Aiza yang baru sahaja sampai di parking kereta Grand City Hotel mematikan enjin keretanya.Dia terus membuka pintu kereta lalu keluar dari dalam keretanya.
Kemudian, dia menyandarkan belakang badannya pada pintu kereta bahagian pemandu sambil mengeluarkan telefon pintarnya.
Nombor yang dicari, tak lain, tak bukan.. LAILA..
Skrin telefon diletakkan di cuping telinga yang telah ditutupi oleh selendang tatkala nombor telefon milik Laila didailnya.
"haa, hello ! kau kat mana ? aku dah sampai depan hotel ni.."beritahu Aiza.
"dah sampai ? awalnya.. aku baru bersiap ni.."jawab Laila di hujung talian.
"baru bersiap ? dah tu, bila kau nak sampai sini ? kau ni.. dah tu kau nak suruh aku duk temenung kat tempat parking kereta ni ?"soal Aiza, bengang.
"halah.. kejap je.. nanti aku on the way, aku bagitau kau ehh ?"beritahu Laila.
"ye ye je kau tu..cepat sikit bersiap ! kalau lambat, aku chawww dulu.."beritahu Aiza, tanda amaran.
"jangan gitu beb ! dalam 20 minit, aku sampai.."ujar Laila sebelum memutuskan perbualan telefon.
Ehh, minah ni.. dia yang beria ajak aku pergi reunion tetiba dia pulak yang lambat bersiap.. dah aku ni ? jadi patung cendana kat sini ? Dahla malam..Terasa sejuk pulak walaupun baju dress labuh yang tersarung di tubuh berlengan panjang.
Nak tunggu dalam kereta ? lagi sejuklah gamaknya..So, tunggu ajelah dekat luar..
Aiza mula menggosok-gosok kedua belah lengannya yang dilutupi oleh lengan baju dress.
"huuu.. asal sejuk pulak malam ni ? ishh ! si Laila ni.. kalau aku tahu, baik aku bersiap lambat lagi.."bebel Aiza.
"hai.."sapa Elhan yang tiba-tiba munculkan diri.
Terus sahaja Aiza mengangkat muka untuk mengenalpasti siapakah gerangan yang menegurnya.
Elhan ? asal tiber ada budak ni pulak ? setahu aku, reunion cuma ambik batch aku je..
Elhan tayang senyumannya"kenapa awak pandang saya macam nak telan saya hidup-hidup je ni ?"soal Elhan, selamba.
Bukan dia tak nampak, air muka Aiza terus berubah bila Elhan menegurnya.Maybe terkejut sebab tiba-tiba muncul kut.
"macam mana kau boleh ada kat sini ? setahu aku, batch aku je yang buat reunion malam ni.."beritahu Aiza, pelik.
Elhan tayang sengih.Terserlah lesung pipit di kedua belah pipinya.
"ouh.. patutlah awak tenung saya lain macam.. Saya bukan datang sini nak reunion ke apa.. Saya datang just nak jumpa dengan Pak Long saya je..dia owner hotel ni.."beritahu Elhan,jujur.
"ouh,.."hanya itu sahaja yang mampu diluah oleh Aiza.Lepastu masing-masing mendiamkan diri.
SUNYI SEPI MENJELMA...
"aa..awak buat apa kat luar ni ? masuk jelah dalam.. bahayalah malam-malam duduk area parking ni sorang-sorang.."pesan Elhan.
Memang betul pun.Banyak dah kes rompak dan samun sekarang ni.. nak pulak malam..lagilah diaorang ni senang nak merompak sebab gelap.
"tunggu kawan.."jawab Aiza lalu menunduk sambil melihat kakinya yang tersarung kasut tumit tinggi.
Adui.. mamat ni.. pergilah blah.. sibuk jelah lepak sini jugak..aku baru nak feeling-feeling sorang..
"oo.. ingat tunggu tunang.."ujar Elhan.
Aiza angkat muka dari memandang kakinya.Wajah Elhan ditatap pelik."Mana kau tahu aku dah tunang ?"soal Aiza.Keningnya seakan bertaut dua tatkala pelik dengan ucapan Elhan.
"si Wan tu ada bagitahu haritu..hehe.."jawab Elhan berserta sengihan di bibir.
"hurm..kau ni memang pemurah dengan senyuman ehh ? tiap kali jumpa je tayang sengih.."bebel Aiza.
"Senyum tu kan satu sedekah.. lagipun, senyum lah bagus.. buat hilang stress.."beritahu Elhan.
"eh ? yeke ? nampak macam orang tak betul je kalau tersengih memanjang..celah mana hilang stressnya ?"soal Aiza.
Elhan ketawa kecil."cuba awak try senyum nampak gigi.."suruh Elhan.
Aiza hanya mengecilkan matanya sambil merenung mamat dimple di hadapannya."perlu ke senyum ?"
"mestilah perlu.. barulah diri sendiri rasa happy.."jawab Elhan sambil tersenyum.
"takde mood..dah la.. aku nak masuk dalam.."beritahu Aiza lalu melangkah pergi dari Elhan.
"ouh..okeyy.." jawab Elhan.
Hurmm..payah betul nak senyum.Kalau dia senyum, rasanya lagi laju jantung aku berlari..silap hari bulan boleh masuk wad.
Namun tanpa diduga, sebuah motorsikal yang dinaiki oleh dua orang lelaki tiba-tiba sahaja berhenti di sebelah Aiza yang sedang berjalan menuju ke arah hotel.
Salah seorang dari pemuda itu menarik beg dompet sandang milik Aiza.
"Aiza !!!"jerit Elhan lalu berlari mendapatkan Aiza yang sedang bergelut dengan pencuri.Terus sahaja beg dompet milik Aiza ditariknya.
Nasib baik dapat balik beg.Pencuri yang menaiki motorsikal tadi cepat-cepat meloloskan diri sehingga hilang dari pandangan.
Aiza tengok tapak tangannya yang mula kemerahan dek memegang sambil menarik tali besi beg dompetnya tadi.Sakit oo..
"Kan saya dah cakap.. Kat sini, banyak kes rompak..sebab tu kena hati-hati..nasib baik, Saya ada.. dahla nyaris je tadi nak kena.."belum habis lagi Elhan bercakap, terus sahaja Aiza merenungnya tajam.
"shuttt ! bising ! membebel macam mak nenek.."marah Aiza lalu melangkah pergi dengan laju.
Namun tiba-tiba sahaja kakinya boleh terkehel.
"eh..eh !"latah Aiza.Nasib baik tak jatuh atas jalan dek lengannya yang berlapikkan lengan dress dipegang oleh Elhan dari belakang.
"haa..tulah..orang cakap taknak dengar.. Kan dah dapat reward..dahla, orang dah tolong..ucap terima kasih pun tak.. senyum apatah lagi.."bebel Elhan.
"ishh ! dahla, jangan pegang !"marah Aiza dengan mukanya yang berkerut seribu tu haa.
Elhan melepaskan lengan Aiza yang dipegang tadi.Namun tak sampai satu minit, Aiza dah hilang imbangan.
Nampak gayanya memang tak boleh nak berjalan sendiri ni.
Aiza terus memegang erat lengan Elhan yang tersarung sweater lengan panjang.
"tskkk ! tadi bukan main lagi cakap jangan pegang.. ni, dia pulak yang pegang tangan kita.."perli Elhan sambil ketawa mengekek.
Aiza menjeling budak tak cukup umur di sebelahnya."kau diam ! Kang aku sumbat mulut kau dengan high heels ni kang !"
Elhan masih lagi ketawa.
"punyalah lama Pak Long tunggu.. sempat lagi kamu bergelak sakan ye, Han ?"soal Datuk Ghani yang merupakan pengurus Grand City Hotel aka ayah saudara Elhan.
Kedua-duanya tersentak."eh, bila masa pulak Pak Long turun ni ?"soal Elhan.
"baru je.. dah, lambat sangat ... lagipun tadi, Pak Long letak barang dalam kereta..tu alang-alang merayap kejap nak cari Han..last-last sibuk je duk sweet-sweet kat sini..Tak nak kenalkan bakal wife kat Pak Long ke ?"soal Datuk Ghani sambil mengangkat kedua belah keningnya banyak kali.
Elhan memandang Aiza yang berada sebelahnya kemudian memandang wajah Pak Longnya.
"err.. Pak Long salah faham ni.. dia bukan bakal wife Han..dia.. aa.."Elhan sudah tergagap-gagap bercakap.
"ouh..Pak Long lupa.. Kan dulu Han ada citer yang Han ada cru..."belum sempat Datuk Ghani menyambung ayatnya, terus sahaja Elhan memotong.
"Pak Long ! Pak Long ingat tak kawan Han time sekolah tu ? Wan nama dia tu ?"laju sahaja Elhan menahan Pak Longnya dari berbicara pasal 'crush' depan Aiza.
Matilah nak, kalau Aiza tahu, aku crush dengan dia.Tak pasal, lagi dia jauhkan diri dari aku..
"ouh ye..budak Wan tu.. haa, kenapa dengan dia ?"soal Datuk Ghani.
"Ni lah kakak si Wan tu..Aiza namanya.."Elhan mula mengenalkan Aiza kepada Pak Longnya.
"ouh.. kakak Wan.. jadi kamu berdua ni ? bercinta ye ?"teka Datuk Ghani sambil mengecilkan matanya memandang ke arah Elhan dan Aiza bersilih ganti.
"Ehh ! bukan Datuk ! Datuk salah faham ni..Saya datang sini sebab reunion sekolah.. tadi tu, kitaorang terserempak je..kitaorang just kawan.."terang Aiza.
"haa.. betullah tu.. kitaorang kawan je.."tambah Elhan sambil tersengih.
"kawan tapi mesra ? siap pegang lengan lagi ? "soal Datuk Ghani, pelik.
"bukan.. ni sebab kaki saya terseliuh tadi.. tu yang mintak tolong Han tu.."jawab Aiza, jujur.
"lah.. macam mana boleh terseliuh pulak dah ? Tak pasal kena pergi klinik..dah, Han.. esok jelah kita borak-borak.. bawak cru.."belum sempat Datuk Ghani ingin menyakat anak saudaranya, terus sahaja merah padam muka Elhan menahan malu.
"Pak Long..Pak Long jangan macam-macam ehh ? nanti, Han taknak teman borak dengan Pak Long dah.."ugut Elhan.
Datuk Ghani hanya ketawa terbahak-bahak."dah..dah.. pergi bawak dia ke klinik tu.. lama-lama nanti, bengkak besar pulak kaki dia tu.."suruh Datuk Ghani.
Sebelum melangkah pergi ke kereta miliknya, sempat lagi si Elhan palingkan muka ke belakang dan buat isyarat zip mulut kepada Pak Longnya.
Yelah, takut rahsia terbongkar kan ?
Datuk Ghani hanya menyambung ketawanya dari jauh sambil mengelengkan kepalanya banyak kali.
"haihla.. Han.. Han.. takut sangat nak confess dekat crush sendiri.. bukannya kena tembak pun bila bagitahu hal sebenar.. "bebel Datuk Ghani sendirian.
sorry.. maybe sekarang Jua akan updated lambat sikit ye.. seriously, Jua kena settlekan banyak benda dan idea pun tengah ting tong lagi ni.. hihihihi..harap korang boleh bersabar ye dgn citer ni.. hehehe.. nanti ada masa lapang, Jua akan updated ye.. stay tuned !
Share this novel