BAB 17

Romance Series 38981

Keesokkan harinya, Nisa yang sedang menyapu lantai rumahnya memerhati Zafran yang berada diruang tamu itu. Nisa menghampiri Zafran yang sedang bermain game Indentity V.
"Dik," tegur Nisa. Zafran menoleh.
"Ya kak. Kenapa tu?" Balas Zafran dan sambung kembali bermain game itu. Bukan dia tidak mahu menutup telefonnya. Tapi saat ini, saat yang paling genting untuknya. Dia sedang dikejar oleh hunter. Dia harus lari sebaik mungkin untuk tidak dibunuh.
"Syoknya dia main IV tu," perli Nisa dalam nada gurau. Zafran tersenyum.
"Bila adik nak bawa girlfriend adik tu jumpa kita sekeluarga?" Soal Nisa tiba-tiba. Zafran menoleh seraya ketawa kecil.
"Kenapa kak? Tak sabar dah ke nak tengok bakal adik ipar akak?" Gurau Zafran.
"Ish, akak serius tau," Balas Nisa, geram. Nisa mencebikkan bibir. Zafran yang perasan dengan kesunyian itu menoleh kepada Nisa. Lah, merajuk rupanya. Zafran tertawa kecil.
"Yes menang pun!" Jerit Zafran, ceria. Zafran menutup telefonnya dan memandang Nisa.
"Akak nak jumpa dia bila?" Soal Zafran.
"Hari ni boleh?" Alia memberi jawapan. Zafran seperti sedang berfikir.
"Jap lagi adik nak keluar jumpa dia. Memang kitaorang janji nak jumpa. Dalam tengah hari macam tu adik balik and bawa dia. Kalau dia setuju lah," balas Zafran. Nisa mengangguk perlahan.
"Takpa lah, kejap lagi akak masak. Dia okay aje kan makan ikan patin masak tempoyak?" Tanya Nisa lagi. Zafran menganggukkan kepalanya.
"Semua dia makan kak. Akak masak aje apa-apa pun. Dia akan makan," beritahu Zafran, ceria.
"Takpa lah kalau macam tu. Jumpa waktu makan tengah hari jap lagi," ujar Nisa dan berlalu dari situ.
"Kak!" Panggil Zafran. Nisa menoleh.
"Adik tahu yang pilihan adik ni takkan kena dengan pilihan keluarga. Kalau akak jumpa dia, akak akan faham," jelasnya.
"Takpa, akak faham. Bawa aje dia tu ke sini," balas Nisa dan menuju ke dapur untuk mengeluarkan bahan mentah untuk dimasak waktu makan tengah hari nanti.
Semoga keluarga aku terima, aamiin. Doa Zafran didalam hati.

Alarm telefon Aira yang menunjukkan 10 pagi waktu Malaysia menganggu waktu tidurnya. Aira mencapai telefonnya yang berada di atas meja kecil lalu menutup alarm itu. Baru pukul 5 pagi. Awal lah kena kejut. Aira menggeliat malas dan sambung tidur. Baru dia mahu ulit dek mimpi telefonnya berbunyi menandakan ada yang telefon. Telefonnya dicapai kembali. Tanpa melihat nama panggilan Aira menjawab.
"Hello," ucap Aira dengan nada malas. Senyap.
"Hello," katanya lagi. Aira membuka matanya. Dia melihat nama panggilan itu. Membulat matanya apabila yang tertera nama Zafran. Terasa segar matanya.
"Zaf kacau waktu tidur Aira ke?" Soal Zafran. Boleh pula dia ni tanya. Terang lagi bersuluh kut yang dia sedang menganggu waktu tidur Aira.
"Boleh dikatakan begitu," balas Aira bersahaja.
"Oh iya ke? Aira sambung lah tidur dulu, jap lagi Zaf call balik." Cepat-cepat Aira menahannya.
"Cakap aje lah Zaf nak apa. Alang-alang dah call ni," kata Aira dan bersandar dikepala katil. Rambutnya yang pendek diramas.
"Tiada apa pun. Saja nak call. Ingatkan nak fly ke Canada dah. Rupanya masih tidur. Maaf ya," ujar Zafran. Aira mengerutkan dahinya. Zafran atau Aira yang sedai mamai sekarang ini?
"Oh, ingatkan apa lah. Aira punya flight lewat sikit harini. Lepas zuhur macam tu. Malas nak gerak awal-awal. Buat penat aje," terang Aira dan baring semula didada katil.
"Oo macam tu. Kalau macam tu, Aira sambung aje lah tidur. Sorry menganggu," ucap Zafran dan menamatkan talian.
"Lah. Mamai ke Zaf ni? Tiada hari tiada ribut tiba-tiba aje call aku," kata Aira sendirian. Malas mahu berfikir dia sambung tidur kembali. Sambung tidur lebih seronok!

Zafran mengerling pada teman wanita ditempat duduk penumpang bersebelahan tempat duduk pemandu. Perempuan itu bersetuju dengan Zafran yang mahu membawa dia berjumpa dengan keluarga Zafran.
"Macam mana kalau keluarga awak tak suka dekat saya?" Soal perempuan itu. Ikutkan hatinya ingin sahaja dia memanggil lelaki itu dengan panggilan manja. Seperti sayang, baby ke apa. Tapi Zafran tidak mahu. Dia lebih suka lakukan itu ketika sudah halal. Perempuan itu juga ingin membahasakan diri mereka 'I You' tapi masih ditolak Zafran. Cukup sekadar 'saya awak' tidak perlu berlebihan.
"InshaAllah tiada apa lah. Saya kenal family saya. Awak pun dah pakai baju kurung hari ni untuk jumpa dengan family saya. Okay lah tu. Family saya ni memang tak suka perempuan yang terdedah sana sini. Kalau free hair diterima lagi. Kalau semua dah terdedah mungkin diaorang akan marah. So harini saya selamatkan awak dari semua tu," jelas Zafran. Perempuan itu mengangguk.
Kereta dipandu sehingga masuk ke dalam perkarangan rumah Zafran.
"Jom," ajak Zafran. Perempuan itu mengangguk seraya keluar dari perut kereta.
"Assalamualaikum," ucap Zafran dan mengajak perempuan itu masuk ke dalam rumah.
"Waalaikumusalam," jawab Nisa dan Alia. Alia meneliti perempuan itu dari atas hingga ke bawah. Not bad! Cuma part free hair tu dia tidak suka. Senyuman palsu diberi kepada teman wanita adiknya.
"Jemput duduk," ajak Nisa dan mengajak perempuan itu ke meja makan.
"Maaf lah. Lauk kampung aje. Zaf cakap awak boleh makan apa aje. Tu akak masak lauk ikan patin tempoyak dengan sayur kubis aje. Makan lah, jangan malu-malu. Buat macam rumah sendiri aje," pelawa Nisa dengan senyuman manis dibibir.
"Karl mana kak?" Soal Zafran apabila kelibat abangnya tidak kelihatan. Tersentak perempuan itu mendengar nama Karl.
"Ada kat dapur tu. Dia tengah cedok lauk sayur kubis," jawab Nisa. Zafran mengangguk. Pinggan yang sudah berisi nasi diambil lalu dihulurkan kepada teman wanitanya.
"Terima kasih," ucap perempuan itu. Zafran memberikan senyuman manis.
"Karl, lama lagi ke?" Panggil Alia. Haikal yang berada didapur tergopoh-gopoh mahu membawa mangkuk yang berisi sayur itu ke ruangan makan. Mangkuk diletakkan bersebelahan dengan teman wanita adiknya tanpa memandang.
"Saya Haikal abang Zafran," kata Haikal apabila sudah meletakkan mangkuk diatas meja makan. Matanya memandang teman wanita adiknya. Hatinya mula berasa tidak enak. Dari awal adiknya tiba, hatinya sudah tidak enak. Seperti ada yang sesuatu terjadi. Perempuan itu menoleh memandang muka Haikal. Membulat mata Haikal memandang perempuan itu.
"Kau," ucap Haikal.

happy reading ! Thanks yang mana follow and support cerita ni ! Bab 18 coming soon !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience