata jelah takut.."

"okey ! tapi jangan menyesal ehh nanti ? saya dah warning awal-awal..jangan kata Abang tak payung.."ucap Elhan,tegas.

Abang ? eukk ! kelu lidah nak sebut wei..

Aiza hanya ambik endah tak endah Kesah apa dia..Janji dia boleh puaskan hati..Yelah, bukan senang nak buli Elhan.Dah alang-alang nak sangat kahwin dengan aku kan..Terima jelah..Tak ke gitu ? Hahahaha..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience