31

Romance Series 10968

Aiza menuangkan jug air lut sinar yang berisi air kosong ke dalam segelas cawan.Satu tegukkan dia minum.

Belum sempat air kosong yang diminum ingin memasuki ruang esofagus dengan betul, terus sahaja Aiza tersedak.Dia batuk berulang kali.

"ehh ! awak okey, wifey ?"ucap Elhan sambil mengusap perlahan belakang badan Aiza.

Tatkala batuk Aiza mula reda, dia angkat muka memandang Elhan.Matanya tajam menjeling.

Lengan sado milik suaminya ditampar kasar.Haa.. tu makan dia !

"aduh ! apa ni main pukul-pukul orang ni ?"Elhan tanya soalan bodoh.

"kalau aku.."kata-kata Aiza terhenti seketika.

"Aiza.. behave.. kau kena biasakan nama panggilan Elhan kepada yang lebih sopan.."Aiza mula bermonolog sendirian.

Dia mula pejamkan kedua-dua belah matanya.Nafas ditarik dalam dan kemudian dihembus perlahan.Mata dibuka semula.

"kalau saya hilang nyawa time tersedak tadi macam mana ? gatal betullah tangan tu asyik nak pegang orang sesuka hati.."bebel Aiza.

Elhan sudah tersenyum.Wow ! ada peningkatan ye ?

"apa senyum-senyum ? seram tahu tak ? macam joker !"kutuk Aiza.Mukanya masih cemberut.

"halah.. peluk perut sikit je tadi.mana tahu dah ada isi ke ?"sakat Elhan.Ketawanya mula pecah melihat muka cemberut Aiza yang berganda-ganda.

"eee !!! tak sukalah ! malam ni husband tidur kat luar !"Aiza sudah beri amaran.

"apa dia ? tak dengarlah.laju sangat awak sebut.."semakin galak Elhan menyakat isterinya.

Telinganya didekatkan dengan muka Aiza.Sengaja cari nahas !

"tak dengar ehh ? sini, saya bagi dengar.."ucap Aiza.Pantas jarinya menarik cuping telinga Elhan.Sampai-sampai Elhan dah berdiri tak stabil.

"ahh ! ahh ! ahh !"Elhan yang mengerang kesakitan hanya dibiarkan.Padan muka !

"Ya Allah ! apa kamu berdua buat ni ? Aiza ? Han ?"soal Mak Yuni yang tiba-tiba masuk dapur.

Niatnya tadi, nak ambilkan lagi satu cawan kopi tapi boleh pula dia terlihat drama satu minit.Kisah seorang anak yang degil taknak dengar cakap ibu sampai kena piat telinga.Begitulah gambaran keadaan mereka berdua.

Aiza yang tersentak, terus melepaskan jarinya dari cuping telinga Elhan.Dia hanya tersenyum memandang Mak Yuni yang sudah geleng kepala.

"Han..kamu ni kan !"Mak Yuni mula memberi peringatan.

"apa pulak Han, Mak Yuni ? Aiza yang buat Han..patut Mak Yuni back up Han..sakit tau kena piat telinga.."ngadu Elhan sambil mengosok telinganya yang pedih.

Aiza menjelirkan lidah."bwekk ! padan muka !"

Aiza sudah menapak keluar dari dapur.

Elhan kecilkan mata memandang Aiza."ouhh..dah pandai nak bergurau ye ? sini awak,wifey !"

Elhan secara tiba-tiba melangkah laju mengejar Aiza.Aiza yang mendengar suara Elhan, terus mencicit lari ke arah taman kecil di luar perkarangan rumah.

Kakinya yang berkaki ayam sudah dia tidak hiraukan.Janji tak kena tangkap dengan ulat bulu kurus kering tu.Seram !

"siaplah kalau saya dapat awak, wifey !"jerit Elhan.

Aiza sudah terjerit kecil tatkala dirinya hampir disambar oleh lengan Elhan.Namun, cepat sahaja dia mengelak.

Dalam seronok mereka berdua berlari-larian, tiba-tiba..

"Aiza, watch out !"jerit Elhan tatkala melihat Aiza yang sudah berada di tepi kolam renang.

Tak sempat nak tahan kakinya yang licin, terus sahaja Aiza jatuh ke dalam kolam renang.Aiza sudah terjerit.

Elhan tanpa berfikir panjang, terus berlari lalu lompat ke dalam kolam tadi.Disangkakan Aiza tak pandai berenang rupanya tidak.

Aiza yang sudah terapung-apung dalam kolam renang memandang Elhan dihadapannya.Mereka saling bertatapan.

Aiza tersenyum lalu mengekek ketawa.Elhan yang berada didalam kolam bersamanya hanya tersenyum melihat Aiza ketawa.Ketawa bahagia mungkin ?

"ehh ! apa pasal riuh-riuh ni ?"soal Pak Samad yang datang dengan keadaan tercungap-cunggap.Baru lepas berlari selepas dia mendengar suara orang menjerit.

Punya lah ingat perompak ke apa ke..rupanya..Budak dua ketul tu seronok dengan dunia mereka sendiri.

Pak Samad memandang wajah isterinya yang hanya tersenyum sambil berdiam diri di sebelahnya.

"Abang tengoklah tu.. Han dah mula cipta bahagia dia sendiri.."ucap Mak Yuni sambil tersenyum memandang ke arah Elhan dan Aiza yang masih bergelak ketawa didalam kolam.

Mereka sudah main renjis-renjis air kolam.Dah macam budak-budak pun ada.

Pak Samad tersenyum"betullah Yuni..Abang tengok pun, sejak Han kahwin terus je bahagia dia lain macam.Sayang betul dia dengan si budak Aiza tu.."

"mestilah bang..Han cerita dekat saya, Aiza tu cinta pertama dia..dari sekolah lagi.. bila dah dapat, memang bahagia lah jawabnya.."beritahu Mak Yuni.

"lah.. patutlah macam dah kenal lama..dari sekolah rupanya.."balas Pak Samad.

"kalau tak..takdenya si Han tu nak manja-manja lebih dengan perempuan..Mana pernah dia kenalkan kita dengan perempuan..asyik kerja memanjang.."luah Mak Yuni.

"betul tu.. nasib baik ada penyelamat..harapnya dia boleh bina bahagia dia sendiri.. kesian jugak tengok dia tu..Datuk dengan Datin asyik sibuk dengan kerja masing-masing.."

"ya bang..mungkin rezeki bahagia dia dengan Aiza..haih.. tak sabar pulak nak tunggu diaorang dapat anak kan ? rumah ni dah lama sunyi.."keluh Mak Yuni.

"insyaAllah.. Kita doa yang baik-baik dekat diaorang.."ucap Pak Samad.

"Amin.."Mak Yuni sudah awal-awal mengaminkan doa.Mana tahu termakbul ? Bolehlah dia merasa dapat cucu.

Elhan itu sudah seperti anaknya sendiri.Jadi tak salah kalau dia menganggap bakal anak Elhan itu sebagai cucunya.

*****

Setelah puas bermain air kolam renang, Elhan mula naik ke gigi kolam.Kemudian, dia membantu Aiza naik.Mereka berdua melabuhkan punggung di tepi kolam renang.Kaki sudah diluruskan manakala kedua-dua tapak tangan ditahan sebagai tongkat.

"seronok kan kalau kita boleh jadi budak semula ? dulu, susah tau nak dapat main kolam renang macam ni.."ucap Aiza.

"kalau awak nak main tiap-tiap hari pun boleh, wifey..saya sanggup teman awak main kolam.."ucap Elhan sambil tersenyum.

"gila ! mahunya nanti saya mati kesejukkan..last-last nanti husband boleh kahwin lain.."ayat terakhir diperlahankan.Namun tetap dapat didengari oleh gegendang telinga Elhan.Telinga dia peka yer ?

"saya setia dengan awak sorang je, wifey..nak dapat hati awak tu pun bukan main susah tahu tak ? nasiblah saya ni pandai goda plus handsome terlajak kan ?"ucap Elhan.Dia membaiki rambut basahnya yang jatuh tadi lalu disisirkan ke belakang dengan jari.

"handsome kan husband awak ni ?"Elhan puji diri sendiri sambil mengangkat kedua-dua keningnya banyak kali tepat ke arah muka Aiza.

"erkkk ! perasan lebih !"ucap Aiza sambil menolak lembut pipi Elhan yang mula nak rapat dengan wajahnya.

"nak kiss, wifey ?"mula dah ulat bulu kurus kering ni..

"no ! no ! no ! nanti kantoi dengan Mak Yuni dengan Pak Samad..tak malu ke ?"tolak Aiza.

"tak ! lagipun diaorang kan tahu kita dah kahwin..kenapa nak malu ?"Mulut Elhan ni memang patut dicili-cilikan ? Main cakap je..

"awak memang tak tahu malu kan ? Dahlah.. malas layan gatal awak tu.. nak masuk dalam !"

Aiza sudah angkat punggung.Namun belum sempat dia melangkah pergi,Elhan sudah menarik lengan Aiza.

Dengan sekali tarik je, Aiza sudah selamat duduk dipangkuan Elhan.Aiza apa lagi ? memang terbeliak mata pandang Elhan yang sudah tersenyum ada makna.

Haa..sudah..apa benda gila dia nak buat ni ? Gulp ! Aiza sudah telan air liur.

Elhan terus mencubit kedua-dua pipi gebu Aiza."eeee.. comellah pau kukus ni.."

Aiza sudah berkerut dahi.

Elhan hanya tergelak lalu melepaskan cubitan di pipi.

"Han ! ishh ! gediklah budak ni.sakit tahu tak ?"Bebel Aiza sambil mengusap kedua-dua pipinya.

Kekura tangan Aiza dipegang lembut oleh Elhan lalu diturunkan dari pipi."sini saya ubatkan..ubat dia special tau.."

Tanpa diduga, kedua-dua pipi Aiza sudah dikucup oleh Elhan.Aiza sudah terpana.Takde makna 'ubat' yang Elhan gunakan..Makin jadikan pipi Aiza lagi bertambah merah ada lah.

"alamak..Salah ubatlah, wifey.."ucap Elhan sambil tergelak.

Aiza bagi jelingan maut.Dasar Elhan annoying !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience