24

Romance Series 10968

"Mak..Ayah..kitaorang mintak diri dulu ye.."ucap Elhan lalu menyalami mak dan ayah mertuanya.

Namun tatkala Elhan menyalami ayah mertuanya, terus sahaja Encik Zambri memeluk erat badan Elhan.Belakang badan Elhan digosok-gosok lembut.

"Ayah amanahkan kamu jaga Aiza elok-elok ye, Han.."

Elhan sudah terkedu.Susah sekali dia akan diperlakukan sebegitu.Mungkin rezekinya untuk dapat keluarga mertua yang baik.

Pelukan dilepaskan.Bahu Elhan pula ditepuk lembut."Kamu pun..dah kahwin ni, besar tanggungjawab yang kamu kena pikul..Jaga diri..jaga isteri kamu.."pesan Encik Zambri lagi.

"insyaAllah Ayah..Errr..tapikan yah..errr.."malu-malu Elhan ingin mengutarakan pertanyaan.

"kenapa dengan kamu ni Elhan ? tak puas duduk sini ke ?"Teka Encik Zambri sambil tersenyum.Yelah, tiba-tiba sahaja jadi gagap.Tadi rasanya okey sahaja dia bercakap.

"ehh..bukan tu Ayah..Harap Ayah tak marah.."beritahu Elhan, takut-takut.

"ada apa-apa yang mencurigakan ke kamu dah buat ?"Teka Encik Zambri.

"err..bukan.. Elhan cuma ingat..kalau boleh..Hurmm..boleh tak Elhan nak peluk Ayah lagi ?"soal Elhan malu-malu.

Aiza yang berdiri di sebelah sudah ketawa kecil.Encik Zambri apatah lagi.Memang semua yang berkumpul di situ pun sudah ketawa dengar permintaan dari Elhan.

"Ya Allah budak ni..Ayah ingat apalah tadi..Meh sini.."ucap Encik Zambri lalu memeluk erat menantunya buat kali kedua.Kali ini,Elhan membalas pelukan.

Nyamannya.Begini rupanya dapat merasa kehangatan peluk daripada seorang lelaki yang bergelar ayah.Elhan tersenyum dalam diam.

Aiza sudah terhenti ketawa.Bukan dia tak tahu, Elhan tak rapat dengan mama dan papanya.Jadi, bila dia dapat peluk Ayah, mungkin dia dapat berkongsi kasih sayang yang sudah dah lama dia tak dapat.

Setelah puas, Elhan sendiri yang melonggarkan dahulu pelukan."Terima kasih Ayah sebab sudi terima Han.."

"Mestilah..Bertuah ayah ada menantu macam kamu ni..Hensem pun hensem..pandai hormat orang tua jugak,kan Nia ?"soal Encik Zambri lalu memandang sang isteri tercinta di sebelah.

"betul tu..bertuah kami ada menantu macam Elhan.."sambung Puan Dania sambil tersenyum.

Aiza yang dari tadi hanya berdiri tegak di belakang pula ambik bahagian untuk salam mak dan ayahnya."Aiza balik dulu ye.."

"jaga makan pakai suami kamu ye Aiza..dengar cakap suami..jangan nak buli pulak suami kamu macam haritu.."pesan si Ayah.

Bukan dia tak tahu,si Aiza bawak motor haritu macam palesit kota je.Mahu trauma Elhan yang duduk belakang si Aiza tu.Nasib sahaja Elhan tak pengsan.Naya lah anak orang.

Aiza hanya balas dengan senyuman.Amboi..Ayah pun dah pandai back up menantu..Cepat betul Elhan ambik hati Ayah ye ?

Aiza kemudian menapak ke arah adik dan adik iparnya.Mereka berdua bersalam dengan Aiza.

"kak..nanti dah ada isi, jangan lupa bagitau.."usik Rizwan dengan nada separuh berbisik.Dia kemudian tergelak kecil.

Lengan Rizwan terus ditampar kasar."lambat lagi !"

Rizwan masih lagi dalam keadaan ketawa.Kuatlah menyakat !

Aiza terus melangkah ke arah Maisara, adik iparnya yang sedang berdiri sambil mendukung anaknya, Uzair.Maisara menyambut huluran Aiza dan mengucup lembut tangannya.

"hati-hati kak.."pesan Maisara sambil tersenyum.

"bro ! jaga kakak aku elok-elok..kalau aku tahu kau buat dia nangis, siap kau aku kerjakan !"Pesan Rizwan sambil memeluk erat bahu Elhan.

"aku janji..aku takkan buat dia menangis.."ucap Elhan.

"aku tuntut ehh nanti janji kau.."beritahu Rizwan lalu memeluk rakannya aka abang ipar.

"elok-elok bawak kereta.."ucap Rizwan tatkala pelukan dileraikan.

Elhan hanya membalas dengan senyuman.Kemudian kakinya mula menapak pergi ke arah keretanya.

Sempat dia dan Aiza melambai mereka semua yang masih setia berdiri di perkarangan rumah.Mereka membalas lambaian berserta senyuman di bibir.

*****

Aiza terlopong mulut tatkala melihat bangunan tinggi yang berdiri gah di depan matanya tatkala Elhan mula membelok masuk ke kawasan tersebut.

"Han... sini ke rumah kau ?"soal Aiza tanpa memandang Elhan yang sedang memandu.Matanya masih tertumpu pada bangunan kondominium di hadapannya.

Gila betul ! Agak-agak berapalah bayar sewa sebulan kalau rumah besar gedabak ni ? dengan bil api dengan air ? makan lagi ? komitmen lagi ?

"yup.. tapi sekarang bukan rumah saya..tapi rumah 'kita' "ucap Elhan sambil tersenyum.

Sebaik sahaja dengar Elhan menekankan perkataan 'kita' , Aiza terus berpaling ke arahnya.

"tapi kau yang bayar..duit gaji aku cukup-cukup makan je haa.."balas Aiza.

Elhan dah tergelak.

Aiza menjeling tajam."apa yang lawak ?"

"Wifey.. saya tak suruh pun awak bayarkan.. itu dah jadi tanggungjawab saya sebagai suami awak.."terang Elhan.

Aiza hanya berdehem perlahan.

"Han..kalau aku tanya, kau marah tak ?"soal Aiza tiba-tiba.

"Tanya jelah wifey.."

"mama dengan papa kau betul ke boleh terima aku sebagai menantu ? sebab aku tengok haritu pun, diaorang macam tak berkenan je dengan aku.."soal Aiza.

"ouh pasal tu..awak jangan kesah.. diaorang okey je.."balas Elhan.

"ye ke ? ke kau ada kena jodohkan dengan mana-mana anak Dato ke Tan Sri ke dengan mama papa kau ? "soal Aiza.

Yelah, biasanya kan mesti anak-anak orang kaya kena kahwin dengan orang yang setaraf dengan diaorang.Aku ni apa je ada.. Habuk satu pun takde !

Elhan tergelak."apa yang fikir sampai jauh sangat tu, wifey ? Saya ni dah sah tau jadi suami awak.."

"err..Mana lah tahu..kot-kot kau.."Aiza masih lagi dengan andaiannya.

"dah..jangan nak melalut sangat..tak pasal nanti saya kiss bibir awak yang banyak cakap tu.."ugut Elhan.

Aiza terus terdiam.

"haa..tahu takut..baru je gertak sikit.."ujar Elhan dengan gelak tawa dihujung ayat.

"eee..gatal ! tahu ambik kesempatan je.."bentak Aiza.Dia sudah tayang muka bengis.

"tak salah pun kan ? lagipun kalau saya mintak izin awal-awal, awak mesti tolak kan ? tapi not badlah for our first kiss, right ? tak sangka awak balas balik.."Elhan mula membuka balik cerita lama.Dia sudah tersenyum manis.

"Diam !"laju sahaja Aiza menjawab sambil menjeling tajam ke arah Elhan yang tersengih macam kerang busuk.Base betul !

"agak-agak nanti dapat lagi tak ehh ?"soal Elhan, bersendirian.Sengaja nak buat Aiza makin gelisah macam cacing kepanasan.

"Elhan Amsyar ! stop it !"suara Aiza sudah dikeraskan sedikit.Badannya rasa bahang dan mukanya dah naik merah dek teringat kembali cerita yang dibicarakan oleh Elhan.

Elhan hanya tergelak."comel betul muka awak time marah, wifey.."

Happy reading !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience