"oitt ! asal kau ni, Aiza ? dari tadi duk temenung.. kau okey tak ni ?"soal Laila yang sedang mengunyah keropok lekor di dalam mulutnya.
Aiza menghelakan nafas kasar.Dia memandang wajah sahabat baiknya.
Terus sahaja lengan kanan Laila dipeluk erat oleh Aiza dan kepala yang berlapikkan tudung bawal dilentokkan pada bahu sahabatnya.
"aku rasa macam aku jelah yang terhegeh-hegeh kat Iqbal tu.."ngadu Aiza.
"eh ? asal pulak kau ni ? kau dengan dia kan dah lama bercinta..Tunang pun dah..asal kau cakap kau terhegeh-hegeh kat dia ?"soal Laila sambil menyambung suapan keropok lekor di dalam mulutnya sambil membuang pandangan ke arah persisiran pantai.
Lengannya yang dipeluk Aiza dibiarkan.
Ya..Aiza ni famous dengan sifat dia yang garang macam Kak Ros Upin & Ipin.. tapi garang-garang pun, dia tetap manja ye..tapi manja dengan orang yang terpilih aje..
Ouh, lagi satu.. Aiza cakap tadi tu kan nak dating.. dia dating dengan best friend forever dia.. bukan dengan lelaki ye..
"aku dah banyak kali tau, suruh dia cepatkan tarikh kahwin kitaorang.. tapi.."Aiza terus angkat kepala dari bahu Laila.
"kau tahu tak ? dia boleh cakap dia tak ready ? kau rasa ? dah dua tahun beb.. lama kut aku setia tunggu dia.. tapi dia.. ada je nak tukar topik lain kalau aku tanya pasal kahwin..aku penatlah excited sorang-sorang.."ngadu Aiza.
"hurm..kalau aku duduk tempat kau pun, aku akan rasa benda yang sama.. yelah, kan orang tua-tua ada cakap.. Tak elok tau bertunang lama sangat.. takutlah ada apa-apa jadi nanti.."beritahu Laila.
"eh, mulut kau ni..janganlah cakap macam tu..kang tetiba masin mulut kau macam mana ? jadi andartu nanti aku ni..kau tak kesian ke kat aku ?"marah Aiza.
"bukan aku yang cakap..aku cuma tolong pesankan nasihat dari orang tua-tua dulu.. Dua benda tu berbeza okey ?"ujar Laila.
"aku taknak.. aku sayang dia beb.."luah Aiza lalu memeluk kembali lengan Laila sambil meletakkan kepala di atas bahu Laila seperti tadi.
"insyaAllah..kalau betul dia jodoh kau.. Tak pergi mana pun si Iqbal tu haa.."pujuk Laila sambil kunyah keropok.
"weyh ! kau kata tadi, kau jumpa mamat yang kau langgar tu.. acaner ? dia ada marah-marah kau ke ? ke dia buat report ?"soal Laila.
"Tak.. dia tak buat report pun.. takde marah-marah aku pun.. dia okey je..tapi annoying giler !"bengang Aiza.
"kau tahu ? aku dahla nak jumpa kau ni, dia boleh pulak suruh aku teman dia makan ? eiii..budak tu.. memang nak kena betul !"marah Aiza seraya mengangkat kembali kepalanya yang berada di bahu Laila tadi.
"patutlah lambat.."ujar Laila.
"yelah..budak tulah punya pasal !"amuk Aiza dengan muka menyampah.
"Ehh ? budak ? budak lagi ke mamat yang kau langgar tu ?"soal Laila.
"nak kata budak tu, takde lah budak..tapi dia sebaya ngan adik aku, si Wan tu.. dalam banyak-banyak lelakilah, asal si kawan baik Wan tu jugak yang aku langgar ? Tak boleh ke Fattah Amin ke ? Redza Rosli ke ? takpun terlanggar Park Hyung Sik ke..boleh cuci-cuci mata..Ni, tak.. budak pangkat adik tulah jugak aku pergi langgar.. tengok dia buat apa ? bukan boleh cuci mata.."bebel Aiza.
Eleh kau ni Aiza..yeke dokleh cuci mata ? yang tadi tu terkesima tengok muka Elhan tu ? bukan setakat cuci mata..rasa macam nak cuci muka je kan bila si Elhan tegur tu.. dahla tenung muka anak teruna orang.. Cakap je besar si Aiza ni..
"Amboi kau.. ingat artis-artis tu nak pandang kau ? dalam mimpi bolehla jumpa.. tu pun entah jumpa ke tak dalam mimpi tu haa.. "ujar Laila sambil gelak sakan.
PAKKK !!!
Sedas lengan Laila kena penampar halus Aiza."haa..gelak ! gelak !"
"aduiii ! bisa lah penampar kau ni.. habis lengan I yang lembut selembut baby ni you tampar.. "rajuk Laila.Dia memuncungkan mulut dan mengosok perlahan lengannya yang berlapikkan lengan blouse.
"ahhh ! kau ! sembang je lebih !"ujar Aiza.
Laila hanya tayang sengih di bibirnya."sekali sekali manja ngan kau..nanti dah kahwin, dokleh dah nak manja-manja..keluar-keluar macam ni.."luah Laila.
Aiza kecilkan mata merenung Laila."ehhh kau ni.. boleh je..nanti aku mintak izinlah dengan husband aku.. dia bagi punyalah..."ujar Aiza dengan penuh yakin.
"Mana kau tahu dia bagi ? kalau dia tak bagi izin macam mana ?"soal Laila.
"halah.. benda simple..pandai-pandailah aku goda dia.. asal dapat keluar dengan kau.. hahahahaha.."jawab Aiza berserta dengan gelak kuat.
"yeye je kau ni..takut nanti, tak sempat kau goda dia.. dia yang goda kau dulu.."ujar Laila.
"takde maknanya.. Mana ada orang lelaki yang goda.. mestilah pompuan yang lebih pandai menggoda.."bantah Aiza.
"suka hati kaulah.. kalau mulut aku masin, aku taktau lah macam mana kau nanti ..takut-takut, kau pulak yang kena goda.. "ujar Laila lalu ketawa terbahak-bahak.
Aiza hanya menjeling tajam ke arah kawan baiknya.'Bertuah punya member ! bukan support aku tapi makin buat aku sakit hati pulak.. huhh !'
*****
~ Andai ku ingin berterus terang padamu
Adakah engkau mahu menerimaku
Kerna engkau tak pernah mengenaliku
Ini kali pertama kita bertemu
Jika memang kau tercipta untukku
Maka izinkan aku mengenalmu
Izinkanlah aku menjadi sebahagian hidupmu
Dan aku berharap
Semoga kali ini akan menjadi
Cinta yang sejati oh sayang ~
Sedang ralit Elhan mendendangkan sebuah lagu, tiba-tiba sahaja satu suara menyapa gegendang telinganya.
Tak lain tak bukan, Mak Yuni."Amboi ! happy semacam je ni ? siap karaoke lagu cinta bagai.. tengah angau ke ?"soal Mak Yuni lalu meletakkan beberapa helai baju kemeja milik Elhan yang sudah digosok di dalam almari biliknya.
Elhan tersenyum kambing."Mana ada Mak Yuni..Han saje-saje je nak nyanyi..bukan selalu.."seloroh Elhan.
"sebab bukan selalu tulah, Mak Yuni pelik.. jarang sangat kamu tu karaoke..jumpa cinta pandang pertama ke ?"soal Mak Yuni sambil memandang Elhan yang sedang tersengih.
"jumpa crush lama, Mak Yuni.."beritahu Elhan.
"crush ? apa ke benda tu ?"soal Mak Yuni, terpinga-pinga.
"crush tu maksud dia orang yang kita minat dalam diam.. haa, gitu.."jawab Elhan.
"ouh.."ujar Mak Yuni sambil menyiapkan susunan baju kemeja Elhan di dalam almari.
"tapi Mak Yuni.. dia dah tunang.. lepas dia kahwin, mesti Han tak boleh nak crush dah kat dia.."suara Elhan mula kendur.
"kalau dia betullah berjodoh dengan tunang dia tu, memang Han kena lupakan dia.. Tak elok tau terkenangkan bini orang.."pesan Mak Yuni.
"Hurmm.. "Elhan hanya berdehem perlahan.Nampak riak muka hampa di mukanya.
"ramai lagi awek-awek kat luar tu Han.. bukan Mak Yuni nak halang kamu tapi orang yang kamu minat tu, tunangan orang.. Tak elok.."pesan Mak Yuni lagi.
Elhan senyum nak taknak.
"ni, esok dah masuk kerja kan ?"soal Mak Yuni.
"haah..esok Mak Yuni masak apa ? nasi lemak boleh ?"soal Elhan sambil tersengih.
"nasi lemak lagi ? pagi tadi kan dah makan dah nasi lemak ?"soal Mak Yuni,pelik.
Elhan tayang sengihan berserta sebaris susunan giginya yang cantik bak model ubat gigi Colgate.
"Haihla.. Tak habis-habis nasi lemak..jangan nanti kamu suruh bini kamu masak nasi lemak pulak pagi-pagi.. naya nanti..Tak pasal pulak kamu muda-muda, dah ada penyakit.."pesan Mak Yuni sebelum melangkah keluar dari bilik tidur Elhan.
Elhan tak mampu nak menjawab.So, diam ajelah sambil tersengih macam kerang busuk.
Setelah hanya dia sahaja di dalam bilik tidurnya, dia terus merebahkan badannya di atas tilam empuk miliknya.Kepalanya di alaskan dengan kedua belah tapak tangan.
"13 tahun, baru jumpa semula ? Makin cantik aje orangnya..muka nampak lagi matang..tapi tulah.. Tak sangka.. dah jadi tunangan orang.. Harap awak bahagia nanti, Aiza.Tak sempat saya nak luahkan, awak dah nak jadi milik orang.."monolog Elhan sendirian.
*****
Tuah Holding Sdn. Bhd. merupakan anak syarikat dari Jaya Holding Sdn. Bhd. yang dibangunkan oleh Datuk Khaled.
Setelah Elhan selesai sambung belajar di luar negara, terus sahaja dia memegang jawatan sebagai pengurus kepada Tuah Holding Sdn. Bhd.
Disana, para pekerja amat menyanjungi Elhan kerana sikapnya yang tegas dan profesionalnya dalam membentangkan dan merangka sesebuah projek.
Lagipula, Elhan juga seorang bos yang sentiasa senyum.Disebabkan itulah, ramai peminat wanita di tempat kerjanya.Dari yang muda sampailah pangkat kakak-kakak pun meminatinya.Yelah, orang ada rupa kan ? kaya pulak tu..
Tapi dalam senyuman Elhan tu, terlalu banyak perkara yang dia rahsiakan.Hidupnya tak sebahagia seperti orang lain.Waktu cuti-cuti sahaja, pasti para pekerja akan mengambil cuti untuk keluar meluangkan masa dengan keluarga tercinta.
Jauh beza dengan Elhan.Hari cuti, dia akan menghabiskan masa dengan pergi berjoging, lepak kedai makan..semuanya dilakukan sendirian.Tiada ruang untuk dia merasa bahagia seperti orang lain.
"boss ? boss ?!"panggil Iqbal tatkala melihat Elhan yang sejak dari tadi asyik mengelamun.Manakan tidak.Dipanggilnya, tidak bernyahut.
"hah ? ye, saya..Ada apa Iqbal ?"soal Elhan tatkala sudah membuang jauh pemikirannya tadi.
Wake up, Han ! Sekarang time kerja, so kena kerja ! bukan mengelamun !
"Ni borang untuk bos tanda tangan .. projek bersama Megat Imran.Minggu depan dah kena bentang.."beritahu Iqbal.
Elhan memandang fizikal Iqbal dari atas sampai bawah."are you okey, Iqbal ? kenapa saya tengok awak ni macam lain aje ? baju pun tak berapa kemas..awak ada masalah ke ?"soal Elhan, prihatin.
"eh ? takde.. saya takde masalah pun boss.. semuanya okey.."bantah Iqbal sambil tersenyum.
"tapi gaya awak ni, macam berserabut aje.. kalau ada apa-apa yang saya boleh tolong, saya tolong.. Saya tak suka pekerja saya campur adukkan masalah peribadi dalam waktu bekerja..awak tahukan ?"soal Elhan.
"Saya tahu boss..Saya cuma terlewat bangun boss.. tu yang kelam kabut.."jawab Iqbal.
"lain kali pastikan diri awak kemas ye semasa datang kerja.awak tu arkitek kat syarikat ni..kena tunjuk imej yang baik.."pesan Elhan lalu menandatangani dokumen yang diberi Iqbal tadi.
"baik boss.."jawab Iqbal.
Setelah sudah menandatangani, Elhan menutup kembali fail dokumen lalu ditolak perlahan ke arah Iqbal.
"terima kasih boss.. "pinta Iqbal kemudian melangkahkan kaki ke arah pintu keluar.
Elhan hanya berdehem perlahan.
"bukan setakat hari ni je si Iqbal tu nampak macam kusut.. tapi dari 3 bulan yang lepas lagi.. it's like something happens..Perwatakan dia pun dah mula berubah.Bukan dia tak dengar yang pekerja bawahan Iqbal membawang pasal Iqbal.Salah sikit pun dah naik angin.Dulu dia pekerja yang baik ..Jarang sangat nak marah dengan pekerja bawahannya."monolog Elhan, sendirian.
selamat membaca !
Share this novel