11

Romance Series 10968

Pandangan mata dikerling ke arah Aiza yang duduk di tempat duduk kereta sebelahnya.Sesekali matanya memandang jalan raya.

"Aiza.. awak okey ?"soal Elhan dengan nada yang penuh lemah lembut.

Senyap.Tiada jawapan yang keluar dari mulut Aiza yang dari tadi asyik melempar pandangan ke luar jendela kereta.

Elhan menghela nafas perlahan.Apa yang berlaku ni ? apa kaitan Aiza dengan Iqbal ? nampak hubungan diaorang macam tegang aje..Tapi, macam mana Aiza boleh kenal dengan Iqbal ?

Soalan demi soalan, masih bermain di benak pemikiran Elhan.

"awak ada nak singgah mana-mana tak ? atau nak balik terus ?"soal Elhan sambil memandang Aiza sambil bersilih ganti dengan jalan raya.

Namun, tiba-tiba sahaja kedengaran suara tangisan.

Pantas Elhan memberhentikan kenderaannya ditepi simpang yang luas.Dilihatnya ke arah Aiza yang sedang menangis sambil menekup mukanya dengan kedua-dua belah tapak tangannya.

"Err... aaa... "Elhan jadi tak senang duduk.Bibir bawahnya digigit perlahan.

Macam mana ehh nak pujuk perempuan ? serious cakap, dalam banyak-banyak bab, bab ni aku fail !!! Masaklah kalau gini..

"Err..Aiza.. awak nak coklat ? ni, ada coklat untuk awak.."ujar Elhan sambil menghulurkan plastik coklat jenama Hershey Kisses yang sudah lama dia berada di dalam keretanya.

Yelah, orang lelaki ni kadang kurang makan manis-manis..Kalau orang perempuan, dalam masa sehari pun habis dimakannya.

Aiza mula menurunkan tapak tangannya yang menutupi muka.Dia pandang wajah Elhan yang tersenyum sambil menghulurkan coklat.

Air matanya masih mengalir dengan muka masam mencuka Aiza.Dah serupa muka budak tak dapat mainan dah aku tengok..

"semua lelaki sama ke ? suka buat perempuan sakit hati ?"tiba-tiba sahaja keluar soalan untuk ditujukan kepada Elhan.

Senyuman Elhan yang tadi terus pudar.Keluhan perlahan dia keluarkan sebelum membuka bait bicara."awak tak boleh nilai semua lelaki akan buat benda yang sama dekat mana-mana perempuan, Aiza..kesian dekat lelaki-lelaki kat luar sana, bila awak cakap yang diaorang ni suka sakitkan hati perempuan.. Tak semua macam tu.. ada je lelaki yang boleh bahagiakan perempuan"

"habis tu, kenapa diaorang payah nak jujur ? Tak boleh ke dari awal cakap jujur ? Tak perlu bagi harapan palsu !"marah Aiza.

"awak cakap pasal Iqbal ke ?"soal Elhan.

Aiza memang pantang dengar benda yang pelik.Terus sahaja keningnya seakan bertaut dua.

"Mana kau tahu nama dia Iqbal ? kau stalk aku ke apa ni ?!"Aiza mula naik berang.

"wait ! wait ! wait ! jangan naik hantu dengan saya.. seram tau !"beritahu Elhan sambil membelakangkan lagi kedudukannya sehingga menyandar ke pintu kereta.
Kedua-dua tapaka tangannya dihalakan berhadapan Aiza yang mula naik berang.

Muka serius Aiza ditayang seakan tanda ingin tahu bagaimana si budak Elhan boleh kenal dengan Iqbal.

"Err.. sebenarnya , saya dah lama kenal dengan Iqbal..dia pekerja saya.."jawab Elhan, jujur.

"jadi kau tahulah kan, dia tu tunangan aku ? Dan dia dah kahwin dengan orang lain ?"soal Aiza.

"hahh ? dia dah kahwin ? awak biar betul ? takde pun dia cakap, dia dah kahwin.. yang saya tahu, dia hanya bertunang .. dan saya tak sangka yang tunangan dia tu, awak Aiza.."beritahu Elhan.

"jangan nak tipulah ! lelaki sama je ! Penipu !"laju sahaja mulut Aiza menyatakan semua lelaki sebegitu rupa.

Bak kata pepatah, kerana nila setitik,rosak susu sebelanga.

Haih.. lumrah seorang perempuan.. semua salah lelaki.. hanya perempuan aje yang betul..

Elhan menghelakan nafas perlahan.

"suka hati awaklah, Aiza nak anggap lelaki macam mana sekalipun..Ni, awak taknak kan ? saya nak simpan.."ujar Elhan sambil menarik plastik coklat tadi untuk disimpan ke dashboard keretanya.

Tak sampai 1 minit, terus laju tangan Aiza merampas coklat pada tangan Elhan.

"Ehh ? ingat tak laku coklat ni tadi.."perli Elhan.

Jelingan maut dicampakkan ke arah Elhan yang dah tersengih macam kerang busuk.

*****

Iqbal mengengam kuat pergelangan tangan kiri Hani yang dari tadi sudah merintih sakit sambil berjalan ke arah bilik tidurnya.

"awak.. sakit.. "rintih Hani sambil menolak-nolak pergelangannya yang digengam kasar oleh sang suami.

Air matanya mula jatuh satu persatu.Sakit yang amat !

Sesudah sampai di tepi katil tidurnya, Iqbal berhenti.Muka bengis dan merah padam ditonjolkan ke arah Hani.Marah benar mukanya.

"kau memang perempuan tak guna ! kau memang sengaja buat-buat sakit kan ? baik kau cakap jujur !"suruh Iqbal dengan suara yang lantang.

"Ya Allah.. demi Allah, saya betul-betul pening kepala tadi.. tak terdetik pun dalam hati saya, saya nak tipu awak.."jawab Hani jujur.

Iqbal senyum sinis."tskk ! kau ingat aku nak percaya ? mintak simpanglah, perempuan !"ujar Iqbal.Pergelangan tangan Hani makin diketatkan lagi.

"arggg..aaaa..sakit ! sakit !!!"jerit Hani.Sungguh, pergelangan tangannya seakan mahu dipatahkan saat ini.Air matanya pula lagi bertambah laju turun ke pipi.

Iqbal yang sedang bermuka bengis terus melepaskan pergelangan Hani dengan menolak Hani ke arah atas katil.

Hani yang terus terduduk di atas katil milik Iqbal terus memegang bekas cengkaman Iqbal tadi.Sakit.. sungguh sakit..

Terus sahaja Iqbal membuka butang baju kemeja hitamnya satu persatu sambil merenung sang isteri atas kertasnya.

"kau nak sangat perhatian aku kan ? sini aku bagi !"ujar Iqbal.

Hani yang masih duduk di atas katil memandang perlakuan suaminya."cukuplah ! jangan seksa saya lagi..tolonglah Iqbal..Saya merayu..jangan.."pinta Hani dengan air mata yang mengalir deras.

Baju kemejanya tadi dicampakkan ke tepi katil.Kemudian, dia menolak bahu Hani kuat sehingga Hani terbaring.

Baju yang dipakai Hani, sekelip mata sahaja sudah koyak tatkala Iqbal mengoyakkannya.

Cepat-cepat Hani menutup dadanya yang terserlah.Kepala digelengkan laju."jangan ikutkan nafsu marah awak, Iqbal.. jangan buat saya macam ni..Saya betul-betul merayu..tolong jangan.."rintih Hani.

Iqbal hanya buat tak dengar lalu meneruskan sesinya manakala Hani hanya mampu membiarkan suaminya bebuat sebegitu terhadap dirinya.Hanya air mata sahaja yang menemaninya saat ini.

Ya, dia tahu..memang itu tanggungjawab seorang isteri tapi dia juga tahu yang Iqbal melakukannya itu kerana nafsu marah terhadapnya.

Bagi Iqbal, Hani sengaja buat-buat sakit untuk ambik perhatiannya kerana setiap malam, Iqbal akan pulang lewat.Bukan pergi melepak dengan kawan-kawan tapi duduk melepak sengsorang di kawasan bandar untuk hindarkan diri dari Hani.

Bukan apa..setiap kali balik ke rumah, pasti hatinya akan terasa sakit.. Lagi-lagi pabila Hani munculkan dirinya.Dia amat membenci wanita yang bernama Hani Qaisarah ! Benci yang teramat..

*****

Aiza menyandarkan belakang badannya pada kepala katil.Kakinya pula dilurukan ke hadapan.

Keluhan berat dilepaskan."Dasar lelaki tak guna ! apa bodoh sangatlah aku ni, sampai kena tipu hidup-hidup dengan jantan tak guna tu ! urghhhh !!!"jerit Aiza.

Telefon yang berada di atas meja kecil sebelahnya dicapai.Terus sahaja dia membuka nombor kenalan lalu mencari nombor telefon Iqbal.Tanpa perlu berfikir panjang, laju sahaja jarinya menekan perkataan ' ADD TO BLACKLIST '

Huhhh ! baru puas hatinya tatkala sudah block nombor tadi.

Tiba-tiba sahaja, satu chat dari aplikasi Whatsapp masuk.Tak lain tak bukan.. si minah LAILERRRR..

"Oit !" - LAILA

"Oitttttt !" - LAILA

"Oitt..kau kat mana ? aku call tak jawab !" - LAILA

"kau balik rumah ke ?" - LAILA

Aiza hanya membaca chat yang dihantar oleh Laila.Malas nak balas chat.Jahatkan aku ?

"ehhh ! minah ni.. sape suruh kau lambat ! Kan aku dah blahh dulu.."bebel Aiza, sendirian.

"oittt ! asal kau bagi bluetick kat aku haa ?! Dasar yaa lorhh !" - LAILA

Aiza hanya balas chat dengan bagi sticker gambar muka CEO WhatsApp.. siapa lagi kalau bukan Jin Miran tu haa.. Gambar muka takde perasaan Aiza hantar dekat Laila.

Terus sahaja satu panggil telefon berbunyi.Laila call.

Dengan malas, Aiza angkat panggilan lalu diletakkan skrin telefonnya pada cuping telinganya.

"haa.. apa ?"soal Aiza dengan takde mood.

"Mana kau tadi ? aku call dari tadi pun asyik tak dapat je.."soal Laila.

"klinik.."ujar Aiza jujur.

"ehhh ! asal weyh ? kau asal ? cedera ke ? ke ada orang culik kau ?"soal Laila, gelabah.

"kalau ada orang culik aku..takde aku boleh angkat call kau adik manis oiii.."ujar Aiza, selamba.

"ouh..ye tak ye jugak kan ?"balas Laila.Kemudian terdengar ketawa halus di hujung talian.

"haih kau ni.. aku tak cedera mana pun. just tadi, kaki aku ni haa.. boleh pulak terseliuh tadi.. nasib baik ada si Han.."terus sahaja Aiza terhenti bercakap bila sedar terlepas cakap.

Adui..masak ! mesti si Laila ni lagi nak korek citer ni..

"Han ? kawan adik kau tu ehh ? ouhh..jadi kau jumpa dialah ? sampai lupa terus aku.."ujar Laila seakan merajuk.

"hoii ! memadai je kau buat andaian ehh ? aku terserempak je dengan dia kat parking kereta tadi.. Tak sangka pulaklah kaki aku boleh terseliuh sebab pakai high heels tu haa.."

"Huuuu.. aku boleh bayangkan betapa sweetnya korang time tu..mesti dia sambut kau time kau nak jatuh tu kan ? lepastu bertentangan mata.. ouhh ! so sweet !!!"ujar Laila dengan nada yang cukup teruja.

"giloo ! bertentangan mata ? Tak sempat nak bertentangan mata, aku cucuk dulu mata dia tu nanti ! nak tengok mata aku buat apa ?"marah Aiza.

"elehh.. jangan nanti, kau pulak ye yang tenung mata dia sampai tak ingat dunia.. jangan cakap besar Aiza.."pesan Laila.

"ouhh, pleaselah ye.. kau gila ke nak suruh aku tenung mata budak tak cukup umur tu ? buang masa.."ujar Aiza tanpa bertapis.

Laila hanya gelak di hujung talian.

Plastik coklat Hersey Kisses yang berada di tepi meja kecil Aiza ditarik perlahan.Dipandangnya plastik yang masih tidak terbuka itu.Lama.

"Hurmm.. not badlah si Han tu.. siap bagi coklat lagi time aku sedih tadi.."monolog Aiza.

Tanpa sedar, bibir merah Aiza tersenyum manis.

"hoiii !!!"jerit Laila di hujung talian.

Terus sahaja berkerut seribu dahi Aiza.Skrin telefonya dijauhkan dari telinga.

Aduiii.. boleh pekak telinga dengar si Laila ni menjerit.

"woi ! asal jerit ? pekak telinga aku, aku saman kau kang Laila !"marah Aiza.

"Ehh ! nak main saman-saman pulak..kau tu haa.. aku punyalah bercakap dengan kau..tapi kau dari tadi diam.. asal kau ni ? ke teringat tragedi sweet tadi tu haaa ?"teka Laila.

"Mana..Mana ada ! tiber pulak nak teringat muka budak tu dah kenapa ? naik muak ada lah !"ujar Aiza tergagap-gagap.

"jangan benci orang sangat Aiza.. bahaya..nanti tersu..."belum sempat Laila sambung ayatnya, terus sahaja Aiza mencelah.

"stop it ! aku kalau dah benci tu.. benci jelah ! takde maknanya nak suka bagai..pleaselah buang tanggapan tu..dahla.. aku nak tido ! okey bai !"ujar Aiza sebelum menamatkan panggilan.

Tak sempat Laila nak balas apa-apa ucapan, terus sahaja Aiza menamatkan perbualan.

Bertuah punya member !

Aiza menghela nafas kuat.HUHHH !

"Aduhai.. asal aku ni boleh khayal pulak time teringat kat si Han tu ehh ? Aiza ! wake up ! wake up !"ujar Aiza sendirian sambil menampar pipinya yang montel.

"gila ! aku takkan sukalah dekat si Han tu.. umur muda macam tu nak suka ? ouhh ! mintak simpanglah ! not my taste ! tak matang !"bebel Aiza.

Namun, sekali lagi telefon Aiza mendendangkan lagu ringtone panggilan masuk.

Tanpa tengok nama pada skrin telefon, terus sahaja Aiza angkat lalu diletakkan di cuping telinga kanannya.

"ishhh ! apa lagi kau ni Laila ?! Kan aku dah cakap tadi, takde maknanya aku nak flashback Han sambut aku time jatuh tu..memanglah muka dia tu, not bad.. tapi lambat lagi aku nak suka dia.."dengan lantang Aiza membuka kata.

"hurm.. not bad ye ? so.. kiranya, muka saya boleh tahan handsome lah ni ?"soal suara dari hujung talian diikuti dengan gelak tawa.

Terus membulat mata Aiza tatkala dengar suara yang menyapa gegendang telinganya.

Ahh ! mampus !

Lama Aiza senyap.

"Aiza ? you're still there ?"soal Elhan dengan nada yang terlalu lembut.

"hurm.."

"macam mana kaki ? dah rasa okey sikit ?"soal Elhan, prihatin.

"hurm.."

"hurm je ?"

"dah kau nak aku cakap apa ? jangan spoil kan mood aku, please..aku nak tenangkan diri..ok bai !"ujar Aiza sebelum mematikan talian.

Namun sempat Aiza mendengar suara Elhan di hujung talian."ouh.. okey.. bai.. Semoga tidur dengan tenang.."

"tskk ! pelik cemacam ni, dah apehal ? Urghhhh ! ghisauuu.."bebel Aiza sendirian.

Kemudian, terus sahaja dia menghempapkan kepalanya diatas bantal manakala tangannya sempat menarik bantal golek dan dipeluk erat.

Matanya ditutup.Time to sleep !

thanks sbb sudi baca.. love you, readers !!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience