7

Romance Series 10968

BARU sahaja Iqbal duduk bersandar di sofa empuk miliknya untuk menghilangkan semua penat lelah setelah seharian bekerja.Matanya ditutup rapat.

Namun, tiba-tiba sahaja moodnya terganggu.

"Awak dah balik ? Saya ada masakkan nasi lauk asam pedas kat dapur.. awak nak makan ? Saya boleh hangatkan.."ujar Hani dengan lembut sahaja tutur katanya.

Terus mata yang terpejam tadi dicelik lalu merenung tajam ke arah suara yang bercakap dengannya.

"dah nampak aku depan mata ni.. maknanya aku dah balik dah lah.. apa bodoh punya soalan hahh ?!"nada suara Iqbal sudah naik tinggi.

Tersentak bahu Hani yang sedang duduk di sebelah suaminya, Iqbal.

Ya, Iqbal dah kahwin 3 bulan lepas.Berkahwin pun disebabkan keluarga Iqbal yang paksa.Bukan dengan rela hati Iqbal untuk kahwin dengan bukan pilihan hatinya.

__________________________________________________________________
"what ? kenapa perlu Nek Pah tulis dalam wasiat suruh Bal kahwin dengan perempuan pilihan Nek Pah ?! Mana boleh macam tu.. Nek Pah tahukan, yang Bal dah ada pilihan hati..Bal taknak kahwin dengan dia ! "tegah Iqbal sambil menuding jari ke arah seorang gadis polos yang duduk di sebelah peguam arwah Nek Pah.

"entah perempuan yang macam mana entah.. tiba-tiba nak suruh Bal kahwin..eh, perempuan ! kau ni memang tak reti nak bersyukur eh ? dahla tiba-tiba je muncul dalam hidup nenek aku, lepastu buat baik.. buat baik bersebab kan ? sebab kau nak aku ? ye kan, perempuan ?!"marah Iqbal.Dia sudah bangun berdiri sambil merenung tepat ke arah 'bakal isteri tanpa rela'nya.

"awak dah salah faham..saya tak pernah pun mintak nak kahwin dengan awak.. semuanya Nek Pah yang wasiatkan.. saya tak tahu pun.."nafi Hani Qaisarah.

"tskk ! Tak tahu konon.. muka kau ni memang nampak baik..tapi hati.. siapa je yang tahu .. entah-entah ada agenda lain.. tu sebab kau baik dengan nenek aku, kan ?"soal Iqbal lagi.

Sungguh, hatinya membara tatkala mendengar isi kandungan wasiat dari neneknya yang baru sahaja meninggal akibat kanser.

"cukup Bal !"jerit Puan Rania seraya bangun dari duduk.

"mummy tak pernah ajar anak mummy kurang ajar dengan orang !"tegur Puan Rania.

Iqbal mengetap giginya menahan geram.Dalam hatinya sudah membuak-buak amarahnya.

"kau ! perempuan ! selamanya aku takkan pernah sukakan kau ! walaupun sikit ! jadi, jangan menyesal bila kau kahwin dengan aku !"ujar Iqbal sebelum berlalu naik ke biliknya.

"Iqbal ?! Iqbal ?!"panggilan dari sang ibu hanya diendahkan.Kepalanya mula berserabut.

___________________________________________________________________

"maaf.. sa.. saya.. cuma.."suara Hani terus sahaja terlekat-lekat dek dijerkah oleh sang suami.

"hoi ! dengar sini eh ! kau tu cuma isteri atas kertas tahu tak ? so, tak payah nak jadi isteri mithali sangatlah.. muak aku tengok lakonan tak berbayar kau tu.."ujar Iqbal sambil menolak kepala Hani dengan jari telunjuknya.

"lagi satu ye..kalau aku lapar, pandai-pandailah akulah cari sendiri kat dapur tu ! Tak payah nak ambik tahu sangat ! aku nak rehat sekejap pun tak boleh ! menyemak ajelah dengar suara kau ni.menyerabutkan kepala otak aku je.."bebel Iqbal lalu bangun dari sofa.Dia mula melangkahkan kaki ke tingkat atas rumah miliknya.

Satu persatu air mata Hani jatuh mengalir ke pipi gebunya.Tangannya memegang dada kiri.

Terasa diri terlalu hina di mata suami sendiri.Perit hingga tidak terkata setiap kali mulut suaminya mencaci dan menghina dirinya.

"apa salah aku ? aku tak minta pun jadi isteri dia.. tapi dia ? asyik salahkan aku.. aku cuma jalankan amanah Nek Pah.. Nek Pah dari awal suruh aku tolong tengokkan cucu kesayangan dia.."monolog Hani sambil menangis.

Iqbal yang sedang menaiki anak tangga hanya menayangkan senyuman sinis ke arah isteri atas kertasnya.

"tskk ! pelakon yang boleh tahan hebat ! aku akan pastikan kau merana hidup dengan aku !"jerit Iqbal di dalam hati.

*****

"eh ? Aiza ?"sapa satu suara dari tepi.Senyuman dilemparkan dengan penuh ikhlas dan tak lupa, dimple mesti terserlah.

"ouh.. hai.."balas Aiza nak taknak.

Adui...asal boleh jumpa mamat ni lagi ? huhh !

Lengan Aiza terus disiku oleh Laila yang sedang berdiri di sebelahnya."oitt.. siapa tu ? not bad.."bisik Laila sambil tersengih.

Aku hanya buat rolling eyes.Minah sorang ni memang.. Pantang nampak yang good looking..mesti bibir tu tersengih sampai ke telinga.

"awak buat apa kat sini ? Cari barang ?"soal Elhan dengan nada yang penuh kelembutan.Yelah, tetiba pulak terserempak dengan crush.. Ehekk !

Senyuman memang tak lepaslah dari bibir sang jejaka.

"dah nampak aku belek-belek teddy bear ni.. mestilah aku nak beli..tanya lagi.."bebelku perlahan.

"ehemm.. Saya dengar apa yang awak bebelkan tu.. "ujar Elhan.

"haa.. baguslah kalau dengar.. yang tercegat lagi kat sini dah kenapa ? nak jadi teddy bear versi slim ?"meluncur laju aje bibir Aiza menutur kata.

Elhan apa lagi.Memang terbahak ketawalah dia tu.

"agak-agak kalau saya boleh dijual, ada tak orang yang nak beli teddy bear versi slim ni ?"soal Elhan selepas habis gelak sakan.

"takde.."jawabku sambil membelek -belek teddy bear berwarna khaki.Hurm.. comel..

"sebab ?"soal Elhan lebih lanjut.

"banyak cakap"jawab Aiza, jujur. Matanya masih memandang teddy di tangannya.

Elhan tergelak.

Aiza mengangkat muka ke arah si tukang gelak.Menyemak pulak lah mamat ni.. Jumpa je tersengih..jumpa je, bergelak sakan.. serabut !

"jomlah Laila.. Kita bayar barang.. malas nak layan orang gila.."ujar Aiza lalu menarik lengan Laila ke arah kaunter bayaran.

Sempat lagi Laila tersenyum memandang Elhan yang hanya tersengih bila Aiza mengelarnya sebagai 'orang gila'.Elhan hanya membalas senyuman Laila.

Kemudian dia mengelengkan kepalanya tatkala dua orang gadis itu sudah berlalu keluar selepas membayar teddy bear yang dipegangnya tadi.

"haihlaa.. kenapalah kakak Wan tu comel sangat ? tapi tulah.. tunangan orang.. maybe sekadar suka jelah untuk sementara ni..lepas dia dah kahwin, memang kena lupakan dah..hurm.. beruntung siapa dapat Aiza tu.."monolog Elhan sendirian.

"weyh ! kau ni.. aku tanya dari tadi, kau buat derk je.. siapa mamat handsome tu ?"soal Laila dengan nada yang teruja nak tahu.

Aiza yang baru menyuap sesudu aiskrim Baskin Robbins ke dalam mulutnya mula memandang sahabat baiknya dengan muka takde mood.

"kawan adik aku.."jawab Aiza.

"kawan Wan ? uishh ! handsome giler..umur sebaya Wan ke ?"soal Laila lagi.

"hmm.."jawab Aiza nak taknak.

"lahh.. muda lah pulak.. pangkat adik tu..ishh..Tak boleh..tak boleh.."ujar Laila sendirian.

"kau mesti nak tackle kan ? pantang betul nampak lelaki handsome sikit.. dah mengatal.."sembur Aiza lalu menyuapkan lagi aiskrim ke dalam mulutnya.

"mestilah.. handsome kut.. "beritahu Laila.

"kau memang !"balas Aiza.Bukan dia tak masak dengan perangai sahabatnya.

"eh ! tapikan.. asal dia panggil kau awak ehh ? lepastu lembut pulak tu cara percakapan dia tu.. mesti dia orang yang romantik kan ?"soal Laila.

"tskk ! romantik ? celah mana entah romantiknya..dia tu memang.. dari sekolah lagi panggil aku ni awak.. geli telinga aku dengar.. aku suruh dia panggil aku kakak, dia taknak..mengada je lebih budak tu.menyampah je aku dengar.."bebelku.

Laila hanya ketawa."aduhai kau ni.. jangan tetiba pulak dia jadi husband kau..naya Pak Karim oiii.."ujar Laila.

"gila ! memang mintak simpanglah weyh ! takkanlah aku nak kahwin dengan pangkat macam adik aku tu.. lagipun aku dah bertunang.. mestilah aku kahwin dengan tunang aku.."beritahu Aiza.

Wooo... memang mintak jauhlah nak kahwin dengan lelaki pangkat 'adik'. Aku tak suka okey ?

"haah kan.. kau kan dah bertunang.. tapi kita tak tahu.. buatnya dia jodoh kau.. naya.. naya.. tapi okey apa.. orang cakap bila dapat husband muda, muka kita pun nampak muda tau nanti.."beritahu Laila.

Kening Aiza mula bertaut."yeye je kau ni ? takde maknanya aku nak kahwin dengan lelaki muda.. Tak suka aku.."bantah Aiza awal-awal.

"aku cakap je.. well.. jodoh kan ? takde siapa tahu jodoh kita dengan siapa ? haa, gituuu.."ujar Laila.

Aiza buat rolling eyes.Menyampah !

teruskan pembacaan ye reader..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience