"hei, kau jangan nak ajak adik aku pergi tempat bukan-bukan pulak ! Ingat ! Aku bagi izin kau keluar ni, sebab si Rizwan tu nak buat study group kat luar.kalau result PMR korang tak lulus jugak.. siap korang, aku kerjakan.."bebel Aiza Nur Sofiya.
Elhan, kawan baik si Rizwan tu hanya tersengih sambil garu belakang telinga yang tak berapa nak gatal tu haa..
"mak aii.. setiap kali datang je mesti kena sembur..Alahai..garang yang amat !"monolog Elhan.
"aduh, akak ni ! rileklah.. sikit-sikit nak membebel..ibu pun takde nak membebel-bebel macam akak tahu tak ? Bukannya Wan tak balik terus rumah pun..malam nanti Wan baliklah.."bidas Rizwan.
Aiza dah mula buat muka menyampah."haa..menjawab ! menjawab ! Tu jelah keje kau..oittt ! Jangan lupa pulak apa yang aku pesan suruh beli tadi.."pesanku.
"Yelah, Wan ingatlah..Ni, ingatan Wan lagi power dari ingatan akak tau tak ? Bukan macam ingatan akak tu, asyik pelupa je.."sempat lagi Rizwan mengutuk kakaknya sebelum hilang dari muka pintu.
Mataku cuma menghantar pergi dua ketul budak tak cukup umur tu berlalu keluar dengan menaiki motor EX5 berwarna biru.
"Eh budak ni ! Sehari tak menjawab, tak sah ! arghhh ! Aduhai..perut..nasiblah kau sakit harini..kalau semalam, naya aku nak tahan sakit dekat sekolah.."bebel Aiza sendirian sambil memegang perutnya yang memulas.
Dia melangkah pergi ke biliknya..Huu, tak sanggup aku nak berdiri lama-lama..Memulas-mulas perut aku ni..
Aiza baring di atas tilam empuk miliknya.Dia baring mengiring sambil memegang perut.Kedua-dua lututnya pula sudah hampir ke dadanya.Manakan tidak,setiap kali bendera merah berkibar, begitulah keaadannya.Sakit yang amat..
Lama-kelamaan, terdengar dengkuran halus milik Aiza.Ya, satu sahaja pengubat senggugut bagi Aiza iaitu tidur.
*****
Elhan memerhati kawan baiknya itu membuat ulangkaji.Terdetik hatinya ingin bertanyakan sesuatu.
'macam best je aku tengok si Wan ni ada kakak..Ada jugak tempat bergaduh..'monolog Elhan.
"Weyh, Han..Ni soalan ni macam mana nak jawab ? Aku duk kira-kira, dok jumpa jawapan pun.."bebel Rizwan lalu pandang ke arah Elhan.
Elhan masih lagi temenung memandang buku yang berada di atas meja simen yang terletak di taman berdekatan rumahnya.
"Woi ?!"jerkah Rizwan.
Khayalan Elhan terhenti."huh ? Asal ?"
"Eh,kau ni.. kau tu yang asal ? Duk temenung apa ? Aku tanya, kau boleh pulak sedap duk melayang kat awangan.."sindir Rizwan.
Elhan tersengih.
"aku tanya kau ! Yang kau bagi sengih macam kerang busuk tu buat apa ?!"marah Rizwan.
"Taklah..aku just terfikir je..macam seronok je ada kakak.. aku tengok,kau dengan kakak kau selalu je bergaduh.."ujar Elhan.
"Kakak aku tu ? Huhh ! Dia memang.. Dia jaga aku tu umpama aku pulak anak dia.. ibu aku okey je, tak banyak membebel..Dia je yang melebih-lebih.."beritahu Rizwan.
Elhan tergelak."aduhai.. tapi kakak kau tu, not bad jugaklah.. cantik.. tapi satu jelah, garang.."
"eh, kau ni Han.. kau belum kenal kakak aku tu.. dalam garang dia tu, dia pun manja, kau tahu tak ? Yelah, pompuan kan ? Mestilah ada sifat manja dia tu.."terang Rizwan.
"Manja ? Serious lah ? Aku tak pernah nampak pun.."
"Iye.. tapi atas oranglah dia nak bermanja.. so, hanya orang yang bertuah je yang tahu manja dia macam mana.."beritahu Rizwan lagi.
"Eh jap..asal kau nak tahu pasal kakak aku ni ? Pelik je kau ni.."ujar Rizwan.Matanya dikecilkan.Macam something je nih..
Elhan gelak."kau asal pandang aku macam tu ? Aku tanya jelah..Yelah, kau tahu kan, aku ni anak tunggal.. Tak pernah rasa ada abang-kakak-adik semua tu..Hidup aku lonely kut.. Parents aku pun busy dengan keje masing-masing.."luah Elhan.
Rizwan menepuk perlahan bahu Elhan."chill lah bro.. kau kan ada aku..anggap je aku ni kembar kau..tapi tulah, kembar muka tak sama !"beritahu Rizwan lalu tergelak.
"bonggoklah !"carut terus Elhan kemudian ikut gelak jugak.
"Eh, dah pukul berapa dah weyh ?"soal Rizwan tiba-tiba.
Elhan menilik jam di pergelangan tangannya.6.50 petang.
"6.50 bro.. asal ?"soal Elhan.
"Kakak aku ada suruh belikan sesuatu tadi..jomlah blah dulu..tapi aku nak singgah sekejap kat 7e depan tu.."beritahu Rizwan.
"Aaaa..okey..jomlah.."ujar Elhan sambil mengemas buku dan alatan menulis di atas meja simen lalu dimasukkan kedalam tote beg hitamnya.
*****
Aiza duduk di penjuru pentas perhimpunan untuk berehat sebentar. Yelah, kejap lagi dia kena jalankan tugas sebagai pengawas tatkala 10 minit sebelum waktu rehat tamat.
Semestinya dia kena jaga tangga..Namun tatkala dia sedang leka melayan perasaannya, tiba-tiba sahaja muncul plastik roti coklat di hadapannya.
Mata Aiza yang memandang roti tadi mula dialihkan ke atas untuk melihat siapakah gerangan yang tiba-tiba hulurkan roti kepadanya.
Keningnya bertaut."Han ?"
Elhan hanya tersengih sambil menghulurkan roti coklat tadi kepada Aiza."ambiklah.."pelawa Elhan.
"kau makan apa ?"soal Aiza.
"halah.. takyah risau.. saya ada je haa beli roti jugak.."ujar Elhan lalu meletakkan roti coklat tadi di peha Aiza.Tanpa dipelawa, dia kemudian duduk di sebelah Aiza.
Plastik roti perisa butterscotch selamba aje si Elhan tu pecahkan.
Tak semena-menanya, Aiza yang duduk sebelah tu terkejut sampai melatah.
"opocot mak kau !"
Elhan yang terdengar latah Aiza hanya tergelak.Kemudian, selamba dia aje makan roti sebelah Aiza.
"kusss semangatlah kau ni.. asal tak makan kat kantin ? Si Rizwan mana ? kau kan selalu berkepit dengan dia.."soal Aiza.
Dengan mulut yang sedang mengunyah roti, selamba je si Elhan bercakap."cikgu Kamal suruh tolong dia uruskan hari sukan nanti.."jawab Elhan.
"ouh..dah, asal duduk sini ?"soal Aiza, tak puas hati.Kalau boleh, dia nak menyendiri..Bukan apa, budak sebelah aku ni dahla hot dikatakan..Ramai peminat oo kat sekolah ni..Tak selesalah kalau pelajar lain tengok.
"Kat sini takde tulis nama pun.. jadi, siapa-siapa je boleh duduk sini.. lagipun bosan rehat sorang.. si Wan tu kalau dah busy, bukan kesah pun pasal kembar dia ni haa.."ujar Elhan seakan merajuk.
Terhambur ketawa Aiza dibuatnya.Aduhai.. kasihannn..
Elhan memandang gadis disebelahnya.Haih, comel jugak dia ni ketawa rupanya..first time kut tengok dia ketawa.. selainnya, asyik masam mencuka dan membebel..
Ni kalau si Rizwan tahu, aku crush kat kakak dia.. mahunya dia bantai aku cukup-cukup..
"Aiza.."tegur satu suara garau.
Gelak Aiza terhenti.Mata Elhan pula tertancap pada figura yang sudah berdiri di hadapan Aiza.
Tak lain tak bukan..Ketua pengawas yang acah cool dan sombong nak mampus ! Bajet je lebih..Terus sahaja Elhan tayang muka menyampah.
"Cikgu Junaidah tanya aku pasal kau.. katanya yang pasal medic tu.. tak cukup sorang lagi.. kau nak tak jadi medic ?"soal Faris.
"boleh je.. lagipun aku tak masuk apa-apa acara.."jawab Aiza.
"baguslah macam tu.. nanti kau bagi nama kau kat cikgu Junaidah"pesan Faris sebelum berlalu pergi.
"Hurmm.. yelah.."jawab Aiza.
"bajet bagus ! nampak awek je, baiki-baiki rambut.. macamlah cantik sangat rambut dia tu.."bebel Elhan, perlahan.
Bukan dia tak nampak.. pantang aje lalu sebelah pelajar-pelajar junior, sikit-sikit nak acah cool.. Aku yang sejak azali dah handsome pun, takde nak acah-acah.. Puihhhh !
"kau bebel apa Han ?"soal Aiza tatkala dengar bunyi seakan membebel tapi slow je..
"huhh ? takde.. takde apa.. hehehe.. "balas Elhan sambil tayang sengih.
"eh, awak taknak makan ke roti tu ?"soal Elhan, prihatin.. Yelah, crush kut.. siapa je tak prihatin..ehekkk !
"kejap lagilah aku makan..kau ni asyik je panggil aku, awak-saya.. ingat kita ni sebaya ?"marah Aiza.
Elhan garu kepala yang tak berapa nak gatal sambil tersengih."dah tu.. takkan saya nak panggil kakak macam Wan panggil awak.. macam tak sesuai je.."terang Elhan.
"panggil jelah.. aku tak kesah pun.. lagipun kau kan baya-baya adik aku.. Ada dua adik pun aku tak kesah.."ujar Aiza.
"taknak lah.. lagi sesuai awak-saya.."ujar Elhan dengan sengihan di bibir.Terserlahlah lesung pipitnya..
Eii.. geram pulak aku tengok dimples dia tu.. Jealous pulak aku dengan dia.. Yelah.. comel kut orang ada dimples..
Aiza buat muka menyampah. "suka hati kaulah.."ujar Aiza lalu membuka perlahan plastik roti lalu menyuap masuk kedalam mulutnya.
Elhan yang sudah habis makan, hanya merenung gadis di sebelahnya.Comel ! Bibirnya terukir sebuah senyuman.
Aiza yang sedang enak menjamu selera terasa seperti sesorang sedang merenungnya.
Dia palingkan muka kearah si pemerhati."kau asal duk tenung-tenung aku ? aku ketuk dengan botol air aku ni kang !"marah Aiza.Mulutnya masih lagi mengunyah roti.
Elhan hanya tersengih.Alahai crush.. asal comel sangat ?
selamat membaca !
Share this novel