BARU sahaja Elhan melangkah masuk ke perkarangan rumah banglo dua tingkat milik orang tuannya, terus sahaja, Pak Samad yang merupakan tukang kebun dan merangkap sebagai security menegurnya.
"awal kamu balik ? eh ? apa kena dengan kamu ni ?"soal Pak Samad lalu menerpa ke arah Elhan.
Daun pokok bunga yang sedang dia potong tadi terus sahaja diendahkan.Risau benar dia dengan keaadan Elhan.
Manakan tidak, dia sudah anggap Elhan seperti anak kandungnya sendiri.Bukan apa, dari Elhan kecil sampailah sekarang, dia dan isterinya, Mak Yuni yang menjaganya.
Yelah, mama dengan papa Elhan masing-masing sibuk uruskan perniagaan masing-masing sehinggakan Elhan yang merupakan anak kandung mereka diabaikan.
Lengan bahu kiri Elhan dipegang lembut oleh Pak Samad."Ya Allah..budak bertuah ni ! kan Pak Samad dah kata..bawak motor tu elok-elok ! jangan asyik nak mencilok-cilok aje.. kan dah cedera.."bebel Pak Samad.
Elhan tayang sengih."ala Pak Samad..sikit jelah..bukan patah pun haa tangan ni.."jawab Elhan, selamba.
"Ehh budak bertuah ni..menjawab aje kerjanya.."ujar Pak Samad.
"lagipun bukan salah Han lah.. tadi tu ada minah kenit yang langgar Han..bawak kereta macam takde lesen.."luah Elhan.
"ye ye je kamu ni Han..kamu tu pun, kadang bawak motor macam nak pergi racing.macamlah Pak Samad tak tahu.."ujar Pak Samad.
Elhan tayang sengih sambil mengaru belakang telinganya yang sememangnya tak gatal langsung !
"Han masuk dulu..nak rehat.."pinta Elhan sebelum melangkah pergi.
"haa..yelah.. pergi rehat tu dulu.."ujar Pak Samad.Kepalanga digelengkan banyak kali tatkala melihat Elhan yang jalan terincut-incut.'Elhan..Elhan..'
Dia kemudian menyambung kembali kerjanya yang tergendala tadi.
*****
Punggung dihenyakkan perlahan di atas tilam empuk miliknya.Kemudian belakang badan disandarkan pada kepala katil.Dia duduk dalam keadaan melunjur.
Otaknya masih ligat memikirkan wajah wanita yang baru sahaja melanggarnya.
"hurm.. aku macam pernah nampaklah muka dia tu..tapi kat mana ehh ? nak kata kawan perempuan tu, aku payah nak ada kawan perempuan.."fikir Elhan sendirian dengan jari telunjuknya mengetuk perlahan dagunya yang ada sedikit janggut nipis.
Huuu..nampak macho sikit bila ada janggut nipis..Haa, gitu..Hahahaha..
Tanpa menunggu lama, terus sahaja Elhan mengeluarkan phone dan kad nama yang wanita tadi berikan kepadanya.
Dia menaip nombor telefon yang tertera di kad nama tadi lalu menyimpan ke dalam kenalan.
'MINAH KENIT'
Perghhh ! nama dia simpan tu rare giler ! hahahahhaha..
Dia kemudian stalk dp WhatsApp milik 'MINAH KENIT'.
"hurm..comel.."tanpa sedar, bibirnya terukir sebuah senyuman sehingga menampakkan lesung pipitnya.
"Amboi ! tengok gambar siapa tu ? sampai mak Yuni ketuk pintu pun tak dengar .. angau ehh ?"teka Mak Yuni tatkala sudah berjalan masuk menghampiri Elhan yang sedang duduk bersandar.
Cepat-cepat Elhan menutup skrin phonenya lalu diterbalikan di atas ribanya.Dia mengukirkan senyuman.
"mana..mana ada angau..Han manalah ada awek.."seloroh Elhan.
Mata Mak Yuni dikecilkan untuk melihat reaksi muka Elhan.Dia kemudian duduk di birai katil.
"dah tu ? yang tersenyum tiba-tiba tadi tu kenapa ?"soal Mak Yuni.
"takde apa pun Mak Yuni ..Ni, mama tak balik lagi ke ?"soal Elhan,dengan nada lemah.
"dia ada call Mak Yuni tadi..katanya balik lewat sebab pergi shopping dengan kawan lama dia..papa kamu pulak..macam biasa.. ada je dinner dengan kerabat-kerabat dato' dengan Tan Sri kat hotel."jawab Mak Yuni.
Elhan mengeluh perlahan."diaorang selalu takde masa untuk Han..Han pun nak rasa macam orang lain..parents diaorang selalu ada je luangkan masa dengan anak diaorang.. Han ni tak penting ke bagi diaorang ?"luah Elhan.
Air matanya hampir mahu menitis.Bibir bawahnya pula digigit perlahan dek menahan rasa sakit di hati.
"diaorang tak pernah nak tanya..nak tahu keadaan Han seharian macam mana, kan ? yang selalu ambik berat pasal Han selalunya Mak Yuni dengan Pak Samad je.."luah Elhan sambil merenung wajah Mak Yuni yang duduk ditepinya.
"Han.. jangan cakap macam tu..diaorang sa.."belum sempat Mak Yuni nak menyambung ayatnya, terus sahaja Elhan memotong.
"tskk ! sayang ? diaorang sayang Han ? kalau diaorang sayang Elhan, takdenya diaorang abaikan Han.. dari kecik pun, hanya Mak Yuni yang bagi susu botol kat Han.. dodoikan Han untuk tidur.. mandikan Han.. tapi diaorang ? Han..Han cuma terkilan.. kenapa Han tak dapat kasih sayang sama macam orang lain ? kenapa ?"soal Elhan.
Matanya sudah tidak dapat menahan empangan air mata.Sudahnya, terhambur tangisan dan air mata lelakinya yang amat sukar dikeluarkan.
Elhan menangis sambil menundukkan kepalanya.
Rambut tebal milik Elhan diusap penuh kasih sayang oleh Mak Yuni."Han.. jangan macam ni..Diaorang sayang dekat Han.. kalau diaorang tak sayang dekat Han, dah lama diaorang buang Han.. tapi ada ke diaorang buat macam tu ?"soal Mak Yuni sambil memandang wajah Elhan yang basah dengan air mata.
Elhan mengeleng laju.
"takde kan ? jadi, diaorang tu sayang aje dengan Han..cuma diaorang terlalu mementingkan kerjaya masing-masing sampai lupa yang diaorang ni ada anak yang terlampau manja sangat macam Han ni.."ujar Mak Yuni sambil mengusap laju rambut milik Elhan.
Elhan mencebik."Mak Yuni !!! habislah rambut Korea Han.."rajuk Elhan sambil membaiki rambutnya yang dah jadi kusut.
Mak Yuni tergelak melihat kelakuaan Elhan yang seperti budak sekolah tu.Umur dah masuk 28 tahun tapi perangai kadang tu matang..kadang tak..Haihla..bertuah punya budak !
*****
"Amboi ! seronok betul kau makan maggi tomyam aku kan ? dahla tak mintak.. nak kongsi apatah lagi.. meh sini sikit..laparlah.."ujar Aiza tatkala baru sahaja balik dari tempat kerjanya.
Dia yang melihat adiknya yang sedang enak menikmati maggi tomyam di sofa ruang tamunya, terus sahaja mencapai mangkuk maggi milik sang adik.
Sudu yang berada di jari Rizwan turut sama disambarnya lalu disuakan dalam mulut lalu mengunyah laju.
"Ehh ? selamba badak je dia ni main rembat maggi aku.. nasib ajelah dia kakak..kalau tak, dah lama kena maki.."monolog Rizwan sambil menjeling ke arah kakaknya yang sedap mengunyah maggi miliknya.
"okey key.. nah, ambik balik maggi kau.."ujar Aiza lalu menolak mangkuk maggi yang dah tinggal separuh ke arah Rizwan.Aiza tayang sengih.
"kalau nak, masaklah sendiri.. ni tak.. main rembat je.."ujar Rizwan, tak puas hati.Dia mula menyuapkan lebihan maggi ke dalam mulutnya.
"aku tak sempat makanlah tadi..dengan kerja yang berlambak lagi.. makan pun time rehat tengahari je..lepas tu busy dengan kerja.."luah Aiza.
"akak ni..kerja tu kerja jugak..makan pun kena jaga..kang masuk angin perut tu macam mana ? nak suruh siapa yang hantar balik gi klinik ? Tak lain tak bukan..Muka ni jugak yang kena hantarkan.."beritahu Rizwan sambil mengunyah magginya.
Aiza tersenyum sampai naik tinggi benjolan senyum di kedua-dua pipinya.
"kau jelah tempat aku nak mintak tolong..mak dengan ayah kan jauh..takkan nak suruh diaorang datang KL semata-mata nak tolong hantarkan pergi klinik ? kan ? kan ?"soal Aiza sambil mengangkat-angkat kedua belah keningnya.
Rizwan hanya berdehem.
"so, macam mana motor yang hantar bengkel tadi ? dah siap baiki ?"soal Aiza.
"dah.. lagipun tak teruk mana pun.. owner motor tu ada call akak tak ? Tanya pasal motor dia ?"soal Rizwan pula.
Aiza geleng kepala.
"takde pun..tadi dah bagi dah nombor phone kat dia..tapi satu call pun takde masuk.."beritahu Aiza.
"kejap-kejap lagi lah tu dia call..so, apa cerr pasal bakal abang ipar ? dah dekat dua tahun dah akak dengan Abang Iqbal bertunang..bila nak kahwin ?"soal Rizwan sambil tersengih.
"entahla Wan.. dia tu asyik aje mengelak bila tanya pasal kahwin..bukan apa.. dahla umur ni nak dekat 30 tahun.. taknak aku kena gelar anak dara tua nanti.."luah Aiza sambil mengelengkan kepalanya banyak kali pakej sekali muka cemberut.
Rizwan tergelak.
"ishhh kau ni Wan ! aku tengah serius ni..kau boleh pulak gelak-gelak.."marah Aiza sambil melempar bantal kecil atas sofa sebelah yang dia duduk ke arah adiknya.
"adehh ! halah akak ni..leklek lah..Lagipun muka akak ni, kalau cakap umur 20 pun orang percaya.. yelah, dahla kecik..kenit.. pipi tembam pulak tu.. orang kata apa.. kalau hujan bila pakai payung, mesti nampak macam cendawan..bwahahahaha"Rizwan sambung gelaknya tadi.
Aiza mengecilkan matanya sambil menjeling tajam ke arah adiknya yang seronok ketawakannya.'Dasar yaaa lorhh !'
Namun, tiba-tiba sahaja ringtone panggilan telefon berbunyi.Phone yang berada di dalam tas tangan, Aiza keluarkan.
Pada skrin, tertera nombor yang tidak dikenali.Aiza temenung lama memandang si pemanggil.
"siapa call ?"soal Rizwan.
"entah..takde dalam kenalan.."jawab Aiza sambil merenung panggilan yang tidak dijawab, lama.
"angkatlah..Mana tau tu owner motor tadi ke.."ujar Rizwan.
"ouh, ye tak ye jugak.."ujar Aiza lalu menolak ke atas butang jawab panggilan.
Skrin phone diletakkan di cuping telinga kanannya."hello ?"
"ouh, hello ! hai..saya owner motor yang cik Aiza langgar pagi tadi.."beritahu Elhan yang berada di hujung talian.
"ouh..Encik..Hurmm..yang pasal motor Encik tu, semua dah settle dah.. "beritahu Aiza.
"hmm.."Elhan hanya berdehem perlahan.
"aa..Encik nak buat surat saman ke ?"soal Aiza.Yelah, kang tak pasal tetiber dia kena tangkap polis..naya oiii !
"haah..dah buat dah.."seloroh Elhan dengan nada yang tenang.Kemudian dia tersenyum mengenat.
Terus sahaja Aiza membuka mata luas-luas.Whattt ?!
"Encik..Encik biar betul ? Saya kan dah bertanggungjawab pada Encik..takkanlah sampai nak buat surat saman pada saya ? dah banyak duit saya melayang ni.."rayu Aiza.
Kau pun satu Aiza oii.. rajin sangat mulut tu gi tanya tu kenapa ? Pahtu mulalah gelabah..
Aiza menangkap suara ketawa di hujung talian.Ehh ! dasar betul mamat ni..Kau saje nak kenakan aku ye..
"aduhai..lawaklah..mesti cik cuak kan ? hahahaha.. Saya bergurau ajelah.. takdenya saya nak saman cik..lagipun luka ni pun bukannya teruk mana pun..esok-esok lusa tu, baiklah.."beritahu Elhan.
"eiii ! agak-agaklah nak bergurau ! tengah serius ni.. nak main- main gurau pulak.."Aiza melepaskan geram.
Ni, kalau ada depan muka ni..mahunya dia hentam mamat tu.. Eiii..eiii..
"wow..wo...garang jugak ye cik ?"soal Elhan.
"dah tahu, tanya lagi ?"bebel Aiza, perlahan di corong telefon.
Elhan hanya ketawa mengdengar bebelan halus Aiza.
"dahla..kalau tak de apa-apa.. saya off dulu..kbai..."ujar Aiza lalu mematikan perbualan.Phone di letakkan kembali dalam tas tangannya.
"cik !"belum sempat Elhan nak bercakap sesuatu, terus sahaja panggilan dimatikan.
Elhan tersenyum sambil mengelengkan kepalanya."haihla.. cepat betul minah kenit end call..aku baru aje nak ajak jumpa kat mana nanti..aku rindu motor aku.."monolog Elhan sendirian.
Aiza terus sahaja menyandarkan belakang badannya ke sofa empuk miliknya.Kedua lengan nya disilangkan.Dia mengeluh kuat.
"eh ? asal kak ?"soal Rizwan.
"mamat accident tulah.. mati-matian ingat dia buat report pasal accident tu.. last-last, dia cakap dia gurau .. eiii ! panas pulak hati kita ni.."luah Aiza lalu mengipas-gipas mukanya yang ibarat sedang terbakar.
Rizwan hanya mengekek ketawa.
Aiza menjeling adiknya.Hampeh punya adik ! dia bukan nak sejukkan hati aku tapi makin menyakitkan hati ada lah..
"gelak je tahu.. Ni, kau bila nak balik ? Kang tetiba makcik bawang sebelah rumah aku ni nampak kau..dia ingatkan aku bawak masuk jantan pulak kat rumah..dia tu dahla anti dengan aku..apa kena entah.. padahal bukan aku kesah pun pasal dia..dahla menyibuk tepi kain orang.."bebel Aiza.
Gelak Rizwan terhenti."Amboi kak..halau nampak ?"
"dah..dah.. gi balik rumah kau tu.. jaga anak bini kau kat rumah tu.."suruh Aiza.
"yelah..yelah.. nak balik lah ni.. nah, kunci motor mamat tu.."beritahu Rizwan.Dia bingkas bangun berdiri lalu mengeluarkan kunci motor dari poket seluar jeansnya dan kemudian menghulurkan kepada Aiza.
"okeylah, Wan chawww dulu.. tu, mangkuk maggi tu.. terima kasih ye tolong basuhkan..love you kak !!!!"jerit Rizwan tatkala dia sudah berlari ke pintu utama rumah.
"woii ! dasar mangkuk ayun betul ! pandai makan, pandailah basuh sendiri ! eiii ! Ni, aku pulak yang kena basuh.. "bebel Aiza, sendirian.
HAPPY READING !
Share this novel