Aiza berdiri di balkoni kondominium milik Elhan sambil menghadap pandangan luar.Ambik udara luar katakan.Telinga diselit dengan telefon.
"So, misi dah berjaya ?"soal satu suara di hujung panggilan.Siapa lagi kalau bukan sahabat baik Aiza, si Laila tu.
"berjaya tu belum boleh dikenalpasti tapi still on going..aku ni dahlah tak pandai nak mengoda..kau nak suruh aku buat itu ini.. Mana mahunya aku..geli lah.."jawab Aiza.Badannya berintonasi sama dengan percakapannya sampai-sampai badannya pun tergerak-gerak sebab kegelian.
Gila betul ! Tak kuasa si Aiza ingin mengoda Elhan.Erkkk ! Maaflah..Aiza bukan seorang yang pandai dalam bab-bab macam tu.. Dia hanya pro dalam menjeling tajam.Itu sahaja.
"eleh kau.. memula jelah geli..lama-lama, suka gak nanti.."ucap Laila.Terdengar suaranya yang ketawa.
"err..tapi aku memang lemah betul kalau dia yang start goda aku..dia punya aura tu.. memang buat aku hanyut lah wei.."ucap Aiza,jujur.
Tanpa Aiza sedar, ada sepasang telinga yang sedang curi-curi mendengar perbualannya.Figura itu dari awal sudah tersengih mendengar ucapan yang dikeluarkan oleh Aiza.
Laila dihujung talian sudah berdekah ketawa."itulah kau..kan aku pernah cakap.. tak sempat kau goda dia.. dia yang goda kau dulu..kau taknak percaya kan ? padanlah muka kau.."
"wei..mulut kau tu memang masinlah.. dahla..jangan nak bercakap pelik-pelik lagi.. naya aku kalau jadi betul.."Aiza makin gelisah.Semua yang dikatakan Laila banyak betulnya.
"hahaha..tapi okey apa yang aku cakapkan tu.. benda baik tu.. tak pelik pun kalau memang benda tu berlaku sebab kau dengan dia dah halal kut.. so, maybe nanti akan ada 'Aiza junior' dengan 'Elhan junior' pulak.."sakat Laila.
"ishh ! kau jangan Laila..masih terlalu awallah untuk aku pregnant.."
"so kau buatlah banyak kali..baru cepat sangkut.."
"wei, gila ke apa ? takkan nak suruh Han tu buat projek sampai aku lunyai ?"soal Aiza.Dia geleng banyak kali.Oh ! memang tidaklah..Dia bukan kilang buat anak..
Laila memang dari tadi sudah pecah ketawa.
"kau ni Laaa.. sedap betul kenakan aku kan ? kau tu.. bila nak kahwin ?"
"ouh aku ? aku masih menunggu prince charming aku datang meminang..Tapi itulah..bayang-bayang dia pun aku tak nampak lah.."
"kau tu jual mahal lah Laila..dulu time kolej, ada orang nak kenal kau..kau taknak layan..kan dah melepas tu.."
"dulu kan aku nak fokus study..nanti buatnya aku loss ? sia-sia je belajar..tapi kan wei..aku ada berkenanlah dengan sorang mamat ni.."
"huuu.. siapa tu ?"
"customer aku..memula aku punya ingatlah dia tu tua kerepot tau sebab nama dia Datuk. Tapi sekali.. masyaAllah..handsome terlajak wei.."
"ishh kau ni..entah-entah dah kahwin kut..Datuk kan ?"
"tak wei..aku tanya direct wei kat dia..hahahaha"
"kau memang.. straight forward terus.."
"of course.. pastu dia cakap macam ni..'ouh..muka I macam dah kahwin ke ? Am I look older, young lady ?' "Laila mula mengajuk ayat lelaki itu.
"wei, sumpah.. memang handsome teruk.. walaupun umur dia 42 tapi aura dia.. Ya Allah.. memang boleh buat aku tersengih je memanjang.."tambah Laila.
"uishh..umur 42 still belum kahwin ? biar betul ?"
"ye wei..aku pun terkejutlah kan..Mana tahu dah ada wife ke..last-last takde.."
"so, kau nak trylah ni ?"
"nak memang nak tapi takut gaklah..yelah..pangkat Datuk kan..aku pulak budak bawahan.. macam tak kena pulak.orang cakap apa..bagai enggang dengan pipit.haa..jauh beza tu.."
"kau ni..memang pantang kan jumpa orang good looking..auto cair.."
"ehh..of course lah..Laila kut.tapi itulah..sekarang ni aku mula risau jugaklah..Ibu aku tu dah mula bertanya,bila nak kahwin"
"jangan risau.. sampai je masa nanti kau akan kahwin jugak..entah-entah dengan orang yang kau tak sangka.."
"macam kau ? tulah..dulu benci..kata tak suka lelaki muda..sekali, lelaki muda tu lah yang buat kau hanyut kan ?"
"err..itu dululah.. aku ingat Han ni cuma main-main je..yelah..aku kan anggap dia macam adik aku jugak.tapi lepas aku kahwin dengan dia..aku nampak dia betul-betul serius dengan aku..Dia sabar dengan perangai aku walaupun aku suka jeling kat dia.."
"kau tu memang Aiza..semua lelaki kalau boleh kau nak menjeling je kerjanya.."
Aiza sudah ketawa kecil.
"okeylah..aku nak sambung main PUBG lah..Mana tahu jumpa lagi crush PUBG aku tu.."ucap Laila.
"ouh..yang kau kata nama dia apa ? aku lupa pulaklah.."
"Mr. Alpaca..aku tak boleh blah lah nama dia..dalam banyak-banyak haiwan..haiwan tu jugak dia pilih buat nama.."ucap Laila dengan tawanya.
"maybe dia suka sangat kut dengan muka alpaca tu.."
"Hurmm..mungkin..dahla..aku letak call dulu..Bai bai..love you.."ucap Laila.
"okey..bai bai..love you too.."balas Aiza lalu mematikan panggilan.Dia berpusingkan badan.
Tatkala matanya terpandang sekujur tubuh yang hanya berseluar track sedang berdiri sambil menyandar di tepi sliding door, Aiza terjerit kecil.Dengan gaya Elhan yang berpeluk tubuh sambil tersenyum.Seram !
"ishhh ! memang tak reti nak pakai baju ke, husband ? rosaklah mata aku ni lama-lama.."seperti biasa.Ayat terakhir, Aiza perlahankan.Tapi Elhan masih boleh mendengar.
Mata Aiza membulat memandang Elhan yang sudah mulai menapak ke arahnya.Kini, dia sudah betul-betul berhadapan dengan Elhan di beranda luar.Aiza mula gugup.
Bibir Elhan sudah tersungging."aura saya memang boleh melemahkan awak kan, wifey ?"
"awak dengar semuanya ke ?"tanpa sedar, Aiza sudah terlanjur menyoal.
Elhan hanya membalas dengan senyuman berserta dimples.
Damn ! masak aku..masak !
Aiza telan air liur.Ahh ! perit je tekak rasa.Mana lah nak letak muka ? conform lah dia dengar pengakuan aku tu..
"thanks Aiza, for being my wife..Lama saya tunggu awak bila mana awak boleh terima saya sebagai seorang suami..bukan lelaki yang awak anggap macam adik..Dan awak nak tahu, saya suka awak pun sebab jelingan awak tu tau..Jelingan yang tajam sampai menusuk dalam hati saya.."ucap Elhan.Bibirnya masih tak lepas dari senyum.
"Dan awak nak tahu lagi, wifey ? perasaan sayang dan cinta saya pada awak tak pernah kurang..Dari saya sekolah sampai sekarang..perasaan tu masih kekal sama.Awak cinta pertama dan terakhir saya, Aiza Nur Sofiya.Only you.."ucap Elhan.Dari nadanya saja, Aiza dapat rasakan Elhan berkata jujur dari sudut dalam hatinya.
Mata Aiza merenung anak mata milik Elhan sebelum dia mula menjengkitkan kaki untuk mendekati wajah Elhan.Kedua-dua tangannya mula memeluk leher Elhan dan bibirnya mula mendarat ke bibir sang suami.
Mata Elhan mula membulat dek terkejut dengan perlakuan drastik Aiza tapi lama-kelamaan dia mula menutup mata dan membalas kucupan sang isteri.Pinggang ramping Aiza sudah dia peluk erat.
Nampak gayanya, Aiza sudah mula terjatuh hati dengan suaminya.Manakan tidak, Elhan tak pernah berhenti untuk buat Aiza jatuh cinta dengannya.Macam dia pernah cakap.. Sekali Aiza jadi miliknya, memang dia takkan lepaskan Aiza.Tak akan !
Share this novel