AIZA menyedut air bandung cincau di gelasnya tatkala menunggu mamat accident tu datang.Bebola matanya melilau cari bayangan lelaki itu.
Matanya kemudian mengerling pada jam tangan CASIO berwarna purple miliknya yang tersarung kemas pada pergelangan tangannya.
"tskk ! kata nak jumpa pukul 2.. Ni dah pukul 2.30 dah.. janji melayu betullah ! dahla aku ada plan kejap lagi..huhhh ! "bebel Aiza sendirian.
"cik Aiza ?"tegur satu suara yang sudah berada di tepi Aiza.
Aiza mengangkat muka memandang si penegur tadi.
Muka yang tidak terlalu bujur dan tidak terlalu bulat itu dipandang lama.Tak lupa juga, rambut yang digayakan dengan curtain hairstyle menambahkan lagi ketampanan wajah si dia.
Tak berkelip mata Aiza memandangnya.
"cik ? cik ?!"tatkala ditekankan sedikit suara, baru Aiza tersedar.Uishh ! power betul aura si Elhan ni.. baru pandang sekali, dah boleh terangau..
Aiza yang tersedar dari lamunannya, terus sahaja memandang ke arah lain.
"arghhh ! malunya..Mana nak letak muka ni ? Mata ! asal kau gatal sangat duk temenungkan dia hah ? malu giler kut.. rasa nak sorok je muka bawah meja.i'm so shy..."monolog Aiza.
Elhan tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya.Dia kemudian menarik kerusi di hadapan Aiza lalu duduk.
"lama ke cik tunggu ?"soal Elhan sambil merenung Aiza yang tahan malu.Nampak jelas kut,kedua belah pipi Aiza yang memerah dek malu.
"boleh tahan lama gak.."selamba Aiza menjawab tapi matanya sibuk duk main pusing-pusing straw yang ada dalam gelas minumannya.
Elhan tergelak.Alahai.. asal lah dia ni comel sangat ? jujur pulak tu..
Tatkala telinga Aiza menangkap suara ketawa, terus sahaja dia mencerlung tajam wajah lelaki di hadapannya.
"wooo..garangnya muka..leklek ! Saya geli hati je tiba-tiba..jangan marah.."ujar Elhan.
"asal ? Ada ulat bulu ke dalam tekak tu ? takde benda lawak pun.."bengang Aiza.
Terhambur ketawa Elhan buat kali kedua."hahahaha..lawakla cik ni.. aduhai.."
"kalau takde apa-apa dah, saya nak balik..Ni, kunci motor Encik.. tu, kertas tu, saya ada tulis nama bengkel motor yang baiki motor Encik.."beritahu Aiza lalu menolak kunci motor dan sehelai kertas berlipat ke arah tuan empunya.
"eh ? tunggulah dulu.."suruh Elhan tatkala melihat Aiza yang sudah bangun berdiri.Namun terhenti apabila ditegur.
"nak apa ?"soal Aiza, kasar.
"temankan saya makan.. jangan risau, Saya belanja..Anggap je ni sebab cik dah tolong hantar saya pergi klinik haritu.."pujuk Elhan.
"tapi saya ada hal lah.."tolak Aiza.
"just 20 minutes.. tak lama pun.."pujuk Elhan, lagi.
Aiza mengeluh perlahan lalu dia duduk semula di kerusinya tadi."haa, cepatlah order.."suruh Aiza.
Dia kembali menyedut baki air bandung cincaunya kemudian duduk bersandar pada kepala kerusi.
Kedua tangannya disilangkan manakala wajahnya memandang ke arah tepi Elhan.Muka ? memang masam ajelah.. takkan nak senyum pulak kut.. memang idoklerr..
Buat apa nak pandang mamat tu ? takde dapat apa pun haa.. yang dapat malu je buat kali kedua ketgi kalau aku pandang dia..
Elhan mengangkat tangan sambil memanggil pelayan lelaki yang bertopi yang berdiri tidak jauh dari tempat duduk mereka.
"order apa, Encik ?"soal pelayan lelaki tadi setelah sampai di sebelah meja Elhan duduk.Tangannya sudah siap dengan sebatang pen dan sebuah buku nota kecil untuk menulis pesanan makanan.
"bagi saya nasi goreng paprik satu dengan air laici satu.."pesan Elhan kemudian matanya memandang wanita di hadapannya yang masam macam cuka.
"cik nak order makanan apa ?"soal Elhan, lembut.
"bila masa saya nak makan ? Saya temankan awak je.."ujar Aiza dengan kening yang berkerut.
"Tak lapar ke ?"soal Elhan lagi.
"Tak.. Tak lapar pun.."jawab Aiza lalu membuang pandangan ke arah lain.
"okey.. Hurmm.. tu je.. "ujar Elhan kepada pelayan tadi lalu menghadiahkan sebuah senyuman.
Bukan macam Aiza tu..masam 24 jam !
"betul ni cik tak lapar ? jangan tiba-tiba pulak kata lapar.."ujar Elhan dengan gelak ketawa di hujung ayat.
"saya nak dating kejap lagi.. Mana boleh makan.."dengan selamba Aiza menjawab.
"ouhh..kiranya cik dah ada partner lah ni ?"soal Elhan sambil memandang wajah comel di hadapannya.
Adoi.. melepas pulak dah..baru je nak masuk line.. jarang-jarang ni dapat pompuan yang lurus dan muka tak bertalam-talam..
Aiza hanya berdehem.Malas layan sebenarnya.Yelah, baru jumpa, sibuk nak tahu hal orang..Penyebuk !!!
Suasana tiba-tiba jadi sunyi.Yelah, baru ingat nak bersembang banyak..tapi bila dah tahu si dia tu 'kepunyaan orang', terus sahaja mulut terkunci dari bercakap.
"eh ? kak ?"sapa satu suara.Yang pastinya lelaki.
Aiza memandang ke arah si penegur."Wan ? kau buat apa sini ?"soal Aiza.
"aduhh kak.. tanya soalan senang tu buat apa ? dah kat kedai makan.. nak makanlah, kak.."jawab Rizwan.
Aiza tayang sengih.
"Wan ?"panggil Elhan.
Muka Rizwan berkerut seribu.Siapa pulak mamat ni ? tapi macam someone..
Elhan bangun dari duduk."kau Wan kan ? Rizwan Shafiq bin Zambri ?"soal Elhan.
"Mana Encik tahu nama saya ?"soalan yang ditanya dibalas dengan soalan.Haiyaa.. apa nak jadi daaa ?
Elhan tersengih."weyh ! ni akulah.. Han ! Elhan Amsyar.."Elhan mula memperkenalkan dirinya.
"Han ? biar betik ? serious lah ni kau ?"soal Rizwan seakan tak percaya.Rizwan membulatkan bebola matanya lalu membelek-belek wajah Elhan.
"betullah ni aku.. asal ? aku terlalu handsome ke ?"soal Elhan dengan bongkak.Kedua belah keningnya dijongketkan banyak kali.
"tskk ! handsome tahap babon.."kutuk Rizwan.
"dasar ! kau tu haa.. dahla makin bambam aku tengok..dulu time sekolah, slim macam model..ni sekarang apa citer ? kau dah kahwin ke ?"soal Elhan.
"woi.. nak sembang pun, bagilah aku duduk dulu.. kau ni pun.."ujar Rizwan.
Elhan mengekek ketawa."haa.. duduk..duduk.."suruh Elhan.
"haa, kau nak tahu kan ? tu haa.. wife aku dengan anak aku.."tunjuk Rizwan tatkala seorang wanita yang bertudung shawl sedang berjalan ke arahnya dengan mendukung seorang budak lelaki dalam lingkungan umur satu tahun.
Wanita tadi duduk di kerusi sebelah Aiza yang hanya mendengar perbualan dua ketul sahabat yang lama giler tak jumpa.dekat 13 tahun kut.
"seriously ? kau dah ada anak ?"soal Elhan seakan tak percaya.
"mestilah.. kau pulak apa citer ? dah kahwin ke belum ?"soal Rizwan.
"still single bro.."jawab Elhan.
"tulah kau..orang suruh bercinta taknak.. sibuk kata nanti sampai masa, jodoh datang sendiri.. kalau kau tak usaha, jodoh kau tu pun entah ke mana.. jodoh ni bukannya boleh bergerak sendiri.."ceramah Rizwan.
Elhan hanya mengaru keningnya yang sememangnya tidak gatal sambil tersengih dengan tayang giginya yang tersusun cantik.
Jumpa-jumpa je, terus kena ceramah kaw-kaw..Adeh !
"nanti-nantilah aku cari jodoh aku.. eh, kiranya ni kakak kaulah kan ?"soal Elhan sambil menjeling ke arah Aiza yang hanya diam dari tadi.
"haah.. kakak aku yang garang macam singa tu.. dia lah tu.. kau , asal boleh ada dengan kakak aku ni ?"soal Rizwan,pelik.
"ada accident sikit baru ni.. so, dia just nak pulangkan kunci motor yang dia tolong baiki tu.."beritahu Elhan, jujur.
"wait a minute.. so, kiranya orang yang kakak aku tu, kau Han ? seriously ?"soal Rizwan.
"ha..haah.."jawab Elhan teragak-agak sambil memandang wajah Aiza.
Wajah Aiza pulak macam takde perasaan.
"betul ke kak ?"soal Rizwan dengan riak muka terkejut.
"hurm..dahla..aku chaw dulu.. aku ada hal.."beritahu Aiza sebelum bangun dari duduk.Kemudian, berlalu pergi.
Rizwan terkebil-kebil."mak aii.. chaw macam tu je ? bertuah punya kakak !"bebel Rizwan.
"Kak Aiza kan memang macam tu.. You ni pun, Sayang..macam tak kenal pulak perangai kakak You tu macam mana..lagi-lagi time bad mood.memang muka masam 24 jam.."ujar Maisara.
Rizwan geleng kepala banyak kali.Perangai still lagi tak berubah.Aduhai..
"kakak kau still macam dulu ?"soal Elhan.
"haah.. aku pun tak fahamlah asal dengan dia tu..perangai pun jadi makin teruk lepas bertunang..Tunang dia pun satu hal, dah dua tahun bertunang, taknak sambung ikatan yang sah..padahal aku tengok, hidup laki tu senang aje.."bebel Rizwan.
Elhan hanya mengangguk perlahan kepalanya.Nak bercakap lebih pun tak boleh.Yelah, tu hal family dia.. Dokleh masuk campur.
sorry reader.. disebabkan Jua lambat sangat tak update.. so, Jua buat 2 chapter terus.. sorry sangat2.. seriously, Jua ada benda kena yg kena settlekan..so enjoyed !
Share this novel