13 TAHUN KEMUDIAN...
Aiza menekan pedal minyak tatkala dia sudah lewat masuk ke pejabatnya.Manakan tidak, semalam ralit sangat layan drama Korea.Sampai-sampai pukul 3 pagi baru tido.
Adehh ! Memang barailah nak gi keje.. Ni pun dengan tudung bawal pun tak sempat nak gosok.Last-last pakai shawl je haa.. lilit pun ala kadar.
Matanya sekejap pandang jalan raya sekejap pandang jam tangannya.Takut masuk kerja lewat punya pasal.
"adoi.. sempat tak eh ? lagi 5 minit oii.. adoiii."bebel Aiza, sendirian.
Akibat asyik sahaja pandang jalan lepastu pandang jam tangannya, tiba-tiba sahaja dia seperti terlanggar sesuatu.
Pedal brek terus ditekan.Matanya terkebil-kebil.Mulutnya sedikit ternganga apabila terlihat seorang penunggang motorsikal yang terbaring di tepi jalan.
"aku langgar orang ke ?"monolog Aiza, sendirian.
Terus sahaja dia keluar dari isi perut keretanya lalu menerpa ke arah penunggang motorsikal tadi.
Aiza duduk mencangkung di sebelahnya.Teragak-agak Aiza ingin menolong penunggang itu untuk duduk berlunjur.
Last-last penunggang tadi bangun sendiri untuk duduk berlunjur.
Mata Aiza terpandang seluar slack hitam yang dipakai penunggang tadi dan pada bahagian lutut seluar itu kelihatan sedikit terkoyak.Tak lupa jugak baju kemeja hitam di bahagian siku kirinya yang juga terkoyak.
"pss.. arghhh !"penunggang tadi mengerang kesakitan.
"aa..Encik..jomlah saya bawak pergi hospital .."ajak Aiza.
Penunggang tadi hanya akur lalu cuba untuk bangun namun gagal.
Nasib baiklah ada dua orang lelaki yang menunggang motorsikal cuba memberi bantuan.Motosikalnya diberhentikan di tepi jalan lalu menerpa ke arah mereka.
"encik berdua..tolong bawakan dia masuk kereta saya.."pinta Aiza kepada dua orang lelaki tadi.
Dia hanya menganggukkan kepalanya tanda iya.
"sini saya tolong.."pelawa salah seorang lelaki tadi.Dia dan seorang lagi lelaki lain mula memapah penunggang yang terluka menuju ke arah kereta milik Aiza.
Diletakkan penunggang yang cedera tadi di tempat duduk belakang.
"terima kasih Encik berdua ..terima kasih.."ujar Aiza sambil menundukkan sedikit kepalanya tanda berterima kasih.Dia kemudian berlari anak ke arah tempat pemandu.Cepat-cepat dia mula menghidupkan enjin.Kemudian, terus sahaja keretanya meluncur laju ke arah hospital yang berdekatan.
Sesekali matanya memandang cermin belakang untuk memastikan keadaan penunggang motorsikal tadi.
"aaa..Encik..Saya mintak maaf... Saya betul-betul tak sengaja nak langgar Encik..saya tak perasan Encik nak.."kata-kata Aiza terhenti tatkala si penunggang motorsikal tadi membuka topi keledarnya.
Wait a minute.. asal muka dia macam someone ?
"motor kat depan tu cik !"beritahu Elhan dengan nada suara yang sedikit tinggi.
SRETTTT !!!
Menyasar jugaklah tayar kereta Aiza tatkala dia brek mengejut.
Tak semena-menanya dahi licin Elhan tercium kepala seat belah penumpang di hadapan.
Elhan menggosok perlahan dahinya yang terasa pedih."Adoiiii !"
"Apalah nasib aku harini ? tadi kena langgar.. luka kat lutut dengan siku..lepastu dahi pulak kena langgar dengan kepala seat ni.. haihlaaa.. aku rasa aku langkah kanan tadi.. adehh ! Makin bertambah berdenyut kepala aku.. "monolog Elhan.
Aiza terus menekan lampu kecemasan.Kemudian, dia menoleh ke belakang.
"Encik..Encik tak apa-apa ?"soal Aiza, gelabah.
Elhan mengangkat muka lalu merenung si pemandu yang tak bertauliah di hadapannya.
Sebelum memulakan budi bicara, Elhan mengeluh lembut."cik.. cik dah ambik lesen ke belum ni ? luka kat kaki dengan siku saya ni pun masih ada darah tau..lepastu bertambah pulak sakit kat dahi sebab terhantuk dengan kepala seat ni haa.. nasib tak benjol !"bebel Elhan.
Aiza menahan diri dari tergelak pabila mendengar bebelan lelaki yang berada di seat belakangnya.
Aduii ! Kang aku gelak kang, dia pulak terasa..hurm.. tahan ajelah..
Aiza kunci bibirnya supaya suara gelaknya tak keluar.Kedua belah pipinya pula kembung naik ke atas akibat tahan gelak.
Elhan kecikkan matanya memandang pemandu yang bawak kereta entah apa-apa.
"cik gelakkan saya ke ? Ada saya buat lawak ?"soal Elhan dengan muka dan suara yang serius.
Serta-merta muka yang ingin ketawa tadi hilang.Terasa kecut perut pulak bila kena tegur macam tu."huh ?"
Elhan berdengus perlahan."dah, bawak je kereta tu..Tak payah kesah pasal saya kat belakang ni.."ujar Elhan lalu menyandarkan belakang badannya pada kusyen penumpang.
Aiza hanya akur lalu memulakan perjalanan ke hospital semula.Sepanjang perjalanan, telinga Aiza menangkap suara lelaki di belakangnya yang sedang menahan perit lukanya.
Namun, tiba-tiba sahaja phone milik Aiza berdering.Cepat saja dia angkat lalu melekapkan skrin phone pada gegendang telinganya.
"haa, hello.. kau asal tak angkat phone tadi ? akak dah call banyak kali tapi tak dapat-dapat..kau pergi mana hahh ?"bebel Aiza.
"aduii kak.. Wan tengah dalam tandas lah tadi.. takkan nak bawak phone gi masuk tandas ?"bengang Rizwan yang berada di hujung talian.
"time urgent lah kau nak masuk tandas.."bebel Aiza.
"ishh.. dah, sakit perut.nak buat macam mana ? takkan nak tahan ? dah, apa yang urgent sangat tu ?"soal Rizwan.
"akak ada terlanggar someone..Ni, nak bawak dia pergi hospital..akak.."belum sempat Aiza nak bercakap, laju je si Rizwan menjawab.
"hah ?! langgar orang ? dah tu macam mana ? teruk ke ? Ada patah-patah ke ? ke kena lenyek macam ubi keledek dengan tayar kereta akak tu ?"soal Rizwan.
"kau ni main-mainlah.."
Rizwan yang berada di hujung talian hanya mengekek ketawa.
"dia luka kat lutut dengan siku.. tadi aku call kau tu sebab nak suruh kau tolong ambik motor dia..akak dah bagi location tadi kat WhatsApp.. nanti tolong bawakkan pergi bengkel.."suruh Aiza.
"haa..okey.. kejap lagi Wan pergi sana.."jawab Rizwan.
"okey..thanks..bai !"ucap Aiza lalu menamatkan panggilan.
*****
SELESAI sahaja sesi pemeriksaan pada Elhan, terus sahaja Aiza meluru ke arah Elhan yang baru sahaja keluar dari bilik rawatan.
Elhan yang berjalan terincut-incut terkejut dengan tindakan Aiza yang gelabah.Elhan memejamkan matanya sekejap sebelum membuka semula matanya dan memandang wajah wanita yang kecik molek di hadapannya.
"Encik okey kan ? takde patah apa-apa kan ? luka kat lutut tu dalam tak ? kepala ? kepala okey ?"soal Aiza bertalu-talu.
Gelabah punya pasal.Yelah, dahla langgar anak orang..Ketgi apa-apa hal, dia yang kena tanggungjawab.
"saya tak apa-apa..doktor kata takde luka serius pun.."jawab Elhan,selamba.
Haih..rasa geram je dengan dia ni sebab dah langgar aku tapi aku tengok comel pulak dia ni gelabah tak tentu pasal tadi..ehekkk !
Aiza tarik nafas lega."huhh ! nasib baik takde apa-apa.."
"Elhan Amsyar ?"panggil seorang jururawat wanita di kaunter ubat.
Baru sahaja Elhan nak melangkah kaki ke arah kaunter ubat, laju sahaja Aiza halang."takpe takpe.. biar saya je yang bayarkan.. Encik tunggu sini dulu.."beritahu Aiza lalu melangkah laju ke arah kaunter ubat.
"Ni ubat suami Puan..total semua RM 40"ujar jururawat wanita tadi sambil tersenyum.
Ehh ? bila masa aku kahwin ? memandai je nurse ni..Haihla..
Aiza mengeluarkan dua keping wang kertas berwarna merah jingga dari dompetnya lalu dihulurkan pada jururawat tadi.
"terima kasih.."ujar jururawat wanita tadi sambil tersenyum manis.
"Sama-sama.."balas Aiza sambil tersenyum.Dalam masa yang sama, geram jugak dengan nurse tu.. Yelah, sesuka hati je panggil aku Puan.. Hurm...
Aiza mula berjalan ke arah Elhan yang masih setia berdiri sambil menyandar pada dinding di sebelah bilik rawatan tadi.
"rumah kat mana ? biar saya hantarkan.."pelawa Aiza.
"it's okey..Saya boleh naik grab.."ujar Elhan lalu mencapai beg plastik yang berisi ubat-ubatan yang bersangkut di jari Aiza dengan selamba.
"ouh..okey.."ujar Aiza.
Baru sahaja tiga langkah Elhan nak melangkah pergi, sempat lagi Aiza memanggilnya.
"Encik kejap !"panggil Aiza.Dia mencari sesuatu di dalam handbagnya.
Elhan memalingkan wajahnya ke tepi.
"Ni card saya..nanti pasal motor Encik, semuanya saya akan settlekan..nanti apa-apa, Encik boleh call saya.."beritahu Aiza sambil menghulurkan sekeping kad nama berserta no telefon.
Elhan mengambil huluran wanita di hadapannya dan baca kad nama yang tertera.
AIZA NUR SOFIYA BINTI ZAMBRI ? look likes familiar..
Elhan memandang muka Aiza, lama.'Macam aku pernah tengok..tapi kat mana ehh ? haa ! lantaklah ! nanti-nantilah aku ingat semula.'
"okey.."balas Elhan sebelum berlalu pergi.
Aiza mengeluh kuat."bulan ni terlebih bajet ooo.. adeh ! punyalah aku simpan duit.last-last kena pakai jugak duit tu.. haih .. dah nasib..redha ajelah duit melayang..lagipun salah aku sendiri jugak.. aduhaii.."
sorry reader.. Jua lambat updated.. sorry sangat2.. so, enjoy with this chapter !
Share this novel