Telefonnya dicapai lalu melihat jam pada skrin telefonnya. Jam sudah menunjukkan 9.30 pagi. Alamak! Dia sudah terlajak tidur. Kelam-kabut Aira bangun dan menuju ke bilik air untuk mencuci mukanya.
Aira bergegas keluar dari bilik air untuk menyiapkan dirinya. Takut pula dia kalau lewat sangat tiada makanan pula. Sudahlah lapar. Semua gara-gara Haikal! Kalau dia tak hasut memang dia takkan makan. Pintu bilik dikuak dari dalam. Aira mengunci pintu dan terus menuju ke lif. Terkejut dia apabila melihat ramai orang dilif. Semua baru nak sarapan ke macam mana?
TING!
Pintu lif dibuka. Memang tiada harapan untuk mencelah. Penuh dengan manusia sahaja didalam itu. Matanya terhala pada pintu yang menujukkan logo tangga. Laju sahaja kakinya menuju ke arah itu. Ala, 3 tingkat je pun. Bukannya 10 tingkat. Kalau 10 tingkat mahu patah kaki dia yang gebu mulus ni. Tak sampai 5 minit kakinya sudah menjejak lobi hotel itu.
"Fuh, penat gila." Tangannya mengipas mukanya sendiri. Berpeluh badannya berlari tadi.
"Mana tempat makan dia eh?" Matanya terpandang signboard hotel itu.
"Lah, tempat makan kat lantai 1? Buat penat aku aje lah berlari turun ke sini pakai tangga kalau akhirnya kena pakai lif." Kakinya menuju ke lif. Butang lif ditekan. Mujurlah tiada orang disitu.
TING!
Pintu lif dibuka. Terlihat Rose yang baru nak keluar dari perut lif itu.
"Hi miss! Good morning," sapa Rose seraya menundukkan badannya.
"Hi Rose! Morning too," balas Aira dengan memberi senyuman. Aira masuk ke dalam lif itu. Dia melihat ada tempat-tempat tertentu yang mempunyai lantai sendiri. Seperti restaurant yang berada dilantai 1. Manakala kolam, dilantai 2. Kalau parking pula, dilantai GF. Butang 1F dia tekan.
TING!
Pintu lif dibuka. Akhirnya dia sudah tiba dikedai makan hotel itu. Aira melihat ada sarapan yang berat seperti nasi dan bihun goreng. Kakinya menuju ke bahagian makanan ringan. Pinggan dicapai. 2 buah roti diambil. Sekeping kek berperisa strawberry diambil. Cheese yang berasingan diambil juga. Air oren diambil juga. Cukup lah untuk hari ini.
"Okay, first ambil gambar and send dekat paparazi kita tu. Tapi lepas dah masuk bilik lah. Kalau hantar sekarang mahu bising paparazi tu. Silap-silap suruh makan nasi. So step kedua, ambil gambar tengah makan. Last but not least, ambil gambar restoran ni. Okay perfect!" Telefon bimbitnya dikeluarkan dari poketnya. Malas dia mahu membawa beg. Dompetnya pun diletak dia poket seluar. Semua bahagian disebut sudah diambil gambar.
"Erm, not bad makanan dia. Sedap sangat!" Pujinya. Air oren disisip. Hampir sahaja dia mahu memuntahkan balik air itu.
"Argh, manis gila." Aira bangun dan menuju pergi ke tempat pengambilan air tadi. Dia menambah air putih. Airnya disisip kembali.
"Baru sedap." Kakinya menuju ke meja makannya lalu meletakkan air itu diatas meja. Aira menuju ke tempat pengambilan makanan. Bubur yang masih panas diambil. Aira berjalan kembali menuju ke mejanya. Telefonnya dikeluarkan untuk mengambil gambar. Bukti ya!
"Excuse me miss, can I clean your table?" Seorang pekerja disitu menegurnya.
"Yeah sure. You can take this and this," Aira menunjukkan 2 pinggan yang kosong tadi. Pekerja itu mengambil dengan senyuman. Aira makan bubur ayam itu dengan berselera. Walaupun rasanya lain dari Malaysia tapi dia tetap makan. Kalau tak makan boleh mati dia.
"Thank you sir," ucap Aira dengan senyuman.
"No problem miss," balas pekerja itu dan berlalu dari situ.
Setelah 10 minit Aira menghabiskan bubur ayam itu. Akhirnya dia sudah kenyang. Dia perlu masuk ke dalam biliknya kembali untuk menghantar gambar kepada Haikal. Aira bangun dan menuju ke lif.
TING!
Pintu lif dibuka. Aira masuk ke dalam perut lif. Tangannya menekan butang 3.
TING!
Pintu lif dibuka. Aira keluar dari perut lif dan menuju ke biliknya. Kad biliknya ditarik keluar dari poket seluarnya.
BIP BIP!
Pintu bilik ditolak dari luar. Kad biliknya diletakkan didalam bekas yang ditampal didinding. Aira melabuhkan punggungnya dikerusi biliknya. Telefonnya dikeluarkan. Time untuk send semua gambar pada Haikal! 3 gambar sudah dihantar pada Haikal. Sekarang hanya perlu tunggu dia balas.
TING!
Menandakan ada mesej baru masuk. Nama yang tertera Abang Haikal.
Okay nice. - Haikal.
Punya lah Aira bagi banyak mesej. Dia balas satu aje?
"Tiada perasaan ke Haikal ni?" Gumamnya perlahan. Terasa sakit hati pula dia. Beria aje dia ambil gambar tadi.
"Adik dengan abang sama aje. Dah lah, malas aku tengok phone dah. Kalau dia whatsapp malas aku buka. Dah lah, aku nak gerak terus lah ke airport." Bebelnya seraya mengambil beg bagasinya yang tersusun rapi ditepi dinding. Beg bagasinya dibuka. Aira masukkan baju dia yang kotor semalam ke dalam zip beg bagasinya bagi mengasingkan pakaian bersih dan kotor. Aira menutup beg bagasinya dan membawa bagasinya ke depan pintu.
TING!
Sekali lagi nama Haikal tertera. Malas Aira mahu membukanya.
"Tapi kalau tak buka nanti aku tertanya-tanya." Telefonnya yang diatas katil dicapai. Bulat matanya membaca mesej itu. Malu sangat!
Abang dengan adik mana sama. Zafran ada life sendiri. Kami lain. Anyways, hati-hati pergi airport. Make sure jangan tertekan call lagi ya.- Haikal.
Merah padam muka Aira menahan malu. Aira melihat nama panggilan yang dia buat tadi. Betul kata Haikal. Memang dia tertekan butang call tu tadi.
"Aduh Aira! Kau dah lah mengata ke abang dia tadi." Mulutnya ditepuk-tepuk. Malu betul dia rasa. Taknak dah rasa balik Malaysia kalau macam ni. Mujur lah dia mahu bertolak pergi Canada. Kalau bertolak ke Malaysia? Memang dia akan tidur disini sebulan lagi. Pasrah.
Haikal tertawa kecil melihat tanda biru dimesej Aira. Bukannya dia tidak dengar Aira membebel pada Haikal dan Zafran tadi. Gambar yang Aira beri kepadanya tadi dilihat kembali. Gambar Aira yang sedang menyuapkan roti ke dalam mulut ditenung lama. Dia bukan tidak mahu membalas mesej Aira panjang-panjang. Tapi Aira bukan siapa-siapa baginya. Ibarat hubungan seperti abang dan adik. Kalau Aira girlfriendnya, sudah lama dia spam.
"Cepatlah balik Aira." Ucapnya perlahan.
Tidak lama kemudian, pintu bilik diketuk.
"Siapa?" Tanya Haikal dengan nada yang sedikit tinggi.
"Adik ni," balas Zafran. Haikal merengus. Kacau daun betul! Haikal membuka pintu.
"Nak apa?" Soalnya kasar. Sudah lah dia masih panas hati soal Jasmin. Adiknya pula tidak habis mahu menganggu dia.
"Nak bincang pasal Jasmin," jawab Zafran. Haikal merenung Zafran dengan pandangan tajam.
"Malaslah kalau pasal dia," balas Haikal dan ingin menutup pintu biliknya. Zafran cepat menahan.
"Sabarlah dulu. Orang tak cakap lagi dah potong," marah Zafran. Zafran terus masuk ke dalam bilik Haikal.
"Adik tak rasa adik boleh putuskan hubungan dengan Jasmin. Karl tolong lah. Tolonglah pujuk kakak dan angah sekali," rayu Zafran. Kecil besar kecil besar sahaja Haikal melihat adiknya ini. Salah orang ni Zaf!
"Karl pun tak suka dia dik. Ikut aje lah cakap akak tu. Jangan melawan. Akak cakap macam tu sebab itu yang terbaik untuk adik," balas Haikal. Zafran mengeluh perlahan.
"Okaylah kalau macam tu," ujar Zafran dan keluar dari bilik itu.
"Sorry dik," ucap Haikal perlahan.
kalau 2 bab seterusnya or 1 bab seterusnya, kita tak fokus part Aira boleh tak? Sebab macam susah nak add Aira sekali hahaha. Kita masuk Aira nanti boleh ye? Happy Reading! Sorry for the late update, sebab dah nak spm. So saya jarang update. Bila free je saya update. Sorry ya! Also, saya akan update novel ni bila korang setuju untuk tinggal part Aira. If tak setuju komen tau. Sebab saya nak tahu. Happy Reading again!
Share this novel