10

Romance Series 10968

"kau ni memang kalau sehari tak menyusahkan aku tak sah kan ? pening kepala lah apa lah.."bebel Iqbal sambil meluncur laju ke arah kilinik berdekatan.

"maaf.. tapi saya betul-betul rasa nak pitam tadi.."jawab Hani, lembut.

"alasan ! kau memang sengaja nak tarik perhatian aku kan ? lepastu kau taknak bagi aku melepak luar lepas balik kerja ! sebab tu kau call mama, suruh aku bawak kau pergi klinik kan ?!"marah Iqbal.

"tak ! saya takde pun suruh mama call awak.. memang mama ada call saya tadi.. tapi.."tegah Hani yang ingin membela dirinya.Namun hampa.

Iqbal kalau dah benci memang bencilah jawabnya.. Dan kalau sayang.. memang sayang betul-betul.

"tskk ! alasan ! perempuan mcm kau ni tak layak nak dapat kasih sayang dari aku !"marah Iqbal.Sungguh ! Kepala Iqbal semakin berserabut tatkala dia melafazkan akad 3 bulan yang lalu.

Hani pula sudah mengalirkan air mata.Sudahlah kepalanya pening.Ditambahkan pula dengan amarah dari sang suami.Sakit hatinya setiap kali mulut Iqbal berkata buruk tentang dirinya tanpa usul periksa.

"menangis ! tu jelah kau tahu ! biarpun air mata darah keluar sekalipun, aku tak kesahlah !"bentak Iqbal.

Enjin kereta dimatikan tatkala keretanya sudah sampai di perkarangan tempat letak kereta di klinik.

"dah ! keluar kereta sekarang ! dah sampai !"jerit Iqbal.

Terhinjut bahu Hani dibuatnya.Laju sahaja dia menanggalkan seat belt lalu menolak pintu kereta untuk cepat-cepat keluar dari kereta milik suaminya.

Kang lambat 3 saat, mengaumlah bapak singa tu..naya..naya..

Iqbal keluar dari tempat duduk pemandu keretanya lalu menekan punat kunci pada kunci keretanya.Kemudian menjeling sang isterinya yang sudah berdiri tegak di bahagian depan keretanya.

Dengan muka selamba, Iqbal berjalan ke arah pintu masuk klinik.Hani pula hanya mengikuti suaminya dari belakang.

Dalam hatinya, ada juga sekelumit rasa bahagia bila sang suami tolong bawakan pergi klinik walaupun kena caci macam-macam.Yelah, payah sangat nak suruh si Iqbal ni ambik berat pasal isteri sendiri.

Mana taknya.. Bagi Iqbal, wanita yang bernama Hani Qaisarah hanyalah isteri atas kertas.Tak lebih dan tak kurang dari gelarannya itu.Sikap dinginnya terpancar tatkala dia terpaksa menerima Hani sebagai isteri sahnya.

Tanpa diduga, tiba-tiba sahaja dahi Hani terhantuk pada pintu masuk klinik.

"haa.. berangan.. tu jelah kau tahu ! mata tu lain kali, letak kat lutut.. senang !"bebel Iqbal.

Hani mengosok dahinya yang terasa berdenyut.Yelah, pintu klinik tu kan kaca.. Mana tak berdenyutnya..

Hani hanya mengerutkan dahinya.Sakit yang amat !!!

"minah senget memang macam tu.. Tak pernah nak betul !"perli Iqbal,perlahan tapi cukup didengari oleh Hani yang berada di belakangnya.

Sehari kalau tak dengar dia ni kutuk aku, tak sah hidup dia..Setiap hari, aku terpaksa keraskan hati supaya tak terasa dengan setiap bait bicara si dia..

Hani mula mengatur langkah ke arah kerusi di ruang menunggu manakala Iqbal mendaftarkan nama Hani di kaunter.Kemudian dia duduk di sebelah Hani.

Telefon milik Iqbal ditarik keluar dari poket lalu dibukakan skrin.

Aplikasi Instagram dibuka.Jarinya sibuk scroll skrin telefon sampai tak sedar yang dirinya diperhatikan oleh seseorang dari kerusi menunggu paling hujung.

"Puan Hani Qaisarah ?" panggil jururawat wanita yang menjaga kaunter.

Hani yang terdengar namanya disebut, terus sahaja bangun lalu memandang jururawat yang memanggilnya.

"bilik 1 ye Puan.."beritahu jururawat tadi sambil tersenyum.

Hani terus membalas senyuman dari jururawat tadi.

"awak.. tolong pegangkan beg dompet saya.."suruh Hani lalu menghulurkan beg sandangnya di hadapan Iqbal.

Iqbal yang tengah ralit melihat skrin telefonnya, terus merenung sang isteri di hadapannya.

"letak jelah tepi tu..sibuk kacau aku nak main phone.."bebel Iqbal.

"bahayalah letak macam tu je.. awak pegangkan..thank you !"ujar Hani sebelum bergegas masuk ke dalam bilik 1.

"eh ! minah ni ! Tak pasal, aku pulak jadi guard dia.. "bebel Iqbal sendiri.

Tak sampai setengah jam, Hani sudah keluar dari bilik tadi bersama doktor lelaki.

"wooo.. lama tak nampak ? lepas je kahwin, jarang kau ajak lepak ? seronok ada bini katakan.."ujar doktor tadi sambil tersenyum ke arah rakannya.

Di tag namanya tertulis nama ILHAM.

Iqbal bangun dari duduk di kerusinya."aku busy dengan kerjalah.. takde kena mengena pasal aku dah kahwin.."tegah Iqbal.

"ye ye je kau ni ?"ujar Dr. Ilham.

"kahwin ? You dah kahwin Bal ?"soal satu suara.

Suara tu...

Iqbal berpaling ke arah suara si penegur."Ai..Aiza.."terketar-ketar suara Iqbal untuk menyebut nama tunangannya.

Aiza betul-betul dah berdiri di belakang rakan karibnya, Dr. Ilham.

"tskkk ! patutlah banyak alasan.. rupanya You dah kahwin.. so, sekarang ni kiranya I tunang dengan laki orang ? wow ! hebat betul permainan You kan, Iqbal ! hebat ! Sangat hebat !"perli Aiza sambil menayangkan senyuman sinis.Tangannya pula mula menepuk ala-ala bangga dengan penipuan Iqbal.

"wait Aiza.. biar I explain dulu.. apa yang You nampak, tak macam apa yang You sangkakan.. I.."belum sempat Iqbal nak bercerita perkara sebenar, terus sahaja Aiza mencelah.

"I tak perlu dengar pun apa yang You nak explain kan dekat I.. mata dengan telinga I ada.. I boleh nampak dan dengarlah.."ujar Aiza lalu mencabut cincin tunangannya lalu dihulurkan kepada Iqbal.

"nah ! cincin tak bernilai ni.. lepasni You jangan nak cari I lagi.. congrats for your wedding Iqbal !"ujar Aiza sebelum melangkah keluar dari klinik dengan jalan terincut-incut.

"Aiza ! wait ! tunggu I !"panggil Iqbal tatkala dia sudah mengikut keluar Aiza.Lengan Aiza ditarik.

"jangan sentuh akulah !"jerit Aiza.Terus panggilan nama I bertukar kepada AKU.

Iqbal terus melepaskan lengan Aiza dengan serta-merta."okey, I lepas.. but please Aiza.. let me explain apa yang sebenarnya berlaku.."

"Tak perlu ! aku taknak dengar ! suara kau pun lagi aku taknak dengar !"jerit Aiza di luar klinik.Nasiblah malam, takdelah orang sangat area klinik.

'ishhh ! mana si Han ni ? kata pergi tandas ! lama betul ! aku dah rasa semak dah dengan lelaki depan aku ni..'monolog Aiza.

"no ! biar I explain, bagi You faham kenapa I kena.."ujar Iqbal tanda tidak mahu mengalah.

"cukup ! cukuplah Bal ! aku taknak dengar apa-apa dah dari mulut kau !"marah Aiza.

Memang sejenis yang reti bahasa melayu ke apa mamat ni ? aku kata taknak tu.. taknaklah !

"Han ! aku nak balik !"laung Aiza tatkala ternampak bayang Elhan yang baru keluar dari klinik dengan sebungkus beg plastik putih.Beg ubat kaki akulah tu..

Punyalah aku sakit hati, sampai-sampai tak ingat dah nak ambik ubat kat kaunter tadi.Nasib si Elhan boleh diharap.

Elhan yang terpingga-pingga, hanya menurut.Sempat juga dia melihat pekerjanya, Iqbal yang mukanya terlihat sebal.

"Iqbal ?"soal Elhan, pelik.

"tunggu apa lagi Han ?! cepatlah !"jerit Aiza yang sudah berada di tepi pintu kereta milik Elhan.

'Mak aii ! rasa nak jatuh bergolek je jantung ni haa..garang kalah singa !'kutuk Elhan dalam hati.

"haa.. ye.. kejap.."jawab Elhan lalu bergegas ke arah Aiza yang sudah merah padam mukanya.

Iqbal yang berdiri di luar klinik pelik dengan hubungan Aiza dengan bossnya.Keningnya bertaut sesama sendiri.Pelik.

"asal macam rapat je diaorang berdua ? aku tak pernah tahu pun Aiza kenal dengan boss.. siapa boss pada Aiza ?"bisik Iqbal, sendirian.

"arghhh ! malas aku nak fikir..yang sekarang ni.. ni semuanya salah perempuan tak sedar diri tu ! kalau dia tak sakit, takdenya aku kantoi dengan Aiza ! siap kau, perempuan !"api kemarahan Iqbal semakin membuak-buak.Dia terus masuk ke dalam klinik.

happy reading..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience