"Gelak ! gelak ! tengah sakit ni tahu tak ?"bekeng Aiza.Mata dia takyah kaborlah guana.Memang tajam menikam jiwa !
"itu je yang mampu saya buat.. benda dah jadi, tak boleh nak halang dah.."Elhan sambung ketawa lagi.
Dasar Elhan annoying !
"Aku jatuh pun sebab kau lah ! dah banyak kali aku pesan, lepas mandi tu, kesatlah dulu kaki kat alas kaki tu.. ni tak..lepastu akulah jadi mangsa tergelincir sebab air basahan mandi kau tu.."bebel Aiza.
Elhan hanya mampu ketawa.Boleh tahan degil jugak si Elhan.Berbuih mulut suruh lap dulu, diendahkan jugak.Last-last, Aiza jugaklah yang mendapat sakit.Tak kena pulak tu dekat si Elhan.Dasar !
Aiza yang sedang duduk bersila diatas katil hanya mengerutkan dahinya dek menahan sakit.Pinggangnya diurut perlahan.
"okey..okey..sorry okey ? ni, mana awak letak minyak urut ?"soal Elhan yang sudah berdiri tercegat sebelah katil Aiza duduk.Ketawa sudah pudar.
"nak buat apa ?"
"nak urut awaklah, wifey hoi.."
"erkk ! takyah ! takyah ! aku boleh urut sendiri.."laju sahaja Aiza menolak.Tak kuasa dia nak suruh Elhan urutkan.Bukan boleh percaya budak tu.Seram !
"tak baik tolak pertolongan suami..nak kena karma lagi ke ?"pancung Elhan.
Aiza terdiam.Dalam hatinya sudah mengutuk-gutuk suaminya.
"Mana awak letak ?"soal Elhan kali kedua.
"tu..dalam laci almari tu.."Aiza sudah memuncungkan bibirnya.
"laci almari tu banyak, wifey.. yang mana satu ? tunjuk tu pakai jari,bukan bibir.bibir awak tu khusus untuk kiss je.."sakat Elhan sambil ketawa kecil.
Merah padam muka Aiza.Dasar Elhan si ulat bulu kurus keding !
"tu ! yang sebelah kanan tu !"jari telunjuk dia arahkan ke arah laci almari.
Elhan sudah menapak pergi ke arah yang disebutkan oleh Aiza.Laci dibuka lalu sebotol minyak urut dicapai.Ditutup semula laci yang barusan dia buka.
Langkah kakinya menuju kearah Aiza yang sedang mengerut kesakitan.Dia duduk di tepi Aiza.
Baju t-shirt Aiza selamba sahaja dia naikkan ke atas.
"ehhh ! apa kau buat ni Han ?"soal Aiza yang tersedar badannya sudah terdedah sedikit di bahagian belakang badan.Cepat sahaja dia tarik baju semula.Hujung baju dia pegang erat.Punya taknak bagi Elhan selak lagi sekali.
Gila betul Elhan ni ! Aku tak bagi izin pun, memandai je tangan tu selak baju aku..
Elhan dah senyum gatal."takut ehh ?"
"diamlah kau ! bak sini minyak urut tu !"Aiza sudah mendekati Elhan.Tangannya ingin mencapai botol minyak urut pada tangan Elhan.
"nope ! bagi saya urut awak.."tegah Elhan.Tangan yang ada minyak urut dia angkat ke udara.
"taknak ! kau tu dahlah gatal !"terkeluar sudah ayat itu dari mulut Aiza.
Elhan sudah tersengih hingga menampakkan giginya.Gatal ? Aiza..Aiza..jujur betullah..
"ishh..bak sini lah minyak tu !"Aiza sudah berdiri menguna lutut sambil mencapai minyak urut pada tangan Elhan yang tergantung di udara.
Elhan yang nampak peluang, apa lagi ? Sebelah tangannya memeluk pinggang ramping sang isteri.
Aiza yang hilang keseimbangan sudah jatuh menghempap Elhan.Nasib ler atas katil.Kalau atas lantai ? Tak ke naya ?
Mata Aiza sudah membulat memandang Elhan yang sudah berada dibawahnya.Elhan hanya tersenyum memandang wajah merah Aiza.Blushing lah tu.
Namun tak sempat nak berbuat apa-apa, giliran Aiza pulak sudah berada di bawah Elhan.
Jantung Aiza sudah dipam laju.Macam-macam yang bermain difikirannya.Tak ! Aku belum bersedia nak jalankan tanggungjawab satu daripada tanggungjawab seorang isteri !
Kedua tangannya yang menahan dari menghempap Aiza sudah dikendurkan sedikit.Bibir Elhan sudah perlahan-lahan menghala ke arah bibir milik sang isteri.Seketika bibir mereka bercantum.
Masing-masing sudah hanyut dibawa arus sehingga bibir Elhan mula turun ke arah leher jinjang Aiza.
"Han.. please, no.."kata-kata itu membuatkan tindakannya terhenti.
Dia meraup mukanya."I'm so sorry Aiza..Saya pergi toilet kejap.."
Elhan sudah menjarakkan diri dari Aiza.Dia bingkas bangun dari katil lalu menapak ke arah bilik air.
Aiza diam tak berkutik.Nasib sahaja Aiza sudah tersedar,kalau tidak memang dia sudah jadi hak sepenuhnya milik Elhan malam ini.
Elhan membasuhi mukanya lalu merenung wajahnya yang terpantul di dalam cermin di hadapannya.
"Damn ! nyaris aku nak terhayut dengan Aiza..Sabar Elhan ! kau kena ingat, Aiza masih dalam proses nak terima diri kau..please, behave Elhan Amsyar !"Elhan sudah bermonolog sendiri.
Bibirnya disentuh perlahan dengan jari.Bibir sedikit tersenyum senget.
Mungkin Aiza sudah perlahan-lahan menerimanya ? no wander, dia hanya membiarkan Elhan mengucup bibirnya.Siap berbalas balik.Bukan sekali tapi sudah dua kali.Cuma untuk lebih dari fasa itu,mungkin belum masanya lagi.
*****
Aiza ralit sahaja menonton movie tanpa sedar sofa disebelahnya sudah diduduki oleh seseorang.Tangan Aiza pula sibuk menyuakan jajan Mister Potato perisa Hot & Spicy ke dalam mulut.Dia kunyah perlahan sambil matanya tak berganjak dari kaca televisyen.
"tengok cerita apa, Wifey ?"soal Elhan yang sudah duduk rapat di sebelah sang isteri.
"ohh mak kau !"latah Aiza.
Aiza tidak perasan yang Elhan sudah berada disebelahnya.Memang tak perasanlah bila mata asyik merenung pelakon kesukaannya di kaca televisyen.Siapa lagi, semestinya Ma Dong Seok.
Pelakon Korea yang memang glamour kalau berlakon cerita thrillers.Memang tak rugi tengok dia berlakon.Semua cerita dia best-best.
Elhan hanya tergelak memandang Aiza yang terkejut.
"ishh kau ni.. tadi takde..pastu tiba-tiba muncul..pakai magic ke apa ?"Bebel Aiza.
Elhan tayang sengih lalu mengangga mulutnya kearah Aiza."nakkk..aaaa..."
Riak muka Aiza sudah berubah menjadi meluat."erkk ! gedik ! ada tangan kan ? suap sendiri !"
"lah..nak manja-manja pun tak boleh..tak syok lah, Wifey.."tutur Elhan sambil tarik muka.
"tskk ! apa nak manja-manja ? ingat kau tu kucing ?"
Elhan pula hanya tersengih.Dia dengan selamba sahaja baringkan kepalanya atas peha Aiza.Kedua tangannya berpeluk tubuh sambil memejamkan mata.
"ehhh !"Aiza dah rasa geli geleman.Seumur hidup dia, mana pernah ada orang yang terlajak manja baring di atas pehanya.
Elhan mula membuka matanya lalu merenung wajah Aiza yang terkejut dari bawah.Bibir sudah tersungging.
"Gediklah kau..kusyen sofa tu kan belambak..pergilah baring kat situ.."halau Aiza.
Uishh.Memang mengancam nyawa betullah si Elhan ni.Tiba pulak nak manja-manja ni..Seram ! Bukan apa..Takut tergoda je..
"nope ! sini lagi best.."balasnya sambil tersenyum manis.
Aiza buat muka tak puas hati.
"Wifey..nanti awak kejutkan ye ? saya nak tido kejap.."suruh Elhan lalu melelapkan matanya.Tangannya masih bersilang dan posisinya mula mengiring ke arah Aiza.Kepala didekatkan lagi sehingga dahinya terkena perut Aiza yang berlapik baju t-shirt.
Aiza dah tak keruan bila Elhan makin dekat dengannya.Jantung please ! jangan marathon lagi..Lama lagi aku nak hidup !
Namun hanya 2 minit, Elhan sudah terlelap.Wajah polos Elhan ditatap.
"Han..kau ni memang sengaja ke apa haa ? gatal merenyam betullah !"Bebel Aiza, perlahan.
Tangan kirinya mula, menepuk-nepuk bahu sado Elhan perlahan.Elhan yang berada selesa didodoikan , cepat sahaja mendekatkan diri dengan Aiza.
Wajah Elhan mula tersembam pada perut Aiza.Aiza pulak sudah terjerit kecil.Tindakan reflek katakan.
"ishh ! budak ni..manja terlajak betullah !"
Perlahan-lahan bibir Aiza sudah mengukirkan sebuah senyuman.Yang pasti senyuman itu, senyuman ikhlas.Tak dibuat-buat.
Share this novel