BAB 21

Romance Series 38981

Selepas beberapa hari dari kejadian makan tengah hari dirumah Zafran, Jasmin dan Zafran masih lagi bersama walaupun sudah dipesan oleh Nisa untuk berpisah. Dia enggan untuk berpisah dengan Jasmin.
"Kak," panggil Zafran yang sedang makan itu. Nisa yang berada berhampiran Zafran menoleh.
"Boleh tak kalau adik nak tunang dengan Min dulu?" Tanya Zafran. Rasa nak tercabut jantung Nisa mendengar pertanyaan itu. Nisa menghampiri Zafran.
"Adik. Adik memang tak ingat ke apa yang akak pesan dekat adik haritu? Adik ada masalah apa ni?" Bertalu-talu Nisa marah kepada Zafran. Zafran menundukkan kepalanya.
"Adik suka dia kak. Ni perasaan adik kak. Tak boleh nak paksa untuk berhenti suka dekat dia. Dia tu baik kak. Akak dengan yang lain nampak luaran je. Yang dalam adik aje yang tahu," jelas Zafran. Nisa tidak mampu berkata-kata lagi.
"Dalam ke luaran ke, Karl lebih nampak dari adik," celah Haikal yang baru keluar dari dapur. Dari tadi dia menjadi pemerhati kepada dua beradik itu. Akhirnya ada juga peluang untuk mencelah.
"Tu dulu Karl. Sekarang dah lain." Zafran tidak berhenti membela Jasmin. Kalau Jasmin dengar ini, mesti tidak berhenti dia menepuk tangan. Bodoh betul Zafran ni!
"Dik, Karl ni bukan harini baru kenal dia. Dah lama. Antara adik dengan Karl, Karl paling lama kenal dia. Karl lebih tahu dia macam mana lebih dari adik tahu," balas Haikal. Geram pula dia dengan Zafran ni.
"Orang boleh berubah lah Karl." Naik urat dimuka Haikal apabila Zafran membantah kata-katanya lagi.
"Berubah ke arah tu? Macam tu maksud adik?" Perli Haikal.
"Dia bukan tak boleh ubah balik. Nanti adik bimbing lah dia," jawab Zafran. Mencerlung mata Nisa dan Haikal memandang Zafran.
"Ikut suka kau lah Zaf. Malas aku layan kau. Nak juga kau menangkan perempuan tu," balas Haikal. Bahasanya juga sudah berubah.
"Tak payah lah nak gaduh," tegur Nisa. Zafran menghelakan nafas yang berat.
"Kalau tu keputusan adik. Ikut adik lah. Nak tunang ke nak kahwin ke. Terserah. Akak malas masuk campur," ujar Nisa.
"Kalau adik dah kahwin dengan Jasmin tu. Jangan berangan nak menetap dalam rumah ni. Bawa dia pergi ke tempat lain. Beli rumah sebelum kahwin. Sorry to say, Yaya tak suka orang macam tu. Yaya takkan terima adik ipar macam tu," celah Alia yang baru selesai mengangkat baju diampaian.
"Kak, mana boleh macam tu. Tak adil lah untuk adik," pujuk Zafran.
"Adil ke tak, ni keputusan adikkan? Terima aje lah," celah Haikal pula. Zafran menguis nasi didalam pinggannya. Tiada guna juga berbincang dengan keluarganya. Akhirnya dia juga akan sakit hati. Semua tidak berpihak kepadanya. Zafran bangun dan membawa pinggannya ke dapur. Remuk hatinya dengan keputusan keluarganya itu.

"Amboi kemain gembira kau eh sekarang," perli Alisya sambil ketawa.
"Biasalah. Aku memang puas hati kacau keluarga Zaf tu. Budak tu memang catch feeling gila dengan aku. Meroyan apa ajak aku kahwin? Gila ke? Not my taste lah. My taste macam abang dia. Itu baru my taste. Ini budak mentah. Tak mampu buat apa-apa. Akal pun tiada. Ada hati pipit nak terbang dengan enggang. Macam langit dengan bumi." Panjang lebar Jasmin mengata Zafran.
"Dia ajak you kahwin? Oh my god!" Faiz membuat muka pura-pura terkejut.
"Ye, dia ajak aku kahwin! Gila punya orang. Kalau abang dia takpe lah juga. Ini adik. So disgusting!" Sambung Jasmin lagi. Alisya dan Faiz tidak berhenti gelak.
"Kau interest betul eh dengan Haikal tu. Apa yang special pun aku tak nampak. Biasa aje aku tengok." Pelik juga dia sebagai kawan. Haikal tu biasa saja. Tapi apa yang membuatkan kawan dia ni tergilakan sangat Haikal tu. Faiz menganggukkan kepalanya seperti mengiakan kata-kata Alisya tadi.
"Kau tengok luaran memang biasa. Aku yang tengok dalaman ni bukan biasa-biasa," balas Jasmin dengan muka berlagak.
Telefon Jasmin berbunyi menandakan ada mesej baharu masuk. Jasmin melihat nama yang tertera. Zafran.

Esok saya ambil awak. Keluarga saya nak jumpa dengan awak. - Zafran.

Meletus tawa Jasmin. Mesej Zafran ditunjuk kepada dua orang kawannya itu.
"Ada bau nasi minyak dah ni Iz." Alisya menyiku lengan Faiz.
"Jangan lupa invite I tau darling," ujar Faiz pula. Jasmin menjongketkan bibir.
"Sorry to say, bukan dengan Zaf but Haikal. Sorrylah, I tipu korang yang I cakap I tak suka dia. Yes, memang tak suka dah. But lepas jumpa dia balik haritu, hati aku berdegup dengan kencangnya." Tangan Jasmin menutup mukanya.
"Apa-apa aje lah. Esok kau pergi rumah Zaf tak?" Soal Alisya.
"Of course lah pergi demi nak jumpa Haikal," balas Jasmin riang.
"I think lah, you should pakai tudung lah. Baru lah hati Haikal nak terbuka untuk kau." Faiz memberi cadangan.
"That's a good idea. Tiada apa lah kan jadi munafik sekali sekala," balas Jasmin dengan tawa.
"Kau memang dah hari-hari munafik Min," sambung Alisya seraya mentertawakan kawannya. Jasmin menjeling manja. Jasmin mencapai telefonnya dan membalas mesej Zafran.

Okay. - Jasmin.

happy reading.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience