16

Romance Series 10968

Aiza yang baru sahaja keluar dari bilik mandi terus berjalan menuju ke arah meja solek.Dia melabuhkan punggung di atas kerusi lalu menatap wajahnya pada cermin dihadapannya.

Bibirnya cuba untuk mengukirkan sebuah senyuman.Dia menolehkan kepala ke kanan lalu ke kiri.Kemudian dia telek setiap inci pada wajahnya.

"asal senyum aku nampak tak ikhlas ehh ? aku memang dilahirkan untuk tak mampu senyum ikhlas ke ?"bebel Aiza sendirian lalu mematikan senyumannya.

* THROWBACK *

"Aiza !!!"jerit Elhan tatkala melihat Aiza yang hampir nak tersembam jatuh dekat anak tangga kedai makan tadi.Mujur Elhan sempat tarik lengan Aiza.

Dalam sesaat sahaja Aiza sudah ada di dakapan Elhan.Aiza sudah terkedu lalu cepat-cepat dia tolak dada bidang Elhan menjauh darinya.

"jangan sentuh akulah !"marah Aiza dengan muka yang masih memerah.Tapi dia hanya menunduk.Tak mampu dia nak pandang Elhan dengan wajahnya kian membakar.

"sorry..sorry.. saya tak sengaja terpeluk awak..Awak okey tak ni ?"pinta Elhan lalu menundukkan wajahnya untuk melihat wajah Aiza yang hanya menunduk dan berdiri keras macam patung.

Tak sempat Elhan melihat wajah Aiza, terus sahaja dia memalingkan badannya berjalan terus ke tempat letak kereta.

Arghhh ! bahangnya muka aku ni.. Macam mana nak pandang si budak annoying tu ? mati aku kalau dia nampak muka aku merah.. tak pasal dapat ejekan dari dia..

Lamunan kejadian tadi terus terpadam tatkala satu panggilan telefon masuk.Aiza mengintai dari jauh nama si pemanggil.

HAN ANNOYING

Aiza mengeluh perlahan.

"apa bendalah si budak ni nak malam-malam ni ? tak tido lagi ke ?"Bebel Aiza.

Panggilan pertama dibiarkan sepi.Namun muncul pulak panggilan kedua.

Aiza sempat merengus geram sebelum telefonnya dicapai dan diterima panggilan dari Elhan."nak apa budak annoying ? kau tak pandai nak tido ke ? lewat-lewat malam macam ni pun masih nak call orang ke ? ada masalah besar sangat ke ?" Bebel Aiza.

Elhan yang berada di hujung talian hanya ketawa.

"aku tak laratlah nak bebel kat kau..penatlah.."ujar Aiza dengan suara yang lemau.

"ouh.. sorry..sorry.. Hurmm.. sebenarnya saya.. aa.."tergagap-gagap Elhan ingin mengutarakan soalan pada Aiza.

"cakap lah cepat budak ! Kang aku tutup phone kang.."ujar Aiza.Maaf ye..Aiza ni kurang sabarnya.Hahahaha..

"aa.. saya ingat nak ajak awak pergi hotel.."ujar Elhan.

Membulat terus mata Aiza."woi ! kau gila ke apa ? dasar budak pervert !"

"ehh, awak salah faham Aiza..maksud saya hotel yang awak pernah pergi dulu tu.. Grand City Hotel.. saya cuma nak ajak awak dinner.. bukan check in hotel.. saya masih tahu jaga batas Aiza.."terang Elhan.

"malaslah aku..lagipun asal kau nak ajak aku dinner ? aku bukan awek kau..kawan pun bukan.."

"tanda minta maaf pasal kaki awak haritu..kan kaki awak terseliuh haritu.."

"tskk ! itu hal kecik jelah budak ! takyahlah sampai susahkan diri kau nak ajak pergi dinner bagai.."tolak Aiza.

Lagipun dia memang tak berapa nak tonjolkan muka dekat orang ramai.. Hobinya memang duduk rumah, layan drama Korea, baca novel dan paling utama sekali ialah tidur.Nikmat time cuti-cuti dapat tidur lama..Yelah, kerja 6 hari.. satu hari je cuti..Mana lah tak sakit badan kan ?

"awak tak sudi ke ?"soal Elhan dengan suara lemah.

"kalau aku tolak ?"soalan dibalas soalan.

"hurm.. saya cancellah booking dinner tu.."ujar Elhan sendu dihujung talian.

"lah, kau dah bookinglah ni ? haih, budak bertuah ni.. lain kali kalau tak dapat kata putus, janganlah decide dulu..kesian orang tu nak prepare apa-apa..yelah,aku pergi.. tapi siaplah kalau tiba-tiba kau nak ambik kesempatan dekat aku.. aku terajang kau nanti.."sebelum bagi amaran, Aiza dah memulakan dengan bebelan.Hahaha.. Bertabahla Elhan.

Elhan hanya tergelak.

"gelak je tahu..dah, aku nak tido.."

"okeyyy.. goodnight Aiza..nanti mimpi saya ye.."ujar Elhan sambil gelak yang masih berbaki.

"eukkk ! geli aku..dalam mimpi pun aku haramkan kau masuk !"ucap Aiza sebelum mematikan telefonnya.Dia letakkan semula telefonnya di atas meja solek.

"perangai budak annoying tu betul2 buat aku geramlah..Rasa nak lumat-lumat je muka dia tu..Kesian betullah siapa yang jadi wife dia.. Tak pasal tiap hari stress hadap perangai budak tu.."Bebel Aiza.

*****

Elhan sejak dari habis berbual dengan si 'crush'nya asyik sahaja tersenyum-senyum macam kerang busuk.

"kamu ni dah kenapa Elhan ? apa yang kamu senyumkan sorang-sorang ni ? kamu berlatih nak jadi pelakon psyco ke ?"soal Pak Samad yang sudah mengintai wajah Elhan dari belakang.

"eh Pak Samad ni.. ada pulak cakap Elhan ni psyco.. Elhan rasa macam butterfly in my stomach lah.."ujar Elhan sambil tersenyum ke arah langit gelap di perkarangan taman rumah banglo milik papanya.

"butter ? apa benda pulak butter tu ? haih kamu ni.. cakap tu biar terang.. manalah Pak Samad nak faham bahasa omputih ni.."beritahu Pak Samad.

Elhan sudah ketawa kecil sambil memandang Pak Samad yang berdiri di sebelahnya.Dia peluk bahu Pak Samad.

"maksud dia Pak Samad.. hati Elhan ni teruja sangat-sangat harini ni..hati berbunga riang pun ada jugak ni.."beritahu Elhan sambil tersengih.

"lah.. kata lah awal-awal..ini tidak.. nak jugak cakap omputih.."

Elhan hanya tersengih.

"apa yang kamu berdua sembang kat luar ni ? dah lewat malam dah ni.."soal Mak Yuni yang sudah menapak ke arah suami dan anak majikannya.

Dah gaya anak beranak pulak dah mereka berdua tu.Siap berpeluk bahu bagai.Mana tak rapatnya, papa Elhan sendiri pun asyik busy memanjang..Macam mana si Elhan nak rapat ?

Untung saja Pak Samad ada.Bolehlah dia tumpang kasih sayang daripadanya.

"ni haa..anak kesayangan kamu ni Yuni..katanya hati dia berbunga-bunga.."

"ooo... baru lepas pergi dating ye tadi ? patutlah dari balik tadi pun muka asyik bersinar-sinar..Rupa-rupanya pergi jumpa bidadari ye ?"sakat Mak Yuni sambil mengecilkan matanya.

"aduh..Mak Yuni ni.. nampak ehh ?"ujar Elhan kemudian garu kepalanya yang tak gatal.

"nanti bawaklah dia datang sini..bolehla kenal-kenal dengan Mak Yuni .."pelawa Mak Yuni.

"insyaAllah nanti Elhan bawak dia ye.."balas Elhan sambil tersenyum bahagia.

Happy reading semua..sorry, dah lama Jua tak update kan ? Sekarang, Jua baru lepas tenangkan diri..Hahaha.. biasalah, masalah hidup kan ? tapi apa-apa pun, hidup perlu diteruskan ! Fighting !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience