"Wah.. banyak betul hadiah akak ? nak tolong bukakkan boleh ?"soal Rizwan yang tiba-tiba muncul entah dari mana.Magic betul budak ni..Tahu-tahu, dah tercongok depan mata.
Tanpa dipelawa, dia duduk bersila di sebelah kakaknya.Satu kotak hadiah berwarna purple ditarik lalu dibuka laju.Tergamam wajah Rizwan seketika.
"kau dah kenapa Wan ? ada benda pelik ke ?"soal Aiza tatkala melihat adiknya yang dah serupa ayam berak kapur.
"kotak purple ? tak silap ni, Laila yang bagi tadi.Katanya special.."gumam hati Aiza.
Kepala dicondongkan ke sebelah untuk intai isi dalam kotak hadiah tersebut.Merah padam mukanya tatkala melihat baju lingerie yang berwarna merah menyala itu terlipat elok dalam kotak.Terus ditarik laju lalu dibawa disampingnya.
Aiza telan air liur.
"Gila ! betul-betul gila ! memang taklah aku nak pakai..Nasib jugak bukan si budak Elhan yang bukak kotak ni..Laila ! kau memang cari nahas betullah !"dalam hatinya sudah ingin menjerit nama sahabatnya.
"ehh.. dah ! dah.. kau pergi duduk jauh-jauh.. sibuk betullah !"marah Aiza sambil menghalau adiknya itu.
Rizwan yang sudah berada di dunia nyata sudah tersengih mengenat dekat Aiza."Uishhh ! barang baik tu kak.."
Tak pasal-pasal lengan Rizwan ditepuk laju."Gila kau !"
Mercerlung tajam mata helang Aiza yang dilemparkan pada adiknya.
Rizwan sudah tergelak besar."malam ni, makan besarlah si Han tu.."usik Rizwan.
Elhan yang kebetulan lalu terdengar bicara Rizwan."Amboi..gelak besar nampak, Wan ? kau kutuk aku depan Aiza ehh ?"matanya sudah dikecilkan sambil memandang rakannya itu.
Rizwan yang melihat Elhan sudah berdiri kaku itu, terus sahaja dia bingkas bangun lalu menerpa ke arah abang ipar aka rakannya.Dia senyum ada makna pada Aiza sebelum dia mula berbisik dekat telinga Elhan.
Wajah Elhan terpaku.
Haa sudah, budak gila ni bagitau Elhan..Tak guna betul !
Aiza sudah bangun dari duduk.Dia menapak ke arah adiknya yang sudah menyorok di belakang Elhan sambil ketawa.
"meh sini kau..kalau aku dapat, aku piat-piat telinga kau, Wan !"marah Aiza lalu menerkam ke arah adiknya.Tapi hampa.Si budak Rizwan tu memang licik orangnya.Cepat sahaja dia mengelak.
Namun tak semena-menanya,Aiza terpeluk Elhan yang menjadi perisai bagi Rizwan.Alamak !
Rizwan sudah berlari pecut tatkala melihat adegen sweet tadi.Bibirnya tersenyum.Goodluck !
Belum sempat Aiza ingin meleraikan pelukan ekspress, terus sahaja pinggangnya terasa bagai dililit kemas.Pelukan makin dikemaskan.
Aiza telan air liur.Uish..Perit tekaknya.
"awak nak goda saya ke Aiza ?"sapa suara lembut Elhan di gegendang telinganya.
Damn !!!
"eh.. tak ! tak ! tak !"Aiza tak berani nak angkat muka, sudahnya dia hanya tertunduk sambil menolak dada bidang Elhan untuk jauh darinya.
Namun hampa,bukan makin jarak tapi makin rapat.Kemudian, terasa dagunya disentuh dan tertolak ke atas.Dia pejam mata rapat-rapat.
Elhan sudah tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya.Comel ! Rasa nak gigit pipi montel sang isteri dihadapannya itu.
"Amboi..tahu lah tak sabar..Tapi janganlah tunjuk sangat.."tegur satu suara yang muncul tiba-tiba.
Puan Dania hanya tersenyum melihat pengantin baru dihadapannya.
Terus sahaja Elhan melepaskan pelukan lalu mengaru kepalanya yang tak gatal.Cover malu punya pasal.
"mak ni..bukanlah.."Aiza menidakkan kata-kata ibunya.
"halah..yelah tu.. dah, jom makan.. mak dah siapkan lauk lebihan kenduri tadi dekat meja dapur..Jom makan sekali..Mak nak panggil ayah kamu ni.."ucap Puan Dania sebelum melangkah pergi.
"okey madam !"balas Aiza lalu melangkah ke arah dapur.Elhan yang masih malu hanya terdiam.Malu betul dia gara-gara tertangkap depan mak mertuanya.Dia hanya membontoti Aiza dari belakang.
"semua ni salah kau tau ! tak pasal mak nampak.."marah Aiza, separuh berbisik.
"halah..tak sengaja lah..peluang depan mata, takkan tengok je.."lancar sahaja mulut bercakap.
Aiza dah terlopong."dasar budak pervert !"
Elhan sudah mengekek ketawa.
*****
Semua sudah berada di meja makan untuk sesi makan malam.Lauk lebihan kenduri pun banyak lagi walhal sudah banyak jugak diberi dalam bungkusan kepada jiran-jiran.Tapi bagus jugak, tak perlulah masak dah.. Leceh lah nak masak..
Hahahaha.. Kitanya kurang minat memasak..Tapi bab buat kek dengan pastry tu laju lah..Hahahahaha..
"Elhan cuti berapa hari ?"soal si ayah mertua, Encik Zambri.
"Lima hari pakcik.."jawab Elhan sambil tersenyum.
"eh, kamu ni..apa pulak panggil pakcik pulak..panggil Ayah..kamu kan anak ayah dah sekarang.."beritahu Encik Zambri sambil tersenyum.
"amboi Ayah..gembira betul ye dapat menantu ?"soal Rizwan.
"eh..mesti..dahlah hensem.. macam Ayah dulu-dulu..kan Nia ?"soal Encik Zambri sambil memandang wajah isterinya di sebelah.
"itu kisah dululah bang.. tu pun nak mengungkit.."balas Puan Dania, malas dilayan suaminya itu.Ada-ada sajalah dia tu.
Encik Zambri hanya tersengih."teringatlah kisah kita dulu-dulu..manis je alam mula-mula bercinta dulu..kalau kamu nak tahu, mak kamu ni boleh tahan jual mahal tau.. punyalah payah nak dapatkan..last-last terjatuh hati jugak.."ucap Encik Zambri kemudian terkekek ketawa.
"ishh abang ni ! malu lah !"ucap Puan Dania.Wajah sudah ditundukkan.
Sebijik perangai macam Aiza.Menurun rupanya.Elhan sudah tersengih sambil menguis-guis nasi di atas pinggannya.
Elhan yang sedang dalam lamunan terhenti tatkala bahunya terasa seperti dicucuk sesuatu."kau dah kenapa tersengih ? tu, ayah tanya tu.."beritahu Aiza lalu memuncungkan bibir ke arah Encik Zambri.
"jauh mengelamun Elhan..awal lagi ni.."sakat Encik Zambri.
"ehh.. takdelah Ayah..hehe.."Elhan hanya tersengih.Kantoi mengelamun.
"ada-ada sajalah kamu ni..ni, nanti kalau cuti panjang..rajin-rajinlah datang sini ye..nanti bolehlah tengok-tengok kawasan kampung sini.Seronok tau..nanti musim buah, datanglah ye.. bolehlah kita kutip buah rambutan dengan manggis dekat kebun"ajak Encik Zambri.
"wow..ada kebun ? asal kau tak pernah ajak aku pergi kebun ayah kau, Wan ? kedekut betul !"maki Elhan.
"lah..manalah aku tahu kau minat pergi kebun.yelah, kau kan orang bandar..Mana tahu, kau tu anti nyamuk.."balas Rizwan.
"ceh ! setakat nyamuk tu, sekali tampar jelah.."ucap Elhan.
"eleh kau..bukan setakat nyamuk..kerengga pun ada tau..dia gigit kau baru tahu macam mana rasa.."
Elhan buat rolling eyes.
"Eh..kamu berdua ni..gaduh pulak dah.. dah.. makan-makan..lepastu pergi rehat..Aiza.. esok bawak suami kamu jalan-jalan dekat kampung kita..kamu pergi merempit dengan Elhan..kamu kan kaki rempit.."sakat Encik Zambri.
"ishh, Ayah ni..Aiza dah letak jawatan lah.."rengek Aiza.
Encik Zambri sudah pecah tawa."Minah rempit tau bini kamu ni Han..jangan dibuat main.."
"Ayah !"Aiza dah sebal muka dah.Ayah ni sengaja betul malukan aku depan Elhan.
"ouh..boleh tahan jugak ye.."ucap Elhan sambil tersengih memandang Aiza yang berada disebelahnya.
"apa pandang-pandang ? cucuk mata tu baru tau !"marah Aiza lalu menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.Malas tengok muka si budak annoying tu..Menyakitkan hati.
Elhan sudah tersengih.Garang betullah singa betina ni..Ambik masa lama nak jinakkan ni.
Ada bau-bau bahagia sikit kan ? Hahahahaha.. Maybe sbb mood Jua bahagia sikit kut.. nak tulis cerita, kena ada mood jugak.. kalau setakat idea je, memang akan stuck..Happy reading semua !!!
Share this novel