Series
38981
Aira Zahra yang baru pulang dari kedai serbaneka yang berdekatan dengan rumahnya berasa terkejut. Nafasnya seakan-akan tersekat akibat terkejut. Seluruh badannya menggigil ketakutan tatkala dia melihat seorang lelaki sedang menikam ibunya dengan pisau berkali-kali. Dia terdiri kaku. Perasaannya campur baur saat ini. Dia tidak mampu membuat apa-apa selain melihat ibunya ditikam berkali-kali. Aira Zahra juga melihat pada ahli keluarganya yang lain. Semuanya sudah tiada. Ayah, Along, Angah dan Adiknya sudah tiada. Melihat kehadiran Aira Zahra, lelaki tadi menghampiri ke arahnya dan mengacukan pisau kepadanya. Dia masih berdiri disitu. Dia membiarkan sahaja jika lelaki itu ingin membunuhnya. Lelaki itu mengusap lembut kepalanya, perlahan-lahan lelaki itu menarik tudung Aira Zahra sehingga terlihat rambut Aira Zahra yang berikat seperti ekor kuda. Perlahan-lahan tangan lelaki itu sentuh lembut bahu Aira Zahra. Aira Zahra cuba mengecam muka lelaki itu, tapi dia tak boleh. Lelaki itu menutup mukannya dengan topeng. Lelaki itu menghampiri muka Aira Zahra. Baru sahaja bibir mereka mahu bersatu, Aira menolak kasar badan lelaki itu dan berlari keluar dari rumahnya.
"Tak guna!" Pekik lelaki itu dan mengejar Aira.
Aira Zahra buntu mahu kemana, dia teruskan berlari walaupun tak tahu kemana tujuannya. Dia berlari selaju mungkin kerana lelaki itu mengejarnya. Ya Allah bantulah aku! Aira berhenti disebuah rumah yang didiami oleh ketua kampung. Mahu sahaja dia mengetuk pintu rumah itu. Tapi dia fikir sudah malam. Pukul 11 malam pula itu. Mesti semua didalam rumah itu sedang diulit mimpi. Dia menyorok disebalik kereta Avanza berwarna hijau muda milik ketua kampungnya. Dia menekup mulutnya dengan tangannya takut kalau suaranya akan menyebabkan lelaki tadi dapat mengesannya. Hatinya berdebar apabila tapak kaki lelaki itu berhenti dibelakang kereta Avanza yang dia duduki itu.
Tidak lama kemudian, tapak kaki tadi sudah bergerak dan tidak bunyi lagi. Dia mengintai dari tepi kereta, dia melihat lelaki itu sudah jauh meninggalkannya. Dia menarik nafas lega. Tapi dia sempat dengar yang lelaki itu mengeluh dan memaki diri dia kerana terlepas dirinya. Aira Zahra akan ingat suara lelaki itu sampai bila-bila. Dia menarik nafasnya sedalam mungkin untuk bertenang. Peristiwa tadi dilupakan buat sementara. Dia ingin menangis tapi ditahan terlebih dahulu. Otaknya berligat berfikir mahu meminta tolong dengan siapa. Dia membuka telefonnya. Mujur lah semasa keluar ke kedai tadi dia membawa telefonnya. Dia membuka senarai carian nama. Dia meneliti satu persatu nama yang ada diskrin telefonnya. Matanya terpandang pada nama Zafran. Dia menelefon lelaki itu tanpa berfikir. Dia tahu Zafran sahaja yang boleh tolong dia saat ini. Panggilan tidak terjawab, Aira cemas. Sudah tidurkah Zafran?
Baru sahaja Aira mahu hubungi Zafran semula. Mesej Zafran diaplikasi whatsapp muncul dinotifikasinya. Aira membukanya. Aira tahu Zafran tidak akan jawab panggilan darinya, dia tahu lelaki itu tidak suka telefon dengan perempuan. Dia akan angkat kalau nombor tak dikenali sahaja.
Zafran : kenapa call?
Aira : tolong saya Zafran! Please tolong saya. Sekarang saya ada dekat rumah ketua kampung kita.
Laju saja mesej Aira dibaca oleh Zafran. Aira menanti dengan debaran balasan Zafran. Dia takut Zafran akan ingat dia bermain-main. Zafran tahu yang Aira sejenis yang kuat bergurau. Prank orang pun selalu!
Zafran : apa dah jadi ni? Ni bukan prankkan?
Lambat-lambat sahaja Aira membalas soalan Zafran. Dia tidak dapat kawal perasaan dia sekarang ni. Dengan dia berlari keluar dari rumah tidak bertudung.
Aira : this is not prank. I'm serious. Now saya nak minta tolong awak, saya nak tumpang dekat rumah awak malam ni.
Zafran : are you sure Aira? Wait, saya buka pintu, Saya tunggu awak dekat pintu.
Aira : thanks Zafran, I'll be there in 1 or 2 minutes. Wait for me. But jangan terkejut, sebab saya tak pakai tudung ni.
Zafran : what?! Omg, i think you in serious situation right now. Just come to my house and I'll wait for you.
Aira : okay thanks Zaf!
Baru dia hendak berdiri, dia mendengar tapak lelaki yang mengejarnya muncul kembali. Dia cepat-cepat menutup mulut. Telefonnya juga dimatikan untuk mengelakkan lampu cahaya telefon bercahaya.
"Kau sure ke dia ada kat sini?" soal kawan lelaki itu. Lelaki itu menganggukkan kepalanya. Dia yakin bahawa Aira berada disini.
"Betul ke kau ni? Sebab takde sapa-sapa pun kat sini. Kalau betul dia ada kat sini tadi, entah-entah dia dah larikan diri. Sebab kau tinggal dia pun 15 minit yang lalukan? Kau pun ada cakap kat aku yang kau dah cari serata tempat ni tapi takde," kata kawan lelaki itu lagi. Lelaki itu hanya mengeluh. Aik! Mamat ni bisu ke? Atau dia tahu yang Aira masih disini? Mungkin sebab itu dia tak berkata apa-apa, takut Aira akan mengecam suaranya. Nanti mana tahu Aira dapat mengesannya. Naya!
Dua lelaki tadi berjalan ke arah pintu pagar keluar rumah ketua kampung. Tiba-tiba sahaja mereka terdengar telefon Aira berbunyi menandakan mesej masuk. Dari Zafran! Aduh, time ni juga dia nak mesej. Tadi taknak. Aira juga kesal dengan sikap cuainya yang terlupa untuk mematikan bunyi notifikasi. Dua lelaki tadi menuju ke arah yang berbunyi tadi. Jantung Aira berdegup laju. Tangannya menutup kemas mulutnya. Semakin dekat tapak kaki dua lelaki itu menghampirinya. Lelaki itu hampiri tempat Aira sembunyi tadi.
Aira ternampak cahaya dari dalam pintu rumah ketua kampung itu. Muka ketua kampung muncul didepan pintu. Dua lelaki itu memecut meninggalkan rumah itu.
"Woi! Korang siapa? Jangan lari! Penceroboh!" Jerit Ketua Kampung yang bernama Pak Abu itu. Dia menghampiri Aira apabila melihat dua lelaki tadi jauh meninggalkan rumahnya.
"Aira tak apa-apa?" tanya Pak Abu. Lambat-lambat Aira menganggukkan kepalanya. Dia masih takut dengan kejadian yang menimpanya malam ini.
"Zafran telefon pakcik tadi. Dia kata kamu ada kat rumah pakcik. Itu pakcik pergi keluar. Dia kata kamu minta tolong dia," terang Pak Abu lagi. Aira menganggukkan lagi kepalanya. Aira bangun dan meminta diri seraya mengucapkan terima kasih kepada Pak Abu kerana menyelamatkannya. Kalaulah pada waktu itu Pak Abu tidak keluar mesti dia sudah tidak bernyawa. Alhamdulillah dia masih lagi selamat! Aira berlari anak ke rumah Zafran yang tidak jauh dari rumah Pak Abu, hanya selang dua buah rumah sahaja.
Sampai sahaja dipintu rumah Zafran, Aira melihat Zafran berdiri dan berjalan ke kiri dan ke kanan sambil menggigit kuku. Zafran masih tidak perasan kehadiran Aira.
"Zaf..." ucap Aira dengan suara tersekat-sekat. Zafran memusingkan badannya ke belakang. Dia melihat Aira yang tidak bertudung dan rambut sedikit berserabut. Zafran mendapatkan Aira. Belum sempat Zafran bertanya apa-apa. Aira memeluknya. Akhirnya airmata yang ditahan keluar jua. Dia tidak dapat membendungkan kesedihannya lagi. Zafran meleraikan pelukan mereka dan menjarakkan diri mereka.
"Kenapa ni? Kenapa ni Aira? Awak kenapa ni?" Soal Zafran bertubi-tubi. Aira hanya menangis sepuasnya dihadapan Zafran. Zafran mengajak Aira masuk ke dalam rumahnya. Zafran menutup pintu rumahnya dan menuju ke bilik kakaknya untuk mengambil tudung.
"Nah pakailah. Tak elok kalau lelaki tengok. Abang dan ayah saya ada dalam rumah ni," arah Zafran. Aira mencapai tudung yang dihulur oleh Zafran dan menyarungkan dikepalanya. Zafran mengambil tempat disebelah kakaknya yang bernama Nisa. Nisa menepuk lembut bahu Aira dan memeluknya.
"Kenapa ni Aira? Cerita lah jangan senyap macam ni," ujar Zafran lembut. Aira menarik nafas dalam sebelum memulakan cerita yang berlaku. Dari dia sampai ke rumah dia sampai lah ke rumah Zafran.
AIRA termenung sendiri. Pandangannya dibuang ke pintu bilik kakak sulung Zafran. Dia tidak dapat melelapkan mata. Peristiwa pahit yang berlaku, sentiasa berlegar diruang matanya. Tidak henti dia menangis. Dia memusingkan badannya menghadap Nisa. Muka yang sedang lena tidur itu dipandang. Seketika kemudian, perbualan dia bersama keluarga Zafran tadi terngiang-ngiang ditelinganya.
"Aira dah report polis?" soal Nisa. Aira hanya menggelengkan kepalanya. Dia tidak berniat untuk kurang ajar tapi untuk sekarang ini, dia tidak dapat bercakap banyak. Sifat peramahnya hilang serta merta kerana kejadian ini. Tapi dia tidak salahkan sesiapa. Walaupun dia tahu yang ayahnya membuat pinjaman dengan lintah darat. Dia terima semuanya dengan redha. Dia anggap ini ujian untuknya. Walaupun awalnya dia tidak redha, tapi sedikit sebanyak hatinya sudah mengikhlaskannya. Cuma perbuatan membunuh ahli keluarganya tidak dapat dimaafkan.
"Aira taknak report polis?" soal Zafran pula. Aira mendiamkan diri. Bukannya dia taknak tapi dia takut kes akan lebih besar. Zafran memandang Aira dengan sayu. Bagilah mereka semua balasan apa yang diaorang buat dekat keluarga Aira ni Ya Allah.
"Aira, awak pergilah berehat dulu. Awak penat dah tu. Mata tu dah sembab. Awak pergilah tidur. Awak tidur dalam bilik Kak Nisa malam ni. Awak tidur dengan dia. Dia okey je tu. Dah pergi tidur esok kita sambung," kata Zafran lagi,lembut. Nisa anggukkan kepalanya bertanda setuju dengan adiknya.
"Kak Nisa tahu awak tengah sedih tapi nak buat macam mana, ini dah bahagian awak. Akak tahu awak kuat. Semangat awak tinggi. Jadi jangan sedih dan teruskan hidup. Aira tinggallah kat sini selama mana Aira nak. Kitaorang tak kisah. Apa-apa pun, Aira kena kuat okey?" ujar Nisa pula. Aira menganggukkan kepalanya dan bergerak ke bilik Nisa setelah ditunjukkan jalan.
Dengkuran halus Nisa menyedarkan Aira yang mengelamun. Serta merta, lamunannya lenyap. Sabar lah Aira. Kau boleh buat. Akhirnya Aira juga terlena diulit mimpi.
kt wattpad pun ada. Saya akn fokuskn kt wattpad. Boleh jemput baca diwattpad. https://www.wattpad.com/1395799354?utm_source=android&utm_medium=link&utm_content=share_published&wp_page=create_on_publish&wp_uname=hsyyylj&wp_originator=ZcNxWpDfOtCOgVPE3eHV2vRadrXlP4uoOIIIaQ%2FciralwPrGbR2p5ohid93O56QmQkyaAChR9yjjp0QyDngUnh3jmFi7TilWFzzePZs4aIKJ89u0MRnTGdjd7JoC8w6N
Share this novel