14

Romance Series 10968

Sedang dalam perjalanan ke meja kerja, terdengar bunyi nada dering telefonnya.Aiza mengeluarkan telefonnya lalu melihat nama pada paparan skrin.

- HAN ANNOYING -

"Mamat ni nak apa lagi ni ?"Bebel Aiza.Panggilan dibiarkan lama berdering.

"Aiza.. kenapa tak angkat call tu ?"soal Kak Liana yang kebetulan lalu disebelah Aiza.

"huh ?"

"kenapa tak angkat tu ? Mana tahu emergency ke.."beritahu Kak Liana.

"taklah.. tak emergency pun.."balas Aiza lalu menekan punat merah.Kemudian dimasukkan semula dalam poket seluar slacknya.

"Akak tengok kamu ni makin hari makin peliklah Aiza.. kamu ada masalah ke ?"Teka Kak Linda.

"takdelah kak.. Saya okey je..Mana ada saya tak okey..perasaan akak je tu .. Saya pergi dulu ye.."beritahu Aiza kemudian berlalu pergi.

Cepat-cepat dia duduk di mejanya.Nafas dihela perlahan.Namun, baru saja dia ingin memulakan kerjanya, telefonnya berdering buat kali kedua.

Tak lain tak bukan.. Si budak bertuah tu.

Stress rasa ! Sejak dari kaki terseliuh, terus dia asyik call.. takpun Whatsapp.. Takde kerja ke apa entah budak bertuah tu..

Telefon ditarik keluar lalu jari ditekan pada skrin yang ada ikon berwarna hijau.Kemudian diletakkan pada telinga.

"hah ! ada apa call ? aku tengah busy kerja ni.."

"ouh.. awak dah masuk kerja ehh ? saya baru je sampai depan rumah awak.. patutlah takde kereta"sapa Elhan di hujung talian.

"kau buat apa dekat rumah aku ? nak skodeng aku ke apa, hah ?!"marah Aiza.Gila betul si budak Elhan ni..

Terdengar gelak tawa dari dalam talian telefon.

"Kalau tak penting, aku off dulu.."ucap Aiza tanda ingin cepat-cepat putuskan talian.

"ehh, jap !"

"apa dia ? cakap cepat ! aku banyak kerja ni.."

"hurmm.. takpelah.. awak settlekan dulu kerja awak.. nanti kita jumpa ye.."

"ehh, sesuka hati kau..." belum sempat Aiza habiskan ayatnya,Elhan dah matikan telefon.

"hello ? hello ?" Aiza mula bengang lalu menjarakkan telefon dari telinganya.

"Dasar ! boleh pulak dia matikan phone macam tu je ? aku tak hbis cakap lagi.. memang betul-betul bertuah lah budak tu.."maki Aiza.

*****

"Lepaslah ! Aku cakap lepas tu lepaslah !!!"teriak Aiza sambil menyentak tangan sado Iqbal.

"No ! Selagi You taknak dengar penjelasan sebenar I.. I takkan lepaskan tangan You.."ujar Iqbal dengan keras kepalanya.

"Cukuplah Iqbal ! Aku taknak dengar apa-apa pun pasal kau.. kau anggap je kita takde jodoh ! pergi baliklah Iqbal .. balik dekat wife kau !"suruh Aiza dengan muka yang lemah.

Sungguh, dia penat ! Penat nak kena hadap kenyataan yang tunangnya sudah berkahwin.

"No ! I tak cintakan dia pun Aiza.. sumpah ! I betul-betul takde perasaan suka dengan perempuan tu.. I .. I kena paksa kahwin.."terang Iqbal.Mukanya kendur.

Ya, memang salahnya tak beritahu awal-awal tapi cuma belum ada masa sesuai.Sebolehnya dia ingin simpan elok-elok status kahwinnya namun apakan daya.Nasib tak menyelebahinya.

Perkahwinan yang bukan atas dasar cinta dan tanpa kerelaan memang perlahan-lahan membuatkan isi kepala Iqbal kusut.Tak tahu ingin memulakan apa pada Aiza.

Aiza hanya tenang mendengar walhal hatinya remuk."tapi kau boleh je kan cakap jujur lebih awal dengan aku ? Tak perlu kut kau nak sembunyikan kalau betul kau kena kahwin paksa .. cukuplah Iqbal.. aku taknak ada kaitan apa-apa lagi dengan kau.jadi, tolonglah lepaskan tangan aku sebelum aku jerit kau perompak.."ugut Aiza.

Perlahan-lahan pergelangan tangan Aiza dilepaskan.

"I'm so sorry Aiza.. I betul-betul tak boleh nak ..."

"Cukup ! Aku taknak dengar apa-apa pun dari mulut kau.. bagi aku hidup sendiri.."ujar Aiza sebelum berlalu pergi.

 Iqbal ketap giginya yang putih bersih."walau apa pun berlaku, You tetap milik I, Aiza !"monolog Iqbal.

Laju sahaja Aiza menuju ke arah tempat letak keretanya.Nasib baiklah tiada siapa nampak dia dengan Iqbal bergaduh..Buat malu je nanti.

"Aiza.."panggil satu suara.

Terus sahaja tangan Aiza laju menampar ke arah suara yang memanggilnya di belakang.Ditengah-tengah masih moddy pasal tadi, boleh pulak ada orang panggil nama..Memang mendapatlah.

Nasib saja Elhan sempat menahan pergelangan tangan Aiza dari menampar pipinya.

Mata mereka berdua bertembung.Mata Aiza sudah berlinang dengan air mata.Hanya tunggu masa sahaja untuk jatuh berderai.

Elhan pandang pelik.Baru sahaja dia sampai, Aiza tiba-tiba bagi air mata kepadanya.

Perlahan-lahan pergelangan Aiza diturunkan dan dilepaskan.

Aiza terus duduk mencangkung sambil menundukkan kepalanya.Dia mula menangis sambil menekup mukanya.

Elhan terkaku."Sedingin Aiza pun, dia ada titik sakitnya..jarang aku tengok dia keluarkan sisi dia yang sakit macam ni.."

Elhan mula duduk mencangkung berhadapan Aiza.Terdengar jelas sedu sedan Aiza menangis.

"menangislah kalau itu boleh legakan hati awak Aiza.. jangan risau..Takde orang yang akan nampak.."ujar Elhan sambil menanggalkan kot baju kerjanya kemudian ditutupkan pada kepala dan bahu Aiza yang sedang menangis.

Suara Aiza menangis semakin kuat.

"Secinta itu kah awak pada Iqbal, Aiza ?"monolog Elhan yang hanya mampu terdiam dan menunggu Aiza reda.Tatkala dia melihat ada Iqbal yang berada di tempat kerja Aiza, dia sudah dapat mengagak.

Tak lain tak bukan.Pasti pasal Iqbal.Patut sahaja dia orang pertama yang balik awal dari kerjanya tadi.

*****

Aiza merenung wajah Elhan yang sedang fokus memandu kereta.

"kenapa aku tak boleh kawal emosi aku depan dia ? kenapa dia perlu ada bila aku lemah ? kenapa ?"monolog Aiza.

Elhan memberhentikan kereta tatkala lampu isyarat bertukar merah.

"Aiza.. awak nak singgah mana-mana tak ? saya boleh.."kata-kata Elhan terhenti tatkala matanya memandang Aiza yang berada disebelahnya.

Aiza masih lagi mengelamun memandang Elhan.

Elhan pelik.Keningnya berkerut.Bibirnya tersenyum."Comel betul dia mengelamun"

"Aiza Nur Sofiya..apa yang awak temenungkan tu ?"soal Elhan sambil tersenyum sehingga terserlah dimple di pipinya.

"huh ?!"Aiza mulai sedar dari mengelamun.

Elhan hanya tergelak."lama ehh awak tenung saya ?"

Pipi Aiza mula kemerahan."malunya.. Mana nak sorok muka..dasar.. dahla dia siap gelakkan aku.."

Aiza menjeling.

"ouhh..sorry.. sorry.. Kaklong kawasan dah marah.."sakat Elhan kemudian sambung ketawa.

Bukan Elhan tak masak dengan perangai 'crush'nya yang kuat betul menjeling tajam.Dah macam mata helang pun ada..

Eleh..padahal pandangan mata helang tulah yang buat Elhan jatuh hati.Bak kata orang, dari mata turun ke hati.Haa, gitu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience