36

Romance Series 10968

"Wifey..jom kita main tu nak ?"ajak Elhan.Jari telunjuk sudah menghala ke arah permainan rock climbing.

"errr..."Aiza teragak-agak nak ikut cadangan Elhan.Namun tak sempat berbuat apa-apa, terus tangannya digenggam erat oleh Elhan.Dibawa terus ke arah permainan yang dia tunjuk tadi.

Orang lain pergi cuti honeymoon, santai-santai layan perasaan.Elhan pulak boleh dia bawak Aiza pergi Next Gen Theme Park.Aiyooo..

Takpelah Aiza..boleh 'healing' jugak..Hahahaha..

Aiza telan air liur.Bukan Elhan tak tahu yang dia tu gayat dengan tempat tinggi.Saje betullah si Elhan ni..Kena balas dengan masuk rumah hantu, baru tahu !

"Han..tinggilah.."rengek Aiza.Bibir dah mencebik.

"Eee... takut sangatlah dia ni.."ucap Elhan sambil mencuit hidung Aiza.

Aiza menambahkan lagi muka cemberut.Tanda protes !

Elhan hanya ketawa terbahak-bahak."okey..okey..saya sorang je panjat..awak tunggu je dekat bawah okey, wifey ?"

Aiza hanya berdehem.Wajah dipandang ke arah lain.Malas layan !

"hey, wifey ? are you okey ? huh ?"soal Elhan lalu menolak lembut pipi Aiza supaya memandangnya.

Aiza hanya balas dengan renungan kosong.Macam takde mainan lain dia nak ajak..Kitanyo gayat deh..

"jangan sampai saya kiss awak kat sini jap lagi..bibir tu mencebik je..geram tahu tak ?"beritahu Elhan.

"ishh ! malu lah orang tengok.."ucap Aiza.Laju tangannya menolak tangan Elhan yang memegang sebelah pipinya.

Elhan ketawa."tahu pun.. dah, takyah nak tunjuk protes..saya nak tawan gunung Everest untuk awak.."

"Acah je lebih.. dahlah..pergi sana !"tolak Aiza.

"Amboi..halau terus ehh ?"

"awak tu nak pergi panjat kan ? dah ! shuhh ! shuhh !"ucap Aiza lalu menolak jauh Elhan.

Dia hanya memerhati suaminya itu memanjat batu-batuan yang terlekat pada dinding.Memang tak berapa nak tinggi pun rock climbing tu..Tapi bagi seorang yang gayat, memang mintak simpang lah untuk buat aktiviti tu..

Setelah puas memanjat, Elhan menarik tangan Aiza untuk pergi ke aktiviti 'bubble sport' pula.Macam syok !

"Mana pulak awak nak bawak saya ni ? jangan kata pergi dekat tempat tinggi lagi.."ucap Aiza.

"taklah.. Kita main tolak-tolak.."jawab Elhan sambil tersenyum.

"huh ?"Aiza blur.Tolak-tolak ? Bunyi seperti permainan budak sekolah rendah je..

"nanti awak tahu lah..jom masuk.."ucap Elhan sambil menarik tangan sang isteri.Aiza hanya akur.

"lahh..main ni rupanya..Ingatkan tolak-tolak apa tadi.."ucap Aiza tatkala melihat beberapa orang sedang bermain bubble sport.Ada bermain dengan pasangan ada juga bermain dengan rakan sebaya.

Not bad..Nampak macam seronok..

Tatkala mereka berdua sudah siap memakai 'bubble' gergasi di badan, terus sahaja Aiza melanggar Elhan kuat.Bukan sahaja Elhan yang tumbang, sekali Aiza pun tumbang sekali.

Aduhai.. apa nak jadi ? Hahaha..

Mereka berdua sudah ketawa terbahak-bahak.Boleh hilang stress main permainan ni..

Elhan yang jatuh tadi sudah berdiri manakala Aiza masih terkial-kial nak berdiri semula.Asyik bergolek-golek je dari tadi.

Elhan apa lagi ? Memang ketawa jelah memanjang.Geli hati melihat Aiza yang dari tadi susah nak berdiri semula.

"Hannn !!!"jerit Aiza tatkala suara ketawa Elhan terdengar jelas daripada tadi.

Itulah padahnya buat naya kat suami.. Kan tak boleh berdiri stabil dah..Hahahaha..

Setelah puas, mereka menuju ke arah permainan trampoline pula.Baju yang berjalur mereka sarung sebab kejap lagi nak testing jadi labah-labah.Hahaha..

Laju sahaja Elhan masuk lalu melompat-lompat atas trampoline lalu menghala ke arah dinding yang bergambar sarang labah-labah.Sudah dua kali cubaan untuk melekat pada dinding tapi tak kesampaian.

Aiza yang masih berdiri hanya ketawa melihat aksi Elhan.Kasihan..Dua kali buat pun, badan dia tak lekat pada dinding.

"ouhhh gelak ehh ?"soal Elhan yang jatuh terduduk tatkala tak lepas melekat pada dinding.Dia bangun dan berlari ke arah Aiza yang hanya berdiri tadi lalu memusingkan badan Aiza menghadapnya.

Kedua-dua lengan Aiza dia pegang lalu membawanya melompat sekali di atas trampoline.Tak sampai satu minit, terus Elhan menolak badan Aiza sehingga melekat pada dinding yang bergambar sarang labah-labah.

Elhan ketawa terbahak-bahak sampai jatuh terduduk atas trampoline.Betul-betul dah macam cicak je Aiza melekat pada dinding.

"Hannn !!!"jerit Aiza.Namun melihat Elhan yang tak berhenti ketawa membuatkan Aiza ketawa sekali.Base betul Elhan Amsyar ni..

*****

"macam mana ? seronok harini ?"soal Elhan.Sekali matanya memandang Aiza di tempat duduk penumpang kemudian berselang-seli dengan pandangan jalan raya.

"not bad..rasa macam jadi kanak-kanak ribena.."jawab Aiza sambil memandang ke arah suaminya yang sedang memandu.

Terlihat dari sisi tepi, Elhan tersenyum.

"rasa macam tak puas pulak main tadi..alang-alang dapat kenakan awak.."ucap Elhan.Matanya masih fokus pada jalan raya.

Aiza sudah menjeling.Lengan kiri Elhan ditepuk laju.

"Adeh ! sakitlah wifey.."aduh Elhan sambil memandang wajah sang isteri.Kemudian dia berpaling ke arah jalan raya.

"awak tulah ! bukan nak tolong,tapi tolong gelak je tahu.."Bebel Aiza.

Elhan sudah terhambur ketawa.

Masih segar diingatan ketika mana Aiza bergolek-golek jatuh semasa bermain bubble sport tadi.Nampak sangat badannya ringan sampai tak boleh nak imbang badan sendiri.Hahahaha..

"dahlah..nak tido..jangan kacau ehh ! nanti saya gigit tangan tu..biar berdarah !"ugut Aiza.

Bukan dia tak perasan.Kadang semasa dia tidur, mesti terasa seperti ada yang menyentuh wajahnya.Tapi disebabkan mengantuk, memang dia tak layan ! Bukan senang nak dapat tidur semula kalau dah terbangun.

Takde orang lain yang kacau dia kalau bukan si Elhan tu.

"geramlah tengok awak time tido..comel.."jawab Elhan.Bibir sudah tersenyum lebar.

"erkkk ! dah-dah ! malas layan !"ujar Aiza lalu berpeluk tubuh.Belakang badan pula sudah bersandar pada kusyen kereta.Mata ditutup rapat.Time to sleep !

Elhan intai Aiza yang sudah melelapkan mata disebelahnya.Tak sampai 10 minit, Aiza sudah terbuai mimpi.Sampai-sampai kepalanya terhantuk perlahan pada tepi tingkap kereta.

Elhan sudah ketawa kecil tatkala melihat wajah Aiza yang cemberut.Mungkin dia rasa sakit tu..Hahaha..

Nasiblah kena masa dengan traffic light yang sedang merah.Bolehlah Elhan ubah posisi tidur Aiza.Kepala sang isteri dilentukkan pada bahu kirinya dengan berhati-hati.Punyalah taknak Aiza tersedar dari tidur.

Kepala Aiza yang berbalut tudung bawal diusap lembut."kesian dia terantuk..nasib tak benjol.."bisik Elhan kemudian tertawa halus.

Tak semenanya lengan kiri Elhan dipeluk erat oleh Aiza.Pipi montel Aiza sudah melekat rapat dengan lengan Elhan.

Elhan geleng kepala sambil tersenyum.Bukan dia tak kenal dengan isteri kesayangannya tu.Tiap malam, tidur mesti nak peluk sesuatu.Tak dapat bantal golek, lengan dia lah selalu jadi mangsa.Aduhai..Aiza..Aiza..Asal boleh !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience