BAB 40

Romance Series 38981

Keesokkan paginya, seperti biasa Aira akan sediakan sarapan pagi, kali ini tidak dengan Haikal. Dia melakukannya seorang diri. Hari ini dia memasak nasi kerabu lauk ayam gulai. Makanan pun sudah disajikan, hanya menunggu mereka semua keluar untuk makan. Melihat kehadiran Haikal dimuka pintu biliknya, Aira memberi senyuman, tetapi tidak dengan Haikal. Mukanya hanya masam tidak senyum malah pandang pada Aira. Aira sedikit terkedu dengan perangai Haikal. Aira menghampiri Haikal.
"Karl. Karl okey?" Haikal tidak memandang Aira dan terus berlalu menuju ke bilik air untuk mandi.
"Aku ada buat salah ke dekat Haikal?" Aira bercakap sendirian. Aira mendengar pintu bilik dikuak dari dalam. Aira menoleh. Kelihatan Nisa yang keluar dari biliknya.
"Aira, awal bangun. Kenapa tak kejut akak untuk buat sarapan sekali? Haikal mana? Selalunya ada aje time ni berkepit dengan dia macam belangkas," tegur Nisa. Sempat pula dia memberi senyuman manis kepada Aira.
"Haikal dalam bilik air, tapi.." kata-katanya terputus.
"Kenapa Aira? Korang bergaduh ke?" Soal Nisa dengan dahi yang dikerutkan.
"Eh tak, kami tak gaduh, cuma.." kata-kata Aira terputus seketika. Muka Aira kelihatan sedih sedikit.
"Lepas kejadian semalam kut buat Haikal tak tegur Aira. Mungkin lah. Takpa lah akak, mungkin ni perasaan Aira je." Dalih Aira di hujung ayatnya. Nisa menepuk lembut bahu Aira.
"Akak faham maksud Aira. Haikal macam nak taknak layan Aira kan? Mungkin Haikal serba salah dengan Zafran tu. Lagipun dorang kan adik-beradik, Haikal pula abang Zaf. Mungkin dia serba salah sebab suka dekat kawan Zaf. Tapi tak salah pun. Lagipun Zaf yang lepaskan peluang tu. Haikal cuma nak pulihkan hati Aira semula aje dari kecewa yang Zaf tinggalkan untuk Aira. Satu tahun tak akan cukup untuk move on Aira. Lari lah ke luar bumi ni pun tak akan dapat move on dalam masa setahun. Akak tengok Aira pun akak tahu Aira masih sukakan Zaf, tapi Aira taknak ulang kesilapan yang sama. Akak faham. Akak hormat keputusan Aira. Keputusan Aira tu betul. Iya memang kita boleh bagi peluang kedua kat Zaf, tapi kalau Aira bagi peluang kedua kat Zaf tiada gunanya Aira pergi ke Canada tu kalau akhirnya Aira bagi peluang kedua. Then, Haikal macam mana? Betul tak? So apa aje keputusan Aira, akak sokong. Okey? Pasal Haikal tu jangan risau, sekejap aje tu. Nanti oke laa tu. Dah jangan sedih-sedih, akak kenal Haikal tu. Mungkin dia serba salah dengan Zaf. Nanti lama-lama dia okey balik lah dengan Aira." Panjang lebar Nisa menasihati Aira. Aira hanya menunduk. Ingin menangis tapi dia juga keliru kenapa dia perlu menangis. Walhal itu hanya nasihat semata-mata. Dia perlu percaya kata-kata Kak Nisa. Dia lebih mengenali adik-adiknya bagaimana.
Pintu bilik dikuak dari dalam, kelihatan muka Zafran dimuka pintu biliknya.
"Awal bangun." Tegur Nisa. Zafran hanya mengangguk dan menuju ke bilik air. Zafran membuka pintu bilik air itu tapi berkunci.
"Siapa kat dalam ni?" Zafran memandang Aira dan Nisa.
"Haikal." Jawab Aira sepatah. Zafran mengetuk pintu bilik air itu.
"Cepat sikit Karl. Lama betul guna tandas tu. Orang lain nak guna juga." Haikal didalam tandas mencebikkan bibirnya.
"Sabar lah. Tunggu lah turn, siapa suruh lambat bangun. Orang pun baru masuk ni. Lagi 15 minit Karl keluar." Jawab Haikal dari dalam bilik air. Bergema satu bilik air dengan suaranya.
"5 minit cukup. Zaf nak guna pula bilik air ni." Belum sempat Zafran berlalu pergi pintu bilik air dikuak dari dalam. Zafran menoleh dan melihat Haikal hanya memakai sehelai tuala yang mengelilingi badannya.
"Cepatnya. Belum 5 minit dah keluar." Kata Zafran. Haikal mencekak pinggang.
"Tadi cakap nak gunakan? Pergi lah guna, nanti tak lepas pula hajat tu." Balas Haikal selamba.
"Ok terima kasih." Zafran langsung masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan dirinya. Haikal berselisih dengan Aira dan Nisa untuk pergi ke biliknya.
"Wanginya." Tegur Nisa. Haikal menoleh ke Nisa.
"Well, biasa lah lelaki. Baru lepas mandi confirm wangi." Balasnya dengan kening diangkat dan bahunya juga.
"Berlagak." Perli Nisa dengan nada gelak kecil.
"Of course kena berlagak." Balasnya selamba dan berlalu pergi masuk ke dalam biliknya untuk memakai baju tanpa menegur Aira yang berada disitu.
"Haikal tak tengok pun Aira.." Kata Aira. Suaranya seperti merajuk sahaja. Bibirnya dimuncungkan.
"Alolo adik akak sorang ni. Jap lagi Haikal ok lah tu. Jangan risau ok." Pujuk Nisa. Aira hanya mengangguk.

Tepat 10 pagi Azman sudah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Seorang pemuda melambai-lambai ke arahnya. Azman berjalan ke arahnya.
"Kamu Naim kan?" Tanya Azman. Dia mendapat berita bahawa pemandu lama dia, Hussin tidak dapat hadir ke airport pagi ini kerana masalah kesihatan. Sudah dibilang oleh Azman tidak perlu mencari pengganti dia boleh sahaja naik e-hailing sekarang zaman sudah moden. Tapi serba salah terhadap bosnya Hussin tetap mencari pengganti untuk Azman. Mujur lah anaknya Naim sudah mula cuti semester, boleh lah dia meminta tolong kepada anak terunanya itu.
"Iya, saya Naim. Anak kepada Encik Hussin," jawab Naim. Tuan Azman perlahan-lahan menghampiri Naim dan menepuk lembut bahu Naim.
"Segak juga kamu ni. Walaupun kamu berpakaian biasa tapi nak kemas dan segak." Puji Tuan Azman. Naim tersipu malu apabila dipuji begitu.
"Saya ni biasa-biasa aje Tuan nak dibandingkan dengan anak tunggal Tuan tu," balas Naim sopan. Tak dinafikan lagi anak Tuan Azman sangat segak dan kemas nak dibandingkan dengan dia, dengan kulitnya yang putih, matanya yang sedikit kebiruan dan badannya yang agak bersasa. Wajahnya, gabungan unik antara lembut Timur dan ketajaman Barat. Memang idaman wanita.
Tuan Azman mengukir senyum sambil tergelak kecil, penuh tenang dan bersahaja.
"Semua ciptaan Allah tu sama. Cantik dan handsome, manusia aje suka menilai," balas Tuan Azman. Naim menundukkan kepalanya apabila ditegur begitu.
"Oh, saya hampir terlupa. Kenalkan anak saya Luqman Zayden." Naim menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Luqman.
Luqman memberi senyuman lalu menyambut tangan Naim.
"Hi, aku Luqman. Panggil aje Luq," Luqman terlebih dahulu kenalkan dirinya. Naim tersenyum seraya berkata, "Aku Naim."
Naim tidak habis memuji ketampanan yang dimiliki oleh Luqman Zayden.
Melihat tangannya tidak dilepaskan, Luqman menarik tangannya perlahan-lahan. Lain macam aku tengok si Naim ni, bisik hati kecil Luqman.
Naim yang tersedar dari memuji Luqman segera meminta maaf. Risau pula akan memberi tidak keselesaan kepada Luqman. Sudahlah ini kali pertama dia bertemu dengan keluarga Tuan Azman. Padahal ayahnya sudah pesan jangan banyak ragam.
"Marilah kita. Nanti lambat pula sampai. Esok pagi nak gerak ke Kuantan pula," celah Tuan Azman. Cepat-cepat Naim mengambil troli bagasi yang berada dibelakang Luqman dan menolaknya menuju ke tempat letak kereta.

Melihat Haikal keluar dari bilik dengan segak bergaya membuatkan Aira tertanya pada dirinya kemana Haikal mahu pergi dipagi hari ini sebelumnya dia tidak pernah begini. Haikal berjalan ke arah meja makan untuk bersarapan.
Aira yang sedari tadi duduk dimeja makan hanya memerhati Haikal.
"Kenapa pandang macam tu?" Tegur Haikal. Aira menggelengkan kepalanya.
"Takda apa," balas Aira. Haikal hanya mengangkat bahu. Malas dia mahu bertanya lebih-lebih. Dia cakap tiada apa percaya aje lah. Haikal mencedok nasi kerabu yang dibuat oleh Aira pagi tadi. Haikal membaca doa lalu menyuapkan makanan ke dalam mulut.
"Sedap," pujinya tanpa melihat muka Aira. Aira hanya tersenyum pahit.
"Karl..." panggil Aira. Haikal hanya mengangkat mukanya memandang Aira tanpa berkata apa-apa. Mukanya bersahaja. Aira menghela nafas berat. Pandangan Haikal kembali pada makanannya semula.
"Aira tengok Karl macam nak elak dari Aira aje," kata Aira. Haikal menyuapkan lagi makanan ke dalam mulut dan memandang Aira kembali.
"Takda lah, perasaan Aira aje tu," balasnya berbasa-basi. Panggilannya ke Aira juga sudah berubah. Tiada lagi Zara seperti dulu. Aira kecewa sedikit dengan sikap Haikal. Kalau ada salahnya beritahulah jangan kias.
Haikal tidak lama di situ, cepat sahaja dia menghabiskan makanannya dan meninggalkan Aira yang masih memikirkan salahnya kepada Haikal. Hampir sahaja air mata mahu jatuh mengalir di pipi. Haikal menoleh ke belakang, dia nampak air mata yang bertakung di mata Aira.
"Maafkan saya Aira," ucapnya perlahan.

I'm back. Sorry for the late update. Terima kasih yang masih menunggu saya update. Happy reading.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience